INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Monday, December 31, 2012

TPM Muhyiddin tonjol watak sebagai PM dan Presiden UMNO akan datang

Semalam, bakal Presiden UMNO dan isteri  turun padang meninjau tanah runtuh secara mengejut di Puncak Setiawangsa.



Bakal calon PM ke 7 UMNO , TS Muhyiddin dan Isteri  bersama rakyat mengharungi banjir di Kelantan dan Terengganu . Rosmah boleh main air banjir ke?



 PM 1 Malaysia  kini sedang bercuti di Eropah bersama isteri tercinta ketika bencana berlaku di tanahair.

@Pantherian :  Gambar memberi seribu persepsi tentang diri seseorang.



Hotel Majestic KL,bangunan sejarah negara dibuka semula


Sumber Kosmo

Hotel Majestic Kuala Lumpur bukan sekadar tempat beristirehat semata-mata tetapi ia sebenarnya bangunan yang sarat dengan momen sejarah.Bangunan ikonik itu mula membuka pintu untuk kunjungan tetamu pada 15 Ogos 1932 dan kini usianya mencecah 80 tahun.

Terletak di lokasi strategik di Jalan Hishamuddin, Kuala Lumpur, bangunan ini pernah menjadi salah satu hotel terbesar di Tanah Melayu dengan kapasiti 51 buah bilik ketika itu.

Sudut kemerdekaan negara dirintis di hotel ini dengan penubuhan Parti Pembebasan Malaya yang turut disertai oleh MCA diwakili oleh Presidennya, Tun Tan Cheng Lock termasuk wakil daripada kaum India pada tahun 1951.

Malah, pada tahun yang sama, Yang Dipertua UMNO semasa itu, Tunku Abdul Rahman telah meluluskan usul yang dikemukakan oleh wakil Perikatan Pemuda supaya slogan 'Hidup Melayu' digantikan kepada 'Merdeka' pada satu mesyuarat.

Justeru itu Majlis Mesyuarat Agung Setengah Tahun UMNO juga di bangunan ini pada 24 dan 25 Mac 1951 meluluskan usul yang dikemukakan oleh wakil Perikatan Pemuda supaya slogan 'Hidup Melayu' digantikan kepada Merdeka.Tidak berhenti begitu sahaja, Hotel Majestic menjadi saksi Datuk Onn Jaafar meletakkan jawatan pada 26 September 1950. Beliau ialah Presiden UMNO yang pertama sejak UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946.

Namun, pada 26 Ogos 1951, UMNO melantik Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman sebagai presiden parti yang kedua di Persidangan Agung keenam. Selain itu, pada 21 Mei 1984, bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad merasmikan bangunan Balai Seni Lukis Negara (BSLN) di sini sebelum berpindah ke bangunan sendiri pada 13 November 1998 di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Sesungguhnya, hotel ini bukan sekadar bangunan tapi ia merupakan saksi sejarah Malaysia.
Hotel Majestic direka oleh seorang arkitek Belanda, Van Leangeanderg dengan keluasan 150 kaki panjang dan 70 kaki tinggi.Semasa kegemilangannya, ia menjadi kediaman untuk golongan kenamaan serta kelompok elit penjajah British.

Selain itu, bangunan ini penuh dengan aktiviti majlis kerajaan dan negeri.Uniknya, terdapat perkhidmatan yang mana pihak pengurusan hotel mengupah isteri pekerja untuk menjaga anak orang kenamaan dengan bayaran sebanyak RM2 sejam dengan masa kemuncaknya ialah semasa hujung tahun.

HOTEL Majestic pernah menjadi Balai Seni Lukis Negara selama 14 tahun.


Menurut Ted Miles, 80, yang merupakan seorang bekas pendidik, dia masih dapat mengimbas kembali semasa menetap di dalam bilik Hotel Majestic.
Hotel pilihan

"Kejadian itu berlaku pada 1964. Itu kali pertama saya menonton televisyen hitam putih di restoran. Televisyen hanya dipasang dari jam 6 petang sehingga 11 malam."Hanya satu siaran berita sahaja dan peristiwa itu menyebabkan saya dapat melihat wajah bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Lyndon Johnson membuat pengumuman tentang Perang Vietnam," katanya.

Miles pernah menyaksikan pengumuman kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka dengan duduk di tempat bernombor 389.

"Sedap dan murah diselangi layanan kakitangan restoran yang cukup menghiburkan," katanya.
Pengalaman tentang makanan turut dikongsi bekas Pengarah Balai Seni Lukis Negara kini Balai Seni Visual Negara (BSVN), Wairah Marzuki yang menganggap Hotel Majestic Kuala Lumpur bukan sekadar sebuah hotel.



DATUK ONN JAAFAR mengumumkan peletakan jawatan sebagai pemimpin UMNO di hotel ini.


Tambahnya, dia masih mengingati harga set makanan ala Barat iaitu RM6 yang lengkap dengan sup, roti bersaiz besar dan chicken chop.Bagi aktres terkenal, Datuk Maria Menando, menikmati minum teh lebih 50 tahun yang lalu di hotel itu cukup mengujakan.

Namun pada 8 Disember lalu, hotel ini mula dibuka semula selepas ditutup lebih 28 tahun.
Pembangunan semula ini menelan kos sebanyak RM250 juta di atas tanah seluas 1.3 hektar oleh YTL Corporation Bhd.

Menurut Pengarah Eksekutif YTL Hotels, Datuk Mark Yeoh, syarikatnya bertekad untuk membawa era baharu hotel tersebut tetapi masih mengekalkan identiti asalnya.

"Kami yakin dengan gabungan unsur tradisional dan moden ini, Hotel Majestic akan kembali gah dan menjadi ikon di negara ini seperti dahulu," katanya.

Menurut arkitek yang menjenamakan semula hotel ini, Zaidan Tahir, dia tidak menyangka pengalaman mengunjungi BSLN di situ pada 1985 menjadi titik tolak bagi dirinya menjenamakan semula hotel itu.

"Kami ingin mengekalkan gambaran dan perasaan pengunjung tetapi dalam masa yang sama memberikan nafas baharu.

"Saya mengambil masa selama 30 bulan untuk menyiapkannya serta mengkajinya," katanya.
Kini, hotel ini gah dengan 300 buah bilik yang selesa namun masih mengekalkan bangunan asal yang menempatkan bilik suite, The Colonial Cafe, The Bar dan The Tea Lounge.

Tetapi, anda perlu menyediakan RM1,080 hingga RM10,000 ke atas untuk bermalam di suite tersebut.Bagaimanapun, pengalaman kru Jurnal menetap semalam di Kolonial Suite cukup menenangkan dengan gabungan rekaan bilik klasik dan moden yang cukup menenangkan.
Aura perabot lama seperti mengimbau kenangan silam walaupun penulis belum dilahirkan lagi semasa itu.

Ruang yang besar memberi keselesaan dan terdapat ruang tamu untuk berehat sambil menonton televisyen.Selain itu, satu menara baharu setinggi 15 tingkat turut memuatkan bilik deluxe, suites, restoran, 16 bilik mesyuarat dan dewan besar yang mampu memuatkan 1,200 orang, gimnasium dan kolam renang.

Uniknya, terdapat jambatan khas yang menghubung bangunan lama dan baru ibarat satu transisi masa yang menakjubkan khas untuk tetamu.Keistimewaan hotel ini ialah sebuah bilik yang menempatkan ribuan pokok bunga orkid jenis Phalaenopsis.

Ditempatkan di bilik berhawa dingin bunga yang berwarna kuning, jingga dan putih ini pasti membuai perasaan anda seperti berada di taman bunga.Dilengkapi dengan meja dan kerusi suasana ibarat kolonial Inggeris lengkap dan enak dinikmati bersama minuman teh pada waktu petang.



KEMUDAHAN bilik yang selesa tetapi anda perlu menyediakan wang lebih RM1,000 untuk menyewanya.


 Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1230&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz2GbDuYrwz 

@Pantherian :  Aku selalu melalui Jalan Sultan Hishamuddin ternyata kagum dengan senibina Hotel Majestic ini yang dilakukan oleh YTL selain bangunan Ibu Pejabat KTMB disebelahnya yang menjadi tarikan pelancong.

YTL sememangnya terkenal dengan usaha keras mereka memodenkan bangunan lama tapi masih mengekalkan struktur senibina asalnya sebagai contoh KL Pac dan bangunan YES di Sentul West.Kedua-dua bangunan ini asalnya adalah Bengkel Utama KTM Sentul.

Selamat kembali Hotel Majestic !





Saturday, December 22, 2012

Deepak hadir Tun M's 87th Birthday ?


Siapa di belakang Deepak Jaikishen ? 

Siapa itu Tun M? Madey? Deepak dijemput ke majlis  Tun M's 87th Birthday  ?

Ingat Deepak kawan baik Rosmah sahaja rupanya kenalan Tun M juga?

Game ini makin menarik dan kita ternanti-nanti kesudahannya.

Penguasa institusi seperti SPRM dan PDRM masih membisu akan pendedahan Deepak.


Tuesday, December 18, 2012

Anwar Ibrahim tiru gaya MGR Malaysia di Himpunan Rakyat Perak

 Anwar Ibrahim cuba meniru gaya MGR Malaysia ! 





Seorang pakcik tua memeluk Anwar Ibrahim, Bapa Reformasi Malaysia.

Pidato BJ Habibie di Selangor






Sunday, December 16, 2012

Zul Nordin siar gambar perwakilan tidur di Mesyuarat Agong PERKASA


Photo ini bukan diambil oleh media tetapi Naib Presiden Perkasa, Dato Zulkifli Nordin dengan kata-kata indahnya " Alhamdulillah kami bersyukur dgn komitmen & pengorbanan ahli". 

Pastinya barisan saf hadapan yang nyenyak lena ini adalah orang-orang kuat PERKASA.Jika begini lah sikap dan displin Melayu PERKASA ? Maka usah diharap pemimpin ini memperjuangkan nasib Melayu jika dalam mesyuarat pun tidur lena.

 Agaknya apa perasaan Tok Him (Ibrahim Ali) jika melihat inilah  sikap perjuang Melayu  ?


Sunday, December 9, 2012

AMK PP kecam calon Ketua Menteri BN yang hina Islam



Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) kesal dengan sikap Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang, Teng Chang Yeow, yang cuba meraih sokongan politik dengan mempersoalkan peningkatan perbelanjaan kerajaan negeri Pakatan Rakyat untuk peruntukan hal ehwal Islam di Pulau Pinang.

Kenyataan seumpama ini dilihat sebagai satu cubaan untuk meniup api kebencian di kalangan rakyat Pulau Pinang dan manifestasi sikap ‘Islamophobia’ anggota MCA. Kenyataan Teng bukan saja tidak bertanggungjawab bahkan dangkal.

AMKPP mengecam sikap Teng yang cuba mewujudkan rasa tidak senang di kalangan masyarakat bukan Islam dengan kenyataan berbaur hasutan itu. Hakikatnya, semenjak Pakatan Rakyat memerintah, nasib masyarakat Pulau Pinang, tak kira ras dan agama terus mendapat pembelaan sewajarnya daripada kerajaan negeri.

Peningkatan belanjawan hal ehwal Islam membuktikan betapa tadbir urus ekonomi negeri di bawah Pakatan Rakyat adalah lebih baik sehingga mencatat lebihan. Maka dengan lebihan ini, lebih banyak dana dapat disalurkan kepada program-program pendidikan dan pembentukan jatidiri rakyat bagi mewujudkan masyarakat yang madani di Pulau Pinang.

Fakta ini membuktikan kerajaan negeri terdahulu, yang dipimpin Barisan Nasional sebagai pentadbir yang lemah dan gagal mentadbir ekonomi dengan baik.

AMKPP percaya dengan kenyataan terbaru Teng ini, mereka telah menunjukkan sikap sebenar pimpinan Barisan Nasional dan Malaysia Chinese Association (MCA) yang bukan hanya rasis tetapi juga anti-Islam. Mereka sanggup untuk menggunakan hujah-hujah rasis dan dangkal semata-mata untuk meraih sokongan politik yang tak seberapa.

AMKPP percaya bahawa rakyat Pulau Pinang jauh lebih bijak menilai dan tidak akan terpengaruh dengan politik rasis anutan Bn dan komponen mereka.

AMKPP mencabar UMNO yang selama ini sering melaungkan retorik bahawa parti rakan KEADILAN, iaitu Parti Tindakan Demokratik (DAP) sebagai parti yang anti-Islam; untuk sama-sama menegur dan mengecam kenyataan Teng. Setiap sayap Umno tak usah takut untuk menegur komponen mereka sendiri kerana isu ini bukan hanya melibatkan soal masyarakat Melayu dan Islam, tetapi melibatkan soal kebajikan rakyat Pulau Pinang seluruhnya.

Sikap diam diri Umno sehingga hari ini apabila berhadapan dengan komponen mereka, MCA, membuktikan betapa Umno sudah tidak lagi berdaya untuk mewakili kepentingan masyarakat Melayu Islam lagi.
AMKPP akan terus menyatakan sokongan kepada kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, bersama barisan Exco yang kekal istiqamah melaksanakan dasar-dasar yang menjunjung prinsip keadilan dan kepedulian akan nasib rakyat Pulau Pinang. AMKPP percaya rakyat Pulau Pinang akan terus memberikan mandat yang lebih besar kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir negeri ini dan membentuk kerajaan Pusat di Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Dr Afif Bahardin
Naib Ketua AMK Pulau Pinang

PENTAS 152 : Konsert Apresiasi Seni Anak Muda !

 

Konsert Apresiasi Seni - Ayuh datang beramai-ramai dan ekspresikan diri anda - Suara Anak Muda!


Kelab Anwar Ibrahim (AIC) akan menganjurkan sebuah konsert Pentas 152 khusus untuk mengiktiraf dan menghargai peranan anak muda dalam mengekspresi seni mereka.

Semua persembahan pada malam itu akan disampaikan dalam Bahasa Melayu, sejajar dengan tujuan utama konsert tersebut, iaitu memartabatkan bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Konsert yang membariskan 16 kumpulan pemuzik dan penyair itu bakal berlangsung pada 12 Disember 2012, bertempat di Pentas Utama Selangor Agro Fest, Stadium Malawati Shah Alam, bermula jam 8.30 malam.

Kartunis, Ronasina akan tampil sebagai pengacara di samping penampilan khas oleh Hishamuddin Rais, Hasmi Hashim dan Pyan Habib.Konsert tersebut turut mendapat kerjasama Alumnus Sekolah Politik, Akademi Pak Sako, Radio Bangsar Utama, Jalan Telawi, Institut Pemberdayaan Strategik (IPS) dan Grup Pemikir Muda (GPM

Tuesday, December 4, 2012

Ucapan Agong Najib Razak sebagai PM terakhir di PAU 2012



@Pantherian : Ini lah ucapan agong di Perhimpunan Agong UMNO Najib Razak  yang terakhir sebagai Perdana Menteri.

Ulasan aku mengenai ucapan Najib :

- Ucapan yang tiada isi untuk halatuju negara masa depan.
- Ucapan yang dihiasi dengan makin hamun kepada PAS, DAP dan Keadilan.
- Ucapan orang sakit yang takut hilang kuasa.



LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews