INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Sunday, March 23, 2008

Kuasa Sultan untuk kebaikan rakyat di Terengganu



Saya telah menjangkakan akan berlaku sesuatu yang luar biasa di Terengganu dan boleh dirujuk kepada artikel terdahulu mengenari kuasa Sultan dalam perlantikan MB. Sebelum ni dikatakan Lim Kit Siang menderhaka?? wah bukan main marah lagi pemimpin UMNO sampai sanggup berdemontrasi.Entah apa yang dijanjikan Idris kepada 22 orang penyokongnya? Kita tidak tahu tetapi perpaduan jelas kelihatan di wajah luaran individu 23 ADUN Terengganu.

Pada awalnya, Idris dikatakan berserah kepada Qada dan Qadar penentuan sama ada dirinya dilantik sebagai MB atau sebaliknya. Lunakan suara, indah pekerti ditonjolkan di dalam berita Utusan Malaysia sehingga semua berita turut memberikan pujian kepada bekas MB Terengganu itu. Sampai ada pemimpin UMNO menyuruh Syahidan mencontohi Idris yang menerima apa jua keputusan.

Namun di sebalik topeng kemuliaan itu sebenarnya tersembunyi kerakusan dan kegilaan kuasa. Rupa-rupanya semua rendah diri dan tunduk ke buminya hanyalah lakonan yang mampu bertahan tidak sampai sebulan. Kini warna sebenar IDRIS JUSOH terserlah dengan pemboikotan majlis angkat sumpah Menteri besar baru, Mohd Said si adun Kijal.


Kini yang tinggal adalah rakyat untuk menilainya. Apa bezanya Mohd Said dan Idris Jusoh? Baginda Sultan dibiarkan sendiri sedangkan ini lah masanya untuk Melayu bersama Kesultanannya bersatu untuk jatuhkan pengkhianat bangsa.

Melayu membiarkan kedaulatan Sultannya dipermainkan. Kalau perkara ini dibiarkan, sudah pasti pada masa akan datang bangsa lain turut membuat perkara yang sama. Jadi jangan salahkan Cina atau India kerana kurang ajar apabila Melayu sendiri sudah kurang ajar kepada Sultannya.

Bangunlah bangsa Melayu.

Saturday, March 15, 2008

Kuasa Raja-Raja Melayu memilih pemimpin yang bersih dan amanah



Heboh PRU ke 12 selepas kemenangan Barisan Rakyat di 5 buah negeri dan memperlihatkan media massa kerap menumpukan ke arah perlantikan KM dan MB baru di negeri-negari Semenanjuang Msia dan Sabah.Paling panas ialah di Penang ,Selangor dan Perak dan alhamdulilah di Penang dan Selangor berlangsung dengan baik di mana MB dan KM di negeri tersebut telah mengangkat sumpah sebaai ketua negeri.
Cuma di Perak sahaja berlaku penangguhan dan keributan untuk jawatan MB dan Exco negeri sehingga campurtangan Sultan Perak supaya kesemua pimpinan pembangkang menandatangani surat persetujuan bersama dan akhirnya telah selesai dengan jayanya.Hanya menanti upacara angkat sumpah di depan Sultan Perak.Selain itu,isu arahan Lim Kit Siang ke atas pemulauan upacara angkat sumpah juga dikecam ramai Pimpinan UMNO BN yang kononya biadap dengan arahan Sultan.Bagi saya ,cara Lim tu adalah tidak betul dan bercanggah dengan semangat muafakat Barisan Rakyat.Bukan sahaja ramai orang Melayu yang membantah tetapi orang cina juga turut membantah di dalam blog beliau di atas kenyataan tersebut.Akhirnya beliau memohon maaf.Semuanya telah selesai di Perak apabila DSAI campur tangan dan muafakat telah terjalin kembali.Sekarang adalah masa untuk bekerja untuk RAKYAT !!

Tetapi kesannya telah dimanipulasi oleh media BN bahawa DAP anti Melayu dan biadap dengan Raja Melayu.Harini media massa saban hari telah mewujudkan api perkauman cukup besar di kalangan orang Melayu supaya memusuhi orang Cina.Sungguh kotor dan jijik manipulasi media(UTUSAN)yang ingin melihat supaya orang Melayu marah kepada orang Cina.APAKAH ini yang diinginkan pimpinan negara??

Saya membantah sekerasnya2 penyalahgunaan media massa untuk mewujudkan api perkauman.. di Malaysia!!!

Adakah kerana kalah di PRU12 ,mahu dikorbankan semangat perpaduan kaum di kalangan rakyat Malaysia??

Kuasa sultan sekarang nampaknya seakan2 sudah kembali selepas melihat di Perak bagaimana Sultan Perak sendiri akan memilih MB baru.YB Nizar adalah pilihan yang tepat untuk Perak.Saya yakin dengan pilihan Sultan Perak melantik YB Nizar.Kemudian angin ini menyusur ke Perlis ,secara tiba2 semalam Raja Perlis telah melantik YB Dr Mat Isa Sabu ,Adun Bintong sebagai MB Baru Perlis.

Para penyokong Shahidan ketika ini sedang histeria kerana tidak dapat menerima hakikat yang berlaku itu, bahawa Shahidan Kassim bukan lagi Menteri Besar Perlis.

Shahidan sudah pun mendapat watikah perlantikan sebagai MB Perlis daripada Abbdullah. Beliau bercadang untuk menghadap Raja Perlis hari ini bagi menunjukkan dan memaklumkan kepada Raja yang beliau dilantik menjadi MB. Dalam bersiap sedia mungkin ketika sedang memakai samping, tiba-tiba tersebar berita Dr Mat Isa Sabu (Adun Bintong) telah dipanggil raja untuk angkat sumpah sebagai MB.

Begitu juga yang sedang berlaku di negeri Pantai Timur, Terengganu ketika ini. Seorang lagi orang yang beliau beri watikah untuk menjadi MB, Idris Jusoh masih belum dipanggil untuk mengangkat sumpah menjadi MB.

Sama seperti di Perlis, di Besut juga para penyokong Idris histeria dan menangis mengenang apakah yang berlaku.

Sultan Terengganu katanya tidak mahukan Idris Jusoh menjadi MB. Baginda mempunyai nama dan calonnya sendiri. Jangan ditanya apa sebab-sebabnya. Tentulah ada alasan kemas bagi Sultan Terengganu berbuat begitu kalau masakan baginda bertindak demikian.

Apa yang terjadi ini tidak pernah berlaku sepanjang sejarah Umno. Raja atau Sultan tidak pernah melengahkan majlis angkat sumpah kecuali sultan Johor dan sultan Pahang.

Lain-lain sultan tidak pernah tunjuk feel begitu. Namun di zaman Abdullah ini nampaknya semua sultan telah berani dan menunjukkan kuasa masing-masing. Sultan tidak lagi takut kepada perdana menteri seperti mana sebelum ini. Apakah ini memberi gambaran bahawa sutlan dan raja juga tidak suka (berkenan) dengan PM Abdullah…

Mengambil kata2 juara Raja Lawak Musim ke 2 ,Nabil :

LU PIKIR LA SENDIRI

Sunday, March 9, 2008

Gelombang Kebangkitan Rakyat Marhaen


Alhamdulillah.Syukur Segala Puji-Pujian hanya kepada Allah, Tuhan Sekalian Alam.

Allah S.W.T adalah sebaik-baik pembalas bagi setiap penipuan. Walaupun manusia cuba untuk membuat pelbagai penipuan, namun segalanya dipatahkan dengan mudah oleh Allah S.W.T.

Kepada semua yang mengundi Barisan Rakyat (Alternatif), saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih tidak terhingga. Semoga Allah S.W.T akan membalas segala budi baik anda pada Pilihanraya Umum Ke-12 (PRU12) ini.

Politik Malaysia malam ini bergegar kuat susulan kemenangan besar-besaran parti pembangkang di banyak kerusi, termasuk merampas Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Perak.

Saya melihat satu faktor Gelombang Kebangkitan Rakyat yang menentang kebobrokan pemerintahan Pak Lah yang lemah dan tidak mementingkan kesejahteraan rakyat.Kemenangan ini bukan hanya perubahan kaum bukan Melayu (India dan Cina ) sahaja ,tetapi perubahan orang Melayu yang memberi banyak sokongan kepada Barisan Rakyat.

Ternyata faktor Anwar juga antara faktor besar dalam menjana kemenangan BA.Dalam minggu terakhir kempen PRU ,semua media kuat menghentam Anwar sebagai pengkhianat negara kerana mengkritik UMNO/BN di Singapura.Ada benar juga bicara Prof Khoo Kay Kim di RTM semalam bahawa Anwar masih relevan dan jika kerap sangat mengutuk Anwar akan membuatkan rakyat marah dan meluat kepada BN.

Perdana Menteri bagaimanapun enggan melihat kebangkitan rakyat itu sebagai undi tidak percaya kepadanya.

"Saya tidak melihat itu (undi tidak percaya). Ini hanya pendirian rakyat yang mahu saya meningkatkan lagi kekuatan," kata beliau.

Mengenai wujud tekanan pihak dalam parti supaya beliau meletakkan jawatan, Abdullah berkata: "Tak tahu siapa yang tekan saya."

Abdullah tidak menolak kemungkinan keputusan pilihan raya ini memberi isyarat bahawa rakyat tidak berpuas hati dengan beberapa isu, termasuk kenaikan harga barang.

“Ini memberi mesej yang penting dan saya akan lihat isu berkenaan,” katanya.

Dengan tamparan sebegitu hebat, Perdana Menteri enggan bercaikap banyak dan beliau dipercayai akan membaca kenyataan yang disediakan oleh pembantu-pembantunya.

“Apa-apa pandangan mengenai keseluruhan keputusan pilihan raya ini, saya akan buat hanya selepas selesai keputusan semua kerusi,” katanya.

Menantu Abdullah, Khairy Jamaluddin yang dilihat antara punca terbesar kekalahan BN dipetik oleh Bernama sebagai berkata: "Kami akan melawan semula".

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu dan Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon adalah antara pemimpin kanan BN yang kecundang. selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 diumumkan setakat jam 3 pagi ini.

Selain Samy Vellu yang juga Menteri Kerja Raya, turut mengalami kekalahan ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin; Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin; dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Turut kecundang ialah 10 timbalan menteri termasuk Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M Kayveas; Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Tan Chai Ho dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mah Siew Keong, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk G Palanivel yang juga Timbalan Presiden MIC, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Fu Ah Kiow, Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Seri Chia Kwang Chye, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk S Sothinathan dan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin.


Tahniah Rakyat Malaysia!!!...anda bijak dalam membuat keputusan!!!

Suara Rakyat Suara Keramat !!!

Lawan Tetap Lawan!!

Friday, March 7, 2008

8 Mac dan Gelombang kebangkitan Rakyat

Seandainya tiada agenda silap mata, tiada pemalsuan, tiada penipuan, rakyat bakal membuat perhitungan wajar menolak segala kerosakkan serta salah urus tadbir dan salah laku pimpinan Abdullah Ahmad Badawi.Di sini saya mengambil tulisan Datuk Kamal Amir mengenai sambutan luar biasa sepanjang tempoh kempen PRU ke 12...ini..


KAMAL AMIR MENULIS

SEANDAINYA kehadiran pengundi dan pendengar di beberapa siri ceramah kempen pilihanraya di seluruh negara mahu dijadikan ukuran, bertitik mula dari Perlis membawa ke Sabah dan Sarawak, ternyata Abdullah Ahmad Badawi dan para juaknya harus bersiap sedia untuk meninggalkan Seri Perdana.

Angin perubahan membawa gelombang suara rakyat sudah teramat sukar untuk dinafikan. Di Pontian kelmarin seorang pengirim sms memberitahu “ belum pernah berlaku sebegini hebatnya begitu ramai rakyat mendengar ceramah politik. Kehadiran mantan Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim membawa satu fenomina baru dalam menggerakkan gelombang suara keramat rakyat untuk tidak lagi terbelengu oleh kecelaruan politik bacul Abdullah Ahmad Badawi berserta konco-konconya. Lebih 30,000 hadirin membanjiri padang ceramah disini dengan deretan kereta sepanjang tiga kilometer”.

Di Perlis beberapa orang teman menghantar mesej cukup jelas apabila kempen dari calon-calon BN meskipun dijamu makanan cukup istemewa namun ia hanya dihadiri sekitar seratus atau dua ratus orang sahaja. Malahan isteri menteripun terpaksa menjelajah dari rumah kerumah menagih undi yang ternyata tidak lagi mampu diberikan oleh rakyat.

Sebaliknya biarpun ceramah Barisan Alternatif hanya dijalankan oleh kalangan pimpinan peringkat rendah, namun kehadirannya cukup memukau. Jika Abdullah gemar bercakap soal angka berbillion-billion dalam setiap ucapannya namun kehadiran pendengar ceramah dihimpunan BN boleh dibilang dengan jari. Sebaliknya pentas politik BA mengundang ribuan pendengar.

Sewaktu dihubungi, saudara Mahfuz Omar calon BA kerusi Parlimen Pokok Sena Kedah menyatakan, tidak pernah terfikir olehnya sejak meladani kancah politik di mana ceramahnya boleh dihadiri berduyun-duyun kalangan pengundi keturunan bukan Melayu (China dan India).

Malam tadi ribuan pendengar dan pengundi keturnan masyarakat China telah berdiri dibarisan hadapan. Tidak pernah sebelum ini terjadi sebegitu. Bagi saya inilah gelombang kebangkitan rakyat. Mereka tidak lagi segan atau takut menyatakan sokongan secara terbuka kepada Barisan Alternatif. Rakyat sudah bersedia menerima angin perubahan ini. Kebangkitan gelombang rakyat tidak boleh dinafikan. “ ujarnya dalam nada sedikit ceria.

Harapan dan impian rakyat diseluruh pelusuk negara akan saya bawa ke dewan Parlimen agar kehidupan mereka sentiasa dijadikan agenda utama oleh setiap pemimpin. Kebobrokkan, kerakusan korupsi pemimpin, salah urus tadbir Abdullah Ahmad Badawi bersama orang kelilingnya sudah sampai ketahap perlu segera dinoktahkan demi masa depan negara. “ tambah mantan Ketua Dewan Pemuda PAS itu lagi.

Peguam muda Zulkifli Nordin calon Barisan Alternatif Parlimen Kulim Bandar Bharu menyatakan sehingga saat ini para pengundi keturunan China dan India secara terbuka memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepadanya. Malahan masyarakat juga dikejutkan melihat pelbagai aksi anak muda India dan sebegitu ramai ketrunan China sedia memakai baju T berlambangkan parti Pas tanpa merasa canggung atau takut.

Lebih memeranjatkan apabila dalam berita TV1 dua hari lalu semasa menteri cendol Zainuddin Maidin cuba menghulurkan tangan untuk bersalam dengan seorang taukeh kedai di Sungai Petani telah ditolak begitu sahaja menandakan tiada lagi kemesraan antara rakyat dengan pemimpin serta hilang hormat mereka kesan kebejatan dan korupsi pimpinan era Abdullah Ahmad Badawi.

Calon Barisan Alternatif Johari memberitahu angin perubahan begitu ternyata sekali. “Satu ketika dahulu semasa saya berada dalam BN boleh dikatakan akan mudah bermesra dengan pengundi mencarei sokongan rakyat tetapi dalam pilihanraya kali ini keadaan bertukar menjadi sebaliknya.

Jika tiada sebarang percaturan sulit serta penipuan, suara keramat rakyat pasti melanda menjadi gelombang kebangkitan untuk menghukum pemimpin yang rakus menyamun harta rakyat. Hari ini tanpa sebarang keraguan dan ketakutan, rakyat benar-benar memperlihatkan kuasa mereka. “ ujarnya sewaktu dihubungi waktu dinihari tadi.

Di Pulau Pinang pula menurut Keris Silau, Perdana Menteri kaki tidor dan pembohong tersohor abad ini pasti menerima aib sebegitu besar apabila kubu politiknya pecah digempur oleh suara kebangkitan rakyat.

Saya bagaikan tidak percaya, di padang Sekolah Hanchuan di Pulau Pinang malam ini lebih 40,000 rakyat berkumpul sebagai sokongan terbuka kepada Barisan Alternatif. Setakat ini kedudukan BN di Pulau Mutiara berada dalam situasa cukup tenat. Hanya melalui penipuan sahaja ia mampu memperolehi kemenangan. Seandainya pilihanraya dijalankan secara telus tanpa sebarang agenda sulit Gerakan, MCA dan kerabat BN sekadar menghitung hari. Makhal Sakthi bersinar di sini.” Ujarnya.

Di Ipoh pula akhbar Oriental Daily melaporkan keadaan cukup tenat di sekitar Lembah Kinta buat Barisan Nasional. Beberapa ciri ceramah di Taiping, Ipoh dan beberapa pekan besar negeri Perak di hadiri puluhan ribu penyokong BA. Saudara Yahya Abdullah menyatakan kerusi DUN Pasir Panjang sudah pasti bukan lagi milik kuncu-kuncu Samy Vellu. “Rakyat sudah membuat perhitungan, Pasir Panjang pasti dikembalikan kepada yang hak. Beberapa majlis jamuan oleh calon BN atas nama jamuan makan bersama rakyat hanya dihadirI tidak lebih dari lima puluh orang sahaja.

Dengan jamuan makan sebegitu mewah rakyat sudah sanggup menolak apakah masih ada harapan untuk legasi serba dangkal Abdullah Ahmad Badawi boleh diterima lagi? Terus terang saya katakan, tidak pernah terfikir rakyat boleh bangun menyatakan pendirian mereka dalam gelombang kebangkitan sebegitu melata. Biar diterjah hujan ribut, mereka tetap tidak berganjak mendengar pidato pencermah BA serta menolak pelawaan jamu jamuan BN.” Tegasnya.

Selangor pastinya mencerna situasi suram Khir Toyo apabila sebegitu ramai calon-calon pilihannya bakal ditolak oleh rakyat. Di Ulu Selangor, Gombak, Ampang, Kelang, Ulu Langat serta di sekitar Lembah Kelang, rata-rata rakyat lebih senang menghadiri ceramah BA. Tinjaun sejak tiga hari lalu memperlihatkan situasi cukup tenat. Kalaupun ada cakap-cakap kemenangan berpihak kepadanya namun kemungkinan besar sejarah pilihanraya 1969 akan berulang apabila kerajaan Selangor tidak dapat ditubuhkan.

Wilayah Persekutuan memperlihatkan harapan sebegitu tipis untuk BN mengulangi kejayaannya seperti dimusim 2004. Malam tadi sahaja kehadiran Anwar Ibrahim di Pantai Dalam meledakkan semangat serta gelombang kebangkitan rakyat untuk meninggalkan majlis Dato Seri Najib meskipun bersama-samanya diundang sebegitu ramai para artis seperti Erra Fazira.

Rakyat lebih rela untuk dilenjun serta dibasahi hujan sejak petang tadi sebagai tanda sokongan kepada Puteri Reformasi Nurulezah yang bertanding di kerusi Parlimen Lembah Pantai. Sejak bermula siri kempen bermula pada 25 Februari 2008 lalu hinggalah malam tadi rakyat tetap tidak berganjak setia diterjah hujan dan ribut petir sebagai tanda sokongan kepadanya.

