INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Wednesday, February 9, 2011

Azmin bongkar kepincangan sistem cukai kereta Malaysia

NONE
Pakatan Rakyat akan mencadangkan "penyelesaian radikal" bagi mengurangkan bebanan cukai yang dikenakan ke atas rakyat Malaysia mengikut Dasar Automotif Negara (NAP).

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata cadangan itu akan dibentangkan pada Persidangan Ekonomi Pakatan yang dijadualkan pada bulan depan.

Katanya, cadangan berkenaan bertujuan mengurangkan tiga jenis cukai yang sekarang membebankan pembeli dan melipat gandakan harga kereta. Ini termasuk cukai import, cukai eksais dan cukai jualan.

Katanya, walaupun kenderaan di bawah 1,500 cc, cukai yang dikenakan sekurang-kurangnya 60 peratus untuk eksais, 10 peratus cukai jualan manakala 30 peratus cukai import, 60 peratus cukai eksais dan 10 peratus cukai jualan untuk kereta import.

"Ini bermakna bagi setiap kereta paling kecil yang dijual oleh Perodua pada harga RM40,000, sebanyak RM16,500 cukai dibayar kepada kerajaan.

housing hulu kelang"Oleh itu, masanya telah tiba untuk rakyat menilai dasar-dasar baru yang radikal untuk mengurangkan harga kereta dan rumah," katanya pada sidang media mingguan di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, pagi tadi.

Beliau turun mendesak kerajaan Umno-BN memohon maaf kepada rakyat dan menjelaskan bagaimana rakyat dibebani dengan hutang sepanjang masa.

Azmin berkata hutang isi rumah yang tinggi sehingga mececah 74 peratus dari keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada November tahun lalu adalah bukti kurangnya pendapatan rakyat menerusi dasar ekonomi yang dilaksanakan kerajaan persekutuan.

Menurutnya, polisi yang diamalkan tidak lagi relevan memandangkan setiap keluarga terpaksa menanggung hutang negara yang kini melebihi 50 peratus kepada KDNK selain hutang peribadi.

"Kita yakin kalau mahu menjana ekonomi, rakyat perlu ada kapasiti untuk belanja kerana hutang isi rumah yang tinggi," jelas beliau.

Ahli parlimen Gombak itu juga menjelaskan prospek malap ekonomi negara dan ketidakupayaan rakyat menikmati taraf hidup baik berpunca daripada tindakan melindungi kepentingan kroni.

Katanya, hutang isi rumah yang dicatat berjumlah RM577 bilion berdasarkan statistik bulanan Bank Negara Malaysia merangkumi bebanan pinjaman kereta (RM118 bilion), pinjaman perumahan (RM225 bilion) dan pinjaman peribadi (RM22 bilion) selain anggaran hutang kad kredit (RM200 bilion).

**********************************************************************************

Syabas YB Azmin Ali !...

Mengutarakan MASALAH rakyat yang pastinya dihadapi oleh seluruh rakyat Malaysia yang memiliki kereta dan rumah...

Selepas Sdr Rafizi Menang BESAR Debat Ekonomi 4 Penjuru mengenai Buku Jingga Pakatan Rakyat di RTM tempohari....

Kini kita disajikan MASALAH HUTANG RAKYAT MALAYSIA oleh Azmin Ali yang kian membarah !...

iaitu Hutang KERETA & RUMAH...

Jika PR plan untuk rombak sistem cukai pada kereta untuk mengurangkan BEBAN RAKYAT...

PASTI rakyat akan buka mata siapa yang boleh memerintah untuk PRU13 akan datang?

BN atau PR..?

Sidang media "LONDEH KEBOBROKAN" sebegini perlu diteruskan sehingga PRU13 akan datang agar dapat membuka mata rakyat tentang bebanan rakyat di bawah BN UMNO....





Komen dari Paul tan, Blogger (automotive). Baca link ini

http://paultan.org/2011/02/08/pakatan-to-table-radical-solution-to-reduce-car-taxes/#more-52990

“This means for the smallest Perodua car priced at RM40,000 sold to a Malaysian, he has to pay a tax of RM16,500 to the government,” Azmin told a press conference at the party’s headquarters here.

High tax is BN’s poduct

The Gombak MP also said that in reality, the government taxes the public heavily because the taxes levied on passenger cars can start from a minimum 70% to a maximum of 145% for cars above 2,500cc.

“Therefor a close estimate puts that at least 70% of RM118 billion in passenger car loans borne by Malaysians is due to high taxes imposed by the government”.

The alternative NAP will likely be presented at Pakatan Rakyat’s national economic forum scheduled to be held on March 26. Ways to address household debts will be among the key issues discussed at the three-day event.

Azmin said the staggering household debt-to-GDP ratio is worrying amid a record high government debt which has surpassed the 50% mark in terms of public debt to GDP ratio.













No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews