Secara asasnya, saya sememangnya membantah dasar PPSMI sejak dari 2003 sewaktu ia dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir.Kini sudah masuk 6 tahun ia dilaksanakan dan kita rakyat Malaysia sudah melihat kesannya secara jelas membunuh bahasa Melayu secara senyap dan membunuh minat pelajar terutama anak Melayu di luar bandar terhadap subjek Matematik dan Sains ekoran kesukuran untuk memahaminya.Sudah banyak kajian dilakukan oleh pihak akademik dan badan lain terhadap kesan dasar tersebut dan keputusannya agak membimbangkan semua pihak.
Pendapat daripada tokoh-tokoh pendidik yang telah membuat kajian dalam tahun 2006 menyatakan bahawa 500,000 pelajar akan tercicir akibat daripada pelaksanaan PPSMI. Begitu juga dengan satu kajian yang dibuat oleh UPSI menyatakan bahawa 60 hingga 70 peratus mereka yang terlibat dengan PPSMI ini tidak memahami konsep sains dan matematik.

Selepas golongan budayawan dan cendiakawan bahasa membantah, kini kita juga mendapat dokongan kuat daripada golongan Ulama.Baru-baru ini di Madrasah An-Nur, Pendang, telah wujud Perisytiharan Muafakat Ulama' Membela Martabat Melayu dengan meletakkan bantahan ke atas PPSMI sebagai asas mula pergerakan membela martabat Melayu itu.
Perjuangan menentang PPSMI ini perlu dilihat sebagai perjuangan rakyat Malaysia yang meliputi semua bangsa kerana jika ia diteruskan maka Bahasa Cina dan Bahasa Tamil juga turut terancam sama seperti Bahasa Melayu.Diharapkan rakan-rakan dari bangsa lain juga turut serta di perhimpunan tersebut.
Berita mutakhir sebentar tadi mengatakan bahawa pihak Istana telah bersedia menerima kedatangan rakyat untuk menyerahkan memorandum bantahan pada Sabtu ini. Ini merupakan kemenangan moral pertama rakyat ke arah Perhimpunan 100ribu 7 Mac ini..!!!
No comments:
Post a Comment