Hasil apa pun takda. Barang persekolahan anak-anak kian mahal sekarang.
Sunday, January 3, 2016
Kos Sara Hidup meningkat tahun 2016, Kerajaan sibuk tubuh Jawatankuasa Tertinggi
Hasil apa pun takda. Barang persekolahan anak-anak kian mahal sekarang.
Tuesday, December 31, 2013
Himpunan TURUN membantah kenaikan Kos Sara Hidup 31 Dec 2013
Himpunan TURUN dikepalai mahasiswa dan anak muda?
Presiden PMUM, Muhammad Kamarul Setapa - himpunan ini adalah manifestasi kemarahan rakyat terhadap kenaikan barang keperluan rakyat atas alasan ‘memperkukuhkan ekonomi’.Bagi beliau, respon pihak kerajaan berkenaan isu kenaikan harga barang cukup mengecewakan dan dilihat seperti memperbodoh-bodohkan rakyat yang dalam kesusahan.
"Oleh itu, sekali lagi saya menyeru mahasiswa, anak muda, dan rakyat Malaysia supaya turun bersama-sama rakyat ke Himpunan Bantah Kos Sara Hidup pada hari ini," - Presiden Persatuan Mahasiswa UM.
Ini adalah kenyataan terbuka yang kedua dari persatuan pelajar universiti tempatan, selepas kenyataan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (SRC-UIAM).Sebelum ini, pemimpin pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang juga Presiden Gabungan Pelajar Islam Malaysia (Gamis), Nor Azan Safar, ditahan polis kerana didakwa mendalangi perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan.
Pemuda PAS turut sertai HIMPUNAN TURUN
Pemuda PAS Malaysia mengerahkan anggotanya menggerakkan penyertaan orang ramai khususnya golongan muda ke perhimpunan membantah kenaikan kos sara hidup pada malam 31 Disember.Lidah parti itu Harakahdaily melaporkan, ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata Pemuda PAS menyokong demonstrasi berkenaan yang akan diadakan untuk menyatakan keresahan masyarakat ke atas kenaikan pelbagai harga barang dan peningkatan kos sara hidup.
AYUH anak muda kita TURUN dan Bantah Kenaikan Kos Sara Hidup yang dilakukan oleh kerajaan!
Monday, December 16, 2013
Menteri DS Wahid Omar berfikir ala "macai" untuk alasan naik Tol ?
Sunday, October 27, 2013
Najib Razak potong subsidi gula untuk keharmonian kehidupan seks ?
Friday, September 6, 2013
Photo Lawak Satira Harga Minyak RON95 dan Diesel naik tahun 2013
Monday, October 1, 2012
Najib ketawa dan lari bila diajak Anwar berdebat tajuk belanjawan
SHAH ALAM 30 SEPT : .Anwar yang juga Ketua Pembangkang mengulangi cabarannya itu selepas Menteri Kewangan itu menggunakan sebahagian masa dalam tempoh pembentangan bajet tersebut bagi menyerang dirinya dan pemimpin Pakatan Rakyat(PR).
“Saya secara bergurau berkata kepada Najib dalam masa lebih kurang setengah jam saudara menyerang saya. Apa kata kalau kita debat Najib dengan tajuk belanjawan? Dia sambil ketawa pegang beg terus blah (berlalu).
“Pimpinan ini dia mesti berani pertahankan hujahnya. Itu prinsipnya. Jadi kalau kita gunakan media untuk meuar-uarkan jadi alat propaganda dan tidak boleh diulas itu jadi masalah,” katanya ketika berucap dalam majlis Makan Malam Perdana Bersama Pimpinan PR di Stadium Malawati di sini malam Jumaat lalu.
Beliau berkata, selaku Ketua Pembangkang dia akan mengulas secara panjang lebar mengenai bajet 2013 yang dibentangkan Najib dalam sidang dewan pada Isnin ini serta berharap Perdana Menteri menghadirinya.
“Saya masih ingat semasa saya jadi Menteri Kewangan, saya tidak pernah tidak hadir ulasan awal Ketua Pembangkang walaupun pedih telinga (mendengar). Masa itu YB Lim Kit Siang jadi Ketua Pembangkang.
“Bukan senang nak dengar tetapi saya fikir oleh kerana dia dengar ucapan kita selaku Menteri Kewangan maka wajarlah untuk menghormati sistem demokrasi dan memuliakan Parlimen,” lata bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
@Pantherian : Kalau Najib berani untuk berdebat, sila hadir di Parlimen untuk mendengar perbahasan Belanjawan 2013 oleh Ketua Pembangkang pada hari Isnin 1 Oktober 2013 jam 11.30pagi.
Tuesday, September 4, 2012
Rafizi Ramli menentang pengambilalihan KTMB oleh Syed Mokhtar MMC
KEADILAN memberi amaran kepada pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak supaya membekukan segala rancangan untuk menswastakan operasi KTMB kepada MMC Corp Berhad yang dikawal oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.
KEADILAN difahamkan bahawa MMC telah mengemukakan pelan operasi dan pengambilalihan pada awal tahun ini dan pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak sedang dalam proses untuk meluluskan pelan pengambilalihan tersebut.
Ada beberapa perkara pokok yang perlu dipertimbangkan sebelum kerajaan menswastakan KTMB buat kali yang kedua selepas penswastaan kali pertama di bawah syarikat Marak Unggul Sdn Bhd gagal, iaitu:
1. Apakah syarat-syarat yang dikenakan oleh kerajaan bagi memastikan aset dan pegangan tanah KTMB yang dianggarkan berjumlah RM50 bilion tidak jatuh ke tangan pihak swasta atau persendirian?
2. Apakah jaminan kerajaan bahawa kebajikan kakitangan KTMB akan dilindungi seadilnya apabila mandat diberikan kepada MMC Corp Berhad untuk mengendalikan pekerja?
3. Apakah bentuk bantuan kewangan yang ditawarkan oleh kerajaan kepada MMC Corp Berhad untuk mengelakkan satu lagi projek swasta dibiayai oleh wang rakyat?
Saya juga melahirkan rasa kesal kerana sekali lagi pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak mengingkari janjinya bahawa semua tender akan dikendalikan secara terus dan melalui tender terbuka.
Seperti juga projek MRT yang kini menimbulkan kemarahan kumpulan-kumpulan yang rapat dengan Umno sendiri, penswastaan KTMB dibuat melalui satu kertas cadangan yang dikemukakan oleh MMC Corp Berhad.
Sekiranya syarat pengambilalihan hanyalah melibatkan peningkatan kecekapan operasi dan kos (dan tidak menanggung hutang KTMB yang berjumlah RM1 bilion), adalah lebih wajar jika kerajaan menjemput seberapa ramai usahawan dan konsortium untuk menyertai satu tender terbuka memandangkan pakej suntikan kewangan oleh pengendali baru tidak termasuk tanggungan hutang sedia ada.
Sikap Dato’ Seri Najib Tun Razak yang memusatkan operasi dan kontrak melibatkan infrastruktur dan harta utama negara di tangan beberapa kroni utama beliau semakin memuncak.
Kini pun, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary telah menguasai operasi dan aset-aset pelabuhan di negara ini. Konsortium beliau juga dianugerahkan tender pembinaan MRT yang kosnya dijangka melampaui RM100 bilion.
Dengan anugerah penswastaan KTMB pula, bermakna syarikat-syarikat yang dikawal oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary akan menguasai pengangkutan keretapi yang merupakan alternatif terpenting kepada sistem pengangkutan awam darat di masa hadapan. Ini bermakna, sebarang usaha untuk menaiktaraf sistem pengangkutan awam sudah tentu akan melibatkan beliau kerana monopoli yang dipegangnya.
KEADILAN menentang sepenuhnya cubaan untuk mewujudkan monopoli pengangkutan keretapi dengan anugerah penswastaan baru kepada MMC Corp Berhad untuk mengambilalih operasi KTMB.
Berdasarkan projek-projek penswastaan dan kerjasama swasta yang telah gagal sebelum ini seperti penswastaan kali pertama KTMB dan kerjasama MAS-AirAsia, KEADILAN yakin tindakan menswastakan KTMB juga bermotifkan keuntungan semata-mata yang membelakangkan kepentingan nasional
YB NURUL IZZAH ANWAR
NAIB PRESIDEN KEADILAN
RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
Tuesday, July 3, 2012
Anak Mahathir dapat kontrak bekal minyak untuk MAS
Petron bekal minyak untuk MAS
SUBANG 1 Julai - Petron Malaysia (Petron) dan Malaysian Airline System Bhd. (MAS) telah menandatangani perjanjian untuk membekal dan membeli minyak pada harga berpatutan untuk penggunaan pesawat Airbus A380 dalam tempoh enam bulan.Petron merupakan syarikat induk kepada Esso Malaysia Bhd. Petron dan MAS dalam kenyataan bersama di sini berkata, pembekalan minyak Petron kepada MAS, berkuat kuasa hari ini.
Jelas kenyataan itu, bagi menyambut kerjasama yang terjalin antara dua pihak itu, Petron akan memberi sumbangan minyak percuma untuk penerbangan sulung pesawat A380 MH2 dari Kuala Lumpur ke London, malam ini.
Pada 5 Jun lalu, MAS turut menikmati bekalan minyak dari Petron apabila menganjurkan penerbangan percubaan A380 untuk kakitangan dan tetamu termasuk tetamu kenamaan, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Pantherian : Utusan agak bijak menutup berita bahawa Petron Malaysia adalah syarikat di bawah San Miguel dari Filipina yang kebanyakan sahamnya dimiliki oleh anak Mahathir iaitu Mirzan.
Monday, March 26, 2012
Monday, December 19, 2011
Cukong Melayu Syed Mokhtar mahu beli KTMB dengan RM1 billion
Pihak RUM (Railway Union) secara kerasnya membantah KTMB dijual kepada syarikat swasta kerana dahulu Konsortium Marak Unggul yang mengambilalih KTMB dahulu gagal memajukan seperti yang diharapkan. Selepas kerajaan membeli tren-tren baru seperti ETS dan SCS (Komuter Baru) dengan dana yang besar, nampaknya pihak swasta seakan cuba mengambil kesempatan untuk membeli KTMB.MMC Corp Bhd is undertaking a due diligence exercise to privatise Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB), people familiar with the matter said. The company, controlled by tycoon Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, plans to pump in as much as RM1 billion to take control of KTMB’s operations. According to the Railwaymen’s Union of Malaya (RUM), the Minister of Finance Inc (MOF) had given MMC the green lightto undertake the due diligence, which will take a few months.However, RUM is against MMC or any other party taking over KTMB. “They must have an agenda. We think KTMB can do well on its own. All it needs is a good management team to operate the business efficiently,” said RUM president Abdul Razak Md Hassan. |
Thursday, November 10, 2011
Najib lupa amanat Tun Abdul Razak berkaitan isu royalti minyak
Kerajaan Kelantan hari ini menyerahkan sepucuk surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, bagi membuktikan kepadanya bahawa dalam jawapan yang diberikan oleh bapanya, Tun Abdul Razak Hussein, di Dewan Rakyat beliau menyokong tuntutan royalti minyak Kelantan.
Merujuk jawapan lisan kepada soalan yang diajukan oleh ahli parlimen DAP Lim Kit Siang yang berusia 34 tahun ketika itu, Abdul Razak yang menyelia pewartaan Akta Petroleum 1974, berkata royalti perlu dibayar walaupun minyak ditemui di luar pesisir.
Jawapan yang diberikan pada 12 November 1975 itu berbunyi:
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5 peratus daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan (onshore) atau di luar perairan (offshore) negeri tersebut, yang dijadual oleh PETRONAS ataupun agensi-agensi ataupun kontraktor-kontraktornya,".
@Pantherian - Adakah Haji Najib dan Hajjah Rosmah terbuka hati untuk memberi keadilan kepada kerajaan Kelantan dan rakyatnya selepas pulang dari haji?
Persoalan diskriminasi dan ketidakadilan dilihat berlaku dalam isu royalti yang dilakukan oleh UMNO BN kepada kerajaan negeri Kelantan.
1) Royalti 5% tidak diberi
2) Pendaratan gas yang dicadangkan untuk dilakukan di Kertih,Terengganu yang jauhnya lebih 200km paip gas perlu dibina. Apabila kemudahan fasiliti pendaratan tidak dirancang di Kelantan, yang ruginya ialah rakyat dan kerajaan negeri yang mengharapkan limpahan ekonomi berlaku di kawasan tersebut.
Tuesday, November 8, 2011
Anwar Ibrahim tuntut Najib jawab dimana hilang RM1.4 billion Bajet Wang Luar Jangka
DS Anwar Ibrahim mendakwa RM 1.4 billion dana daripada Bajet Wang Luar Jangka /peruntukan kecemasan Perbendaharaan Negar telah lesap ! Siapa rembat ? Najib perlu JAWAB !
sumber Msiakini:
Pakatan Rakyat hari ini mendakwa kira-kira RM1.4 bilion daripada Bajet Wang Luar Jangka atau peruntukan kecemasan Perbendaharaan Negara telah lesap.
Dana itu dbekalkan mengikut Perkara 103 Perlembagaan Persekutuan, bagi peruntukan tambahan RM1.5 bilion, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut beliau, peruntukan itu dinyatakan dalam Laporan Perbelanjaan Persekutuan 2010/2011 yang dibentangkan bersama-sama dengan Bajet 2012.
Perkara 103 menyatakan: "Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan bagi mewujudkan suatu Kumpulan Wang Luar Jangka dan memberi kuasa Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan, jika berpuas hati bahawa telah timbul keperluan perbelanjaan yang mendesak dan di luar jangkaan yang baginya tiada peruntukan lain wujud, untuk membuat pendahuluan daripada Kumpulan Wang Luar Jangka itu untuk memenuhi keperluan itu.
Anwar pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini berkata: "Walau bagaimanapun, Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyatakan bahawa hanya terdapat baki RM79.147 juta daripada dana negara itu.
"Ke mana perginya wang itu? Lebih serius lagi, di mana RM1.4 bilion telah lesap? Saya tidak fikir Jabatan Audit (membuat kesilapan), mereka lebih teliti apabila membabitkan perakaunan."
Bagi Anwar, kelewatan 17 hari Laporan Ketua Audit Negara, tahun ini dibentangkan mungkin ada kaitan dengan perkara berkenaan.
**********************************************************************************
@Pantherian - Ini merupakan satu kes skandal yang serius membabitkan kehilangan RM1.4 billion duit rakyat daripada dana Bajet Wang Luar Jangka/ Peruntukan kecemasan.
Kita perlu desak dan tuntut DS Najib Razak atau TS Muhyiddin menjawab di mana pergi mengalir jumlah wang yang begitu besar ini? apa yang dibelanjakan?..
Adakah ini boleh dianggap Transformasi yang betul? dana rakyat hilang dan pemborosan perbelanjaan yang begitu ketara sebagaimana terkandung dalam Laporan Audit 2010.
Update TERKINI video :
Tuesday, October 18, 2011
Anwar Ibrahim cabar Najib debat belanjawan 2012
Kali ini, Anwar mahu peluang berdebat untuk menerangkan kepada Najib dasar Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga dan juga bajet bayangan yang ditawarkannya.
Beliau juga mahu berdebat kerana tidak berpuas hati dengan kenyataan Najib semalam yang menyifatkan bajet oleh Pakatan sebagai "belanjawan republikan aliran kanan yang gagal memahami kehendak rakyat."
Ketika ditanya, Anwar berkata beliau telah menggunakan peluang dalam ucapannya di Dewan Rakyat untuk menerangkan belanjawan berkenaan.
"Kita sudah (bahas) tapi seperti dialog dengan orang tuli," katanya yang menambah bajet bayangan itu telah menggariskan tumpuan untuk meringankan beban rakyat.
"Gaji minimum, kenaikan gaji pekerja awam ditekankan dan konsesi termasuk penjana tenaga bebas, penswastaan juga ditekankan yang sendirinya akan mengurankan beban rakyat.
"Daripada menyinggung kita dan buat kenyataan melulu begini, lebih baiklah berdepan supaya rakyat menilai."Nak mohon masa lebih pun tak apa tapi beri ruang kepada kita untuk jelaskan bajet pakatan rakyat dan buku jingga," katanya.
Wednesday, October 12, 2011
Intipati Belanjawan 2012 Pakatan Rakyat
Tuesday, October 11, 2011
Rosmah hadiri Mesyuarat Sulit Bajet 2012 dikritik
Mengikut laporan itu, Rosmah hadir ketika suaminya itu meninjau operasi persiapan terakhir Belanjawan 2012 di Kementerian Kewangan, sehari sebelum belanjawan dibentang.Malah pada berita itu, nama Rosmah mendahului Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, timbalan-timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Datuk Donald Lim Siang Chai.
Ketuanya, Shamsul Iskandar Mat Akin, berkata tindakan Rosmah semakin melampau kerana mencampuri urusan negara terutama melibatkan ekonomi.“Ini tak pernah dilakukan mana-mana isteri PM kerana ia membabitkan menteri di kementerian yang berkaitan ekonomi dan hal ehwal negara.
Penglibatan Rosmah itu turut dikecam dalam laman sosial twitter.
“Siapa Rosmah Mansor untuk hadir dalam meeting bajet?” kata seorang pengguna akaun twitter, Emmiza.
“Tak boleh beza Mesyuarat Sulit Belanjawan Negara sampai Rosmah boleh hadiri? Prihatin pada negara agak-agak la sampai mesyuarat sulit kewangan negara diketahui Rosmah,” kata pengguna akaun Ikhwan Hafiz pula.
@Pantherian - Tidak sangka Tweet di Twitter mengkritik Rosmah Mansur dipetik masuk dalam berita oleh KeadilanDaily dan Harakahdaily. Malam semalam, rakan di Penang melaporkan tweet aku di laporkan di Harakahdaily dan followers di akaun naik mendadak.
Najib diharapkan dapat membimbing isterinya, Rosmah supaya dapat membezakan URUSAN NEGARA dan URUSAN RUMAHTANGGA,
Wednesday, August 10, 2011
MAS entiti penerbangan Melayu dijual saham oleh UMNO kepada Tony Fernandes
Sumber Blog Jalan Pulang
Antara kesan-kesan yang bakal dilihat selepas AirAsia milik Tony Fernandes menguasai MAS adalah:
1) Skim Persaraan Sukarela (VSS) akan dilakukan secara besar-besaran melibatkan lebih kurang 2500 kakitangan MAS dan 750 kakitangan AirAsia sesudah penstrukturan semula dimuktamadkan
2) Penjualan sebahagian besar aset untuk membayar hutang MAS yang dianggarkan lebih RM2.4 bilion kepada pihak ketiga di samping mengurangkan aset tetap yang akan digabungkan kelak
3) Mengurangkan atau memansuhkan jenis elaun dan membekukan segala jenis kenaikan gaji kakitangan yang tidak produktif kepada MAS dan AirAsia selain menyusun semula pentadbiran di kalangan separa profesional seperti juruteknik dan pencuci kapal terbang
4) Menyahsenarai saham saham pekerja (ESOS) dan menggantikan skim yang lebih menekan pekerja yang tinggal dengan syarat yang lebih ketat
5) Penyusunan semula sistem jadual dan maklumat penerbangan serta menggunakan kod perkongsian penerbangan yang sama yang akan menjimatkan kos operasi sebanyak 17%.
6) Kesemua langkah di atas sebenarnya bukan setakat memberi kesan negatif terhadap ekonomi negara bahkan turut mengheret MAS ke kancah krisis dengan penamatan kakitangan secara berperingkat
Apa yang pasti, penjualan saham MAS kepada AirAsia sebenarnya lebih banyak keburukan dari kebaikan, dan jangan lupa, sebuah syarikat milik rakyat yang berada di bawah kawalan Khazanah Nasional sudah terlepas ke tangan bukan Bumiputera.
Inilah Umno-APCO yang kerjanya hanya menjahanamkan segala apa yang dikawalnya.
DS ANWAR IBRAHIM -MAS & Air Asia wujudkan sistem monopoli
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, gabungan itu mungkin membawa kepada monopoli kerana ia membabitkan monopoli dan juga broker kuasa politik.
“Malah, penglibatan Pengerusi AirAsia, Tony Fernandes dan penamanya dalam lembaga pengarah MAS turut menimbulkan konflik kepentingan walaupun beliau memegang jawatan bukan eksekutif,” kata Anwar yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Menurut Anwar, pertukaran saham itu amat jelas menyalahi peraturan urus tadbir korporat dan tidak patut dibiarkan berlaku.
Ia juga menimbulkan persoalan terhadap nasib program transformasi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan meriah menggunakan wang rakyat.
“Adakah kerajaan sekarang mengakui pemulihan MAS yang dikatakan berjaya sebelum ini adalah satu ‘pertunjukan’ semata-mata?
“Najib perlu dipertanggungjawabkan kerana mengelirukan rakyat tentang ini,” kata Anwar.
Urusniaga itu juga, kata Anwar, membangkitkan isu ketelusan kerana ia dilakukan dengan penuh kerahsiaan.
“Dalam hal ini, Suruhanjaya Sekuriti (SC) perlu menyiasat kemungkinan berlakunya urusniaga dalaman membabitkan saham kedua-dua entiti ini,” kata Anwar.
Dalam kenyataan sama, Anwar turut melahirkan kerisauannya tentang urusniaga itu yang akan menguntungkan pihak minoriti tetapi merugikan pihak majoriti.
“Saya risau urusniaga ini menguntungkan pihak minoriti dan mengorbankan pihak majoriti, iaitu pekerja MAS yang berkhidmat dengan penerbangan nasional kita dengan berdedikasi dan setia walau pun diberikan pilihan yang teruk dan tidak mendapat bonus selama bertahun-tahun,” kata Anwar.
Sunday, June 26, 2011
WIKILEAKS bocor kenyataan Ahli Lembaga Pengarah Petronas 45% perbelanjaan kerajaan dari hasil minyak

Blog Malaysiawaves
WIKILEAKS (Laporan Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur) telah mengambil kenyataan Ahli Lembaga Pengarah Petronas bernama Mohd Azhar Osman Khairuddin(Azhar). Tulang Besi ingin memetik beberapa kenyataan beliau yang dilaporkan oleh WIKILEAKS dari kabel yang boleh di baca di bawah:
1.0 Jumlah minyak di Malaysia adalah kecil dan akan kehabisan dalam masa yang terdekat. (Mengikut CONOCO, rezab minyak di Malaysia menurun 10% setiap tahun. Mengikut jangakaan Tulang Besi, Malaysia akan menjadi pengimpot minyak sebelum tahun 2020.
(5. (C) Azhar told us that Malaysian O&G reserves are not large and are running out soon. (Note: Conoco Philips Malaysia confirmed that without new discoveries, Malaysian oil production will decline at approximately 10% per year, from 550,000 bpd in 2008 to roughly 490,000 bpd in 2009 and 450,000 bpd in 2010.) )
2.0 45% dari perbelanjaan kerajaan Malaysia adalah dari hasil minyak. Ini bermakna, kerajaan Malaysia akan bangkrap apbila minyak di Malaysia kering nanti.
( Azhar noted that revenues from Petronas accounted for 45% of the GOM budget last year and stated that the GOM is over-reliant on Petronas to fund its operations.)
Kedua-kedua kenyataan yang dipetik Kedutaan Amerika bersumber dari Ahli Lembaga Pengarah Petronas ini adalah SANGAT-SANGAT merisaukan Tulang Besi.
Ia bermakna:
1.0 Apabila minyak habis nanti, Malaysia akan bangkrap. Ini adalah kerana 45% dari perbelanjaan kerajaan Malaysia datang dari hasil minyak. Apabila hasil minyak ini habis, hasil kerajaan Malaysia akan berkurangan 45% dan ini bermakna kerajaan Malaysia akan bangrap laksana kerajaan Greece sekarang ini.
2.0 Hasil minyak Malaysia seharusnya ditabung untuk masa depan anak cucu kita. Bukan untuk dibelanjakan bagi tujuan pembangunan ataupun mengkayakan kroni serta UMNOPUTRA
3.0 Kerajaan Barisan Nasional telah gagal menaikkan hasil negara sehingga terpaksa bergantung kepada hasil minyak dengan begitu besar sekali untuk perbelanjaan. Tidak seperti kerajaan Norway yang menyimpan semua hasil minyak mereka untuk masa depan rakyat mereka. Rakyat Malaysia pula akan berhadapan dengan kelaparan, kemiskinan, kepapaan dan berbagai masaalah sosial apabila hasil minyak Malaysia habis nanti
4.0 Membuktikan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional tidak mampu mengurus kekayaan negara. Segala hasil minyak negara sudah habis dibelanjakan, namun rakyat Malaysia tidak dapat melihat dengan jelas hasil dari perbelanjaan tersebut.
5.0 Bantuan2 kepada orang miskin dan yang memerlukan sudah tentu akan berkurangan atau dipotong sama sekali memandangkan Kerajaan Barisan Nasional yang lebih mementingkan kroni dari rakyat Malaysia.
6.0 Malaysia akan menerima nasib seperti Indonesia apabila hasil minyak Malaysia habis kelak
Dengan kata lain, rakyat Malaysia sedang menuju ke arah masa depan yang begitu gelap dan mendung sekali. Wajiblah kerajaan Barisan Nasional ditukar.
Nasihat Tulang Besi kepada rakyat Malaysia. Jangan berhutang. Selesaikan semua hutang tidak kira hutang apa. Kalau ditakdirkan Malaysia bangkrap, maka BLR semua akan naik. Percayalah.
Tulang Besi
@Pantherian -sebelum mereka tumpas di MEDAN PERANG, mereka sapu semua harta dan khazanah negara dan akhirnya rakyat menjadi mangsa.
Sunday, June 19, 2011
Anwar kembali ke Parlimen, persoal pelaburan Felda di luar negara rugi

16hb Jun 2011
Rakyat Malaysia berhak untuk tahu tentang semua perkara berkaitan (termasuk kerugian yang dialami di peringkat subsidiari-subsidiari dan bukan sahaja di peringkat Kumpulan) Felda Global Ventures Sdn Bhd dan syarikat induknya Lembaga Pertubuhan Felda, kerana kami percaya bahawa Felda Global Ventures dan Lembaga Pertubuhan Felda telah meminjam sebanyak RM6 billion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) (pada mulanya Lembaga Felda telah meminjam RM6 billion daripada KWSP dan kemudian sejumlah RM3 billion daripada itu dipinjamkan oleh Lembaga Felda kepada Felda Global), yang mana sudah tentulah dana tersebut datang daripada rakyat Malaysia.
Kenapakah pinjaman yang dibuat itu tidak pernah dibentangkan di Parlimen yang mewakili rakyat Malaysia? Siapakah yang mengarahkan KWSP untuk meminjamkan jumlah besar wang tersebut kepada Kumpulan Felda? Kami juga percaya pelaburan luar negara yang dibuat oleh Kumpulan Felda dengan menggunakan wang yang dipinjam daripada KWSP itu semuanya mengalami kerugian. Kami percaya bahawa semua pelaburan luar negara yang dibuat oleh Felda Global dengan menggunakan pinjaman wang KWSP itu dalam Felda Iffco Sdn Bhd, Twin Rivers Technologies US, TRT-ETGO Canada, Felda Global Ventures Middle East dan juga Felda Global Ventures Arabia semuanya mencatatkan kerugian terkumpul daripada tahun 1997 hingga 2010 hampir RM500 juta dan kebodohan pengurusan Felda Global Ventures adalah setara kalaupun tidak lebih besar daripada salah urustadbir Sime Darby.
Dengan kerugian yang dialami Felda Global Ventures dalam pelaburan luar negara itu, kami difahamkan pinjaman daripada KWSP itu tidak akan dibayar tetapi akan dilanjutkan tempoh pembayarannya yang sudah tentu ditanggung oleh rakyat. Kami percaya bahawa Perdana Menteri tidak tahu menahu seteruk itu kerugian yang dialami oleh Felda Global Ventures dalam pelaburan luar negaranya kerana kerugian itu diselindung dengan keuntungan besar Felda Global dalam perniagaan minyak kelapa sawit saban tahun.
Sebenarnya, keuntungan daripada bahagian minyak kelapa sawit Malaysia di Felda Global telah dijadikan subsidi untuk kerugian yang dialami pelaburan luar negara Felda. Perdana Menteri begitu bangga sekali memuji Felda Global Ventures yang kononnya telah membuat pelaburan di luar negara tetapi adalah sesuatu yang sangat memalukan kerana kami percaya bahawa hampir semua pelaburan yang dibuat oleh Felda Global itu mengalami kerugian.
Kami difahamkan bahawa pelaburan yang dibuat di Twin Rivers Technologies AS, sebuah kilang minyak dan lemak di AS, adalah pelaburan terburuk yang pernahdibuat dalam sejarah korporat Malaysia. Pelaburan awal sebanyak RM175 juta dibuatuntuk memperoleh Twin Rivers Technologies AS, yang sebelumnya dijual olehProcter & Gamble.
Kami difahamkan selepas Felda Global Technologies memperoleh Twin RiversTecnologies US, Bank of America telah menuntut USD100 juta pinjaman kepadaTwin Rivers Technologies US, sehingga Felda Global harus mengambil RM300 jutapinjaman dari CIMB untuk membayar kepada Bank of America.
Difahamkan juga Felda Global telah menghabiskan sebanyak RM600 jutauntuk kilang penghancur di Kanada di bawah anak syarikat Twin Rivers TechnologiesUS, TRT ETGO Kanada, yang sampai sekarang tidak pernah membuat sebarangkeuntungan.
Adakah Felda Global telah membuat pinjaman lebih lanjut kepada TRT ETGO Kanada sekitar RM100 juta? Oleh kerana itu, kami percayajumlah keseluruhan pelaburan di Twin Rivers Technologies US termasuk anaksyarikat adalah sekitar RM1.175 bilion. Walaupun pelaburan yang besar, kamipercaya bahawa Twin Rivers Technologies US telah mengalami kerugian setiaptahun daripada 2007 sehingga 2010 mendekati RM500 juta.
Sekiranya benar Kumpulan Felda telah meminjam sebanyak RM6 bilion daripada rakyat melalui KWSP, kami menuntut siasatan dilakukan terhadap kegiatan Kumpulan Feldaitu, sama seperti penyiasatan ke atas Sime Darby, dan mereka yang berada dalampengurusan Kumpulan Felda seperti Ketua Pegawai Strateginya, Suzana Wati IdayuOthman dan lembaga pengarahnya, yang bersalah dalam membuat keputusan yang menyebabkan kerugian dalam semua pelaburan di luar negera itu.
Mereka perlu bertanggungjawab di atas kecuaiaan mereka lakukan. Di bawah Akta Felda, keputusan pelaburan semua Kumpulan Felda pada dasarnya memerlukankelulusan Menteri yang bertanggung jawab atas Felda, yang sejak tahun 1997,dijawat oleh Dato ‘Seri Najib Tun Razak.
Sama ada kerugian dalam pelaburan itu telah didedahkan kepada Dato ‘Seri Najib atau tidak didedahkan kepada Dato’ Seri Najib oleh pihak pengurusan Global Felda,kerugian dalam pelaburan itu adalah tanggungjawab pengurusan Felda Global danDato ‘Seri Najib. Siasatan perlu dilakukan dan didedahkan kepada rakyat.
Difahamkan bahawa Ethos Consulting, yang seorang rakan kongsinya adalah bekas pegawai khas Perdana Menteri Dato ‘Seri Najib Tun Razak, Mustapha OmarOng, dilantik sebagai perunding untuk Felda Global. Kami menuntut untukmengetahui berapakah bayaran yang dikenakan oleh Ethos Consulting terhadapFelda Global dan bagaimana sebuah firma perunding yang tidak mahir dalam industripertanian dilantik sebagai perunding untuk Felda Global?
Jika benar pelaburan di luar negara oleh Felda Global rugi, sepatutnya bayaran tidak harus dibuat ke atas Ethos Consuting kerana ternyata merupakan perunding yang gagal. Rakyat menuntut jawapan ke atas semua soalan di ataskerana Felda telah meminjam RM6 bilion daripada rakyat.
ANWAR IBRAHIM
Tuesday, May 31, 2011
Elektrik Naik, harga barang naik ! UMNO BN bangsat !
HARGA ELETERIK DIJANGKA NAIK SETIAP ENAM BULAN -mkini
Tarif elektrik di negara ini akan dinaikkan setiap enam bulan bagi tahun-tahun berikut supaya selaras dengan kenaikan harga gas asli yang dijual Petronas kepada pengeluar tenaga.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan AirPeter Chin berkata kerajaan pada dasarnya telah bersetuju mematuhi mekanisma 'Fuel Cost Pass Through' (FCPT) yang akan menentukan kadar tarif pada masa hadapan.
“Kuantum kos bahan api (cent/kW unit) akan disalurkan kepada pengguna berdasarkan harga sebenar bahan api iaitu gas dan arang batu yang digunakan bagi menghasilkan tenaga bagi tempoh enam bulan,” kata Chin di Putrajaya semalam.
Pengguna kuasa elektrik terbesar adalah:
1.0 Kilang-kilang
2.0 Pejabat-pejabat
Kedua-dua kategori di atas menggunakan banyak kuasa elektrik di dalam operasi harian mereka.
Kesan dari kenaikkan tarif elektrik di atas adalah:
1.0 Kilang-kilang : Terpaksa menaikkan harga barangan mereka kerana menampung harga kenaikkan tarif elektrik.
Malahan, Pengerusi Persatuan Pengilang Malaysia Bahagian Utara menyatakan dalam akhbar THE STAR hari ini menyatakan bahawa akhirnya kos kenaikkan harga elektrik ini akan dipindah kepada pengguna
2.0 Pejabat-pejabat : Kenaikkan tariff menyebabkan mereka terpaksa mengurangkan kos dalam bentuk tidak memberi bonus, tidak menaikkan gaji atau terpaksa membuang pekerja.
Secara mudahnya, ssetiap rakyat Malaysia akan merasai kesan kenaikan tarif elektrik ini tidak kira siapa.
Pada waktu sama, kroni2 UMNO yang mendapat laba yang amat besar dari IPP thttp://www.blogger.com/img/blank.giferus menerima subsidi dari kerajaan Najib dalam jumlah hampir RM30 billion setahun.
Sekian
Tulang Besi
ps Kepada sesiapa yang masih ragu-ragu kenaikan harga elektrik ini akan membebankan pengguna, silalah baca kenyataan jurucakap Mamee-Double Decker (M) Bhd
"A Mamee-Double Decker (M) Bhd spokesperson said the company would try to absorb the hike as much as it could but cautioned that it could also reflect an increase in its selling price if the hike adversely affected its margins.
“We have been absorbing the increase in raw material prices such as palm oil and flour since early this year. But this time around we may have to increase the selling price of our products and we are still formulating the quantum.
“We do not want to pass on the price hike to consumers blindly. On our part, we will try to increase our efficiencies. We will also factor in our competitors' reaction before making any decision,” he told StarBiz."
Monday, May 30, 2011
Ex Petronas - IPP ,projek khas untuk kroni Mahathir dan tipu TNB & Petronas
Syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP) lahir pada 1996 apabila berlakunya gangguan bekalan elektrik di seluruh negara ketika itu. Ada pihak mendakwa gangguan itu sengaja dilakukan bagi mengizinkan kewujudan IPP.
TNB juga menjadi mangsa apabila dipaksa membeli tenaga daripada IPP dengan harga mahal.
Petronas pula diarah menjual gas pada kadar lebih murah daripada harga pasaran kepada IPP biar pun mereka membeli pada harga yang lebih tinggi daripada Indonesia dan kawasan JDA Malaysia-Thailand.
Rafizi yang juga pengarah strategi PKR turut mendakwa syarikat petroleum negara itu terpaksa membeli setong minyak dengan harga RM40 dan dijual pula kepada IPP dengan harga RM10.
Katanya, TNB juga dipaksa membeli kuasa dibekalkan penjana bebas milik kroni Dr Mahathir dengan harga mahal.
“Berdasar kepada perjanjian yang berat sebelah tersebut menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung subsidi sehingga RM21 bilion untuk IPP milik bukan Melayu yang rapat dengan Dr Mahathir.
Menjaga kroni
“IPP diwujudkan sebagai usaha menjaga kroni pemimpin Umno dengan berselindung di sebalik gangguan bekalan elektrik pada 1996,” katanya pada ceramah isu semasa di Kampung Kubur Kuda dekat Kota Bharu malam semalam.Hadir sama pada ceramah itu bekas Ketua Pemuda Umno Ketereh, Sobri Safii, pegawai penerangan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Abdul Hamid Derani, Ketua Cabang PKR Kota Bharu, Abdul Halim Harun dan Ketua Pemuda PAS kawasan, Wan Azimin Wan Adnan.
Rafizi berkata mengikut perancangan awal kerajaan BN, harga petrol RON95 akan dinaik kepada RM2.25 sen seliter menjelang hujung tahun hadapan.
Bagaimanapun katanya kerajaan tidak berani melakukan sekarang kerana dibantah orang ramai.
Namun sepanjang 18 bulan lalu kerajaan menaikkan harga gula lebih 58 peratus dan petrol RON97 sekarang melonjak kepada RM2.90 seliter.
“Harga petrol boleh dikurangkan sehingga 60 sen seliter apabila rakyat memberi mandat kepada Pakatan memerintah Putrajaya nanti.
“Ia boleh dilakukan dengan menghapuskan subsidi untuk IPP di mana sekarang sebanyak RM21 bilion diperuntuk kerajaan setiap tahun,” katanya


















