INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Wednesday, February 16, 2011

Terbukti tuduhan liwat direka dan dakwaan perlu digugurkan



KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang difitnah meliwat bekas pembantunya hari ini menggesa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail menggugur pertuduhan yang sengaja direka ke atas nya.

Menurutnya, Peguam Negara mempunyai asas yang kukuh untuk menggugurkan kes tersebut kerana kesimpulan yang dibuat doktor pakar Hospital Kuala Lumpur bahawa tiada berlaku liwat selepas meneliti laporan kimia.

“Seperti yang ditanya oleh Karpal kepada Dr Khairul, sewaktu mereka membuat keputusan akhir bahawa tiada bukti klinikal adanya penetrasi, ia dibuat selepas mengkaji laporan ahli kimia,” kata Anwar.

Beliau berkata demikian sewaktu mengulas kenyataan peguamnya Karpal Singh yang menggesa Peguam Negara agar menggugurkan dakwaan itu secepat mungkin.

Anwar seterusnya mengingatkan Gani Patail supaya tidak membiarkan institusi perundangan negara ini terus diperalat seperti berlaku di Mesir, apabila mahkamah dikawal sesuka hati oleh bekas Presidennya, Hosni Mubarak.

Karpal Singh

Adalah amat jelas pertuduhan ini tidak berasas. Saya menyeru Peguam Negara untuk campurtangan dengan segera dan menarik balik dakwaan ini untuk mengelakkan malu yang lebih besar kepada negara,” kata Peguam Anwar, Karpal Singh.

Menurut Karpal, berdasarkan laporan proforma yang diisi doktor Hospital Kuala Lumpur yang memeriksa Saiful Bukhari Azlan, pihak pendakwa gagal menunjukkan bukti yang Saiful diliwat.

Ini kerana dalam laporan itu Saiful mendakwa hanya terdapat cubaan liwat sahaja menyebabkan keterangan itu bercanggah antara satu sama lain, kata Karpal.

“Laporan proforma jelas menunjukkan aduan Saiful adalah percubaan liwat, percubaan oral seks. Dia tidak (pernah) menyatakan perkara ini dalam mahkamah.

“Ia juga bertentangan dengan laporan pertamanya (laporan polis) yang menjadi asas kepada kes ini,” kata Karpal.

Justeru, Peguam Negara perlu masuk campur dan bertindak menghentikan pendakwaan kerana di Mahkamah Tinggi, hakim tidak diperuntukkan kuasa untuk menggugurkan pendakwaan.

“Di mahkamah rendah seperti Mahkamah Sesyen dan Majistret, terdapat peruntukan di bawah Kanun Acara Jenayah, Seksyen 173 (g), mahkamah mempunyai kuasa apabila dakwaan didapati tidak berasas, mahkamah boleh melepaskan orang yang dituduh.

“Walaupun begitu tiada peruntukan sedemikian di Mahkamah Tinggi. Oleh kerana itu, di sinilah pentingnya Peguam Negara campurtangan.

“Sebagai pendakwaraya, adalah menjadi tugasnya tidak meneruskan dakwaan yang tidak berasas berdasarkan kes yang dibentang pendakwa. Saya harap Peguam Negara campur tangan. Beliau wajib (berbuat demikian),” kata Karpal.

Seorang lagi peguam Anwar, Sankara Nair berpendapat jika kes ini diteruskan, ia sebenarnya isyarat jelas bahawa tuduhan ini merupakan satu pendakwaan politik semata-mata.

“Jika mereka meneruskan dakwaan, ia sudah menjadi penganiayaan politik, bukan lagi dakwaan berdasarkan bukti yang kita lihat hari ini,” kata Sankara Nair.

Anda baca keterangan doktor pakar itu ...

Anda faham bahawa DAKWAAN Saiful itu PEMBOHONGAN BESAR DAN FITNAH.......

ALLAH MAHA BESAR.....Terbukti keterangan dan laporan Proforma yang mendakwa tiada bukti penetrasi...

Gani patail..! Jika KEADILAN itu tiada di Malaysia....nescaya

Apa berlaku di Mesir akan berlaku di Malaysia !.........

Rakyat muak dengan ketidakadilan yang berlaku di Malaysia...

Lihat kes Mati Teoh Beng Hock? siapa didakwa? ...kes Kugen?

Kini kes tokoh politik , DS Anwar Ibrahim....

Dakwaan ini semua bermotifkan politik....

Ayuh rakyat, celik mata anda ....di mana KEADILAN DI BUMI MALAYSIA?

Teringat kata2 Hang Jebat ' Aku mahu KEADILAN " oleh Nordin Ahmad............

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews