Gambar yang didakwa di media sosial bahawa Raja Nong Chik menangis sedih tewas kepada Giant Young Women, Nurul Izzah Anwar di PRU Lembah Pantai.
Apa yang dilaburkan dan kerja kuatnya di Lembah Pantai menjadi sia-sia apabila tewas kepada Izzah. Gaya Raja Nong Chik bekerja di Lembah PAntai sebelum ini bagaikan beliau bukan Menteri Wilayah Persekutuan tapi Menteri Negara Lembah Pantai.
Raja Nong Chik juga dikenali "Raja Longkang Parit" apabila rajin turun padang melihat parit longkang dan terdapat billboard yang mana beliau berbangga digelar "Menteri Parit Longkang ".Billboard yang menujukkan hasil kerja tekun membaiki parit longkang.
Nurul Izzah ternyata hebat sebelum ini menewaskan Tauke Lembu kondo dan kini menewaskan Raja Nong Chik, bekas Menteri Lembah PAntai aka Menteri Parit Longkang.
Ayuh rakyat Malaysia yang cintakan demokrasi dan tanahair, anda dijemput hadir beramai-ramai di Stadium MPPJ mlm esok dengan berbaju HITAM atau BLACK tanda protes pada SPR, Najib, Mahathir dan dunia bahawa demokrasi Malaysia sudah mati.
Pilihanraya Umum ditipu oleh SPR dan UMNO BN yang bersengkongkol menipu dan merompak mandat rakyat Malaysia.
Cina mengundi Pakatan Rakyat dituduh rasis dan tak kenang budi.
Seorang warga India mendapat IC dan mahu mengundi dicekup oleh org ramai seterusnya diberi kepada polis untuk disoalsiasat.
Auntie Cina pun berani tanya sekumpulan bangla ini demi menjaga kedaulatan negara.
Akhirnya bangla2 ini ditahan Polis daripada mengundi Lokasi SMK Tropicana
Shared: Foreigners with Malaysian IC & BN paper
Lokasi dikesan : Batu 3 jalan Kota Raja Kg Jawa 5Mei2013.
Diharapkan "Banglasia" atau warga asing lain di Malaysia tidak layak untuk mengundi pada pagi ini...
"Bukan Bnaglasia atau warga asing lain yang menentukan halatuju negara
untuk 5 tahun selepas ini, tetapi kita semua rakyat Malaysia"
by era pasca
Dua orang Myanmar di tahan kerana cuba mengundi. Myanmar ini baru tiba
di Malaysia 2 hari lepas dan terus diberikan IC untuk mengundi BN serta
di beri wang rm1500.
Ayuh rakyat Malaysia lakukan tanggungjawab anda dengan mengundi!
Jangan biar pengundi India,Bangla, Nepal, Myanmar dan Indon menjadi pengundi!
Ini tanahair kita, rakyat Malaysia akan tentukan masa depan negara!
Lihat link ini untuk video bangla dicekup org ramai.LINK
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan
penglibatan Jabatan Perdana Menteri (JPM) membawa masuk 40,000 pengundi
ragu dari Sabah dan Sarawak sejak 25 April lalu.
Fakta Kenyataan Media DS Anwar Ibrahim:
1) 16 penerbangan sehari dibuat dari Kuching, Kota
Kinabalu, Sandakan, Miri dan Sibu menggunakan pesawat jenis Jumbo dan
C130 Hercules yang ditempah khas.Berdasarkan pengiraan kami, 4,500 dibawa masuk ke KLIA setiap hari.
Penerbangan dibuat kecuali pada 1 Mei, dan bermula 25 April lalu.
2) Ini bermakna 40,000 individu ragu ada dan masih memasuki melalui
KLIA, tak termasuk rakyat asing yang melalui jalan darat, pelabuhan dan
fasiliti seperti LCCT.
3) Syarikat penerbangan tambang murah Air Asia dan MAS
terlibat selain Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen dan
Angkatan Tentera Malaysia.
4) Kami difahamkan pesawat C130 Hercules milik ATM digunakan untuk
membawa pengundi hantu ke lapangan terbang kecil seperti di Batu
Berendam (Melaka) dan Ipoh (Perak). Kemudahan kem Askar Wataniah turut digunakan untuk menempatkan pengundi asing.
5) Terdapat maklumat kemasukan secara
tiba-tiba warga Thailand, Kemboja, Pakistan dan Myanmar dalam jumlah
yang besar di pintu sempadan Bukit Kayu Hitam, manakala kemasukan rakyat
asing Indonesia di Pelabuhan Klang.
6) Menuntut penjelasan Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Najib
Razak, Ketua Polis Negara dan Ketua Turus ATM tentang jaminan dan sikap
profesionalisme dan neutral yang kini menjadi dalang BN untuk
mengekalkan kuasa.
7) Kenapa JPM terlibat dalam hari-hari terakhir yang kritikal. Kenapa
benarkan guna kem tentera? Bolehkah Ketua Pengarah Imigresen terangkan
peranan depoh di Lenggeng, Sepang dan Semenyih untuk menempatkan
pengundi asing ini?
8) Ketua Pengarah Jabatan Peguam Negara
terlibat memberikan kad pengenalan kepada pekerja asing di Sirkit F1
Sepang dan di KLIA. Ada bukti dokumentari bergambar dan video yang dirakam
dengan kerjasama dari PAS. Yang nyata ialah penglibatan Jabatan
Pendaftaran Negara.
“Seandainya Pakatan Rakyat menang, kita akan mendakwa sesiapa sahaja
yang bertanggungjawab.Pelanggaran peraturan tidak akan dimaafkan.“ Biar rakyat yang putuskan sendiri pilihan mereka. Kepentingan rakyat dan Perlembagaan mesti dipatuhi,” kata Anwar Ibrahim
Deklarasi yang disediakan oleh calon PAS Putrajaya Datuk Husam Musa disampaikan kepada Pengerusi Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim kemudian terus mengisytiharkan deklarasi itu.
Antara 13 perkara dalam deklarasi itu ialah:
1) Bayaran gaji berasaskan bilangan minggu (tambah satu bulan pendapatan) 2) Pinjaman rumah tanpa faedah, 3) Pendidikan mesra penjawat awam (khusus di Putrajaya), 4) Pencen pilihan, 5) Belajar semasa tempoh berkhidmat. 6) Menyerap ke jawatan tetap bagi kakitangan perkhidmatan kontrak, sementara dan khidmat singkat perkhidmatan awam 7) Membangunkan Sektor perkhidmatan awam menuju standard kelas dunia (world class standard) 8) Pertukaran dan penempatan penjawat awam berteraskan mesra keluarga
9) Perlindungan insurans bagi penjawat awam di semua agensi
peguatkuasaan seperti Kastam, Polis, tentera, dan lain-lain bertujuan
memberikan mereka keyakinan bahawa tugas mereka dihargai sepenuhnya oleh
kerajaan. 10) Pengecualian cukai pendapatan bagi penjawat awam gred 41 ke bawah bertujuam memberikan pendapatan benar yang lebih besar 11) Menyelaras gaji pegawai dan kakitangan penjara sama seperti anggota polis seperti yang diamalkan sebelum ini.
12) Mengkaji untuk menaikkan imbuhan tetap perumahan (ITP) penjawat
awam gred 40 ke bawah dari jumlah minimum RM180 kepada jumlah yang lebih
munasabah 13) Elaun kola tidak dipotong (RM150) bagi penjawat awam yang menduduki kuarters kerajaan di Putrajaya.
@Pantherian : Pastikan Husam Musa menang di Putrajaya dan Pakatan Rakyat menang PRU13 !
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kuasa asing akan menguasai Negara
jika Pakatan Rakyat menang PRU13, lapor Buletin TV3 malam ini.
"Jangan masuk kubu pembangkang kerana di sebalik pembangkang (Pakatan
Rakyat) ini memang ada kuasa asing yang bersedia masuk ke Malaysia
kalau Datuk Seri Anwar menjadi perdana menteri.
"Mereka (kuasa asing) akan mencampuri dasar mereka (pembangkang) dan
program mereka, ini bahaya dan sebab itu Allah nak tunjuk dan parti
pembangkang kini (pun) kian rapuh," kata Timbalan Presiden Umno di Batu
Pahat, Johor hari ini.
Beliau bagaimanapun tidak pula mengulas mengenai kontroversi Datuk
Seri Najib Tun Razak (pemangku perdana menteri merangkap presiden Umno)
menyerahkan sebidang tanah negara milik KTM di Tanjong Pagar kepada Singapura
berapa tahun lepas tanpa perkenan Sultan Johor, diluluskan dalam Dun
Johor serta Parlimen dan dibentang dalam mesyuarat kabinet pusat.
Itu, tidak termasuk penyerahan telaga minyak Blok L dan Blok M yang
diserah oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi (bekas perdana menteri merangkap
bekas presiden Umno) kepada Brunei Darussalam secara 'haram'.
Ekoran itu, Naib Ketua AMK Pulau Pinang, Dr. Afif Bahardin yang
bertanding di Dun Seberang Jaya menempelak kenyataan berunsur hasutan
Muhyiddin itu.
"Semasa Najib dan Pak Lah (Abdullah) gadai kedaulatan negara kepada
Singapura dan Brunei, Muhyidin berada dalam kabinet tetapi tidak sanggah
dua (pemimpin) Umno itu sebab kroni.
"Sebab itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim keluar masuk penjara, diaib
(serta) kepalai Pakatan Rakyat tentang semua anasir khianat negara ini.
"Penat-penat lawan pengkhianat negara (Umno BN) yang serah maruah
negara pada negara asing, takkan Datuk Seri Anwar Ibrahim nak serah
negara pada kuasa asing selepas jadi perdana menteri," ujar Dr. Afif
semasa dihubungi.
Justeru, Dr. Afif menyeru rakyat gandakan iltizam untuk tumbangkan
Umno BN serta jangan layan kenyataan berunsur hasutan Muhyidin itu.
Azhar Sulaiman, pelakon filem dan Norman KRU kini menjadi macai terbaru BN yang mengutuk keras Pakatan Rakyat disebabkan takut BN kecundang di PRU13 5 Mei ini.
Gambar dibawah mengambil tweet NormanKRU dan Faizal Tahir yang berbalah isu industri seni akan lebih teruk dibawah PR.
Azhar sulaiman pula mengutuk keras Anwar Ibrahim dan Mustafa Ali berhubung video lucah yang tersebar dan sanggup dipanah petir jika dtuduh memfitnah mereka.