INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Tuesday, August 9, 2011

Presiden FAP,Zahrain KATAK salahkan kerajaan PP di atas kemerosotan bola sepak PP

Hairan dan Geli hati mendengar keluhan dan alasan kemerosotan pasukan bola sepak Penang adalah disebabkan tiada komitmen kerajaan negeri terutama dari segi peruntukan.


Katak Zahrain ini tidak sedar mudah lupa bahawa kemerosotan bola sepak PP adalah ketika beliau menjawat jawatan Presiden FAP. Tidak pernah dalam sejarah bola sepak PP, kita tersingkir dari Liga Perdana Malaysia dan ia amat memalukan .



Beliau berkata, penurunan mendadak prestasi pasukan bola sepak negeri sejak tahun 2009 berlaku berikutan masalah kewangan yang kritikal dihadapi FAP. Zahrain berkata, FAP kecewa dengan komitmen kerajaan negeri yang tidak serius dalam membantu mengembalikan mutu bola sepak tempatan.Beliau mendakwa pakatan pembangkang di bawah pimpinan DAP tidak membantu memberi dana dan bantuan kewangan kepada FAP.

"Bantuan pernah diterima menerusi agensi di bawah kerajaan negeri iaitu Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBA) dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang masing-masing memperuntukan RM250,000 pada tahun 2009 sahaja.

"Selepas itu tidak ada lagi (selepas Zahrain lompat) sebarang peruntukan yang diterima FAP hingga kini berbanding zaman kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional. Saya difahamkan ketika itu, FAP mendapat peruntukan sebanyak RM3 juta untuk membangunkan, mengurus, mengendalikan pasukan serta program berkaitan bola sepak,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung persatuan itu di sini.

Beliau berkata keadaan itu mengakibatkan FAP terpaksa mencari sendiri dana untuk menampung semua keperluan memandangkan persatuan itu hanya bergantung kepada bantuan dana daripada kerajaan persekutuan.

Zahrain berkata seharusnya kerajaan negeri komited untuk membantu membangunkan semula sukan bola sepak di negeri itu yang semakin merosot tanpa membezakan fahaman politik.Pulau Pinang tersingkir dari Liga Perdana musim depan setelah menduduki tangga terbawah liga setelah 20 kali kalah, sekali menang dan seri dan hanya mengumpul empat mata.

KALAU HANG  ANAK JANTAN , ZAHRAIN !

SILA LETAK JAWATAN !..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews