Allah S.W.T adalah sebaik-baik pembalas bagi setiap penipuan. Walaupun manusia cuba untuk membuat pelbagai penipuan, namun segalanya dipatahkan dengan mudah oleh Allah S.W.T.
Kepada semua yang mengundi Barisan Rakyat (Alternatif), saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih tidak terhingga. Semoga Allah S.W.T akan membalas segala budi baik anda pada Pilihanraya Umum Ke-12 (PRU12) ini.
Saya melihat satu faktor Gelombang Kebangkitan Rakyat yang menentang kebobrokan pemerintahan Pak Lah yang lemah dan tidak mementingkan kesejahteraan rakyat.Kemenangan ini bukan hanya perubahan kaum bukan Melayu (India dan Cina ) sahaja ,tetapi perubahan orang Melayu yang memberi banyak sokongan kepada Barisan Rakyat.
Perdana Menteri bagaimanapun enggan melihat kebangkitan rakyat itu sebagai undi tidak percaya kepadanya.
"Saya tidak melihat itu (undi tidak percaya). Ini hanya pendirian rakyat yang mahu saya meningkatkan lagi kekuatan," kata beliau.
Mengenai wujud tekanan pihak dalam parti supaya beliau meletakkan jawatan, Abdullah berkata: "Tak tahu siapa yang tekan saya."
Abdullah tidak menolak kemungkinan keputusan pilihan raya ini memberi isyarat bahawa rakyat tidak berpuas hati dengan beberapa isu, termasuk kenaikan harga barang.
“Ini memberi mesej yang penting dan saya akan lihat isu berkenaan,” katanya.
Dengan tamparan sebegitu hebat, Perdana Menteri enggan bercaikap banyak dan beliau dipercayai akan membaca kenyataan yang disediakan oleh pembantu-pembantunya.
“Apa-apa pandangan mengenai keseluruhan keputusan pilihan raya ini, saya akan buat hanya selepas selesai keputusan semua kerusi,” katanya.
Menantu Abdullah, Khairy Jamaluddin yang dilihat antara punca terbesar kekalahan BN dipetik oleh Bernama sebagai berkata: "Kami akan melawan semula".
Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu dan Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon adalah antara pemimpin kanan BN yang kecundang. selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 diumumkan setakat jam 3 pagi ini.
Selain Samy Vellu yang juga Menteri Kerja Raya, turut mengalami kekalahan ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin; Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin; dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Turut kecundang ialah 10 timbalan menteri termasuk Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M Kayveas; Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Tan Chai Ho dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mah Siew Keong, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk G Palanivel yang juga Timbalan Presiden MIC, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Fu Ah Kiow, Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Seri Chia Kwang Chye, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk S Sothinathan dan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin.
Tahniah Rakyat Malaysia!!!...anda bijak dalam membuat keputusan!!!
Suara Rakyat Suara Keramat !!!
Lawan Tetap Lawan!!
No comments:
Post a Comment