
Berita pengundurannya itu disambut meriah oleh lebih sejuta rakyat Mesir yang berkumpul di Dataran Tahrir di Kaherah.
Presiden dan keluarganya sebelum itu dilaporkan meninggalkan istana presiden di ibu negara ke Resort Laut Merah Sharm el-Sheihh.
Lelaki yang menerajui Mesir selama 30 tahun dan terlepas dariapda enam cubaan membunuh akhirnya terpaksa akur pada kehendak rakyat yang mahukan perubahan.

Mubarak terhindar daripada banyak serangan sebelum ini tetapi suara rakyat akhirnya membuktikan sesuatu.
Enam kali pembunuh upahan cuba menamatkan riwayatnya. Perang sampai ke pintu rumah.
Jiran mengebom negaranya. Kerajaan pimpinannya hampir muflis. Aktivis berulang kali menyumpahnya di jalan raya. Tetapi Mubarak selama itu terus juga berkuasa.

Mubarak, ketika itu naib presiden, hanya beberapa meter daripada Sadat, dan turut terkena tembakan di tangan.
Beliau mengangkat sumpah sebagai presiden lapan hari kemudian, pada 14 Oktober 1981.
*******************************************************************************
Syabas dan tahniah kepada ANAK MUDA MESIR...
Kalian tunjukkan bahawa anak muda mampu tumbangkan Rejim yang korup dan rasuah !...
Suara rakyat , suara keramat !
Watch out UMNO BN....
You will be the NEXT.............
No comments:
Post a Comment