You may download the new ETS Train Schedule following this link below:
INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL
Showing posts with label KTMB. Show all posts
Showing posts with label KTMB. Show all posts
Monday, February 15, 2016
Friday, January 1, 2016
Shuttle khas tren KTM Komuter Butterworth ke Padang Besar
KTMB harini melancarkan tren Shuttle Komuter 3 Gerabak EMU dari Butterworth ke Padang Besar. Sebanyak 6 perjalanan setiap hari disediakan antara Butterworth dan Padang Besar. Tambang pula amat berpatutan dengan harga maksimum Butterworth ke Padang Besar hanya RM 11.40 .
Wednesday, November 11, 2015
Pengalaman wartawan menaiki ETS KTMB dari KL ke Padang Besar
oleh Suliati Asri
Cuti-Cuti Malaysia ‘Dekat Je’, slogan terbaru kempen pelancongan domestik Tourism Malaysia ternyata sangat kena dengan perjalanan penulis menaiki kereta api laju elektrik ETS dari Kuala Lumpur ke Padang Besar, Perlis.
Mana tidaknya, perjalanan yang biasanya mengambil masa kira-kira lapan jam dari Kuala Lumpur ke sempadan Malaysia-Thailand itu jika menaiki bas ekspres, kini ‘dekat je’ menggunakan perkhidmatan kereta api laju ETS, iaitu hanya lima jam setengah.
Ditambah dengan perkhidmatan persis menaiki kapal terbang yang lengkap dengan kapten, pramugara dan pramugari, perjalanan ke destinasi pelancongan popular di Perlis itu cukup selesa.Tren ETS-CSR yang baru saja tiba dari China dinaiki penulis bersama rombongan media dan penggiat industri pelancongan yang menyertai Program Lawatan Suai Kenal Perlis ‘Dekat Je’ ternyata membuatkan kami teruja.
Mana tidaknya, rombongan kami menyertai penumpang pertama bagi tren ETS CSR yang mempunyai enam koc dengan kapasiti 312 tempat duduk itu.
Dengan kelajuan mencecah 140 kilometer sejam serta pelbagai perkhidmatan moden dan selesa yang disediakan di dalam koc, perjalanan jauh itu bagaikan tidak terasa.
Apatah lagi, gelak tawa dan gurau senda peserta yang mengikuti rombongan itu meriuhkan suasana.
Itulah antara pengalaman menarik dirasai penulis saat menaiki satu lagi perkhidmatan terbaru yang ditawarkan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB.
Perkhidmatan tren elektrik ETS atau ‘Electric Train System’ mula diperkenalkan pada 12 Ogos 2010 bagi laluan Kuala Lumpur - Ipoh.
Namun, bermula 10 Oktober lalu, perkhidmatan ETS ke Padang Besar merangkumi enam perkhidmatan pergi balik dari KL Sentral-Padang Besar- KL Sentral, Gemas-Padang Besar-Gemas dan Ipoh-Padang Besar-Ipoh.
Kini, ada dua jenis set tren itu, iaitu ETS- CSR dari China yang kami naiki dan ETS-ROTEM dari Korea Selatan yang terdiri daripada lima set tren dengan keupayaan enam koc dan 350 tempat duduk bagi setiap set.
Memulakan perjalanan dari KL Sentral ke Padang Besar pagi itu, kami yang teruja dengan pemandangan menarik yang dilihat dari tingkap koc bagaikan tidak senang duduk dibuatnya.
Selesai menikmati secawan coklat panas dan bihun goreng yang disediakan, kami memulakan penerokaan di setiap koc yang ada.
Bermula di koc F yang paling hadapan, kami terus ke belakang melihat tandas moden jenis vakum sehingga ke kafe yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman.
Menariknya, selain dilengkapi kemudahan mesra orang kurang upaya, televisyen LED, CCTV dan rak bagasi, koc ETS-CSR turut mempunyai surau dan tempat berwuduk.
Selesai sesi menjelajah di setiap sudut, kami pulang ke tempat duduk masing-masing. Tangan mula sibuk merakam gambar di sepanjang laluan yang dilewati.
Perjalanan ke Padang Besar berhenti di beberapa stesen iaitu Tanjung Malim, Tapah, Kampar, Ipoh, Kuala Kangsar, Taiping, Parit Buntar, Bukit Mertajam, Butterworth, Bukit Mertajam, Sungai Petani, Alor Setar, Arau dan Padang Besar.
Menjelang tiba ke bandar raya Ipoh, kami disajikan pemandangan batu kapur yang cukup mempesona terutama di sekitar Gopeng.
Pengurus Kanan Pemasaran KTM Intercity, Nordin Kimi memaklumkan, kami bakal melalui beberapa lokasi menarik yang menjadi tumpuan di sepanjang jalan seperti terowong berkembar kereta api terpanjang di Asia Tenggara sepanjang 3.3 kilometer.
Selain itu, kami juga melalui Tasik Bukit Merah, jambatan Victoria, kawasan sawah padi, jambatan pusing serta kampung nan permai.
Sebaik mendengar penerangannya, rata-rata peserta tidak senang duduk dibuatnya. Masing-masing mahu merakam keindahan pemandangan yang dinyakan.
Ketika mendekati terowong berkembar, jurugambar bersedia di bilik awalan untuk merakamkan suasana di dalamnya yang mengambil masa hanya dua minit untuk melepasinya.
Ia diikuti dengan Tasik Bukit Merah dan jambatan Victoria yang dibina ketika zaman penjajahan British. Sekali lagi, semua bersedia dengan kamera dan telefon bimbit untuk merakam pemandangan itu.
Dengan kelajuan ETS, agak sukar mendapatkan gambar yang sempurna, apatah lagi jika hanya menggunakan telefon bimbit. Pelbagai gaya dan kreativiti digunakan ada yang menjadi, ada yang tidak!
Melihat gambar dirakamkan, hilai tawa mula kedengaran. Bateri telefon bimbit pula mulai menjunam dek ‘kerajinan’ merakam gambar. Mujur ada soket disediakan untuk mengecas bateri.
Sesi perkenalan secara tidak rasmi, gurauan dan pelbagai topik yang diceritakan sepanjang perjalanan sesama peserta bagaikan tidak terasa apabila kami sampai di hentian Butterworth.
Di sini, kami berhenti agak lama iaitu lapan minit berbanding hentian lain kerana kapten perlu berjalan dari hadapan ke belakang untuk mengendalikan bilik kawalan yang satu lagi.
Maklumlah, kereta api tidak boleh membuat pusingan U. Jadi, kaptenlah yang perlu bertukar tempat duduk.
Memasuki Kedah yang terkenal dengan jolokan jelapang padi, pemandangan sawah padi yang dilihat cukup mempesona. Rumah kampung di tengah sawah mencetuskan pemandangan indah yang sukar ditemui di tempat lain.
Tepat jam 3 petang, kami tiba di stesen KTM Padang Besar.
Ternyata, dengan kelajuan maksimum 140km sejam, tempat duduk selesa serta perkhidmatan mesra penumpang, perjalanan lima jam setengah bagaikan ‘dekat je’ dengan ETS.
Tidak hairanlah apabila Nordin memaklumkan bahawa perkhidmatan kereta api laju mendapat sambutan hangat apabila setiap hari tiket habis dijual.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/90949#foto
Saturday, September 12, 2015
2500 pengguna disasarkan menggunakan KTM Komuter antara Gurun- Butterworth- Kamunting
SEBERANG PERAI – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyasarkan kira-kira 2,500 pengguna sehari akan menggunakan perkhidmatan komuter di sektor utara yang memulakan operasinya semalam.
Perkhidmatan itu melalui 11 stesen hentian iaitu Kamunting, Bagan Serai, Parit Buntar, Nibong Tebal, Simpang Ampat, Bukit Mertajam, Bukit Tengah, Butterworth, Tasek Gelugor, Sungai Petani dan Gurun.
