oleh Faqar
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kuasa asing akan menguasai Negara
jika Pakatan Rakyat menang PRU13, lapor Buletin TV3 malam ini.
"Jangan masuk kubu pembangkang kerana di sebalik pembangkang (Pakatan
Rakyat) ini memang ada kuasa asing yang bersedia masuk ke Malaysia
kalau Datuk Seri Anwar menjadi perdana menteri.
"Mereka (kuasa asing) akan mencampuri dasar mereka (pembangkang) dan
program mereka, ini bahaya dan sebab itu Allah nak tunjuk dan parti
pembangkang kini (pun) kian rapuh," kata Timbalan Presiden Umno di Batu
Pahat, Johor hari ini.
Beliau bagaimanapun tidak pula mengulas mengenai kontroversi Datuk
Seri Najib Tun Razak (pemangku perdana menteri merangkap presiden Umno)
menyerahkan sebidang tanah negara milik KTM di Tanjong Pagar kepada Singapura
berapa tahun lepas tanpa perkenan Sultan Johor, diluluskan dalam Dun
Johor serta Parlimen dan dibentang dalam mesyuarat kabinet pusat.
Itu, tidak termasuk penyerahan telaga minyak Blok L dan Blok M yang
diserah oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi (bekas perdana menteri merangkap
bekas presiden Umno) kepada Brunei Darussalam secara 'haram'.
Ekoran itu, Naib Ketua AMK Pulau Pinang, Dr. Afif Bahardin yang
bertanding di Dun Seberang Jaya menempelak kenyataan berunsur hasutan
Muhyiddin itu.
"Semasa Najib dan Pak Lah (Abdullah) gadai kedaulatan negara kepada
Singapura dan Brunei, Muhyidin berada dalam kabinet tetapi tidak sanggah
dua (pemimpin) Umno itu sebab kroni.
"Sebab itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim keluar masuk penjara, diaib
(serta) kepalai Pakatan Rakyat tentang semua anasir khianat negara ini.
"Penat-penat lawan pengkhianat negara (Umno BN) yang serah maruah
negara pada negara asing, takkan Datuk Seri Anwar Ibrahim nak serah
negara pada kuasa asing selepas jadi perdana menteri," ujar Dr. Afif
semasa dihubungi.
Justeru, Dr. Afif menyeru rakyat gandakan iltizam untuk tumbangkan
Umno BN serta jangan layan kenyataan berunsur hasutan Muhyidin itu.
No comments:
Post a Comment