Pahang Daily Online
Semalam saksi kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu konsultan molekular genetik dari Australia, Dr Brian Mcdonald menggemparkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan pendedahannya bahawa Jabatan Kimia Malaysia (JKM) tidak mendapat pensijilan ISO17025 yang dikeluarkan oleh American Society of Crime Laboratories Directors (ASCLD).
Dalam pendedahannya, Brian menyatakan bahawa mana-mana makmal yang menjalankan ujian DNA harus mendapat akreditasi di peringkat antarabangsa. Namun difahamkan makmal JKM di mana ujian sperma kes liwat Saiful dijalankan gagal memperoleh sijil ISO setelah tamat pada Oktober 2005.
Makmal tersebut yang diberi tempoh lima tahun daripada tarikh tamat untuk memenuhi piawaian masih tidak mendapat pengiktirafan malah diberikan tempoh lanjutan sebanyak dua kali yang akan berakhir pada Oktober nanti.
Namun, anehnya tiba-tiba berlumba-lumbalah dalam blog-blog pro kerajaan mengatakan Dr.Brian dan pihak pembelaan Anwar telah "terkantoi" dengan tuduhan tersebut. Malah dalam blog seperti Empayar Pemuda, dengan jelas memaparkan tajuk "Terkini: Surat Dan Sijil Yang Mengkantoikan Dakwaan Anwar Dan Peguambelanya".
Dalam sedar atau tidak ada sesuatu yang melucukan ketika mereka ghairah menyebarkan info terbaru ini. Seolah-olah pakar dari Australia yang mendedahkan perkara itu telah tersalah maklumat.
dan Surat lanjut tempoh berakhir pada 18 Oktober 2011
Namun, apa yang melucukan kami ialah rupa-rupanya mereka (Blogger UMNO) yang terkantoi dan tersalah maklumat dalam hal ini sebenarnya.
Apa yang mereka paparkan itu hanyalah surat yang dikeluarkan oleh American Society of Crime Laboratories Directors untuk memberi peluang kepada Jabatan Kimia Malaysia (JKM) dilanjutkan tempoh permohonan mendapatkan Sijil ISO17025 yang diperkatakan itu.
Sedangkan sijil sebenar memang masih belum diperolehi oleh pihak terbabit sebenarnya. Sila lihat bukti dibawah sebagai mengukuhkan lagi maklumat terbaru kami ini.
Maknanya disini, siapakah yang terkantoi sebenarnya. Oleh itu, dinasihatkan kepada mereka supaya mengkaji terlebih dahulu sebelum mempertikaikan fakta yang telah didedahkan itu.
Bukti, Sijil sebenar ISO17025 yang sepatutnya diperolehi oleh JKM
[Dengan pendedahan ini juga, maka ia jelas sekali membuktikan Jabatan Kimia Malaysia (JKM) memang tidak pernah mendapat sijil ISO seperti yang dinyatakan. Cuma yang ada ialah beberapa surat dan lanjutan terhadap permohonan mereka selama ini.
Ia jelas membuktikan yang jabatan terbabit sememangnya tidak diiktiraf oleh antarabangsa terutamanya dalam melakukan ujian DNA itu sendiri.
Oleh yang demikian benarlah laporan Dr.Brian Mcdonald bahawa Makmal tersebut yang diberi tempoh lima tahun daripada tarikh tamat untuk memenuhi piawaian masih tidak mendapat pengiktirafan malah diberikan tempoh lanjutan sebanyak dua kali yang akan berakhir pada Oktober tahun ini.
Tidak ada manipulasi atau sebarang fakta bercanggah seperti yang diperkatakan oleh Blogger UMNO terbabit. Ini bermakna mereka sebenarnya yang telah "terkantoi" dan bukannya pihak pembelaan dalam kes yang sedang dihadapi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ini sebenarnya. Sama-samalah kita fikirkannya].
No comments:
Post a Comment