Sumber Blog Jalan Pulang
Antara kesan-kesan yang bakal dilihat selepas AirAsia milik Tony Fernandes menguasai MAS adalah:
1) Skim Persaraan Sukarela (VSS) akan dilakukan secara besar-besaran melibatkan lebih kurang 2500 kakitangan MAS dan 750 kakitangan AirAsia sesudah penstrukturan semula dimuktamadkan
2) Penjualan sebahagian besar aset untuk membayar hutang MAS yang dianggarkan lebih RM2.4 bilion kepada pihak ketiga di samping mengurangkan aset tetap yang akan digabungkan kelak
3) Mengurangkan atau memansuhkan jenis elaun dan membekukan segala jenis kenaikan gaji kakitangan yang tidak produktif kepada MAS dan AirAsia selain menyusun semula pentadbiran di kalangan separa profesional seperti juruteknik dan pencuci kapal terbang
4) Menyahsenarai saham saham pekerja (ESOS) dan menggantikan skim yang lebih menekan pekerja yang tinggal dengan syarat yang lebih ketat
5) Penyusunan semula sistem jadual dan maklumat penerbangan serta menggunakan kod perkongsian penerbangan yang sama yang akan menjimatkan kos operasi sebanyak 17%.
6) Kesemua langkah di atas sebenarnya bukan setakat memberi kesan negatif terhadap ekonomi negara bahkan turut mengheret MAS ke kancah krisis dengan penamatan kakitangan secara berperingkat
Apa yang pasti, penjualan saham MAS kepada AirAsia sebenarnya lebih banyak keburukan dari kebaikan, dan jangan lupa, sebuah syarikat milik rakyat yang berada di bawah kawalan Khazanah Nasional sudah terlepas ke tangan bukan Bumiputera.
Inilah Umno-APCO yang kerjanya hanya menjahanamkan segala apa yang dikawalnya.
DS ANWAR IBRAHIM -MAS & Air Asia wujudkan sistem monopoli
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, gabungan itu mungkin membawa kepada monopoli kerana ia membabitkan monopoli dan juga broker kuasa politik.
“Malah, penglibatan Pengerusi AirAsia, Tony Fernandes dan penamanya dalam lembaga pengarah MAS turut menimbulkan konflik kepentingan walaupun beliau memegang jawatan bukan eksekutif,” kata Anwar yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Tony Fernandes dan syarikatnya, Tune Air Sdn Bhd semalam menukarkan 10 peratus kepentingan saham dalam AirAsia dengan 20.5 peratus saham dalam MAS.
Menurut Anwar, pertukaran saham itu amat jelas menyalahi peraturan urus tadbir korporat dan tidak patut dibiarkan berlaku.
Ia juga menimbulkan persoalan terhadap nasib program transformasi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan meriah menggunakan wang rakyat.
“Adakah kerajaan sekarang mengakui pemulihan MAS yang dikatakan berjaya sebelum ini adalah satu ‘pertunjukan’ semata-mata?
“Najib perlu dipertanggungjawabkan kerana mengelirukan rakyat tentang ini,” kata Anwar.
Urusniaga itu juga, kata Anwar, membangkitkan isu ketelusan kerana ia dilakukan dengan penuh kerahsiaan.
“Dalam hal ini, Suruhanjaya Sekuriti (SC) perlu menyiasat kemungkinan berlakunya urusniaga dalaman membabitkan saham kedua-dua entiti ini,” kata Anwar.
Dalam kenyataan sama, Anwar turut melahirkan kerisauannya tentang urusniaga itu yang akan menguntungkan pihak minoriti tetapi merugikan pihak majoriti.
“Saya risau urusniaga ini menguntungkan pihak minoriti dan mengorbankan pihak majoriti, iaitu pekerja MAS yang berkhidmat dengan penerbangan nasional kita dengan berdedikasi dan setia walau pun diberikan pilihan yang teruk dan tidak mendapat bonus selama bertahun-tahun,” kata Anwar.
1 comment:
Itu sebasblah orang2 melayu sayang kat amno laknat ni... skong lagi lah sampai tinggal spenedr je gadai dek amno laknatullah...
Post a Comment