INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL
Showing posts with label ptptn. Show all posts
Showing posts with label ptptn. Show all posts

Thursday, August 22, 2013

Isu CCRIS & PTPTN: Siapa buat drama Melayu?

Awal minggu ini anak muda terutama peminjam PTPTN dikejutkan dengan UGUTAN Menteri Pendidikan Dato Idris Jusoh yang mahu blacklist nama peminjam PTPTN yang tidak membayar hutang PTPTN di sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) Bank Negara.

Apa itu CCRIS?

Jika nama peminjam tersenarai  dalam CCRIS ini maka anda tidak boleh membuat sebarang pinjaman  daripada bank atau institusi kewangan kerana nama telah disenaraihitamkan. Jadi, anda tidak boleh membeli kereta, rumah dan membuat pinjaman peribadi.

Drama Politik

Cadangan ugutan CCRIS ini telah mendapat kritikan keras anak muda di Twitter sejak Isnin lps dan antara politikus yang terawal membantah dan menerangkan bab CCRIS ini ialah Rafizi Ramli.

Kemudian harini Menteri KBS, Khairy Jamaluddin  juga membantah cadangan pengunaan CCRIS ini dan isu ini juga telah dibincangkan pada Mesyuarat Kabinet.

Apa yang menarik selepas mesyuarat Kabinet, Khairy Jamaluddin dengan bangganya mengumumkan pembatalan langkah penggunaan CCRIS ke atas peminjam PTPTN.

Persoalan di sini :

1) Siapa KJ mendahului Menteri Pendidikan dalam membuat pengumuman soal pembatalan CCRIS ini?

Orang lain yang umum orang lain pula yang menjawab?

2) Kerajaan BN sendiri buat keputusan, kerajaan sendiri yang batal ? Yang dapat nama ialah Khairy Jamaluddin KJ.

Konon dengar suara anak muda atau ini strategi politik menjelang pemilihan?

Thursday, June 7, 2012

TS Khalid Ibrahim guna aset hartanah untuk bantu pelajar Unisel


Kerajaan Selangor memandang berat kesusahan yang dihadapi pelajar-pelajar baharu Universiti Selangor (UNISEL) yang teraniayai ekoran tindakan Kerajaan Persekutuan dan Menteri Pengajian Tinggi yang membekukan PTPTN kepada pelajar di university tersebut.

Sebagai tindakan jangka pendek, pihak UNISEL akan menggunakan asetnya untuk membantu pelajar-pelajar yang dalam kesukaran meneruskan pengajian. Aset ini merupakan hartanah seluas 500 ekar yang diperolehi hasil penyusunan semula hutang-hutang TALAM.Kerajaan Selangor telah selesai menyusun semula hutang-hutang ini di mana tanah seluas 500 ekar telah menjadi aset UNISEL.

Kerajaan negeri akan membantu UNISEL mengapungkan hartanah tersebut dipasaran untuk mendapatkan wang tunai. Dianggarkan sejumlah RM30 juta boleh diperolehi hasil dari usaha ini. Sebahagian wang ini akan digunakan untuk membantu pelajar-pelajar yang teraniayai akibat dari tindakan kerajaan BN membekukan PTPTN. Walaubagaimanapun bantuan kewangan ini hanyalah berbentuk sementara sehingga penyelesaian konkrit dicapai.
UNISEL akan memperincikan bantuan yang akan diberikan kepada pelajar –pelajar teraniayai ini dalam tempoh terdekat. 

Kerajaan Selangor sangat kecewa dengan tindakan Kerajaan Persekutuan khususnya Menteri Pengajian Tinggi yang mengaku bertanggungjawab mengarahkan pembekuan PTPTN kepada UNISEL.
Tindakan tidak bertanggungjawab dan membelakangi semangat Federalisme ini bukan sahaja menganiayai pelajar-pelajar baharu malah telah mengecewakan ibu bapa yang menaruh harapan tinggi terhadap anak-anak mereka.

Barisan Nasional telah menjadikan pelajar UNISEL dan ibu bapa mereka yang sebahagian besarnya Melayu sebagai mangsa hanya kerana perbezaan dasar politik antara Kerajaan Selangor dan Pusat. Hal ini jelas menunjukkan BN sanggup melakukan apa sahaja untuk melaksanakan politik sempit mereka hatta menganiaya dan menggadai masa depan anak-anak muda di negeri ini.

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Tuesday, April 24, 2012

Rafizi bentang dasar pendidikan percuma Pakatan Rakyat & elaun sara hidup untuk mahasiswa



Perdebatan mengenai dasar pendidikan percuma yang ditawarkan Pakatan Rakyat merupakan satu perkembangan baik mutakhir ini. Keprihatinan rakyat, terutamanya golongan pelajar dan orang muda mengenai masa depan pendidikan tinggi di Malaysia memberi harapan ke arah masa depan negara yang lebih cerah.
Dalam kehangatan perdebatan ini, ada pihak tidak bertanggungjawab yang cuba memesongkan isu dengan memberi gambaran bahawa dasar pendidikan percuma tersebut akan menyebabkan pembiayaan sara hidup (yang kini diberikan melalui PTPTN) akan dihapuskan sama sekali.

Perbincangan mengenai mekanisme pembiayaan sara hidup pelajar selepas PTPTN dihapuskan dan pendidikan percuma diperkenalkan telah dibuatkan dengan terperinci di peringkat KEADILAN dan Pakatan Rakyat.

Sukacita saya menggariskan rangka kasar dasar pendidikan percuma untuk menangkis dakyah pihak lawan bahawa peng

1) Pelaburan yang besar akan dibuat untuk menambah peluang pendidikan tinggi di institusi awam, termasuklah pembinaan universiti teknikal khusus bagi lepasan sekolah yang lebih berminat di dalam kemahiran teknikal. Ini penting untuk mengimbangi jumlah tempat yang ditawarkan di institusi awam berbanding institusi swasta, seterusnya mengelakkan pergantungan kepada pendidikan tinggi berbayar di masa hadapan;

2) Yuran pengajian di institusi awam akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan juga akan menyediakan elaun sara hidup untuk menanggung kos sara hidup bagi pelajar-pelajar yang layak. Kelayakan untuk menerima elaun sara hidup dikira berdasarkan tahap pencapaian akademik dan latar belakang sosio ekonomi pelajar mengambil kira tanggungan keluarga;

3) Bagi pelajar di institusi awam yang tidak memenuhi syarat untuk menerima elaun sara hidup kerana datang dari keluarga berpendapatan tinggi, mereka boleh memilih untuk membiayai sendiri elaun sara hidup atau layak untuk memohon pinjaman elaun sara hidup dari satu tabung khas untuk membiayai kos sara hidup dan pendidikan swasta yang akan ditubuhkan kelak;

4) Bagi pelajar yang tidak mendapat tempat di institusi awam, mereka boleh terus memohon untuk meminjam dari dana pembiayaan seperti yang ditetapkan di dalam (3). Pembiayaan pendidikan akan meliputi yuran dan kos sara hidup pada kadar yang ditetapkan, mengambil kira subsidi yuran yang akan diberikan kerajaan sepadan dengan yuran purata bagi kursus yang setara di institusi awam; dan

5) Pembiayaan untuk menampung elaun sara hidup dan sebahagian yuran di IPTS seperti yang diterangkan di atas tidak akan dikenakan sebarang faedah.

Prinsip ini akan digunapakai oleh Pakatan Rakyat untuk merangka mekanisme khusus dalam melaksanakan dasar pendidikan percuma kelak. Ia jelas menangkis dakyah pihak lawan bahawa dasar pendidikan percuma akan merugikan pelajar Melayu/Bumiputra kerana ketiadaan pembiayaan sara hidup.
Sebaliknya, dasar pendidikan percuma akan meluaskan akses kepada pendidikan tinggi percuma kepada lebih ramai rakyat Malaysia pelbagai kaum. Pada masa yang sama, ia menukar model pembiayaan pendidikan tinggi yang kini terbukti menindas rakyat dan tidak dapat bertahan di masa hadapan.

Saya menganggarkan peruntukan tambahan untuk menyediakan elaun sara hidup, menanggung baki yuran yang kini dibayar pelajar dan menyediakan subsidi yuran yang setara kepada pelajar di IPTS adalah sebanyak RM3 bilion setahun.

Persoalan pokok yang perlu dijawab oleh semua rakyat Malaysia adalah sama ada kerajaan mampu menanggung peruntukan tambahan sebanyak RM3 bilion setahun ini.

Saya percaya penghapusan konsesi tol lebuhraya seperti yang dijanjikan di dalam Buku Jingga akan menjimatkan sebanyak RM5 bilion setiap tahun, kerana inilah wang pampasan yang dibayar Barisan Nasional kepada pengendali konsesi lebuhraya setiap tahun. Wang ini lebih dari cukup untuk menampung peruntukan tambahan sebanyak RM3 bilion yang diperlukan untuk menyediakan pendidikan percuma.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN 
21 APRIL 2012

Saturday, April 21, 2012

Pendidikan percuma untuk anak rakyat miskin Malaysia- Anwar Ibrahim





"Tak ada guna saya jadi PM kalau bebankan rakyat, anak orang miskin bayar masuk universiti, malu muka saya sebagai pemimpin negara ini "- Anwar Ibrahim



"Pendidikan percuma untuk rakyat Turki dari sekolah rendah sampai  ke universiti (awam) "- Mehmet (Pegawai Kedutaan Turki di Malaysia)

Monday, April 9, 2012

Rafizi Ramli akan perjelas isu PTPTN di Forum PTPTN


Dengan segala hormatnya Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor menjemput pihak media ke program Runding Cara: "PTPTN dan Masa Depan Pembiayaan Pendidikan Tinggi".

Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh: 10 April 2012 (Selasa)
Masa: 8 malam - 10.30 malam
Tempat: Ballroom, Quality Hotel, Shah Alam

Sdr Rafizi Ramli akan membentangkan kajian awal mengenai kedudukan PTPTN dan beberapa model pembiayaan pendidikan tinggi yang akan dibincangkan dengan pimpinan siswa, aktivis pelajar dan orang ramai. Sesi ini terbuka kepada orang ramai yang akan turut disertai oleh YB Nurul Izzah, YB Amiruddin, YB Nik Nazmi dan YB Sim Tze Tzin serta pimpinan muda dari kalangan wakil rakyat di Selangor.

Ayuh ke sana anak muda !
 

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews