KANGAR, 28 Feb - Sempena pilihan raya umum 8 Mac ini, Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyeru umat Islam memilih pemimpin yang mempunyai kewibawaan, kemampuan untuk melaksanakan tanggung jawab kepimpinan dan seorang yang menunaikan solat.
Dalam khutbahnya di Masjid Alwi Jumaat lalu, beliau mengingatkan dalam pemilihan menentukan kepimpinan, seseorang hendaklah tahu bahawasanya, pemilihan yang akan dilakukan olehnya mempunyai kaitan dengan nilai perasaan roh dan jiwa. Kerana seorang insan yang soleh akan mencari rakan yang soleh, dan seorang yang tidak soleh akan mencari orang yang tidak soleh. Jika wajahnya tidak kelihatan di masjid, bukan orang yang menghadiri solat berjemaah bersama makmum, tidak ruku’ bersama orang-orang yang ruku’, tidak dikenali sebagai ahli solat, orang yang mendekatkan diri dengan Allah, maka dia tidak layak menjadi kepimpinan Umat Islam. Hendaklah pemimpin umat Islam, pemimpin yang mendirikan solat, katanya. "Allah s.w.t memerintah kamu supaya kamu menunaikan amanah, kamu memberikan amanah kepada ahlinya yakni kepada sesiapa yang layak dan memerintahkan kamu agar apabila kamu berhukum, menjatuhkan hukuman di kalangan manusia, hendaklah kamu berhukum dengan adil. Allah memberi kurniaNya dengan Dia menasihatkan kamu sesungguhnya Allah s.w.t Maha Mendengar lagi mengetahui," katanya memetik ayat AlQuran dari Surah AN-Nisa' ayat 58. Memetik sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim katanya, "sesungguhnya roh, roh insan, roh kita ini, berbagai-bagai jenis. Apa yang dia kenal di antara satu sama lain, maka dia akan cenderung kepadanya. Apa yang dia tidak kenal, maka dia akan berselisih pendapat. Roh orang-orang yang beriman akan cenderung kepada orang-orang beriman. Roh orang-orang yang fasik akan cenderung kepada orang-orang yang fasik. Roh orang-orang yang ingin kebaikan akan cenderung kepada orang yang inginkan kebaikan. Roh orang-orang yang inginkan kejahatan, akan cenderung kepada orang-orang yg inginkan kejahatan. Justeru beliau mengingatkan seorang yang ingin dipilih sebagai pemimpin itu haruslah seorang yang sentiasa dilihat bersama-sama mendirikan solat berjemaah. "Sesungguhnya yang menjadi pemimpin kamu ialah Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman yang menunaikan solat, yang mengeluarkan zakat, dan mereka itu rukuk bersama dengan orang-orang yang rukuk," ujarnya memetik sepotong ayat al-Quran dalam surah Al Maidah. Tambahnya, tidak boleh seorang pemimpin itu hanya hadir ke masjid untuk tujuan tertentu sahaja. "Apabila pemimpin tidak kelihatan wajahnya di masjid, hanya wajahnya menjelang apabila ditampal posternya atau menjelang penamaan pemilihan namanya, maka dia bukan pemimpin orang-orang yang beriman. Mestilah rukuk bersama orang-orang yang rukuk. Kelihatan pada solat fajar bersama jemaah, kelihatan pada solat isyak bersama jemaah, mempunyai kaitan perasaan dengan masjid, bukan hanya hadir ke masjid apabila ada program rasmi sahaja, menunaikan zakat, membelanjakan harta untuk perjuangan pada jalan Allah, membelanjakan harta untuk kebaikan umat Islam. "Ramai orang boleh membelanjakan ribuan, ratusan ribu hartanya untuk politiknya. Tak ramai yang boleh membelanjakan hartanya semata-mata kerana Allah Azza Wajalla, untuk kepentingan agama, tanpa dicampur-adukkan dengan kepentingan diri. Jika ciri itu dimiliki dia adalah pemimpin orang beriman," ujarnya. Beliau turut memberikan peringatan bahawa seorang pemimpin juga perlu terdiri dari kalangan orang yang berilmu. "Hendaklah kamu faqih mempelajari agama, mempelajari hukum-hakam, mempelajari ilmu sebelum kamu dilantik menjadi pemerintah. Tidak boleh orang jahil menjadi pemerintah, tidak boleh orang jahil menjadi pemimpin. Mestilah kita umat Islam pandai dalam membuat pemilihan. "Sesiapa yang selalu menghadirkan diri dalam pengajian di masjid dan mendengar pengajian yang benar, mendekatkan diri kepada Allah, dia layak menjadi pemimpin kita kerana dia telah menjadikan dirinya memahami agama. Bukan sekadar menganjurkan majlis agama tetapi dia mesti memahami agama, mesti memahami syariat Allah, mesti memahami hukum-hakam syarak, hadir memahami agama. Jangan akhirnya dia bercakap sesuatu yang bercanggah dengan agama. "Maka jika dia tahu agama, zahir pada dirinya ciri-ciri kesolehan dan dari segi penampilannya, tanda-tanda orang yang tunduk dan ruku’ kepada Allah, pakaiannya, pakaiannya anak isterinya melambangkan dia faham hukum-hakam Allah. Maka jika itu berlaku, itulah yang disebut oleh Allah s.w.t, yang disebut Rasulullah s.a.w yang ditegaskan oleh Khulafa Ar-Rasyidin," serunya sambil memetik hadis dar Umar Ibnu Al Khattab r.a yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari. Dr Mohd Asri sekali lagi mengingatkan pemilihan pemimpin harus berlandaskan akal dan iman. "Mimbar ini tidak berkempen untuk sesiapa, bukan kepentingan kita untuk berkempen, kita menyeru umat Islam menggunakan akal dan imannya, apabila mereka menentukan kepimpinan untuk dirinya. Janganlah ketaksuban kepada puak golongan parti menyebabkan kita membutakan mata dalam menentukan keputusan yang diredhai oleh Allah dan Rasulullah s.a.w. "Allah s.w.t menyebut dalam al-Quran, Jadilah orang-orang yang menegakkan kebenaran, saksi yang adil kerana Allah, janganlah kamu jadikan kebencianmu kepada sesuatu puak menyebabkan kamu tidak adil. Adillah, sesungguhnya adil itu dekat kepada taqwa. Takutlah kamu akan Allah, sesungguhnya Allah s.w.t mengetahui apa yang kamu lakukan. "Marilah kita bertaqwa, beristikharah kepada Allah di dalam memilih sesiapa sahaja di kalangan kita supaya pemilihan itu mendapat keredhaan dari Allah," serunya lagi. - mns Cetak |
Thursday, February 28, 2008
Panduan memilih calon PRU oleh Mufti Perlis
Saturday, February 23, 2008
Calon muda PKR yang berkarisma di Balik Pulau
Eksklusif: Ini kisah Barack Obama PKR |
Oleh Helme Hanafi | |
| |
AGAK keterlaluan untuk menyamakan seorang peguam berasal dari Pulau Pinang seperti Barack Obama, calon Presiden Amerika Syarikat. Tapi sekurang-kurangnya dalam konteks mampu membangkitkan semangat Yusmadi Yusuf tidak kurang hebatnya. Sejak kehadiran budak kampung Jalan Bahru di kemeriahan kempen PKR untuk menawan kerusi Parlimen Balik Pulau amat terasa.
"Berbekal slogan,"Hanya dengan Keberanian, Keyakinan dan Ilmu, segalanya dapat diatasi," Yusmadi memulakan ceramahnya di depan hampir 1500 orang dengan kisah bagaimana beliau berjaya keluar dari kemiskinan Balik Pulau," Gayanya bersahaja, orangnya merendah diri dan ramah menyebabkan kehadiran beliau berkempen sejak sebulan lalu menjadi buah mulut penduduk. Berasal dari sebuah keluarga yang susah, beliau mendapat pendidikan menengah di SMKA Al-Mashoor (Lelaki), Pulau Pinang dan Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang dan kemudian menyambung pelajaran di dalam jurusan Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. "Saya orang susah, dan hanya orang susah yang faham penderitaan orang susah," kata beliau dalam satu ceramah di pekan Balik Pulau dua minggu lalu. Berbekal slogan,"Hanya dengan Keberanian, Keyakinan dan Ilmu, segalanya dapat diatasi," Yusmadi memulakan ceramahnya di depan hampir 1500 orang dengan kisah bagaimana beliau berjaya keluar dari kemiskinan Balik Pulau dan menjadi peguam yang berjaya. Tidak seperti penceramah politik biasa yang sering menyerang dasar pemerintah, Yusmadi lebih gemar memberikan motivasi dan semangat. "Ibu saya pesan kalau hendak berpolitik jangan menghina peribadi lawan," katanya. Sehari-hari sejak sebulan lalu, Yusmadi memulakan aktiviti hariannya dengan menyunjungi tempat-tempat pertemuan seperti kedai kopi, gerai, masjid, sebelah petangnya jika tiada aktiviti beliau bermain bola dengan rakan sekampung.
"Ibu saya pesan kalau hendak berpolitik jangan menghina peribadi lawan," kata Yusmadi Satu hari, cerita Yusmadi kepada KLpos.com, ada orang Umno yang memberitahunya, macam mana hendak jadi ahli parlimen kalau naik basikal sahaja. "Saya balas, hanya orang yang naik basikal sahaja faham perasaan orang yang naik basikal, orang yang berkereta besar kehulu-hilir tidak sempat memahami erti kesusahan rakyat di bawah," katanya. "Saya faham orang-orang Balik Pulau, kerana saya barasal dari sini," kata Yusmadi yang terpilih mewakili Malaysia untuk biasiswa berprestij daripada kerajaan Amerika Syarikat pada 2006. Menurut peguam muda, beliau bersedia menentang sesiapa sahaja yang di pilih untuk bertanding di Balik Pulau. "Hakikatnya sehingga hari ini, selepas 50 tahun merdeka, Balik Pulau masih mundur, perjuangan saya, selaku anak Balik Pulau adalah membantu mengeluarkan mereka dari kemiskinan," katanya. "Saya tidak bertanding kerana hendakkan jawatan atau wang, rezeki saya sudah cukup sebagai peguam, tetapi yang menggerakkan hati kecil saya untuk bertanding adalah bagi membantu saudara mara saya, jiran tetangga, orang-orang kampung di sini.
"Janji saya jika dipilih oleh orang Balik Pulau, adalah untuk membela mereka, bukan dengan projek atau geran kerajaan, tapi dengan memastikan mereka menerima pendidikan paling sempurna" Tema kempen Yusmadi adalah "Membela yang tidak dibela". Sarjana Undang-Undang (LL.M) di American University Washington College of Law di Washington D.C. ini khabarnya bakal berdepan Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamad yaakob. Penyandang sebelum ini Datuk Seri Hilmi Yahya mungkin akan bertanding DUN. Berikutan ketiadaan pengumuman rasmi, kata Yusmadi, dari segi jentera beliau mendahului BN. "Mungkin duit mereka banyak, tapi fokus saya sekarang adalah menguatkan jentera PKR terutamanya tenaga sukarela," katanya. Dari segi peluang, kata Yusmadi, "Saya menawar diri, saya akan berkerja sekuatnya sepanjang tempoh ini, pengundi boleh membuat penilaian, mereka kenal saya, saya membesar di sini, apapun keputusan mereka saya akan terima dengan hati terbuka," katanya. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Yusmadi, anda boleh melayari laman webnya yusmadi.com.
Berdialog dengan bekas Presiden US Jimmy Carter
Di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Komen DIN MERICAN... Yusmadi Yusoff adalah harapan baru untuk Parti KeADILan Rakyat. Sebagai peguam dan juga felo Hubert H. Humphrey, beliau cukup berpegang teguh dengan konsep “The Rule of Law”. Beliau boleh dianggap sebagai jaguh muda yang memperjuangkan kebebasan dan hak asasi manusia. Beliau lahir di Balik Pulau. Saya tertarik dengan kebolehan beliau sebagai pengurus dan intelektual yang dinamik dan berjiwa rakyat. Dalam perbincangan saya dengan Yusmadi di Institut Kajian Dasar dimana beliau adalah Fellow dan juga Koordinator Kanan, Projek Asian Renaissance, saya dapati beliau sungguh serius tentang cita-citanya untuk berkhidmat dan bersama rakyat di Pulau Pinang, khususnya orang Melayu dan kaum nelayan lain in Balik Pulau. Yusmadi mempunyai nilai yang murni dan sentiasa tekun dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepadanya. Sikap Yusmadi cukup profesional. Saya mengucapkan selamat berjaya dalam usaha Yusmadi untuk menjadi Ahli Parlimen Balik Pulau.—Din Merican |
Wednesday, February 13, 2008
Parlimen di bubar !! dan pembongkaran kes VK lingam
Sebenarnya apa yang terbongkar dalam penghakiman kes tersebut bukanlah satu perkara yang baru, bahkana telah didedah pelbagai pihak termasuk pembangkang, namun tiada tindakan oleh pihak kerajaan.Sungguhpun begitu, apa yang disaksikan oleh umum adalah suatu realiti tahap sistem kehakiman kita, bahkan situasi penyiasatan kes ini menunjukkan banyak keterangan yang menghiburkan.
Percaturan untuk kepentingan tertentu
Semua telah sedia maklum mengenai kewujudan percaturan antara peguam biasa ini, Lingam dengan beberapa hakim tertinggi negara yang mempunyai kepentingan tertentu.Jelasnya, hal tersebut hanya kini dapat diketahui umum ekoran pendedahan yang dilakukan menerusi rakaman video perbualan Lingam dengan Tun Ahmad Fairuz.
Menurut laporan akhbar harian, ketika memberi keterangan sebagai saksi ke-19 prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja semalam, Jayanthi mendakwa beliau bersama dua setiausaha lain Lingam dikurung semalaman di pejabat peguam itu untuk menaip penghakiman satu kes saman sivil membabitkan tokoh korporat, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun pada 1994.
Dalam kes itu yang didengar oleh Hakim Dato' Mokhtar Sidin, Vincent Tan diberi ganti rugi RM10 juta. Ketika itu Lingam mengendalikan kes tersebut mewakili ahli perniagaan berkenaan.
Mengaku tempah tiket Lingam dan Eusoff ke New Zealand
Jayanti mengaku beliau turut menguruskan tempahan tiket penerbangan dan jadual perjalanan bagi percutian Lingam bersama bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd. Eusoff Chin di New Zealand pada Disember 1994.
Dalam pada itu, beliau turut menceritakan bagaimana Lingam mengarahkannya mengambil beberapa teks kes undang-undang di perpustakaan pejabat untuk dimasukkan ke dalam penghakiman kes saman itu.
Kes tersebut adalah saman sivil No. S5-23-23-94 antara Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun lawan Hassan Hamzah, Saw Eng Lim, MGG. Pillai, V. Thavanesan, Dr. Barjoyai Bardai, Media Printext (M) Sdn. Bhd. dan Ling Wah Press Sdn. Bhd.
Jayanti yang kini bekerja sebagai ejen hartanah persendirian memberitahu Suruhanjaya Siasatan Diraja bahawa kerja-kerja menaip penghakiman kes saman sivil itu dibuat oleh seorang lagi setiausaha Lingam, Sumanti Jaaman.
Siapkan draf penghakiman
Katanya, tugas menyiapkan draf penghakiman tersebut turut dibantu oleh seorang lagi setiausaha Lingam bernama Jamilah Abdul Rahman.
"Antara November dan awal Disember 1994, saya masih ingat dengan jelas kejadian kami bertiga dikurung oleh Lingam bagi tujuan kerja-kerja menaip secara rahsia.
"Saya kemudian menyedari bahawa kejadian malam itu adalah bagi tujuan menaip dan menyiapkan penghakiman berkaitan saman sivil No. S5-23-23-94,” katanya.
Jayanti berkata, Lingam membacakan satu persatu draf penghakiman kes itu daripada nota bertulis tangan dan Sumanti menaip setiap patah perkataan yang dibacakan oleh peguam itu.
"Saya duduk berhampiran mereka dalam pejabat itu dan sekali sekala Lingam mengarahkan saya mengambil pelbagai laporan kes undang-undang dari perpustakaan untuk dimasukkan dalam penghakiman tersebut," ujarnya.
Lingam hanya selesai membaca penghakiman penuh kes saman itu pada sekitar pukul 3.00 pagi sebelum dokumen itu dicetak lalu disemak oleh peguam itu.
Peguam itu, kata Jayanti, kemudian membuat pembetulan menggunakan dakwat merah di halaman tertentu pada draf penghakiman itu.
Katanya lagi, Sumanti membetulkan pindaan yang dicatatkan oleh Lingam sebelum menyalin draf akhir penghakiman itu dalam cakera liut.
Beliau berkata, Lingam kemudian menyerahkan cakera liut itu kepada Hakim Mokhtar Sidin.
"Selepas itu, saya mendapat tahu bahawa penghakiman yang ditulis oleh Lingam secara keseluruhannya digunakan sebagai penghakiman rasmi kes sivil itu oleh hakim berkenaan.
"Pada malam itu, Lingam turut dibantu oleh adiknya, peguam Dato' V. Sivaparanjothi, Adam Bachek dan W. Satchithanandan," katanya.
Jayanti memberitahu, beliau menyerahkan dua draf penghakiman yang tercatat pindaan yang dibuat oleh Lingam kepada peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah pada 20 dan 22 April 1998.
Kedua-dua draf penghakiman tersebut iaitu yang mengandungi pembetulan dakwat merah dan draf akhir dikemukakan sebagai bukti dan ditanda sebagai C110 dan C111 pada prosiding hari ke-15 Suruhanjaya Siasatan Diraja./wann.