Presiden KTMB, Sarbini Tijan berkata, perkhidmatan itu yang menghubungkan 11 stesen di utara Perak; Seberang Perai, Pulau Pinang dan selatan Kedah memudahkan pergerakan orang ramai di kawasan tumpuan penduduk tersebut.
“Angka itu dijangka meningkat pada masa akan datang memandangkan ia merupakan pelengkap bagi perkhidmatan KTMB sedia ada seperti Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan kereta api ekspres yang tidak berhenti di kesemua stesen di sektor itu.
“Perkhidmatan komuter sejauh 144 kilometer antara Kamunting-Butterworth-Gurun mengambil masa perjalanan kira-kira dua jam dengan 14 perkhidmatan pergi balik sehari,” katanya.
Ditanya mengenai pilihan laluan Kamunting hingga Gurun dan bukannya Taiping dan Alor Setar, Sarbini menjelaskan, kedua-dua stesen itu diutamakan untuk perkhidmatan ETS dan KTM Antarabandar.
Jelasnya, stesen Kamunting dipilih bagi memberi kemudahan kepada mereka yang bekerja di negeri ini dan hampir dengan perhentian bas dan teksi manakala stesen Gurun pula bagi memudahkan mereka yang bekerja di kawasan perindustrian di situ.
“Pihak KTMB juga akan menambah beberapa lagi perkhidmatan kereta api bermula bulan hadapan hingga Tahun Baharu Cina tahun depan bagi memberi kemudahan kepada pengguna di utara,” ujarnya.
Dalam pada itu seorang penumpang terawal, Muhammad Zamri Md. Isa, 41, berkata, dia teruja untuk mencuba perkhidmatan itu dan menaiki KTM Komuter bersama isterinya, Noor Fazilah Mohd. Zulkifli, 30 dari stesen Tasek Gelugor ke Butterworth sebelum berpatah balik.
“Sebelum ini pernah naik komuter di Kuala Lumpur tapi apabila mengetahui ada perkhidmatan itu di Pulau Pinang, saya teruja untuk mencuba sebelum terus mendapatkan tiket pagi ini sekembali dari kerja.
“Minggu hadapan saya akan bawa anak saya naik komuter ini untuk pulang ke Taiping dan kami boleh berhenti di stesen Kamunting,” katanya.
Sunday, September 6, 2015
Monday, July 13, 2015
Tren ETS KTMB beroperasi KL ke Padang Besar
Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dari Kuala Lumpur ke Padang Besar dan Padang Besar ke Kuala Lumpur yang bermula hari ini akan berhenti di 15 hentian.Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad dalam satu kenyataan 11 Julai 2015 berkata 15 hentian itu ialah KL Sentral, Tanjung Malim, Tapah Road, Kampar, Ipoh, Kuala Kangsar, Taiping, Parit Buntar, Bukit Mertajam, Butterworth, Bukit Mertajam,
Sungai Petani, Alor Star, Arau dan Padang Besar.
Kenyataan itu berkata harga tiket sehala dari Kuala Lumpur-Padang Besar atau Padang Besar-Kuala Lumpur ialah RM80.Tren dari Kuala Lumpur ke Padang Besar, akan berlepas pada pukul 9.30
pagi dan tiba pada pukul 3 petang manakala dari Padang Besar ke Kuala
Lumpur pada pukul 4 petang dan tiba pada 9.15 malam.
Bagi perkhidmatan tren ETS Transit Ipoh-Butterworth-Padang Besar dan sebaliknya yang telah bermula pada 10 Julai lepas akan berhenti di kesemua 24 stesen.Sepuluh stesen hentian baharu diperkenalkan iaitu Anak Bukit, Bukit Ketri, Bukit Tengah, Kamunting, Kobah, Kodiang, Padang Rengas, Simpang Ampat, Tasek dan Tasek Gelugor.
Tiket tren Ipoh ke Butterworth adalah RM23 manakala Butterworth ke Padang Besar adalah RM21.
Waktu laluan Ipoh-Butterworth adalah 5 pagi dan tiba 6.50 pagi, Butterworth-Padang Besar (7.30 pagi-9.15 pagi), Padang Besar-Butterworth (2 petang-3.45 petang) dan Butterworth-Ipoh (5 petang-6.50 petang).
Buat permulaan, KTM Berhad hanya menyediakan satu perkhidmatan tren untuk setiap arah bagi kedua-dua perkhidmatan ETS dan kekerapan tren akan ditambah apabila tren-tren ETS yang baharu mula beroperasi.
Para penumpang boleh mula membuat pembelian dan tempahan tiket bermula hari ini dan sebarang maklumat lanjut boleh melayari laman sesawang www.ktmb.com.my atau menghubungi pusat panggilan di talian 1-300-88-5862.
Bagi perkhidmatan tren ETS Transit Ipoh-Butterworth-Padang Besar dan sebaliknya yang telah bermula pada 10 Julai lepas akan berhenti di kesemua 24 stesen.Sepuluh stesen hentian baharu diperkenalkan iaitu Anak Bukit, Bukit Ketri, Bukit Tengah, Kamunting, Kobah, Kodiang, Padang Rengas, Simpang Ampat, Tasek dan Tasek Gelugor.
Tiket tren Ipoh ke Butterworth adalah RM23 manakala Butterworth ke Padang Besar adalah RM21.
Waktu laluan Ipoh-Butterworth adalah 5 pagi dan tiba 6.50 pagi, Butterworth-Padang Besar (7.30 pagi-9.15 pagi), Padang Besar-Butterworth (2 petang-3.45 petang) dan Butterworth-Ipoh (5 petang-6.50 petang).
Buat permulaan, KTM Berhad hanya menyediakan satu perkhidmatan tren untuk setiap arah bagi kedua-dua perkhidmatan ETS dan kekerapan tren akan ditambah apabila tren-tren ETS yang baharu mula beroperasi.
Para penumpang boleh mula membuat pembelian dan tempahan tiket bermula hari ini dan sebarang maklumat lanjut boleh melayari laman sesawang www.ktmb.com.my atau menghubungi pusat panggilan di talian 1-300-88-5862.
Saturday, October 13, 2012
RUM bantah MMC ambilalih KTMB yang rugi RM200juta
RUM membantah keras rancangan MMC mengambialih KTMB daripada kerajaan. Mereka juga turut persoal langkah MMC tersebut kerana KTMB ada entiti yang rugi saban tahun RM200juta setiap tahun dan kini akan bertambah rugi RM 50juta apabila PM Najib mengumumkan 50% diskaun tambang KTM Komuter yang merupakan sumber perniagaan utama KTMB.
KUALA LUMPUR: More than 300 workers braved rainy weather to protest
against the possible privatisation of Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB),
Malaysia’s largest train company.
“Why do they (MMC) want to take over KTMB? To trample (menganiaya) on us! We say no!” RUM president Abdul Razak Md Hassan told the crowd.He was accompanied by several workers’ rights groups including the Malaysian Trade Union Congress (MTUC) and PKR-Kuala Langat MP Abdullah Sani.
The workers later dispersed peacefully at around 6.30pm.Abdul Razak said that previous attempts to privatise the wholly-owned Finance Ministry company resulted in disaster, citing a lack of confidence in MMC.
KTMB, according to him, was a social service, and MMC’s takeover would not only bring down the company, but also put its 5,500 workers at risk. (More than 3,500 KTMB workers are RUM members.)
He is concerned that if MMC were to take over KTMB, it would not only
lead to an eventual restructuring, but also the layoff of thousands of
workers.Abdul Razak (photo right) also asked why MMC wanted to take over the company, when it was losing RM150 million to RM200 million every year, largely due to its low, government-fixed service fares.
The upcoming 50% KTM Komuter discounts to low-income earners,
announced in the recent Budget 2013, Abdul added, would mean that KTMB
would lose a further RM50 million every year.
Going by this, he said it made no sense for MMC to push its privatisation agenda.
In August, MMC Corp proposed taking over KTMB from the federal
government, after a due diligence exercise by the company to see if such
a move was feasible.
Tuesday, September 4, 2012
Rafizi Ramli menentang pengambilalihan KTMB oleh Syed Mokhtar MMC
KEADILAN memberi amaran kepada pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak supaya membekukan segala rancangan untuk menswastakan operasi KTMB kepada MMC Corp Berhad yang dikawal oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.
KEADILAN difahamkan bahawa MMC telah mengemukakan pelan operasi dan pengambilalihan pada awal tahun ini dan pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak sedang dalam proses untuk meluluskan pelan pengambilalihan tersebut.
Ada beberapa perkara pokok yang perlu dipertimbangkan sebelum kerajaan menswastakan KTMB buat kali yang kedua selepas penswastaan kali pertama di bawah syarikat Marak Unggul Sdn Bhd gagal, iaitu:
1. Apakah syarat-syarat yang dikenakan oleh kerajaan bagi memastikan aset dan pegangan tanah KTMB yang dianggarkan berjumlah RM50 bilion tidak jatuh ke tangan pihak swasta atau persendirian?
2. Apakah jaminan kerajaan bahawa kebajikan kakitangan KTMB akan dilindungi seadilnya apabila mandat diberikan kepada MMC Corp Berhad untuk mengendalikan pekerja?
3. Apakah bentuk bantuan kewangan yang ditawarkan oleh kerajaan kepada MMC Corp Berhad untuk mengelakkan satu lagi projek swasta dibiayai oleh wang rakyat?
Saya juga melahirkan rasa kesal kerana sekali lagi pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak mengingkari janjinya bahawa semua tender akan dikendalikan secara terus dan melalui tender terbuka.
Seperti juga projek MRT yang kini menimbulkan kemarahan kumpulan-kumpulan yang rapat dengan Umno sendiri, penswastaan KTMB dibuat melalui satu kertas cadangan yang dikemukakan oleh MMC Corp Berhad.
Sekiranya syarat pengambilalihan hanyalah melibatkan peningkatan kecekapan operasi dan kos (dan tidak menanggung hutang KTMB yang berjumlah RM1 bilion), adalah lebih wajar jika kerajaan menjemput seberapa ramai usahawan dan konsortium untuk menyertai satu tender terbuka memandangkan pakej suntikan kewangan oleh pengendali baru tidak termasuk tanggungan hutang sedia ada.
Sikap Dato’ Seri Najib Tun Razak yang memusatkan operasi dan kontrak melibatkan infrastruktur dan harta utama negara di tangan beberapa kroni utama beliau semakin memuncak.
Kini pun, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary telah menguasai operasi dan aset-aset pelabuhan di negara ini. Konsortium beliau juga dianugerahkan tender pembinaan MRT yang kosnya dijangka melampaui RM100 bilion.
Dengan anugerah penswastaan KTMB pula, bermakna syarikat-syarikat yang dikawal oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary akan menguasai pengangkutan keretapi yang merupakan alternatif terpenting kepada sistem pengangkutan awam darat di masa hadapan. Ini bermakna, sebarang usaha untuk menaiktaraf sistem pengangkutan awam sudah tentu akan melibatkan beliau kerana monopoli yang dipegangnya.
KEADILAN menentang sepenuhnya cubaan untuk mewujudkan monopoli pengangkutan keretapi dengan anugerah penswastaan baru kepada MMC Corp Berhad untuk mengambilalih operasi KTMB.
Berdasarkan projek-projek penswastaan dan kerjasama swasta yang telah gagal sebelum ini seperti penswastaan kali pertama KTMB dan kerjasama MAS-AirAsia, KEADILAN yakin tindakan menswastakan KTMB juga bermotifkan keuntungan semata-mata yang membelakangkan kepentingan nasional
YB NURUL IZZAH ANWAR
NAIB PRESIDEN KEADILAN
RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
Monday, March 19, 2012
Perkhidmatan tren SCS My Komuter untuk rakyat
Oleh @Ikhwanhafiz
Pada tanggal 8 Mac 2012, bermulalah perkhidmatan Tren Enam Gerabak (Six Car Set/SCS) atau dikenali juga sebagai MyKomuter. Walaupun hanya baru empat set SCS beroperasi, diharapkan MyKomuter ini dapat membawa sinar harapan baru kepada warga Lembah Klang dan Negeri Sembilan yang mahukan perkhidmatan pengangkutan rel yang selesa dan menepati masa. Pelancaran tren enam gerabak tersebut disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin yang mewakili Perdana Menteri di KL Sentral.
Sudah lama pengguna komuter ‘menderita’ dengan komuter tiga koc yang sering padat dengan manusia, isu kelewatan dan pembatalan tren (tidak mengikut jadual) dan tempoh menunggu yang terlalu lama sehingga 1 jam. Hal ini disebabkan KTMB kekurangan set tren Komuter yang sudah mati akibat ketiadaan alat ganti dan pelbagai masalah lain seperti kemalangan. Walaupun 1 set ETS dipinjamkan kepada komuter terutama di waktu puncak, ia tidak banyak membantu pengguna Komuter yang kian ramai saban hari.
Sejarah
Jika kita imbas kembali sejarah perkhidmatan keretapi elektrik KTM, ia bermula pada pada 1994/1995 apabila kerajaan Malaysia membeli 18 unit set daripada syarikat Jenbacher Transport dari Austria/Hungry.
Kemudian ia diikuti pada tahun 1996/1997, kerajaan membeli set Komuter lagi daripada syarikat Marubeni/Hyundai Corporation, Korea Selatan dan syarikat Union& Carriage dari Afrika Selatan. Kesemua set EMU (Electric Multiple Unit) ini beroperasi di laluan Rawang-Seremban dan Pelabuhan Klang –Batu Caves.
Pada Disember 2009, KTMB menerima Electric Train Set (ETS) Kelas 91 keluaran Hyundai-Rotem Corporation dari Korea Selatan. ETS yang mampu bergerak pada kepantasan 160km/jam beroperasi bagi laluan Seremban-Kuala Lumpur-Ipoh.
Set SCS My Komuter
Kini, secara berperingkat sehingga Jun ini, pengguna komuter bakal menikmati perkhidmatan yang lebih cekap melalui SCS yang mampu membawa sehingga 1,100 pengguna bagi perjalanan sehala berbanding 400 orang sekarang. Secara keseluruhan, KTMB akan memiliki 38 set Tren SCS bernilai RM1.894 bilion. KTMB sudah menerima 16 set dan baki 22 set lagi akan diperoleh secara berperingkat sehingga Jun ini. Perkhidmatan ini merupakan sebahagian daripada Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam bandar.
Dengan kehadiran SCS, buatan Syarikat Zhuzhou Electric Locomotive Company (ZELC) dari China itu, KTMB merancang melaksanakan jadual ketibaan setiap 10 minit pada waktu puncak apabila semua set Tren SCS digunakan. Ketika ini waktu menunggu 30 minit kecuali pada waktu puncak pada sebelah pagi dan petang. Kadang-kadang waktu menunggu boleh mencecah sehingga satu jam atau lebih apabila berlaku kelewatan dan pembatalan tren.
Terdapat beberapa ciri istimewa dalam SCS seperti ruang tempat duduk dan berdiri yang lebih ergonomik, tiga baris ruang pemegang untuk pengguna berdiri serta ruang kepada golongan orang kelainan upaya (OKU) yang lebih luas dan selesa. Terdapat juga tiga unit kamera litar tertutup pada setiap koc, tangga kecemasan serta sistem pengudaraan yang lebih baik.
Vandalisme
Namun, tidak sampai seminggu perkhidmatan My Komuter ini dilancarkan, sudah terdapat kes vandalisme dilakukan oleh orang yang tidak bertanggungjawab terhadap set tren SCS. Laporan di laman Facebook KTM Berhad telah memaparkan gambar passenger window glass dan door window glass pecah dek dibaling batu oleh kanak-kanak di tepi landasan.Selain itu, dinding plastik pemadam api di dalam tren turut dipecahkan.
Kes baling batu ke arah window glass tersebut cukup membahayakan penumpang di dalam dan nasib baik cermin tersebut adalah jenis 2 lapisan. Mengikut laporan oleh pemandu tren, laluan ke Pelaburan Klang merupakan kawasan panas berlakunya kejadian baling batu ke arah tren Komuter yang dilakukan oleh murid sekolah terutama di Padang Jawa dan Bukit Badak. Mereka ini merasa puas apabila membaling batu dengan tepat ke arah cermin tempat duduk pemandu dan cermin penumpang.
Walapun terdapat tangkapan dilakukan oleh pihak polis yang melakukan rondaan, namun ia seakan menjadi rutin harian oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Ibu bapa dan guru boleh memainkan peranan sebagai pendidik supaya anak-anak ini tidak melakukan kejadian vandalisme ini yang membahayakan nyawa orang awam dan tren ini.
Tahukah anda satu set tren SCS ini berharga hampir RM49 juta? Jika set tren ini rosak atau berlaku kemalangan dek kerana kes vandalisme ini? Siapa yang rugi? Jawapannya ialah rakyat kerana itu duit rakyat dan rakyat yang "menderita" tidak mendapat kemudahan pengangkutan awam yang selesa dan menepati masa.
Diharapkan My Komuter menjadi pilihan pengguna untuk pengangkutan masa depan dan marilah kita menjaga kemudahan pengangkutan ini dengan baik untuk kesejahteraan bersama.
Monday, December 19, 2011
Cukong Melayu Syed Mokhtar mahu beli KTMB dengan RM1 billion
Kini Cukong Melayu Terkaya Malaysia, TS Syed Mokhtar mahu membolot aset negara seterusnya iaitu KTMB selepas selesai membida mahu membeli saham Proton melalui DRB Hicom.Beliau mahu membeli KTMB melalui bisnes (Kargo dan Penumpang) dengan tawaran sebanyak RM 1 billion kepada MOF melalui syarikat MMC Gamuda.
Umum mengetahui, cukong Melayu ini banyak menguasai aset negara dan perniagaan penting seperti pelabuhan (Tanjong Pelepas Port & Johor Port), Bernas, Kilang Gula Padang Terap dan Malakoff Power Plant.Apabila menguasai KTMB terutama bahagian kargo, beliau dijangka menguasai industri kargo di Malaysia melalui pelabuhan dan keretapi kargo(darat).
Pihak RUM (Railway Union) secara kerasnya membantah KTMB dijual kepada syarikat swasta kerana dahulu Konsortium Marak Unggul yang mengambilalih KTMB dahulu gagal memajukan seperti yang diharapkan. Selepas kerajaan membeli tren-tren baru seperti ETS dan SCS (Komuter Baru) dengan dana yang besar, nampaknya pihak swasta seakan cuba mengambil kesempatan untuk membeli KTMB.Syabar RUM dpimpin En Razak yang membantah awal isu pembelian KTMB ini oleh MMC Gamuda !
An MMC official confirms the plan and says the company will undertake a feasibility study to ensure that the rate of return on the investment will be more than 10 per cent.
MMC Corp Bhd is undertaking a due diligence exercise to privatise Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB), people familiar with the matter said. The company, controlled by tycoon Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, plans to pump in as much as RM1 billion to take control of KTMB’s operations. According to the Railwaymen’s Union of Malaya (RUM), the Minister of Finance Inc (MOF) had given MMC the green lightto undertake the due diligence, which will take a few months.However, RUM is against MMC or any other party taking over KTMB. “They must have an agenda. We think KTMB can do well on its own. All it needs is a good management team to operate the business efficiently,” said RUM president Abdul Razak Md Hassan. |
Sunday, July 3, 2011
Jalan Pulang untuk KTMB dihalau secara terhormat dari Tanjong Pagar

KTMB ditunjukkan JALAN PULANG oleh Kerajaan Singapura
------------
Perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di stesen Tanjong Pagar di sini melabuhkan tirai dengan diiringi linangan air mata pengunjungnya malam tadi, setelah 80 tahun menaburkan jasa menghubungkan rakyat di Semenanjung dengan Singapura.
Sebaik sahaja tren terakhir yang dipandu oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bergerak meninggalkan stesen tepat pukul 11 malam, para pengunjung stesen itu turun beramai-ramai ke landasan untuk merakamkan gambar serta mengutip batu kerikil di landasan untuk dijadikan kenangan.
Laporan Bernama Online menyebut ramai di kalangan pengunjung kelihatan menitiskan air mata selepas tren terakhir itu berlepas.
Sultan Johor memandu tren terakhir itu sebagai simbolik berakhirnya perkhidmatan KTMB di stesen itu.
@pantherian -Peristiwa Stesen Tanjong Pagar ini perlu diambil iktibar oleh rakyat Malaysia bahawa sejarah dan kedaulatan sesebuah negara perlu diutamakan.
Ini lah padahnya apabila kerajaan UMNO BN yang tamak dan mudah tunduk kehendak kerajaan Singapura untuk BERSETUJU dengan cadangan pembangunan tanah KTMB di Singapura yang sekaligus mengadaikan Stesen Tanjong Pagar.
Ini lah padahnya apabila kerajaan UMNO BN yang tamak dan mudah tunduk kehendak kerajaan Singapura untuk BERSETUJU dengan cadangan pembangunan tanah KTMB di Singapura yang sekaligus mengadaikan Stesen Tanjong Pagar.
Kini di Stesen Tanjong Pagar tertulis:
" Singapore Land Authority"
Syabas UMNO, berjuang untuk Agama, Bangsa dan Negara....
Thursday, August 21, 2008
Sistem Pengangkutan Rel di KL
Saya agak canggung apabila PM ,Abdullah Badawi mempersoalkan mutu perkhidmatan sistem pengangkutan rel di Kuala Lumpur terutama KTM Komuter dan LRT.Bagi saya ,sudah mangli (bahasa Utara) maksudnya lali dah dengan keadaan sesak dan bau-bau yang kurang menyenangkan apabila menaiki LRT dan Komuter di KL. Suasana itu sudah menjadi perkara biasa lebih sejuta pengguna yang memilih sistem pengangkutan rel di KL untuk ke tempat kerja dan lain-lain destinasi.
Mengapa baru sekarang dipersoalkan dan dihebohkan tentang mutu? Inilah penderitaan yang dirasai oleh rakyat golongan bawahan dan pertengahan menggunakan sistem pengangkutan awam selepas kenaikan harga minyak.Tetapi tahniah kerana PM akhirnya peka terhadap mutu pengangkutan rel di KL dengan sendiri turun padang meninjau permasalahan ini.
Walaupun kerajaan mahu menaikkan harga minyak tetapi sistem pengangkutan itu sendiri perlu terlebih dahulu ditingkatkan untuk menggalakkan rakyat mengguna sistem pengangkutan awam. Semasa kerajaan menaikkan harga minyak ke RM 1.92 sen ,dikatakan penjimatan subsidi minyak sebanyak RM 4 billion itu akan digunakan untuk menaiktaraf mutu sistem pengangkutan awam .Tapi yang hanya dilakukan membeli bas Rapid KL yang baru dan tidak kepada sistem pengangkutan rel di KL.
Bagi saya, sistem rel di KL itu perlu dipertingkatkan dengan memperbanyakan koc untuk KTM Komuter dan LRT .Jika kita menambah bilangan bas hanya menambah kesesakan yang teruk di KL.Bagi Penasihat FOMCA, Datuk Hamdan Adnan perkhidmatan Komuter perlu satu langkah drastik untuk diperbaiki kerana bilangan koc dan kekerapan tren tidak dapat menampung peningkatan mendadak penumpang. Oleh itu FOMCA sendiri mendesak supaya perlu penambahan terhadap koc dan kekerapan tren komuter.
Subscribe to:
Posts (Atom)
















