INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Sunday, March 3, 2013

Najib arah polis siasat Anwar Ibrahim insiden Lahad Datu


Pemimpin Pakatan Rakyat perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan DS Anwar Ibrahim akan ditahan polis selepas Najib Razak mengarah polis menyiasat dakwaan Anwar sebagai "dalang" terhadap insiden pencerobohan Lahad Datu.


PM Najib dan sepupu,Menteri KDN kini menerima kecaman hebat oleh pemimpin pembangkang dan rakyat disebabkan tindakan lemah dan berdolak dalih Menteri KDN yang tidak jujur melaporkan situasi ini yang sebenar kepada rakyat. Tindakan lemah dan berlembut Menteri KDN telah  mengakibatkan kematian 7 org polis termasuk Pegawai dan anggota bawahan

Anwar Ibrahim akan saman UTUSAN dan TV3

PERMATANG PAUH 3 Mac: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada Umno BN agar tidak mengheret beliau  dalam isu di Lahad Datu, Sabah.Malah kata Anwar, sesiapa saja yang memfitnah dengan membabitkan namanya dalam isu pencerobohan tentera ‘Sultan Sulu’, di Lahad Datu akan berdepan tindakan undang-undang.

Saya akan saman Utusan (Malaysia) sekali lagi minggu depan kerana cuba memfitnah dengan mengheret saya dalam isu pencerobohan di Lahad Datu,” katanya ketika berucap di hadapan hampir 5000 hadirin di tapak parkir, Pasar Tenggiri, Seberang Jaya semalam.



INSIDEN LAHAD DATU: KENAPA KERAJAAN AMBIL MUDAH ISU KESELAMATAN NEGARA?

Saya ucapkan takziah kepada keluarga dua anggota keselamatan negara, Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin dari Unit 69 Komando yang terkorban dalam insiden bersenjata di Lahad Datu, Sabah hari ini.

Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Dato’ Sri Najib Razak dan menteri yang bertanggungjawab menjaga urusan keselamatan dan pertahanan negara sewajarnya tampil menjelaskan kepada rakyat tentang peristiwa berdarah ini.

Mengapa sebegitu mudah sempadan negara dibolosi oleh sekumpulan warga asing bersenjata dan mengapakah kerajaan begitu berkompromi dalam menyelesaikan isu ini? Isu keselamatan negara tak sewajarnya dipandang remeh dan diambil mudah oleh pihak kerajaan. Rakyat perlu diberikan maklumat mengenai apa yang berlaku.

ANWAR IBRAHIM (1 Mac 2013)

5 comments:

Anonymous said...

BODOH BETUL NAJIB NI. DAH 7 ORANG POLIS KITA MAUT, DIA DOK SIBUK KEMPEN. CELAKA PUNYA UMNO SEBAB BERI IC KEPADA PENDATANG DEMI MEMPERTAHANKAN KUASA. INILAH KESANNYA. SUDAH LA POLIS OOIII . DOK SOKONG UMNO APA LAGI. NAK TUNGGU KORANG SENDIRI MATI KOT.

Anonymous said...

Pembunuhan atantuya warga mongolia ketua pakatan rakyat seru polis siasat peminpin tertinggi umno bn terlibat skandel scorpion.

Anonymous said...

Najib arah polis siasat DSAI???

Ini dah kira salah ni. Ini di kira RASUAH ni. - kalau ikutkan zaman Mahadhir dulu yg MENDAJJAL DSAI kerana DSAI menyuruh Polis menyiasat kes fitnah beliau di tahun 1998.

DSAI di tahan di penbjara di tahun 1998 kerana 'RASUAH" menyuruh polis menyiasat- Peguam Negara

Anonymous said...

Orang yang paling terdekat ada kaitan dengan Selatan Filipina baru-baru ni adalah Najib. 1Malaysia tahu Najib baru berurusan di Selatan Filipina. Maka siasatlah Najib.

Anonymous said...

Macamana pulak bilamana akhbar philipin yang melaporkan bahawa Najib mengatur untuk pemberian tanah di sana sepertimana yang dinyatakan oleh Nur Misuari?

Rakyat desak polis juga siasat perkara ini.

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews