Fakta Kenyataan Media DS Anwar Ibrahim :
1) 16 penerbangan sehari dibuat dari Kuching, Kota
Kinabalu, Sandakan, Miri dan Sibu menggunakan pesawat jenis Jumbo dan
C130 Hercules yang ditempah khas.Berdasarkan pengiraan kami, 4,500 dibawa masuk ke KLIA setiap hari.
Penerbangan dibuat kecuali pada 1 Mei, dan bermula 25 April lalu.
2) Ini bermakna 40,000 individu ragu ada dan masih memasuki melalui KLIA, tak termasuk rakyat asing yang melalui jalan darat, pelabuhan dan fasiliti seperti LCCT.
3) Syarikat penerbangan tambang murah Air Asia dan MAS
terlibat selain Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen dan
Angkatan Tentera Malaysia.
4) Kami difahamkan pesawat C130 Hercules milik ATM digunakan untuk
membawa pengundi hantu ke lapangan terbang kecil seperti di Batu
Berendam (Melaka) dan Ipoh (Perak). Kemudahan kem Askar Wataniah turut digunakan untuk menempatkan pengundi asing.
5) Terdapat maklumat kemasukan secara
tiba-tiba warga Thailand, Kemboja, Pakistan dan Myanmar dalam jumlah
yang besar di pintu sempadan Bukit Kayu Hitam, manakala kemasukan rakyat
asing Indonesia di Pelabuhan Klang.
6) Menuntut penjelasan Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Najib
Razak, Ketua Polis Negara dan Ketua Turus ATM tentang jaminan dan sikap
profesionalisme dan neutral yang kini menjadi dalang BN untuk
mengekalkan kuasa.
7) Kenapa JPM terlibat dalam hari-hari terakhir yang kritikal. Kenapa
benarkan guna kem tentera? Bolehkah Ketua Pengarah Imigresen terangkan
peranan depoh di Lenggeng, Sepang dan Semenyih untuk menempatkan
pengundi asing ini?
8) Ketua Pengarah Jabatan Peguam Negara
terlibat memberikan kad pengenalan kepada pekerja asing di Sirkit F1
Sepang dan di KLIA. Ada bukti dokumentari bergambar dan video yang dirakam
dengan kerjasama dari PAS. Yang nyata ialah penglibatan Jabatan
Pendaftaran Negara.
“Seandainya Pakatan Rakyat menang, kita akan mendakwa sesiapa sahaja
yang bertanggungjawab.Pelanggaran peraturan tidak akan dimaafkan.“ Biar rakyat yang putuskan sendiri pilihan mereka. Kepentingan rakyat dan Perlembagaan mesti dipatuhi,” kata Anwar Ibrahim
No comments:
Post a Comment