Biarpun Sharizat mengundang Abdullah Ahmad Badawi, Dato Seri Najib serta beberapa orang menteri pusat hadir dikawasannya namun semua itu tidak dihiraukan oleh rakyat serta pengundi di kawasan tersebut. Mereka tetap setia kepada Nurulezah Anwar yang lebih memukau serta berjiwa rakyat. Jika pengundian dijalankan secara adil sudah pasti Puteri Reformasi Nurulezah Anwar bakal diangkat dan dijulang oleh rakyat Lembah Pantai untuk diberi laluan menuju ke Dewan Parlimen.

Di Seremban, Melaka dan Johor , keadaannya begitu juga, seperti di Sabah dan Sarawak. Meskipun akhbar arus Perdana termasuk media elektronik RTM dan TV 3 di gunakan sebagai upaya mengamit yakin rakyat namun terbukti propaganda murahan mereka ditolak oleh rakyat.

Di Trengganu ustaz Ibrahim Azmi menyatakan terbukti kali ini rakyat Trengganu begitu bijak menyembunyikan citarasa mereka hingga mengakibatkan pimpinan Idris Jusoh tergapai-gapai dalam teka teki tanpa jawapan. Rakyat keseluruhannya dilihat bagaikan sudah membuat ketetapan siapa harus diberikan mandat untuk menerajui kepimpinan di negeri “Penyu Menangis” itu. “Mereka sekadar menanti hari mengundi dan segala-galanya bakal terjawab sebaik pengiraan undi dilakukan. Harus diingat pasti ada kejutan besar berlaku di Trengganu. “ujar lagi.

Sewaktu di hubungi, Setiausaha Agung PAS Datuk Kamaruddin Jaafar calon Parlimen Tumpat menyatakan, inilah pilihanraya benar-benar mencerminkan hasrat dan citarasa rakyat menolak kemungkaran politik dan kemusnahan peradaban abad ini yang sebegitu rakus dilakukan oleh Abdullah Ahmad Badawi.

Seandainya tiada agenda silap mata, tiada pemalsuan, tiada penipuan, rakyat bakal membuat perhitungan wajar menolak segala kerosakkan serta salah urus tadbir dan salah laku pimpinan Abdullah Ahmad Badawi. Rakyat benar-benar bosan dengan budaya korupsi serta pimpinan tidak mesra rakyat.

Yakinlah, angin perubahan, gelombang kebangkitan rakyat pasti terjelma juga. Kehidupan maha pedih kesan kenaikkan harga petrol, kos pendidikan, kenaikkan harga barang yang menjadikan rakyat sebegitu terhimpit dan tersepit membuatkan mereka tidak lagi merasa takut menyuarakan hasrat hati dan kehendak menolak kerajaan Abdullah Ahmad Badawi. “ tegas Datuk Kamaruddin Jaafar lagi.


*****Jika benarlah diterjemahkan kehendak rakyat, pastinya BN akan tersungkur di lima negeri iaitu Kedah ,Kelantan ,Perlis ,Penang dan Terengganu.

Selamat mengundi. Pastikan anda bawa kad pengenalan. Bersama kita selamatkan bumi tercinta ini dari percaturan politik sempang peranang penuh kebobrokkan legasi..kerajaan tiga beranak.

Selamat Mengundi..!!! terutama pengundi baru mcm saya..hehhehe

Sunday, March 2, 2008

ISA adalah simbol kezaliman dan kebanggaan Hadhari

Surat terbuka sikecil kepada Abdullah, bebaskan tahanan ISA.....

Pengerusi Barisan Nasional (BN) mungkin tidak mengenali sikecil bernama Sakinah (nama samaran) tetapi kanak-kanak berusia lima tahun ini amat mengenal erti kasih sayang yang ditagih oleh seorang anak daripada seorang ayahnya.

