INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

LIKE AMKBaru Page

Wednesday, November 30, 2011

Jawatan KSN dan KSU dibuka kepada CEO korporat, kakitangan awam dipinggirkan


Jangan terkejut nanti Tony Fernandes dan Nazir Razak menjadi KSU MOT & MOF berbaris bersama kakitangan awam kerana orang swasta boleh masuk menjadi KSU atau KSN bergaji  setaraf dengan CEO.

AMK PKR menentang tindakan kerajaan mengubah suai skim jawatan utama atau premier perkhidmatan awam peringkat JUSA dan Turus bagi membolehkan kepakaran luar termasuk dari sektor swasta diambil masuk.


Najwan Halimi- Timb. Ketua Penerangan AMK

Timbalan ketua penerangannya Najwan Halimi  yang juga bekas Pegawai kerajaan berkata, mekanisme seperti itu memperlihatkan seolah-olah perdana menteri tidak mempunyai keyakinan kepada kualiti dan kemampuan penjawat awam sedia ada.

"Malah ini secara tidak langsung bakal menyekat pengayaan dan perkembangan kerjaya penjawat awam yang berpotensi untuk menyumbang khidmat bakti kepada pembangunan negara," katanya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, pengubahsuaian itu bermakna mana-mana pekerja swasta yang berminat mengisi Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) dari JUSA C dan sehingga ke peringkat tonggak, Turus boleh berbuat demikian.

Memetik sumber, akhbar itu melaporkan, jawatan terbabit boleh menjangkaui sehingga ke kedudukan Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Setiausaha (KSU) sesebuah kementerian.

Utusan juga difahamkan, bawah program itu, kesemua KSU akan dikehendaki meletak jawatan dan memohon semula secara kontrak; sementara pihak dalam dan luar perkhidmatan awam boleh memohonnya.

@Pantherian  - Atas nama TransFORMASI Kerajaan (GTP) , nasib Pegawai Kerajaan untuk memajukan diri dan kerjaya dalam penkhidmatan awam kini semakin samar apabila Najib membuka jawatan KSU dan KSN kepada golongan korporat swasta dan jawatan ini secara kontrak bergaji setaraf CEO syarikat swasta.

Kini, nama-nama besar korporat seperti Tony Fernandes ,tokey Cina YTL, Nazir Razak dan Shaziman Ramly kini boleh memasang angan besar untuk menerajui kementerian dan perkhidmatan awam negara.

Nasib Melayu dalam perkhidmatan awam di bawah UMNO makin punah dan rosak.

Ayuh warga kakitangan kerajaan,  Masa untuk lakukan PERUBAHAN !



Saturday, November 26, 2011

Panas ! Gambar Papagomo dan blogger UMNO didedahkan

Blogger pencacai upahan UMNO bersiap sedia !








@Pantherian - Pantherian mendapat photo ini dari FB yang dipaparkan oleh FB Irsyad Sidi. Warga bloggers dan peminat politik pasti bisa mengenali blogger tersohor UMNO iaitu PAPA GOMO tetapi kini kita didedahkan  dengan gamabr  blogger lain UMNO yang saban hari aktif melakukan fitnah teruatamanya membabitkan kes sodomi dan kes video lucah .


Photo ini menjelaskan kepada  kita siapa itu blogger" Suara Dari Bumi", Jas Salleh, Pas Beruk, Padi Jantan ,Azmy Awang Kelana Jaya dan Afiq KL town . Ternyata puak-puak malaon ini kebanyakan terdiri daripada orang yang sudah berumur dan tua dan jelaslah kepada kita bahawa anak muda tidak ingin  membela gerombolan UMNO melalui cara tohmahan fitnah lucah. Anak muda akan menggunakan blog menyuarakan pandangan dan hujah untuk sesuatu dasar yang baik untuk rakyat.


Sayang,  ada juga anak muda yang tersesat dalam photo ini . Hahaha


Wednesday, November 23, 2011

Gempar ! Najib Razak bohong pada rakyat isu Akta Perhimpunan Aman 2011


Akta Perhimpunan Aman 2011 yang mahu dilaksanakan oleh PM Najib  menunjukkan beliau seorang pembohong, penipu besar dan tidak tunaikan janji kepada rakyat seperti yang diumumkannya semasa Hari Malaysia 16 September 2011.


Mahu Ketahui Apa Akta Perhimpunan Aman 2011?



Pembentangan rang undang-undang itu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata antara kandungan penting undang-undang yang dicadangkan itu, termasuk:
  • Notis awal 30 hari untuk berhimpun, kecuali mereka yang berada di kawasan yang dtetapkan oleh menteri dalam negeri.
  • Selepas memaklumkan, perhimpunan boleh diteruskan, kecuali terdapat bantahan daripada polis.
  •  Tiada protes jalanan dibenarkan.
  •  Tiada protes dalam 50 meter daripada kawasan yang dilarang, termasuk hospital, sekolah dan rumah ibadat.
Menurut Peguam Mohamed Hanipa, Akta Perhimpunan Aman sepatutnya memudahkan perhimpunan aman bukan menyusahkannya.Katanya, jika Akta Polis 1967 khususnya seksyen 27 dan 27A sudah bersifat ‘draconian dan zalim, akta yang ingin digubal ini beribu-ribu kali lebih zalim daripada Akta Polis yang ingin digantikan.

@Pantherian - Najib Razak hanya manis dan lunak di kaca TV pada Hari Malaysia 16 Sept lepas dengan laungan Transformasi tetapi apabila  perlaksanannya dia tiada iltizam politik yang kuat dan bangga untuk MENIPU BESAR rakyat Malaysia.

Harapan rakyat Malaysia mahu akta yang lebih bebas untuk rakyat berhimpun ternyata hanya "kencing merata2 " ketika pengumumuan Najib di Hari Malaysia.

Bangga mempunyai pemimpian yang Flip Flop dan bodoh tidak boleh diajar !...










Tuesday, November 22, 2011

Gempar! Saiful Bukhari kena tendang Uniten kini dapat Anugerah Dekan dari UUM





Wajah dapat Anugerah Dekan Selepas Gagal di UNITEN?


Utusan Meloya:

Dia yang mengikuti pengajian jarak jauh di UUM cawangan Kuala Lumpur dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Hal Ehwal Antarabangsa memperoleh purata nilai gred keseluruhan (CGPA) melebihi 3.50.

"Anugerah dekan ini membawa makna besar kepada saya, keluarga dan sahabat-sahabat saya. Ia memberi motivasi dan semangat terhadap saya untuk mengekalkan prestasi ini di samping meningkatkan potensi diri sehingga tamat pengajian.

"Walaupun terdapat beberapa pihak yang memandang hina terhadap saya berhubung kes liwat tersebut yang berjalan lebih tiga tahun, namun saya tetap cekal dan fokus terhadap pelajaran kerana saya juga ingin berjaya dalam hidup," katanya kepada Mingguan Malaysiapada Majlis Penganugerahan Sijil Dekan UUM di sini hari ini.







@Pantherian - Membaca berita arus perdana menjadi anda kehairanan apabila berita picisan "Saiful Bukhari dapat Anugerah DEKAN" di semester diberi liputan meluas media perdana seperti Mingguan Malaysia.


Apa motifnya? Siapa Kamjat Saiful Bukhari ini? Apa sumbangannya  pada negara? atau hanya menjadi alat bajingan ahli politik? 


Tidak pernah aku membaca berita dihebahkan nama siapa yang mendapat Anugerah Dekan melainkan hanya Anugerah NC di Majlis Konvokesyen universiti.


Ini merupakan doktrin proses pembodohan kepada RAKYAT terutama kepada makcik pakcik Kg Felda supaya melihat imej Saiful ini bersih, warak ,baik ,bijak ( kononnya) dan tabah dalam mengharungi kes Sodomi Part 2.


Kenapa UTUSAN tidak cerita Saiful Bukhari ditendang UNITEN dahulu kerana MALAS belajar dan kuat berpolitik ?


Kenapa UTUSAN tidak cerita biasiswa apa Saiful Bukhari mohon kepada PM Najib ? Dia mahu sambung ke luar negara ke dulu?





Garuda rebah di sambar harimau di Gelora Bung Karno



Syabas diucapkan kepada pasukan bola sepak Malaysia yang akhirnya berjaya mengekalkan pingat Emas untuk negara dengan menewaskan Indonesia menerusi sepakan penalti 4-3 selepas terikat 1-1 sehingga ke masa tambahan.Gol tunggal negara ketika masa permainan dijaringkan oleh Asraruddin Putra menerusi tandukan di dalam kotak penalti.


Kapten, Badrol Bakhtiar menjadi wira negara apabila menjaringkan gol penentuan sepakan penalti selepas terikat 3-3 dengan Indonesia. GK Khairul Fahmi juga cemerlang sepanjang perlawanan dan menjadi hero menyelamatkan satu sepakan penalti dari pasukan Indonesia. Perlawanan yang cukup mendebarkan dari sepak mula bola hingga ke sepakan penalti.


Tahniah sekali lagi diucapkan kepas anak muda negara dibawah kendalian Coach Ong Kim Swee.


Perjuangan bola sepak negara tidak selesai di sini,

Tunjukkan kebolehan  kita di Kelayakan Olimpik 2012 ketika menentang Syria minggu ini.


Ayuh Malaysia, teruskan memberi sokongan kepada 

Skuad Harimau Muda Negara !





Sunday, November 20, 2011

Kementerian Pertahanan lubuk Gejala RASUAH dakwaan oleh bekas tentera

3 man jungle patrol team
Beberapa bekas anggota tentera, yang telah berkhidmat selama beberapa dekad, tampil dan mendakwa gejala rasuah dalam Kementerian Pertahanan telah meletakkan nyawa mereka ibarat ‘telur di hujung tanduk’.

Seorang daripada mereka, semasa forum mengenai rasuah dalam industri pertahanan, memberitahu Malaysiakini, bahawa tindakan itu telah menyaksikan beberapa rakannya menjadi ‘kudung’ dan sebahagian besar mereka "menderita secara senyap".

Lelaki yang enggan namanya didedahkan itu kerana khuatir akan dikenakan tindakan tatatertib berkata, pegawai bukan tentera telah menolak cadangan pihak ketenteraan dan sebaliknya membeli peralatan kurang bermutu yang mempertaruhkan nyawa perajurit negara.

"Kita beli mesin gun AK 33 yang selepas tembakan sebanyak tiga pusingan akan tersekat. Ini memaksa askar mencampangkan senapang itu dan berjuang menggunakan parang,” katanya merujuk kepada satu operasi yang tidak dinamakannya.

military tentera askar soldier malaysia 260307 mobile artilleryContoh lain, katanya, sekitar tahun 1970-an, kaki askar-askar dijangkiti sehingga ada yang terpaksa dipotong kerana but yang dibekalkan mereka karat. Ini kerana but yang dibekalkan itu diperbuat daripada kepingan zink dan bukannya aluminium seperti yang sepatutnya.

But berkenaan bertujuan melindungi kaki askar dari pancang perangkap samar yang tersembunyi ketika peperangan gerila di hutan. Namun, katanya, ia gagal untuk berbuat demikian kerana senang berkarat ketika askar-askar meredah hutan ketika hujan lebat.

Beliau turut memberi contoh, bagaimana, poncho atau baju hujan yang berkualiti rendah itu seringkali menyaksikan perajurit basah kuyup setiap kali hujan.

"Saya dalam kesejukan berada di hutan sedangkan seseorang telah mendapat habuan besar dan berseronok di tempat lain," katanya pada majlis anjuran Transparency International di Subang.

military malaysia army tentera 131106 jungleLelaki itu juga mendakwa mutu makanan yang berkualiti rendah dibekalkan kepada pasukan tentera dan sekiranya pegawai mereka membuat bantahan, mereka pula akan dipindahkan ke tempat lain sebagai hukuman.

"Mereka tidak peduli. Saya percaya ia masih berterusan. Askar-askar kita  yang menderita,” rintihnya lagi.




@Pantherian - Satu pendedahan yang sgt2 memilukan dalam sejarah pertahanan negara dan memalukan buat UMNO/BN yng memerintahkan sejak 54thn lalu dengan menjadikan Kementerian Pertahanan sebagai lubuk untuk melakukan rasuah dan penyelewengan.

Umum mengetahui banyak kontrak-kontrak makanan kepada anggota di kem tentera dikuasai oleh kroni-kroni UMNO BN termasuklah keluarga bekas PM dan juga Ketua UMNO bahagian  seperti mana didedahkan oleh DS Anwar pada tahun lepas di parlimen.











Fasha Sandha semakin berani berpakaian sopan dan seksi

 


Sudah jadi giliran artis kita pula yang duk tayang body kat public. Kalau sebelum ini artis luar negara menjadi trend dengan pakaian tak cukup kain, berbogel sana-sini, namun kini ianya berjangkit kepada artis kita pulak.

Industri seni negara kita bukanlah sebesar mana pun berbanding luar negara bahkan masih jauh lagi untuk setaraf dengan mereka tetapi bab berpakaian, kini sudah mula boleh menandingi artis luar negara termasuk di Hollywood.

Mereka bebas berpakaian terdedah sana-sini seolah-olah tiada orang yang sensitif di bumi Malaysia ini. Ini ke kehebatan dek kemajuan yang diwar-warkan oleh kerajaan kita? Malaysia boleh! Semakin hari semakin ‘sensor’ dan tak pelik jika sedikit masa lagi, sudah ada yang berani untuk bergambar bogel untuk majalah tertentu seperti di luar negara dengan sedikit bayaran yang diberikan.

Fasha Sandha separuh bogel

Baru-baru ini, sebuah blog hiburan telah menyiarkan gambar melampau seorang artis wanita yang berpakaian menjolok mata dalam satu majlis pelancaran sebuah majalah yang diadaptasi dari luar negara di ibu negara.

Menurut blog yang menyiarkan gambar artis panas yang dikenali Fasha Sandha itu, seorang ‘pakar fesyen’ mengatakan cara berpakaian artis itu ‘cukup berani’. Laa..apa yang tak beraninya, sampai nak tertonjol punggungnya dan boleh meleleh air liur bagi sape-sape yang ada di majlis pelancaran majalah Lisa itu.

Mungkin ramai duk menunggu lepas ni artis yang asyik suka berpakaian seksi itu akan beraksi semakin panas. Kenapa tak bogel je terus.

Malaysia ke ni? Kenapa boleh berlaku begini?

“Mak!, artis barat ke yang duk tayang body tu?,” pasti soalan yang akan ditanya seorang anak yang mungkin terkejut dengan negara yang disangka beradab timur, mempunyai rakyat yang bersopan-santun, berbudi pekerti ini.

Wahai pemimpin Malaysia, suka ke anda dengan fenomena itu? Dah berjaya ke anda semua mendidik rakyat untuk menjadi rakyat Malaysia?

Cuba kita fikir, apa akan jadi negara kita selepas 10 tahun akan datang?

Dedah dada dengan bayaran RM11,000 je

Tak payah tunggu 10 tahun la. Hari ini dah terbukti pun, laporan Sinar Harian menyebut seorang lagi artis kontroversi tanahair, Zarina Anjoulie yang pernah mengejutkan industri seni dengan gambar bogelnya yang tersebar di internet sekitar tahun 2008 lalu, kini kembali panas dan ‘maju’.

Meski pun pernah mendapat kecaman sebelum ini dan mengaku insaf namun kini semakin berani mendedahkan sebahagian payudaranya untuk majalah FHM Indonesia dengan hanya dibayar RM11,000.

Dipetik dari Sinar Harian, artis berkenaan mengaku dibayar untuk sesi fotografi tersebut dan melakukannya demi minat dalam bidang modelling.

“Saya bukan nak jual badan, tapi dibayar untuk kerja. Daripada saya asyik kena kutuk, baik saya kerja dan buat duit.

“Selama ini pun, apa yang saya buat kena kutuk. Saya pakai baju apa pun, kena kutuk, sedangkan ramai lagi artis lain terdedah sana-sini,” katanya.

No komen la kalau artis berkenaan boleh berkata demikian. Sudah tentu kefahaman tentang hukum-hakam agama tiada langsung.

Jika tiada tindakan dari pihak bertanggungjawab, tunggulah masanya negara kita akan dibanjiri kisah-kisah porno dan lucah dari kalangan artis yang sudah tidak malu lagi untuk menayang badan pada khalayak walaupun penulis WarkahDaily mengaku, tidak dapat dinafikan ada sebilangan artis yang tidak terlibat dengan situasi itu, namun kerana segelintir manusia yang tidak berfikir soal dosa dan pahala itulah yang akan merosakkan muda-mudi masa depan yang bakal mewarisi tampuk kepimpinan negara.

Penulis juga turut mengaku, pasti ada yang rasa seronok dengan fenomena ini. Dengan kata lain, ada yang beranggapan, senanglah nanti ‘kerja’ mereka untuk terus ‘merosakkan’ jiwa muda-mudi agar golongan ini jauh dengan keruntuhan moral, penyalahgunaan kuasa dan rasuah yang berleluasa di negara ini. Dengan kata lain lagi, pasti mereka tidak endah dengan masa depan negara. -WarkahDaily

Saturday, November 19, 2011

Ezam khianat PKR dan perjuangan disebabkan WANG

 Dr Syed Husin Ali menerusi buku terbarunya, Memoir Perjalanan Politik Syed Husin Ali telah membongkarkan sebab Ezam Mohd Noor keluar dari PKR dan seterusnya kembali menjilat ludahnya di dalam UMNO.
Memetik perbualan sepanjang hasil kerjaya politiknya, timbalan presiden PKR menerusi bukunya - Memoir Perjuangan Politik - Syed Husin Ali menceritakan babak-babak yang menyaksikan bekas ketua pemuda parti itu, Ezam Mohd Noor berpaling tadah.

Dalam bab yang dinamakannya, ‘Alasan Ezam keluar parti’ - ahli politik veteran itu berkata, Ezam pernah memberitahunya sebulan sebelum meletakkan jawatan bahawa beliau kesempitan wang dan malu kerana terpaksa bergantung kepada pendapatan isterinya.

Doktor, sekarang ini saya tiada pekerjaan dan tidak ada sumber pendapatan. Pendapatan saya sebanyak US$3,000 sebulan di Indonesia sebagai pengarah sudah terhenti sejak syarikat itu tutup.


“Sekarang saya terpaksa bergantung hanya kepada pendapatan isterti saja. Malulah, walaupun gajinya besar juga, kira-kira RM8,000. Saya kena cari peluang untuk mendapatkan satu dua jawatan pengarah. Ini boleh hanya jika ada bukti saya sudah meninggalkan parti,” tulisnya dalam buku itu.

Menurut Syed Husin pendedahan itu dibuat oleh Ezam selepas beliau meminta penjelasan berhubung khabar angin bahawa ketua pemuda PKR itu telah mengemukakan surat peletakan jawatan kepada setiausaha PKR Selangor.
"Doktor. Saya berhenti. Sekarang ini musuh saya bukan lagi Azmin. Musuh saya ialah Anwar. Percayalah saya akan melakukan apa saja untuk memusnahkannya,” Ezam didakwa berkata.

Menceritakan reaksinya, Syed Husin berkata beliau tertanya-tanya jika Ezam yang sekarang ini telah dilantik sebagai senator oleh BN sudah berjaya "dibeli oleh pemimpin Umno".

@Pantherian - Rahsia besar Ezam menjilat kembali ludahnya dengan masuk ke dalam UMNO ternyata adalah disebabkan WANG dan PANGKAT. Nyata sekali pengkhianatannya kepada parti dan rakyat berbaloi apabila di lantik menjadi SENATOR di Dewan Negara bersama seorang lagi pembelot iaitu Nallakarupan.

Selain itu, kini kita mengetahui  perangai sosok bernama Ezam ini yang kuat menghentam PKR  adalah kerana bencikan  bekas bosnya , DS Anwar Ibrahim dan berazam untuk memusnahkan karier politiknya. Ini terbukti apabila terdapat watak Ezam dalam Kes Sodomi Part 2 dan beliau telah diambil kenyataan oleh polis.

Suatu ketika dahulu, Ezam cukup hebat menarik anak muda kepada PKR menerusi pidatonya dan kini ia hanya tinggal sejarah. Pemimpin PR kini mempunyai pemimpin muda yang berjiwa kental perjuangan pada rakyat dan mereka merupakan aset kepada parti dan negara pada masa depan.

Wednesday, November 16, 2011

Dr Dzul persoal kos pembelian 38 set EMU


sumber Malaysiakini:

Isu pembelian 38 set Electric Multiple Unit (EMU) enam gerabak dari syarikat Zhuzhou Electric Locomotive Co Ltd (ZELC) dari China dengan harga sekitar RM1.9 bilion secara runding terus atau dianggarkan RM500 juta lebih mahal berbanding harga yang ditawarkan melalui tender sebelumnya, mula saya bangkitkan di Parlimen pada 29 Jun 2010.

Kementerian Pengangkutan (MOT) telah mengeluarkan surat tawaran (LOA) kepada ZHUZHOU pada 19 Mei 2010.

Harga pembelian tersebut pula tidak termasuk kos menyelenggara, membaiki dan overhaul – MRO yang dikatakan akan diputuskan MOT secara berasingan.

Walaupun pembelian EMU dari Zhuzhou ini dilihat seakan terdapat unsur penyelewengan, MOT tetap meneruskannya dengan menandatangani perjanjian pembelian pada 23 Julai 2010.

Tindakan tersebut dilihat dibuat dalam keadaan tergesa-gesa kerana dokumen perjanjian disediakan dan ditandatangani dalam masa yang begitu singkat selepas LOA dikeluarkan, iaitu dua bulan empat hari.

Persoalannya apakah perjanjian penjualan yang melibatkan kos yang begitu tinggi itu telah diteliti dan disemak oleh Jabatan Peguam Negara?

Susulan desakan saya, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) 27 Julai 2010 memutuskan bahawa terdapat sebab untuk isu pembelian EMU disiasat dengan lebih terperinci. PAC mengarahkan SPRM untuk memulakan siasatan.

Spesifikasi tender asal
Pada 1 April lalu, saya menerima jawapan bertulis dari Menteri diJabatan Perdana Menteri  Datuk Seri Nazri Abdul Aziz bahawa siasatan kes ini masih dijalankan SPRM dan tidak boleh didedahkan kepada umum atas kepentingan siasatan dan unsur kerahsiaan.

Bagaimanapun, pada 14 November lalu, timbalan menteri pengangkutan mengumumkan bahawa hasil siasatan mendapati tiada unsur penyelewengan dalam pembelian EMU dari Zhuzhou.

Di sini saya ingin meminta penjelasan lebih lanjut dari menteri pengangkutan berhubung perkara-perkara berikut:

(1) Atas kriteria apakah MOT memilih untuk mengadakan rundingan terus dengan ZELC bagi pembelian 38 set EMU di atas?

Saya percaya pemilihan ZELC berdasarkan tawaran EMU mengikut spesifikasi KTMB pada harga yang munasabah dalam tender terdahulu, iaitu tender membekal lapan set EMU tiga gerabak.

Saya percaya rundingan harga dengan ZELC dibuat tidak mengikut spesifikasi asal KTMB memandangkan tender terdahulu telah dibatalkan pada 27 April 2010.

(2) Persoalannya, mengapakah rundingan harga dengan ZELC tidak dibuat mengikut spesifikasi tender asal dengan mengubahsuai klausa-klausa tertentu bagi mengambilkira perubahan keperluan dari set EMU tiga kepada enam gerabak?

Pohon semak dokumen
Mengapa perlu dibatal tender terdahulu sedangkan pemilihan ZELC dibuat berasaskan penilaian tender tersebut?

Saya percaya sekiranya rundingan harga dengan ZELC didasarkan kepada spesifikasi yang diberi KTMB, selain perubahan dari tiga kepada enam gerabak bagi setiap set EMU, harga setiap set EMU enam gerabak tidak akan meningkat sehingga RM48 juta setiap set seperti yang ditawarkan oleh ZELC.

Ironisnya, harga yang ditawarkan ZELC melalui rundingan terus melonjak kepada RM48 juta bagi setiap set EMU enam gerabak berbanding harga tender sebelumnya RM13.725 juta
bagi setiap set EMU tiga gerabak. Saya menganggarkan harga yang paling mahal bagi setiap set EMU enam gerabak ialah RM40 juta.

(3) Sehubungan itu, saya memohon jasa baik menteri pengangkutan untuk saya dan juruperunding yang saya lantik untuk menyemak dokumen spesifikasi EMU dijadikan asas rundingan harga bagi pembelian 38 set EMU enam gerabak dari ZELC.

Memandangkan tidak terdapat elemen penyelewengan seperti yang dinyatakan oleh menteri pengangkutan, saya percaya tidak akan ada masalah untuk saya menyemak dokumen spesifikasi tersebut untuk saya bandingkan dengan dokumen spesifikasi EMU bagi tender terdahulu yang ada dalam simpanan saya.

Melalui perbandingan kedua-dua dokumen spesifikasi tersebut, saya percaya akan dapat merungkaikan isu ketirisan sehingga RM500 juta yang kini menyelubungi pembelian 38 set EM enam gerabak dari ZELC.

Kawal ketat kerajaan China
(4) Apakah semua pegawai-pegawai KTMB yang ditemubual oleh SPRM bersetuju harga yang ditawar ZELC itu munasabah?

(5) Apakah SPRM menyiasat secara menyeluruh mengenai cara pembayaran EMU yang dikatakan tidak dibayar terus kepada ZELC, selaku pengeluar EMU yang berpengkalan di Zhuzhou, China.

Saya difahamkan bahawa perjanjian pembelian berkemungkinan besar melibatkan ZELC (Hong Kong) memandangkan ZELC yang berpengkalan di Zhuzhou, China, di kawalselia secara ketat oleh kerajaan China berhubung transaksi yang melibatkan keluar masuk wang dari negara itu.

SPRM dikatakan telah menghubungi rakan sejawat mereka di China. Apakah agensi antirasuah China itu tidak sedikit pun merasa sangsi mengenai harga tawaran yang terlalu mahal yang
dikemukakan oleh ZELC.

(6) Berdasarkan spesifikasi yang diberi oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), semua pengeluar EMU milik negara China akan mengeluarkan EMU yang mempunyai harga yang tidak akan mempunyai jurang perbezaan yang besar.

Hakikat ini terbukti melalui harga yang ditawarkan oleh tiga pengeluar China, termasuk ZELC, dalam tender membekal EMU tiga gerabak sebelum ini.

Saya percaya harga yang amat tinggi yang ditawarkan oleh ZELC termasuk ’elemen komisyen’ atau lebih tepat lagi ’kickback’ agen tempatan.

(7) Kalau benar tidak terdapat sebarang unsur penyelewangan, saya ingin mendapatkan butir-butir pembelian (cost breakdown) komponen-komponen utama yang digunakan dalam EMU yang dibeli. Ini membolehkan saya untuk menyemak dengan mudah sama ada berlaku tokok tambah harga yang tidak munasabah.



Penulis merupakan anggota parlimen Kuala Langat.

Saturday, November 12, 2011

Khairy Jamaluddin kini jurucakap khas Shahrizat untuk Skandal Lembu





Pembelian kondominium itu dibuat supaya NLMC mendapat pulangan pelaburan memandangkan projek lembu fidlot oleh National Feedlot Corporation mengalami kelewatan operasi, kata ahli parlimen Rembau itu dalam tulisan di blognya, rembau.net.


"Apabila kelewatan ini berlaku, pihak pengurusan NFC berdepan dengan keputusan penting. Apakah mereka hanya biar duit yang diberi kepada NLMC itu dalam akaun semasa yang tidak memberi pulangan yang besar sambil menunggu ladang-ladang satelit dan pusat penyembelihan antarabangsa dibangunkan?.11/11/11.


@Pantherian - Ramai orang pelik dan terkejut apabila KJ saban hari keluar di media untuk menjawab setiap pertuduhan dan dakwaan yang dilemparkan oleh pemimpin PKR berhubung isu Skandal Lembu FEEDLOT.

KJ kini umpama MENTERI PERTANIAN mengalahkan Noh Omar yang tampil di media dan menggunakan blognya untuk mempertahankan Menteri Shahrizat Jalil dan keluarganya.Di laman Twitter, beliau bekerja keras berhujah dengan Rafizi Ramli dan Saifudin Nasution bersabit isu skandal lembu ini.

Kita juga kekadang terfikir  sebab mengapa KJ begitu "pulun" mempertahan Shahrizat ? Tidak pulak kelihatan TPM dan PM tampil untuk menjawab isu skandal projek ini secara terbuka.

a) Adakah kerana  Shahrizat menjadi Mak Angkat atau Kakak Angkat kepada KJ?

b) Adakah KJ mendapat sesuatu daripada projek tersebut?

c) Adakah arahan bapak Mertua yang mana kita tahu projek tersebut diluluskan ketika zaman Pak Lah menjadi Menteri Kewangan?

d) Adakah KJ mahu menunjukkan kepada Najib bahawa dia adalah calon terbaik MP di PRU akan datang dan seterusnya Menteri ?

Anda boleh meneka mana satu jawapan terbaik.

Thursday, November 10, 2011

Najib lupa amanat Tun Abdul Razak berkaitan isu royalti minyak


Kerajaan Kelantan hari ini menyerahkan sepucuk surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, bagi membuktikan kepadanya bahawa dalam jawapan yang diberikan oleh bapanya, Tun Abdul Razak Hussein, di Dewan Rakyat beliau menyokong tuntutan royalti minyak Kelantan.

Merujuk jawapan lisan kepada soalan yang diajukan oleh ahli parlimen DAP Lim Kit Siang yang berusia 34 tahun ketika itu, Abdul Razak yang menyelia pewartaan Akta Petroleum 1974, berkata royalti perlu dibayar walaupun minyak ditemui di luar pesisir.

Jawapan yang diberikan pada 12 November 1975 itu berbunyi:

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5 peratus daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan (onshore) atau di luar perairan (offshore) negeri tersebut, yang dijadual oleh PETRONAS ataupun agensi-agensi ataupun kontraktor-kontraktornya,".


@Pantherian - Adakah Haji Najib dan Hajjah Rosmah terbuka hati untuk memberi  keadilan kepada kerajaan Kelantan dan rakyatnya  selepas pulang dari haji?


Persoalan diskriminasi dan ketidakadilan dilihat berlaku dalam isu royalti yang dilakukan oleh UMNO BN kepada kerajaan negeri Kelantan.

1) Royalti 5% tidak diberi

2) Pendaratan gas yang dicadangkan untuk dilakukan di Kertih,Terengganu yang jauhnya lebih 200km paip gas perlu dibina. Apabila  kemudahan fasiliti pendaratan tidak dirancang di Kelantan, yang ruginya ialah rakyat dan kerajaan negeri yang mengharapkan limpahan ekonomi berlaku di kawasan tersebut.






Tuesday, November 8, 2011

Anwar Ibrahim tuntut Najib jawab dimana hilang RM1.4 billion Bajet Wang Luar Jangka




DS Anwar Ibrahim mendakwa RM 1.4 billion dana daripada Bajet Wang Luar Jangka /peruntukan kecemasan Perbendaharaan Negar telah lesap ! Siapa rembat ? Najib perlu JAWAB !

sumber Msiakini:
Pakatan Rakyat hari ini mendakwa kira-kira RM1.4 bilion daripada Bajet Wang Luar Jangka atau peruntukan kecemasan Perbendaharaan Negara telah lesap.

Dana itu dbekalkan mengikut Perkara 103 Perlembagaan Persekutuan, bagi peruntukan tambahan RM1.5 bilion, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, peruntukan itu dinyatakan dalam Laporan Perbelanjaan Persekutuan 2010/2011 yang dibentangkan bersama-sama dengan Bajet 2012.

Perkara 103 menyatakan: "Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan bagi mewujudkan suatu Kumpulan Wang Luar Jangka dan memberi kuasa Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan, jika berpuas hati bahawa telah timbul keperluan perbelanjaan yang mendesak dan di luar jangkaan yang baginya tiada peruntukan lain wujud, untuk membuat pendahuluan daripada Kumpulan Wang Luar Jangka itu untuk memenuhi keperluan itu.

NONE“Jika apa-apa pendahuluan dibuat mengikut Fasal (1), suatu anggaran tambahan hendaklah dikemukakan dan suatu Rang Undang-Undang Perbekalan dibawa dengan seberapa segera yang mungkin bagi maksud menggantikan amaun yang didahulukan itu.”

Anwar pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini berkata: "Walau bagaimanapun, Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyatakan bahawa hanya terdapat baki RM79.147 juta daripada dana negara itu.

"Ke mana perginya wang itu? Lebih serius lagi, di mana RM1.4 bilion telah lesap? Saya tidak fikir Jabatan Audit (membuat kesilapan), mereka lebih teliti apabila membabitkan perakaunan."

Bagi Anwar, kelewatan 17 hari Laporan Ketua Audit Negara, tahun ini dibentangkan mungkin ada kaitan dengan perkara berkenaan.

**********************************************************************************

@Pantherian - Ini merupakan satu kes skandal yang serius membabitkan kehilangan RM1.4 billion duit rakyat daripada dana Bajet Wang Luar Jangka/ Peruntukan kecemasan.

Kita perlu desak dan tuntut DS Najib Razak atau TS Muhyiddin menjawab di mana pergi mengalir jumlah wang yang begitu besar ini? apa yang dibelanjakan?..

Adakah ini boleh dianggap Transformasi yang betul? dana rakyat hilang dan pemborosan perbelanjaan yang begitu ketara sebagaimana terkandung dalam Laporan Audit 2010.

Update TERKINI video :






Datin Paduka Marina Mahathir kecam keras laporan putar belit TV3 & Utusan

 Petikan dari TMI:








"Saya sangat marah, sangat marah ,tiada perkara untuk menggambarkan ke atas sesetengah pihak yang menganggap ini sebagai festival seks bebas. Anda tiada perkara yang baik untuk dilakukan? (Merujuk pada TV3). Seks bebas memang tidak dibenarkan di sini..adakah anda GILA sehingga untuk menggambar perkara ini ?Datin Paduka Marina Tun Mahathir.

@Pantherian - Sememangnya anak perempuan Mahathir ini agak pelik kerana melawan arus pemikiran bapanya dan beliau cukup terkenal sebagai pejuang hak-hak wanita.Sebagai contoh, Marina  hadir ketika perhimpunan Bersih 2.0 Julai lepas dan photo beliau disebar di media sosial. Marina dengan ikhlas  mengakui hadir untuk memberi sokongan kepada tuntutan Bersih 2.0.

Kini, Marina sekali lagi memeningkan kepala Mahathir dengar hadir memberi sokongan pada program Seksualiti Merdeka dan juga Datuk Ambiga. Kecaman kerasnya kepada TV3 dan Utusan yang cuba SPIN tujuan program tersebut ada asasnya kerana rakyat Malaysia dihidangkan dengan nama Festival Seks bebas.

Pada hemat saya, TV3 atau Utusan sepatutnya melaporkan perkara yang betul mengenai program tersebut jika sekalipun mereka tidak bersetuju ia diadakan. Ini adalah sifat integriti media dan bukannya mengelirukan orang ramai.

Seksualiti Merdeka  kepada Festival Seks Bebas ? ...Besar bezanya.

Share Info !

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews