INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL
Showing posts with label Pencerahan. Show all posts
Showing posts with label Pencerahan. Show all posts

Tuesday, June 25, 2013

Dialog Ke Arah Kongres Kebudayaan Kebangsaan

Sukacita bagi pihak Institut Kajian Dasar, saya memanjangkan jemputan kepada pihak saudara/saudari bagi menghadiri siri pertama dialog "Ke Arah Kongres Kebudayaan Kebangsaan" bersama tokoh sejarawan negara Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim dan Saudara Eddin Khoo selaku pemudahcara.

Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim adalah merupakan salah seorang pembentang asal dalam Kongres Kebudayaan Kebangsaan kali pertama yang dianjurkan pada 16 - 20 Ogos 1971 di Universiti Malaya. Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971 adalah lanjutan kepada suatu kongres rakyat yang diadakan lebih awal iaitu pada 30 Disember 1957 - 2 Januari 1958 di Melaka atas nama Kongres Kebudayaan Melayu. Jarak waktunya antara kedua kongres tersebut ialah kira-kira 14 tahun. 

Kini selepas 42 tahun sejak Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971, Institut Kajian Dasar mengambil inisiatif untuk menganjurkan Kongres Kebudayaan Kebangsaan kali kedua dan hasrat ini dimulakan dengan penganjuran beberapa siri dialog "Ke Arah Kongres Kebudayaan Kebangsaan".

Butiran majlis adalah seperti berikut:

Tarikh: 29 Jun 2013 (Sabtu)
Masa: 8.00 malam  
Tempat: Kayangan Ballroom, Quality Hotel, Shah Alam


Tuesday, January 15, 2013

Jawapan balas Suara Wanita 1 Malaysia isu Bawani



Jawapan balas  SW1M pasai isu Bawani

Monday, January 14, 2013

Siswi UUM bangun lawan panelis SW1M di Forum Mahasiswa UUM


Jika kita meneliti video di bawah ini dapat kita simpulkan ia adalah forum propaganda dan indoktrinisasi ke atas mahasiswa UUM oleh UUM dan NGO kerajaan, Suara Wanita 1Malaysia (SW1M).Permulaan video ini memaparkan YDP UUM membaca ikrar "politik" yang menyebut budaya songsang, perosak bangsa, demonstrasi jalanan, anasir luar yang sememangnya ditujukan kepada pihak pembangkang dalam negara ini.

Apa yang menarik dalam forum sebenarnya ialah seorang anak siswa bernama Bawani KS yang bangun mempertahankan Bersih dan pendidikan percuma  untuk rakyat Malaysia. Beliau menempelak Sharifah Zohra, Pengerusi SW1M yang mengatakan Ambiga ialah "Pencetus Anarki" dengan membawa fakta Mahkamah Tinggi mengatakan gerakan Bersih adalah sah.  Selain itu, beliau juga berbahas isu pendidikan percuma yang menekankan bahawa Malaysia perlu memberi pendidikan percuma kepada rakyatnya dari persekolahan rendah sampai ke universiti seperti di negara Cuba,Venuezela dan Argentina.

Kemudian yang menjadi tegangnya pabila Sharifah Zohra mencelah dan cuba menghalang siswi ini daripada terus berucap dengan gaya  Listen ! Listen  ! Listen  ! Listen ! Listen  sebelum mengambil pembesar suara dari Bawani, kemudian Bawani berhenti bercakap. Wanita ini tidak mampu membalas hujah Bawani dengan hanya menjawab "ini negara Malaysia, jika  kamu tidak suka pindah ke negara Cuba,  Argentina, France " , " kamu perlu hormat pandangan orang lebih tua" , "Saya akan jawap soalan awak tapi binatang juga ada masalah" dan "saya rasa kat sini awaklah yang paling kurang tahap pendidikan, pendidikan tentang respect".  Jika soalan mudah pun tak mampu dijawab lebih elok jangan jadi panelis forum.

Difahamkan bahawa Syarifah Zohrah adalah Presiden Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M) dan Timbalan Ketua Wanita KIMMA. Semua tahu Kimma atau singkatan kepada Kongress Indian Muslim Malaysia adalah komponen baru dalam BN

Apa makna video ini pada kita terutama anak muda?

Ini merupakan satu penghinaan besar oleh penguasa kepada mahasiswa dan budaya ilmu. Mana mungkin panelis forum datang ke hadapan audiens dan menyuruh  audiens berhenti menanya soalan ? Ini zaman Edan (Gila) dan ia bukan lagi boleh dipanggil  forum atau wacana ilmu jika panelis berkelakuan begitu. Wacana ilmu  atau  forum seumpamanya perlu rai perbezaan pendapat sebagai  satu disiplin perbincangan ilmu. 

Kisah siswi Bawani KS melawan ego penguasa ini mungkin kita dapat tahu sebab ia masuk You Tube dan pastinya di universiti lain juga, kalangan mahasiswa menghadapi  mehnah dan cabaran yang sama malah mungkin lebih teruk. UiTM misalnya masih seperti dulu lebih ketat dalam pengawalan aktiviti mahasiswa dalam melakukan aktiviti ilmu seperti forum walaupun sudah bertukar Naib Canselor.

Bila anak muda cerdik, peka isu semasa dan ada pencerahan maka ketika itu  anak muda akan bangkit lawan pembodohan yang membelenggu selama ini. Ini yang menjadi ketakutan dan igauan kepada pemerintah !








Sunday, June 10, 2012

Forum Syed Sheikh Al Hadi - "Pencetus Gerakan Pencerahan di Malaysia?


Assalamualaikum & Salam Perjuangan!

Saya Syed Mikael Rizal Aidid, mewakili Penang Institute dengan penuh takzim, menjemput rakan2 FB mai memeriahkan sesi cakna minda, sempena Forum Nusantara ke-5 kita. Kali ini kami janjikan ia lebih mantap, dengan dibarisi panelis-panelis tersohor yang pakar dalam bidang masing2. Sdr/i boleh hantar pengesahan kehadiran ke inbox FB saya atau e-mel ke syedmikael@penanginstitute.org. Terima kasih!

Latar Tokoh

Syed Syeikh bin Syed Ahmad Al-Hadi lahir di Melaka 1867. Pada usia 14 tahun beliau dihantar ke Riau untuk mengaji agama dan bahasa Arab dengan seorang pengarang dan juga agamawan iaitu Raja Ali Haji. Pada penghujung abad ke-19 Syed Sheikh telah pergi ke Mekah dan juga Beirut serta Kaherah untuk menambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang agama dan berguru dengan reformis terkenal di Kaherah – Muhammad Abduh.

Sekembalinya dari Mesir, Syed Sheikh Al-Hadi telah mendirikan Madrasah Al-Iqbal pada tahun 1907 di Singapura. Dia kemudiannya mendirikan dua buah lagi sekolah iaitu Madrasah Al-Hadi (1915) di Melaka dan Madrasah Al-Mashoor (1926) di Pulau Pinang dan beliau menjadi Mudir kepada dua buah madrasah tersebut. Beliau membina cita pendidikan yang moden dengan intepretasi Islam yang progresif (setidaknya pada zamannya).

Beliau bersama sahabatnya kemudiannya menerbitkan majalah Al-Imam(1906), Al-Ikhwan (1927) dan akhbar Saudara (1928). Dia juga menghasilkan Hikayat Faridah Hanum yang menggoncang akar kelaziman cara fikir masyarakat Melayu 1920-an ketika itu. Tokoh yang sukar diterima di Singapura, Johor bahru, dan Melaka rupanya amat disenangi di Pulau Pinang. Apakah kelebihan Pulau Pinang dan bagaimana idea progesif yang melangkaui zamannya ini mampu bertapak dan membina bentuknya di negeri ini? Apakah inti pemikiran dan kaedah beliau mampu kita teladani dan manfaatkan untuk masa kini?

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews