Saturday, September 12, 2015
2500 pengguna disasarkan menggunakan KTM Komuter antara Gurun- Butterworth- Kamunting
Sunday, September 6, 2015
Monday, July 13, 2015
Tren ETS KTMB beroperasi KL ke Padang Besar
Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dari Kuala Lumpur ke Padang Besar dan Padang Besar ke Kuala Lumpur yang bermula hari ini akan berhenti di 15 hentian.Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad dalam satu kenyataan 11 Julai 2015 berkata 15 hentian itu ialah KL Sentral, Tanjung Malim, Tapah Road, Kampar, Ipoh, Kuala Kangsar, Taiping, Parit Buntar, Bukit Mertajam, Butterworth, Bukit Mertajam,
Sungai Petani, Alor Star, Arau dan Padang Besar.
Bagi perkhidmatan tren ETS Transit Ipoh-Butterworth-Padang Besar dan sebaliknya yang telah bermula pada 10 Julai lepas akan berhenti di kesemua 24 stesen.Sepuluh stesen hentian baharu diperkenalkan iaitu Anak Bukit, Bukit Ketri, Bukit Tengah, Kamunting, Kobah, Kodiang, Padang Rengas, Simpang Ampat, Tasek dan Tasek Gelugor.
Tiket tren Ipoh ke Butterworth adalah RM23 manakala Butterworth ke Padang Besar adalah RM21.
Waktu laluan Ipoh-Butterworth adalah 5 pagi dan tiba 6.50 pagi, Butterworth-Padang Besar (7.30 pagi-9.15 pagi), Padang Besar-Butterworth (2 petang-3.45 petang) dan Butterworth-Ipoh (5 petang-6.50 petang).
Buat permulaan, KTM Berhad hanya menyediakan satu perkhidmatan tren untuk setiap arah bagi kedua-dua perkhidmatan ETS dan kekerapan tren akan ditambah apabila tren-tren ETS yang baharu mula beroperasi.
Para penumpang boleh mula membuat pembelian dan tempahan tiket bermula hari ini dan sebarang maklumat lanjut boleh melayari laman sesawang www.ktmb.com.my atau menghubungi pusat panggilan di talian 1-300-88-5862.
Thursday, August 2, 2012
Rafizi Ramli tuntut Suruhanjaya Diraja untuk siasat skandal LRT Ampang
Fakta-fakta yang tidak dinafikan ini secara jelas menunjukkan ada unsur-unsur salahguna kuasa dan penyelewengan apabila syarikat milik rakan karib Dato’ Seri Najib dianugerahkan kontrak besar walaupun tidak mempunyai pengalaman atau kepakaran.
Jika Dato’ Seri Najib yakin beliau tidak bersalah, beliau tidak perlu gentar untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat semua dakwaan ini.
MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
Tuesday, July 31, 2012
Rafizi sedih kerajaan angkuh dengan beri projek LRT Ampang pada George Kent
Menurutnya, JV adalah 100 peratus syarikat milik tempatan dan disokong oleh rakan kongsi yang berwibawa pelbagai disiplin teknikal tempatan dan antarabangsa, semua mempunyai rekod pencapaian yang terbukti dalam bidang kepakaran masing-masing.
"We would like to emphasize that the safety of people is paramount to Prasarana when undertaking its project and in providing its services."At no time will safety be compromised in discharging our duties," she said in a statement today in response to safety concerns raised by some.
Masnizam said Prasarana and its contractors have been working closely with all the relevant agencies – both at state and federal levels – especially in securing all necessary approvals and permits, including for pre-work.
"Prasarana would like to stress that all work undertaken by the company and its contractors would only commence after issuance of the necessary permits and approvals by the relevant authorities," she added.
Sunday, July 8, 2012
Keselamatan rakyat perlu diutamakan dalam isu skandal LRT Ampang
Adalah malang sekiranya kerajaan membuat kesilapan dalam memilih kontraktor yang layak untuk tender ini dan seterusnya membahayakan nyawa ratusan ribu rakyat yang menggunakan perkhidmatan LRT setiap hari.
Saturday, July 7, 2012
Keselamatan rakyat jadi taruhan untuk skandal LRT Ampang - George Kent
Justeru, beliau memandang berat tingkah laku pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang nampaknya lebih mementingkan kekuasaan Umno BN berbanding keselamatan rakyat.
Katanya, tindakan PDRM yang menolak mentah-mentah dari menyiasat campur tangan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam anugerah kontrak kerja-kerja pembinaan tambahan LRT laluan Ampang (LRT) tetapi cepat-cepat menubuhkan pasukan khas kononnya menyiasat kebocoran maklumat sulit negara apabila dokumen tender mula diketahui umum, mengesahkan persepsi kebanyakan rakyat bahawa pimpinan PDRM meletakkan kepentingan Umno BN mengatasi segala-galanya.
Menurutnya, ia juga mengesahkan bahawa Najib bimbang skandal itu bakal menggugat kedudukannya apabila maklumat mengenainya tersebar luas.Sehubungan itu, beliau kesal dengan kenyataan Bakri kononnya kebocoran maklumat sebegini menjejaskan keselamatan dan kepentingan negara.
“Apakah beliau tidak memahami bahaya kepada jutaan orang awam yang sedang dan bakal menggunakan sistem LRT laluan Ampang sekiranya sebuah syarikat yang langsung tidak ada pengalaman di dalam sistem LRT dianugerahkan kontrak ini?
“Adakah beliau sendiri berani menaiki LRT sistem laluan Ampang saban hari ke tempat kerja sekiranya beliau sedar bahawa seluruh kerja-kerja pembinaan dikendalikan oleh sebuah syarikat yang hanya berpengalaman mengilang meter air?” tanya beliau.
Thursday, July 5, 2012
Skandal LRT : George Kent gagal penilaian teknikal dipilih untuk projek LRT Ampang ?
GEORGE KENT GAGAL DALAM PENILAIAN BIDAAN, BAHAYAKAN NYAWA ORANG RAMAI
Penilaian bidaan untuk kerja-kerja tambahan LRT Ampang dibuat oleh sebuah syarikat perunding kejuruteraan bernama HSS Integrated Sdn Bhd. Syarikat ini adalah syarikat bersekutu yang menggunapakai kepakaran Halcrow, salah sebuah perunding kejuruteraan terkemuka di dunia.
Keseluruhan penilaian teknikal projek LRT Ampang bernilai lebih RM1 bilion ini dibuat oleh Halcrow. Keputusan penilaian telah dimaklumkan kepada Syarikat Prasarana Negara Berhad dalam sebuah laporan bertarikh September 2011 yang disertakan bersama.
Berdasarkan keputusan penilaian yang dibuat oleh Halcrow, Shahril Mokhtar (Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana) telah menulis surat kepada Kementerian Kewangan bertarikh 12 Disember 2011 untuk memaklumkan hasil penilaian bidaan kepada Jawatankuasa Peroleh Menteri Kewangan (JPMK) yang dipengerusikan Najib Razak sendiri.
Mukasurat 7 dan 8 dari surat itu yang menyenaraikan keputusan penilaian bidaan ada disertakan bersama. Ia secara jelas menunjukkan bahawa bukan sahaja George Kent (pembida 3) gagal dari aspek kewangan (dikira tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh untuk mengendalikan projek ini), konsortium itu juga adalah antara pembida yang mendapat penilaian teknikal yang terendah pada mata 38.62 sahaja (diragui
kemampuan teknikal dan tidak berpengalaman mengendalikan projek seperti ini).
Saya ingin memetik beberapa perkara penting hasil dari keputusan penilaian bidaan yang wajib diberikan perhatian serius oleh rakyat Malaysia, seperti yang termaktub di dalam laporan penilaian:
1. Mukasurat 14 – pembida George Kent dirumuskan tidak memahami kehendak teknikal projek (terutamanya dari segi koordinasi dan integrasi dengan sistem sedia ada), apatah lagi berkemampuan mengendalikan projek seperti ini;
2. Mukasurat 17 – pembida George Kent dirumuskan tidak mampu meyakinkan perunding bahawa mereka mempunyai kepakaran menjalankan projek ini secara sistematik dan disokong oleh sistem audit projek yang memuaskan;
3. Mukasurat 24 – pembida George Kent didapati tidak pernah mengendalikan projek besar, apatah lagi berpengalaman di dalam projek sebesar ini. Berbanding dengan pembida lain yang hampir kesemuanya pernah menyiapkan projek bernilai lebih RM1 bilion, projek terbesar pernah dikendalikan George Kent hanyalah bernilai RM40 juta, sedangkan pakej kerja-kerja tambahan LRT Ampang ini dianggarkan bernilai lebih RM1 bilion;
4. Mukasurat 24 – pembida George Kent didapati tidak pernah terlibat di dalam projek melibatkan rel atau LRT;
5. Mukasurat 64 – pembida George Kent dirumuskan berada di tempat ketiga tercorot dari segi kemahiran dan pengalaman teknikal. Markah yang diperolehinya adalah lebih rendah dari purata markah keseluruhan pembida-pembida; dan
6. Mukasurat 72 – Halcrow merumuskan bahawa Panel Penilai Teknikal tidak yakin George Kent boleh mengendalikan projek itu dengan jayanya.
Berdasarkan dokumen-dokumen ini, terbuktilah bahawa George Kent tidak mempunyai apa-apa kemahiran, kepakaran atau pengalaman yang melayakkannya dianugerahkan tender ini, kecualilah hubungan baik di antara George Kent dan Najib Razak.
Lebih mengecewakan, keputusan Dato’ Seri Najib Tun Razak campur tangan dengan membatalkan keputusan jawatankuasa penilai memberi gambaran seolah-olah beliau tidak menghiraukan bahaya dan risiko keselamatan awam apabila projek sistem LRT diserahkan kepada syarikat yang langsung tidak tahu mengenai LRT.
Jika niat Najib Razak ini diteruskan, bermakna ratusan ribu rakyat yang menaiki LRT Ampang saban hari kini berada di dalam keadaan bahaya.
Saya menyeru supaya Najib Razak menjelaskan apakah pertimbangan beliau yang mendorong beliau membahayakan keselamatan rakyat dengan menganugerahkan kerja-kerja ini kepada George Kent yang ternyata tidak layak.
MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
Baca di Malaysia Chronicle juga.
Malah penilaian teknikal ini lebih penting dari penilaian komersial (kos)untuk sesetengah projek kerana ia melibatkan faktor keselamatan, operasi dan kebolehpercayaan.
Monday, March 26, 2012
Monday, March 19, 2012
Perkhidmatan tren SCS My Komuter untuk rakyat
Oleh @Ikhwanhafiz
Pada tanggal 8 Mac 2012, bermulalah perkhidmatan Tren Enam Gerabak (Six Car Set/SCS) atau dikenali juga sebagai MyKomuter. Walaupun hanya baru empat set SCS beroperasi, diharapkan MyKomuter ini dapat membawa sinar harapan baru kepada warga Lembah Klang dan Negeri Sembilan yang mahukan perkhidmatan pengangkutan rel yang selesa dan menepati masa. Pelancaran tren enam gerabak tersebut disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin yang mewakili Perdana Menteri di KL Sentral.
Set SCS My Komuter
Wednesday, November 16, 2011
Dr Dzul persoal kos pembelian 38 set EMU
sumber Malaysiakini:
Isu pembelian 38 set Electric Multiple Unit (EMU) enam gerabak dari syarikat Zhuzhou Electric Locomotive Co Ltd (ZELC) dari China dengan harga sekitar RM1.9 bilion secara runding terus atau dianggarkan RM500 juta lebih mahal berbanding harga yang ditawarkan melalui tender sebelumnya, mula saya bangkitkan di Parlimen pada 29 Jun 2010.
Kementerian Pengangkutan (MOT) telah mengeluarkan surat tawaran (LOA) kepada ZHUZHOU pada 19 Mei 2010.
Harga pembelian tersebut pula tidak termasuk kos menyelenggara, membaiki dan overhaul – MRO yang dikatakan akan diputuskan MOT secara berasingan.
Walaupun pembelian EMU dari Zhuzhou ini dilihat seakan terdapat unsur penyelewengan, MOT tetap meneruskannya dengan menandatangani perjanjian pembelian pada 23 Julai 2010.
Tindakan tersebut dilihat dibuat dalam keadaan tergesa-gesa kerana dokumen perjanjian disediakan dan ditandatangani dalam masa yang begitu singkat selepas LOA dikeluarkan, iaitu dua bulan empat hari.
Persoalannya apakah perjanjian penjualan yang melibatkan kos yang begitu tinggi itu telah diteliti dan disemak oleh Jabatan Peguam Negara?
Susulan desakan saya, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) 27 Julai 2010 memutuskan bahawa terdapat sebab untuk isu pembelian EMU disiasat dengan lebih terperinci. PAC mengarahkan SPRM untuk memulakan siasatan.
Spesifikasi tender asal
Pada 1 April lalu, saya menerima jawapan bertulis dari Menteri diJabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz bahawa siasatan kes ini masih dijalankan SPRM dan tidak boleh didedahkan kepada umum atas kepentingan siasatan dan unsur kerahsiaan.
Bagaimanapun, pada 14 November lalu, timbalan menteri pengangkutan mengumumkan bahawa hasil siasatan mendapati tiada unsur penyelewengan dalam pembelian EMU dari Zhuzhou.
Di sini saya ingin meminta penjelasan lebih lanjut dari menteri pengangkutan berhubung perkara-perkara berikut:
(1) Atas kriteria apakah MOT memilih untuk mengadakan rundingan terus dengan ZELC bagi pembelian 38 set EMU di atas?
Saya percaya pemilihan ZELC berdasarkan tawaran EMU mengikut spesifikasi KTMB pada harga yang munasabah dalam tender terdahulu, iaitu tender membekal lapan set EMU tiga gerabak.
Saya percaya rundingan harga dengan ZELC dibuat tidak mengikut spesifikasi asal KTMB memandangkan tender terdahulu telah dibatalkan pada 27 April 2010.
(2) Persoalannya, mengapakah rundingan harga dengan ZELC tidak dibuat mengikut spesifikasi tender asal dengan mengubahsuai klausa-klausa tertentu bagi mengambilkira perubahan keperluan dari set EMU tiga kepada enam gerabak?
Pohon semak dokumen
Mengapa perlu dibatal tender terdahulu sedangkan pemilihan ZELC dibuat berasaskan penilaian tender tersebut?
Saya percaya sekiranya rundingan harga dengan ZELC didasarkan kepada spesifikasi yang diberi KTMB, selain perubahan dari tiga kepada enam gerabak bagi setiap set EMU, harga setiap set EMU enam gerabak tidak akan meningkat sehingga RM48 juta setiap set seperti yang ditawarkan oleh ZELC.
Ironisnya, harga yang ditawarkan ZELC melalui rundingan terus melonjak kepada RM48 juta bagi setiap set EMU enam gerabak berbanding harga tender sebelumnya RM13.725 juta
bagi setiap set EMU tiga gerabak. Saya menganggarkan harga yang paling mahal bagi setiap set EMU enam gerabak ialah RM40 juta.
(3) Sehubungan itu, saya memohon jasa baik menteri pengangkutan untuk saya dan juruperunding yang saya lantik untuk menyemak dokumen spesifikasi EMU dijadikan asas rundingan harga bagi pembelian 38 set EMU enam gerabak dari ZELC.
Memandangkan tidak terdapat elemen penyelewengan seperti yang dinyatakan oleh menteri pengangkutan, saya percaya tidak akan ada masalah untuk saya menyemak dokumen spesifikasi tersebut untuk saya bandingkan dengan dokumen spesifikasi EMU bagi tender terdahulu yang ada dalam simpanan saya.
Melalui perbandingan kedua-dua dokumen spesifikasi tersebut, saya percaya akan dapat merungkaikan isu ketirisan sehingga RM500 juta yang kini menyelubungi pembelian 38 set EM enam gerabak dari ZELC.
Kawal ketat kerajaan China
(4) Apakah semua pegawai-pegawai KTMB yang ditemubual oleh SPRM bersetuju harga yang ditawar ZELC itu munasabah?
(5) Apakah SPRM menyiasat secara menyeluruh mengenai cara pembayaran EMU yang dikatakan tidak dibayar terus kepada ZELC, selaku pengeluar EMU yang berpengkalan di Zhuzhou, China.
Saya difahamkan bahawa perjanjian pembelian berkemungkinan besar melibatkan ZELC (Hong Kong) memandangkan ZELC yang berpengkalan di Zhuzhou, China, di kawalselia secara ketat oleh kerajaan China berhubung transaksi yang melibatkan keluar masuk wang dari negara itu.
SPRM dikatakan telah menghubungi rakan sejawat mereka di China. Apakah agensi antirasuah China itu tidak sedikit pun merasa sangsi mengenai harga tawaran yang terlalu mahal yang
dikemukakan oleh ZELC.
(6) Berdasarkan spesifikasi yang diberi oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), semua pengeluar EMU milik negara China akan mengeluarkan EMU yang mempunyai harga yang tidak akan mempunyai jurang perbezaan yang besar.
Hakikat ini terbukti melalui harga yang ditawarkan oleh tiga pengeluar China, termasuk ZELC, dalam tender membekal EMU tiga gerabak sebelum ini.
Saya percaya harga yang amat tinggi yang ditawarkan oleh ZELC termasuk ’elemen komisyen’ atau lebih tepat lagi ’kickback’ agen tempatan.
(7) Kalau benar tidak terdapat sebarang unsur penyelewangan, saya ingin mendapatkan butir-butir pembelian (cost breakdown) komponen-komponen utama yang digunakan dalam EMU yang dibeli. Ini membolehkan saya untuk menyemak dengan mudah sama ada berlaku tokok tambah harga yang tidak munasabah.
Penulis merupakan anggota parlimen Kuala Langat.
Saturday, July 30, 2011
RUM (Railway Union) ugut akan undi protes pada BN di PRU 13
‘Whose interests?’
@pantherian - Golongan kesatuan pekerja sekarang sudah mula membantah tindakan PM Najib dan mengambil tindakan akan UNDI PROTES terhadap BN pada PRU 13 akan datang.
Yang menariknya, kenyataan ini dikeluarkan oleh Ketua Penerangan UMNO Tampin juga sebagai S/U RUM yang jelas menyatakan kekecewaan beliau terhadap Presiden UMNO,Najib Razak tidak mendengar suara rakyat(kesatuan pekerja) dalam membuat keputusan penyambungan kontrak Presiden KTMB selama 2 tahub lagi.
Slogan "Rakyat Didahulukan" hanya tinggal kenangan kerana suara rakyat tidak diambil perhatian. Kenyataan RUM bahawa terdapat ARAHAN ATASAN untuk penyambungan kontrak itu jelas menunjukkan suara golongan bawahan yakni pekerja dipandang sepi dan tidak diberi perhatian oleh kerajaan.
Tahniah RUM, teruskan perjuangan anda !
Sunday, July 3, 2011
Jalan Pulang untuk KTMB dihalau secara terhormat dari Tanjong Pagar

KTMB ditunjukkan JALAN PULANG oleh Kerajaan Singapura
------------
Perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di stesen Tanjong Pagar di sini melabuhkan tirai dengan diiringi linangan air mata pengunjungnya malam tadi, setelah 80 tahun menaburkan jasa menghubungkan rakyat di Semenanjung dengan Singapura.
Sebaik sahaja tren terakhir yang dipandu oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bergerak meninggalkan stesen tepat pukul 11 malam, para pengunjung stesen itu turun beramai-ramai ke landasan untuk merakamkan gambar serta mengutip batu kerikil di landasan untuk dijadikan kenangan.
Laporan Bernama Online menyebut ramai di kalangan pengunjung kelihatan menitiskan air mata selepas tren terakhir itu berlepas.
Sultan Johor memandu tren terakhir itu sebagai simbolik berakhirnya perkhidmatan KTMB di stesen itu.
Ini lah padahnya apabila kerajaan UMNO BN yang tamak dan mudah tunduk kehendak kerajaan Singapura untuk BERSETUJU dengan cadangan pembangunan tanah KTMB di Singapura yang sekaligus mengadaikan Stesen Tanjong Pagar.
Kini di Stesen Tanjong Pagar tertulis:
" Singapore Land Authority"
Syabas UMNO, berjuang untuk Agama, Bangsa dan Negara....
Wednesday, June 8, 2011
KTMB anjur pakej Nostalgia ke Stesen Tjg Pagar sehingga 29 June

Klik gambar untuk maklumat lanjut
TERMA DAN SYARAT PAKEJ NOSTALGIA TG.PAGAR
- Tarikh perjalanan sehingga 27 Mei -29 Jun 2011.
- Menggunakan perkhidmatan tren senandung malam.
- Jenis koc kelas superior tempat duduk.
- Jumlah minima peserta 10 orang.
- Tempahan dan bayaran melalui Unit Pemasaran KTM Intercity.
- Pengesahan penyertaan dan bayaran perlu dibuat selewat-lewatnya 7 hari sebelum perjalanan.
- Bayaran pakej dalam bentuk tunai.
- Bayaran merangkumi
i- Tiket keretapi
ii- Sarapan pagi
iii- Makan tengah hari
iv- Makan malam.
v- Lawatan – Tg.Pagar, Bkt.Timah, Merlion Square, Geylang, Arab Street & Mustofa.
Tiada pemulangan bayaran jika permohonan dibuat kurang 3 hari dari tarikh perjalanan. Tiada pampasan diberikan jika pakej dibatalkan oleh KTMB atas keperluan operasi atau keselamatan atau bencana alam atau arahan oleh pihak berkuasa.
- Keperluan pasport setiap peserta adalah tanggunjawab peserta.
- Kegagalan peserta memasuki Singapura disebabkan masalah yang berkaitan dengan kastam dan imigresen atau agensi penguatkuasa Singapura adalah tanggungjawab peserta.
- Peserta adalah bertanggujawab ke atas barangan yang dibawa masuk atau keluar Singapura dan KTMB tidak akan bertanggungjawab jika peserta dikenakan tindakan undang-undang oleh penguatkuasa Singapura.
- Peserta adalah bertanggungjawab mematuhi peraturan dan undang-undang kerajaan Singapura dan KTMB tidak akan bertanggunjawab jika peserta dikenakan tindakan undang-undang oleh kerajaan Singapura.
- KTMB tidak bertanggungjawab ke atas kecederaan yang dialami oleh peserta yang berpunca dari tindakan salah laku atau gagal mematuhi arahan keselamatan.
Sunday, May 29, 2011
Stesen KTMB Tanjong Pagar dan Bukit Timah diwarta sebagai monumen sejarah
Stesen KTMB Tanjong Pagar Dan Bukit Timah Akan Diwartakan
Tuesday, May 25, 2010
Tanah KTMB di Singapura- ada yang tidak kena
25 Mei 2010
PENYELESAIAN ISU TANAH MILIK KTMB DENGAN SIMGAPURA MESTI TELUS
Kita difahamkan bahawa isu tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad yang selama ini menjadi pertikaian di antara Malaysia dan Singapura telah diselesaikan semalam. Penyelesaian yang kononnya dikenali sebagai “Penyelesaian Muktamad” agak mengejutkan kerana setahu saya beberapa persoalan berkaitan kepentingan negara di negara jiran itu adalah lebih rumit dan harus ditangani dengan bijak serta teliti.
Kenyataan bersama Dato’ Sri Najib Razak kelihatannya mengakibatkan beberapa kepentingan negara; Stesen Keretapi Tanjung Pagar, beberapa keping tanah di Kranji, Woodlands, Tanjung Pagar serta Lot 76-2 mk 16, Lot 249 Mk 4 dan Lot 32-10 Mk 16 dipercayai merugikan. Kita gusar kerana persefahaman yang dipersetujui YAB Perdana Menteri itu dibuat serta diumumkan dengan tergesa-gesa tanpa memberi maklumat terperinci sedangkan persoalan ini membabitkan isu kedaulatan dan kepentingan negara. Ini bertentangan dengan pendirian Perdana Menteri dan kerajaan sebelum ini.
Sungguhpun dinyatakan tanah-tanah tersebut akan diamanahkan kepada sebuah syarikat yang bernama M-S Pte Ltd di mana Khazanah memiliki 60% dari kepentingannya, namun dari kenyataan tersebut terdapat kemungkinan besar kepentingan-kepentingan terbabit akan ditukarkan dengan tanah di kawasan yang lain. Kita curiga nilai tanah yang ditukarkan itu; samada di Marina South dan/atau Ophor Rochir, tidak menandingi nilai tanah milik KTMB itu. Apa yang lebih membimbangkan pembabitan Khazanah hanyalah sebagai alasan untuk meletakkan kepentingan syarikat kroni.
Kita tuntas mempersoalkan kebijaksanaan keputusan Kerajaan Malaysia kerana sebarang pembangunan yang bakal dilaksanakan nanti pastinya tidak berupaya menjana kegiatan ekonomi domestik. Berapa ramaikan para pengusaha, kontraktor mahupun pembekal Malaysia yang bakal terlibat dengan pembangunan usahasama Syarikat M-S Pte Ltd itu?
Kita juga menggesa pentadbiran Dato’ Sri Najib untuk segera menjelaskan secara terperinci maksud sebenar bahawa Points of Agreement(POA) di antara Kerajaan Singapura dan Malaysia boleh ditambahkan dengan terma serta syarat baru kononnya untuk memaksimumkan potensi tanah-tanah tersebut di Singapura. Kita juga mahukan penjelasan samada Dato’ Sri Najib menggunakan POA 1990 yang digariskan Tun Daim Zainuddin, menteri kewangan ketika itu sedangkan ianya tidak mendapat persetujuan Kabinet. Selain itu kerajaan sewajarnya menjelaskan apakah kedudukan sebenar isu air serta wujudnya penyemakan semula harga air mentah yang kita bekalkan kepada Singapura? Kita menggesa Dato’ Sri Najib untuk membentangkan kertas laporan di sidang parlimen pada bulan Jun ini.
ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat
Link di malaysia insider
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/anwar-flays-submissive-najib-in-singapore-deal/
Kita tidak mahu satu lagi kisah kedaulatan negara kita tergadai lagi kepada Singapura selepas Pulau Batu Putih. Isu 2 blok minyak di Sarawak sudah cukup mengecewakan kita bagaimana kekayaan negara mudah dilelong kepada pihak yang lain oleh kerajaan UMNO BN.
Monday, December 21, 2009
ETS- Keretapi Elektrik kedua KTMB
SELAMA ini, kereta api sering dilabel sebagai pengangkutan yang amat perlahan di negara ini berbanding dengan pengangkutan yang lain. Persepsi itu akan menjadi tidak begitu relevan apabila kereta api elektrik Electric-Train-Set (ETS) dijangka beroperasi April tahun depan. Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bakal menerima kereta api ETS pertama awal Disember ini.
Dengan kelajuan yang lebih tinggi dan reka bentuk lebih aerodinamik, ETS mampu menawarkan perjalanan yang lebih singkat. Perjalanan dari Kuala Lumpur (KL) ke Ipoh, Perak misalnya mengambil masa hanya satu jam 55 minit, satu jangka masa yang mungkin membuatkan anda berfikir dua kali untuk memandu kereta sendiri ke destinasi tersebut.
Jika sebelum ini, perjalanan dengan kereta api lokomotif diesel dari KL ke Ipoh mengambil masa hampir tiga jam atau pemanduan darat yang lain mengambil masa dua jam 30 minit, apa yang ditawarkan ETS kelak dilihat mampu mengubah senario perkhidmatan kereta api di Malaysia. Tidak mustahil akan wujud kelompok masyarakat yang bekerja di Kuala Lumpur tetapi menetap di Ipoh atau sebaliknya.
Untuk permulaan, perkhidmatan kereta api ETS melibatkan perjalanan Ipoh-Kuala Lumpur-Seremban. Ia bakal dipanjangkan ke laluan Ipoh-Padang Besar di Perlis serta Seremban-Gemas di Negeri Sembilan apabila landasan berkembar elektrik di laluan itu siap pada tahun 2013. ETS mampu menawarkan perkhidmatan pada kelajuan 140 kilometer sejam (140kmj).
Tren elektrik itu menggunakan motor elektrik dan mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan tren lokomotif diesel. Ia lebih lancar, mesra alam, lebih senyap dan lebih laju.
"Kami melihat terdapat permintaan perkhidmatan kereta api yang amat menggalakkan daripada orang ramai. Misalnya, untuk laluan Ipoh-KL pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, tiket selalunya habis dijual. Kami merasakan pengenalan perkhidmatan ETS kena pada masanya kerana pasaran ini boleh dikatakan sudah ada," kata Presiden KTMB, Dr. Aminuddin Adnan kepada Infiniti ketika ditemui di pejabatnya di Kuala Lumpur baru-baru ini.
"Ia mampu menjimatkan perjalanan selama satu jam berbanding dengan perkhidmatan kereta api biasa sebelum ini," tambahnya sambil menjelaskan sistem ETS adalah dari Jepun tetapi pembinaan kereta api dilakukan di Korea Selatan. Perkhidmatan kereta api ETS akan dimulakan setelah lima buah kereta api ETS yang datang secara berperingkat diterima KTMB.
Aminuddin bagaimanapun menjelaskan ETS bukanlah kereta api elektrik pertama KTMB. KTMB telah mula menggunakan kereta api elektrik iaitu Electric Multiple Unit (EMU) sejak tahun 1995 dan ia kebanyakannya digunakan dalam perkhidmatan KTM Komuter.
"Tetapi ETS lebih laju, lebih hebat dan lebih aerodinamik daripada EMU. ETS juga digunakan untuk perjalanan yang lebih jauh. Jika EMU hanya tiga gerabak, ETS lebih panjang dengan menawarkan enam gerabak. Kami berharap dengan ETS, kami dapat menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada orang ramai," katanya.
Tambah Aminuddin, ETS mempunyai reka bentuk dalaman yang menarik, dilengkapi pendingin hawa, televisyen LCD, ciri mesra pengguna kurang upaya dan ciri keselamatan Automatic Train Protection System.
"Untuk memastikan pemandu sentiasa peka dalam pemanduan, pemandu ETS dikehendaki menekan satu butang setiap 30 saat bagi menunjukkan mereka sedang memberikan sepenuh konsentrasi. Sekiranya mereka tidak menekan butang itu, tren akan bergerak perlahan dan berhenti," kata Aminuddin sambil memberitahu ETS berkapasiti 350 penumpang.
Cuma, disebabkan ETS berkelajuan tinggi dan menggunakan landasan elektrik maka orang ramai yang tinggal berdekatan landasan kereta api elektrik perlu mempertingkat tahap waspada. Dengan penggunaan tenaga elektrik sebesar 25 kilowatt, ia boleh memberikan renjatan elektrik yang amat teruk sekiranya kanak-kanak bermain layang-layang dan ia tersangkut di pencawang elektrik landasan.
Kos pembinaan landasan berkembar elektrik juga tinggi. Disebabkan itu, peluasan landasan berkembar elektrik ke seluruh Semenanjung Malaysia juga perlu dinilai berdasarkan keperluan. Bernama pernah melaporkan, KTMB melabur sebanyak RM15.7 bilion bagi keseluruhan projek ETS yang melibatkan landasan keretapi sepanjang lebih 700 kilometer.
"Ini semua bersifat timbal balik. Kami ingin memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan efisien kepada pengguna dan kami mahu membuat kehidupan orang ramai lebih mudah. Justeru, pelaburannya juga perlu setanding. Bayaran tambangnya juga perlu dinaikkan sesuai dengan kemudahan yang diberikan. Bagaimanapun, kami belum menetapkan tambang yang bakal dikenakan untuk ETS," katanya sambil turut menjelaskan perkhidmatan kereta api di negara ini dilihat lebih terkehadapan berbanding dengan kebanyakan negara jiran.
Katanya, KTMB menjangkakan ETS bakal menarik perhatian lebih ramai golongan profesional dan ahli perniagaan untuk menggunakan perkhidmatan kereta api.
Kesatuan Sekerja KTMB tentang Pemandu ETS menjadi Eksekutif.
Monday, September 22, 2008
Balik Raya 2008

Harga tambang keretapi amat murah dimana anda boleh mendapat tambang serendah RM18 dari KL ke Butterworth untuk kelas ekonomi.Saya memilih kelas dua tempat duduk kerana Ekspress Rakyat hanya menawarkan kelas 2 dan kelas 1 dan juga tempatnya yang luas dan sesuai untuk perjalanan yang jauh.Tetapi yang menariknya pada Sabtu ini saya akan berbuka puasa didalam keretapi kerana tren dijadual tiba pada jam 2123. Jadi kena bungkus makanan awal-awal lagi la jawabnya.
Selamat Pulang berhari raya di kampung dan Salam Aidifitri..
More AIDILFITRI graphics
Jom layan lagu Ekspress Rakyat dendangan M Nasir.....








.jpg)









