INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Tuesday, February 28, 2012

Dialog Terbuka Anak Muda bersama DS Anwar Ibrahim di Ampang


Satu Program Dialog Anak Muda anjuran Anwar Ibrahim Club (AIC) bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Penasihat Ekonomi Negeri Selangor) akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 10 Mac 2012 (Sabtu)
Masa  : 2.45 ptg – 5.45 ptg
Lokasi: De Palma Hotel Ampang
            Jalan Selaman 1/2 , Palm Square, 
            Ampang Point Jalan Ampang, 68000 Ampang,
            Selangor Darul Ehsan.
Dialog ini antara lain bertujuan untuk membincangkan isu-isu semasa membabitkan generasi muda Malaysia khususnya persoalan masa depan ekonomi, politik dan sosial tanah air.
Untuk makluman, program ini hanya terhad kepada 100 orang sahaja dan kemasukkan adalah percuma. Justeru diharap sdr/i dapat mengesahkan kehadiran sebelum 7 Mac 2012 (Rabu)

 

Tuesday, February 21, 2012

Anwar Ibrahim Club(AIC) mengecam tindakan kerajaan Malaysia berdagang dengan Israel



Kenyataan Media
Kelab Anwar Ibrahim (AIC)

21 Januari 2012

Kelab Anwar Ibrahim (AIC) merasa simpati dengan kesengsaraan yang dihadapi oleh rakyat Palestin dengan peperangan fizikal dan mental yang dilancarkan oleh rejim Israel. Keadaan diburukkan lagi dengan pencabulan pendirian Kerajaan Malaysia dengan membenarkan kapal-kapal kargo dari Israel berlabuh di pelabuhan negara kita.

Malaysia mengamalkan diplomasi serantau tetapi dengan tegas tidak mempunyai hubungan perdagangan atau diplomatik dengan negara haram Israel.

Walaubagaimanapon, AIC mendapati tindakan kapal kargo Israel berlabuh di Pelabuhan Klang sebagai tamparan hebat buat rakyat Malaysia yang percaya Kerajaan Malaysia menolak sepenuhnya hubungan dengan Israel.

Tindakan Kerajaan Malaysia ini merupakan satu penghinaan kepada agama Islam dan perjuangan rakyat Palestin. Tindakan ini secara tidak langsung menggambarkan bahawa kerajaan pimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak mengiktiraf kerajaan haram Israel.

Polisi yang selama ini dilaungkan kerajaan Malaysia adalah satu penipuan kepada dunia dan rakyat Malaysia khususnya. Kita menentang sekeras-kerasnya tindakan kapal kargo Israel berlabuh di pelabuhan negara kerana akan membawa kepada satu perubahan kepercayaan terhadap ketegasan negara melawan regim Israel.

Oleh yang demikin, AIC mendokong dasar satu bantahan aman anjuran JINGGA 13 dengan dokongan AMK, Pemuda PAS dan Kesatuan Pekerja NorthPort berikutan kemasukan kapal ZIM Europa kepunyaan Israel dan menyeru rakyat Malaysia untuk sama-sama berhimpun dihadapan pagar Westport, Pelabuhan Klang pada 22 Februari 2012, jam 5.00 petang.

Bantahan ini adalah solidariti rakyat Malaysia terhadap kezaliman yang ditunjukkan Yahudi Israel dan penyokongnya termasuklah kerajaan UMNO-Barisan Nasional kepada rakyat Palestin. 

Terima kasih.

‘Generasi Penggerak Zaman’

Nor Mazli Muhammad
Setiausaha
Kelab Anwar Ibrahim (AIC)

Saturday, February 18, 2012

Anwar Ibrahim Club (AIC) cabar TV3 beri ruang Anwar Ibrahim menjawab isu Israel dan Palestin




Penyokong Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyerahkan memorandum mencabar syarikat televisyen swasta TV3 memberi ruang eksklusif kepada tokoh itu muncul secara eksklusif bagi menjawab "laporan tidak adil dan berat sebelah" mengenai isu Israel.

Kelab Anwar Ibrahim (AIC) mendakwa Media Prima Berhad - yang memiliki TV3 dan syarikat media lain -  cuba melakukan "membunuh karektor" Anwar melalui anak syarikat itu tanpa memberi ruang kepada ketua pembangkang itu untuk mempertahankan dirinya.

"AIC juga mencabar Media Prima Berhad melalui rangkaian Buletin Utama khususnya untuk memberi ruang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul secara eksklusif dalam masa terdekat, agar beliau mempunyai medium untuk menjawab serangan berat sebelah yang dilancarkan terhadap beliau saban hari," kata Presiden AIC, Saifuddin Shafi Muhammad dalam memorandum tersebut.

Saifuddin menyerahkan memorandum itu kepada Pengurus Besar Kumpulan Komunikasi Korporat Mastura Adnan di Sri Pentas pagi ini. Mastura mewakili Pengerusi Media Prima Berhad Datuk Johan Jaafar.


@Pantherian - Syabas kepada Presiden dan Timbalan Presiden AIC  ! Ini adalah permulaan AIC untuk turun ke mainstream media .





 

Thursday, February 2, 2012

Sembang Seni - Buddhi Hekayat & Awan Nano

 Buddhi Hekayat dan trofi AJL 26
oleh @IkhwanHafiz
"Dalam berkarya apa yang menjadi keutamaannya ialah menyampaikan mesej berunsur kemanusiaan dan mampu memberi kebahagiaan kepada orang lain yang mendengarnya." 

Seni masih lagi medium terbaik untuk saya menyampaikan mesej kemanusiaan” – Buddhi Hekayat
Akademi Pak Sako semalam telah mengadakan sesi Tweet Up  @Sembang Seni  bersama Buddhi Hekayat @Hasmi Hashim di NZ Garden berhadapan menara pencakar langit, KLCC yang bermula pada jam 8.30pm sehingga 12.00am. Program Sembang Seni ini diadakan bertujuan untuk meraikan kejayaan Buddhi Hekayat yang baru menjuarai  Anugerah Juara Lagu (AJL  ke 26) menerusi lagu Awan Nano nyanyian Hafiz. Lirik lagu ini ditulis oleh Buddhi Hekayat manakala lagunya oleh Datuk M Nasir.


Ramai teman-teman rapat dari Telawi  dan Akademi Pak Sako hadir pada malam tersebut tanda sokongan pada  Buddhi dan mahu meraikan kejayaan bersamanya. Turut bersama pada malam tersebut beberapa anak siswa dan aktivis agama seperti Ustaz Wanji Bakistani dan penggiat seni Pyan Habib. Ternyata sosok budayawan seperti Buddhi Hekayat mampu menarik hadirin yang ramai pada malam tersebut kira-kira  25 orang. 

Buddhi ternyata terharu dengan sokongan pada teman-teman yang hadir pada malam tersebut dan mengungkapkan kata-kata ini pada teman yang hadir keesokannya di Twitter:

@HasmiHashim : BH:Terima Kaseh dgn twit-up semalam oleh @AkademiPakSako. Suka hati sbb ada ramai kawan yag baik hati.#AwanNano#AJL26

Seni

Sembang Seni semalam dilakukan secara santai di mana hadirin yang hadir boleh bertanya soalan secara terus kepada Buddhi. Pelbagai genre soalan bertubi-tubi disoal  oleh hadirin kepada Buddhi baik  dari seni mahupun politik. Buddhi memulakan bicara sembang seni petang tersebut dengan mengulas kemenangan Awan Nano yang diakui hanya menang tipis mengikut keputusan markah juri seramai 30 orang pada malam persembahan tersebut. Buddhi memuji persembahan Hafiz  yang baik dan bertenaga  walaupun mengalami masalah gangguan teknikal di mana smoke machine blow dalam ½ minit yang mengeluarkan bunyi bising di tepi pentas.

Apa yang dibanggakan oleh Buddhi mengenai kemenangan Awan Nano adalah kerana berjaya memecahkan gaya bahasa Indonesia di kebanyakan lagu-lagu di Malaysia dan mengambil contoh lagu Faizal Tahir yang kerap menggunakan perkataan Indonesia secara sinisnya. Konsep pakaian Hafiz pada malam tersebut turut dikupas Buddhi yang mengakui ia dipilih hasil perbincangan dengan Fashion Designer di Telawi yang mahu baju hafiz di dalam video klip Awan Nano digunakan di pentas final AJL untuk memberi kelainan pada malam tersebut. Ternyata idea ini berhasil dan dipuji orang ramai ditambah dengan  vokal mantap oleh Hafiz ketika persembahan.

Monopoli penghasilan lagu oleh sesetengah artis turut dikritik  oleh Buddhi yang mahu penyanyi memberi fokus kepada nyanyian sahaja dan bukannya mahu menjadi penulis lirik dan komposer lagu sekaligus. Monopoli ini dibimbangi akan  memudaratkan kualiti lagu yang dihasilkan dan idea itu tidak berkembang. Mengambil contoh M Nasir yang disebut Buddhi sebagai komposer dan bukannya penyanyi. Siti Nurhaliza itu  adalah penyanyi katanya.

Politik

Kemenangan Awan Nano pada malam tersebut amat dirai oleh ahli parti dan pimpinan parti terutama di ruang maya Twitter dan Facebook. Siapa itu Buddhi Hekayat yang berdiri di stage TV3 telah dilondeh oleh penyokong parti dengan nama sebenarnya iaitu Hasmi Hashim, memegang jawatan Ketua Cabang PKR Parit Sulong dijaja. Pelik juga ada ahli parti yang seperti terkejut beruk tidak mengetahui siapa Hasmi Hashim walhal dia calon untuk pemilihan Ketua AMK pada tahun 2007.

Buddhi amat menghargai ucapan tahniah daripada teman-teman Telawi dan ahli parti tetapi mengakui terdapat juga kalangan politisi yang lagak ucapannya bersifat opportunis  politik. Ternyata Buddhi kenal siapa teman baik hati di sekelilingnya atau teman dalam parti  yang lagak opportunis boleh mencantas sendiri teman untuk menaiki tampuk kuasa.

Soalan berkaitan temubualnya dengan M Star berkaitan penglibatan politik selepas Awan Nano turut ditanya oleh Zul Bumi Langit. Jawapan Buddhi jelas seperti diungkap dalam M Star yang kini mahu lebih fokus menghasilkan karya-karya bagus untuk semua orang dan beliau mahu membina nama semula menerusi bidang seni.

Petikan berita M Star:

"Banyak yang saya sudah cuba dalam usia muda. Saya menulis, saya ceburi bidang politik. Sama jugalah orang seni yang sudah tua, dan mereka beralih ke politik," jelasnya.
"Saya lebih senang orang kenal saya sebagai orang yang mahu beri kesenangan dan kebahagiaan kepada ramai orang dengan karya-karya saya.
"Dalam politik pun pandangan saya lebih kepada manusiawi, bukan matlamat untuk bermusuh atau merebut kuasa."
Dalam pada itu, beliau berkata selepas kemenangan Awan Nano, beliau mula melihat arah yang dicari-cari selama ini dan akan lebih aktif menulis lirik.
"Saya akan lebih aktif dalam bidang seni. Bukan sebab kecewa dalam politik, tapi saya rasa waktu yang ditunggu-tunggu sudah tiba," katanya lagi.
Arwah Loloq

Antara cerita yang menarik pada malam tersebut hingga larut malam oleh Buddhi adalah mengenai persahabatannya dengan Arwah Loloq yang diakui seorang yang hebat dan gurunya dalam penulisan lirik.
Gaya bersahaja Buddhi bercerita lagak ucapan dan tingkahlaku Loloq ini cukup menghiburkan sehingga hadirin yang mendengar ketawa. Itu pada aku antara kelebihan dimilikinya yang mampu membuatkan hadirin lain terpaku mendengar dia bercerita dan ketawa. 

Buddhi tetap merendah diri  menyatakan sosok gurunya, Loloq tiada galang ganti walaupun pendapat ramai mengatakan ketiadaan Loloq di arena seni tanahair akan diisi oleh Buddhi Hekayat yang muncul hanya 2 lagu di mainstream tetapi 1 lagu sudah menang AJL.

Semoga berjaya Buddhi Hekayat !


Share Info !

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews