ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Mutimedia (SKMM) berhubung satu dakwaan "fitnah" yang disiarkan dalam satu laman blog pro-Umno.
Laporan berkenaan susulan dakwaan dokumen palsu oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berhubung dakwaan "Ops Sita" ke atas Gereja Methodist Damansara Utama.
Dokumen dengan label "Sulit" bertajuk "Laporan Ops Sita Gereja Methodist Damansara Utama oleh Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan Majlis Bandaraya Petaling Jaya" itu dimuatkan di laman blog "Papa Gomo" sejak 13 Ogos lalu.
Dokumen berkenaan antara lainnya mendakwa, operasi untuk menyita gereja berkenaan telah dibatalkan selepas mendapat arahan daripada Nik Nazmi.Arahan yang sama juga didakwa dikeluarkan oleh beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat yang dinamakan dalam dokumen berkenaan, termasuk ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad serta tiga orang exco -- Ronnie Liu, Elizabeth Wong, Teresa Kok.
"Ini hanya dokumen olok-olok yang direka oleh blogger Umno yang terdesak," kata Nik Nazmi yang juga pengarah komunikasi PKR.
Maklumat salah
Tambahnya, dokumen berkenaan tidak wujud dan direka sebagai fitnah kepada Pakatan.
"Saya yakin (penulis blog ini) orang Islam. Mengata ini berdosa, fitnah lagi berdosa. Jadi baik dia jaga puasa dan solat dia sendiri," kata Nik Nazmi lagi dalam sidang media di ibu pejabat PKR itu hari ini.Tambahnya, dokumen berkenaan juga mempunyai maklumat yang sama sekali salah, terutama berhubung gereja yang didakwa akan disita itu.
Dokumen berkenaan antara lainnya menyebut gereja DUMC terletak di Damansara Utama, sedangkan gereja itu terletak di Seksyen 13, Petaling Jaya."Blogger Umno dibayar gaji mahal (tapi) tak buat research (kajian) yang betul untuk buat fitnah," katanya lagi.
Ketika ditanya, Nik Nazmi berkata pemimpin Pakatan yang terlibat akan membincangkan sama ada akan mengambil tindakan saman ke atas penulis blog tersebut.
@pantherian - "Kah Kah Kah" pertamanya beri tepukan gemuruh dan ketawa kepada PAPA GOMO kerana kebodohan dan kantoinya DOKUMEN PALSU yang dibuatnya.
"Blogger Umno dibayar gaji mahal (tapi) tak buat research (kajian) yang betul untuk buat fitnah,"
Blogger murahan dan lucah seperti PAPA GOMO ini tidak faham makna fitnah dan dosa sehingga sanggup bikin dokumen PALSU untuk buktikan PKR ini anti Islam.
Sokong jika YB Nik Nazmi dan pemimpin PR lain untuk SAMAN blogger lucah KEBANGGAAN UMNO.
1 comment:
tak payah nasihat pd malaun ni, dah makan duit haram, darahnya yg mengalir adalah dari sumber haram, anak bininya pun termakan sumber haram dan cucu-cicitnya nanti datangnya dari sumber haram.
Post a Comment