Beliau menulis surat kepada Abdullah agar membebaskan tahanan ISA supaya kasih sayang keluarga 'tidak terputus' di tengah jalan lantaran akta kejam lagi tidak berperikemanusiaan itu.

Berikut adalah warkah tulisannya kepada Abdullah berkaitan gurunya yang telah 'kehilangan' suaminya Mat Sah Mat Satray dan keperitan anaknya yang berjauhan daripada ayah tercinta:-

Kepada YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Abdullah bin Hj. Ahmad Badawi, semoga berada dalam jagaan Allah SWT selalu.

Assalamualaikum,

Saya, Sakinah, pelajar sekolah swasta tahun 5, ingin menulis surat tentang guru saya, Cikgu Norlaila.

Saya ingin menceritakan peristiwa semasa saya mengikuti kelas daurah/usrah di mana sewaktu kami berehat, cikgu berkongsi yang dia amat inginkan seorang anak perempuan seperti kami, anak murid perempuannya, kerana dia inginkan seorang anak yang lemah lembut.

Cikgu Norlaila menceritakan kepada kami (anak murid perempuan) bahawa malangnya suaminya ditangkap di bawah ISA lebih 6 tahun dahulu. Suaminya belum dilepaskan atau dibicarakan lagi. Saya amat sedih mendengar cerita itu kerana saya terbayang bagaimana anak lelaki tunggalnya terasa.

Setiap hari, ayah saya balik, tetapi ayah saya selalu balik lewat malam kerana banyak kerja. Saya amat merinduinya, tidak sabar menunggu kedatangannya dan ingin memeluknya.

Bagaimana akan perasaan anak Cikgu Norlaila pula? Inilah kasih sayang antara seorang anak dan ayahnya.Seperti ayah saya dan saya.

Ibu saya serta guru-guru saya memberitahu saya Allah suruh kita adil, bercakap benar, menolong orang lain tidak kira ugama atau bangsa, dan tidak menyakiti orang lain.

Saya doa Allah lembutkan hati tuan Perdana Menteri supaya membebaskan suami cikgu.

Jadi inilah tujuan saya menulis surat ini. Saya berharap agar tuan melepaskan suami cikgu kesayangan kami supaya anak cikgu dapat hidup bahagia seperti keluarga saya.

Yang benar,
Sakinah
Warganegara Malaysia

'Rasalah simpati;
Demi Jiwa dan Diri'

Sebelum ini Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) kesal apabila isteri dan keluarga tahanan ISA yang terus dirampas hak mereka daripada mendapat kasih sayang suami dan ayah akibat ditahan tanpa bicara oleh angkara Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang kejam di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN).

Kata GMI dalam satu kenyataannya yang terdahulu bahawa semenjak akta tersebut digubal 47 tahun dahulu, ISA telah memusnahkan rumah tangga dan institusi keluarga bagi berpuluh-ribu isteri dan keluarga tahanan.

"Bilangan tahanan ISA kini adalah dalam lingkungan 90 orang. Jumlah ini bertambah dan berkurangan mengikut selera Menteri Keselamatan Dalam Negeri.

"Terbaru, jumlah ini telah bertambah lima orang lagi iaitu dengan penahanan terbaru lima orang pemimpin Hindu Rights Action Force (Hindraf). Maka bertambahlah lagi bilangan isteri dan keluarga yang menjadi mangsa ISA," kata Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh sebelum ini.

Pada tahun 2008, daripada 90 orang tersebut, seramai 26 orang akan memasuki tempoh perintah tahanan 2-tahun mereka buat kali ketiga dan bermakna mereka telah ditahan masuk tahun ke-6.

"Lebih tepat lagi apabila genap 6 tahun, mereka telah ditahan selama 72 bulan atau 2,190 hari! Satu hukuman yang berat tanpa dibuktikan kesalahan dalam mahkamah," katanya.

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews