INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Tuesday, September 9, 2008

Keamanan untuk Malaysia ,tolak perkauman Ahmad Ismail

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Terkejut di benak fikiran saya awal pagi ini apabila membaca berita berkenaan tindakan Datuk Ahmad Ismail mengeluarkan kenyataan berbau perkauman dan melancarkan perang ke atas Presiden Gerakan ,Tan Sri Khoh Tsu Koon semalam. Kemudian saya meneliti kenyataan Pak Lah yang akan ingin bersemuka dan akan mengambil tindakan tegas diatas perbuatannya dan kita masih menanti tindakan oleh Pak Lah.

Apakah Ahmad Ismail dan pimpinan UMNO PP tidak berfikir secara rasional kesan kenyataannya yang boleh mencetuskan perbalahan kaum dikalangan rakyat ? Saya sungguh kesal dengan kenyataan olehnya dan begitu juga pendirian UMNO PP.Nampaknya suasana harini amat kucar kacir dalam negara dengan keadaan ekonomi yang lembab dan kini pula kestabilan politik dan hubungan antara kaum. Saya mahu melihat Malaysia ini aman dan perpaduan kaum terus kukuh di kalangan rakyat.

Saya tidak mahu melihat peristiwa 13Mei 1969 berulang dan begitu juga Operasi Lalang 1987 .Ya ALLAH selamat Malaysia di bulan yang mulia ini ..Ameen..



Sedih melihat pemimpin yang tidak menggunakan akal yang ALLAH yang anugerahkan apabila berkata-kata.Anda memalukan Melayu Pulau Pinang...anda sudah kaya raya mahu rakyat bahawahan bergaduh untuk kekuasaan anda....POORAH.....

4 comments:

Generasi Pejuang Bangsa said...

sebenarnya koh tsu kon main perkauman dan mengugut UMNO . inilah akibatnya Pak lah tidak tegas kpd gerakan yg dok mendesak UMNO dan BN . baca surat dato ahmad ismail kepada UMNO dan rakyat baru anda akan faham kebenaran disebalik semua ini .Siapa sebenar yg racist ? sia sebenar Koh tsu kon ??

Anonymous said...

Adakah anda baca surat khabar cina??
anda x bleh menghukun berdasarkan klip 2 jerk...
sebenarnya isi ini disebabkan SALAH LAPOR sebuah paper cina...
SALAH LAPOR adalah satu exploitasi, adakah anda nak masuk dlm golongn itu???
baik anda check maklumat dr ke2 pihak...

Satu lagi point yang 'ghaib' dan tidak disiarkan oleh media-media cina ialah apabila Ahmad Ismail menyarankan agar Pengerusi BN Pulau Pinang diberikan kepada MCA, satu parti bangsa Cina yang terbesar di Malaysia.

Kenapa ?

Adakah media-media tersebut(terutamanya akhbar-akhbar berbahasa Cina) takut orang-orang Cina akan bersetuju dengan Ahmad Ismail dan menyokong penuh perlantikan MCA menggantikan Gerakan?

Generasi Pejuang Bangsa said...

BETUL ITU BOY SEPANG ,kalau baca surat ahmad ismail 14 helai ,baru kita faham masalah sebenarnya dan perkara ni dimainkan oleh media cina dan Gerakan .

jangan berpandukan kepada video ini ,koh tsu telah menunjukkan belang taring dia untuk meraih undi untk pencalonan Presiden Gerakan dalam pemilihan tahun ini.Semestinya beliau mahu orang sokong dia dengan dia menjadi hero di barisan depan memainkan isu perkauman ini .

kita kena kaji semua dua2 belah pihak ,jgn berpandukan kepada 1 sumber shj .

Pantherian said...

Aku rasa ni masalah peribadi antara Ahmad dan Koh.Kemudian masing2 cuba tonjolkan diri aku la juara dikalangan kaum aku sehingga akhirnya emosi menguasai diri sampai koyak mengoyak seperti video di atas.

Semua politik punya hal..skrg nk dkt pemilihan bhgn nmpknya kena la tonjol diri.

Tapi nk bergaduh jangan dok melibatkan org lain dan rakyat msia amnya.Ini hanya libat beberapa kerat pemimpin yang mahu kekal kekuasaan...

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews