INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL
Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Saturday, September 3, 2011

Rosmah Mansor isteri PM pertama Malaysia beri perutusan Raya secara solo live

Slot ucapan hari raya khusus untuk Datin Seri Rosmah Mansor adalah paling istimewa untuk seorang isteri Perdana Menteri kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini.

Dan bagi Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, ia mungkin untuk menceriakan kembali tahap penerimaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang merudum teruk.

"Sebelum ini, tidak ada mana-mana isteri Perdana Menteri yang mendapat slotnya sendiri untuk memberikan ucapan sempena Hari Raya. Sebelum ini, hanya Perdana Menteri sahaja yang mendapat slot seperti itu.

"Rosmah adalah orang pertama dalam sejarah yang mendapat slot khas untuk memberikan ucapan sempena Hari Raya selain Perdana Menteri," katanya.

Mahfuz tidak menolak kemungkinan Rosmah sendiri yang memaksa supaya diberikan slot khas untuknya sendiri bagi memberikan ucapan selamat Hari Raya.

Jika benar Rosmah yang memaksa supaya diberikan slot khas itu kepadanya, Mahfuz tidak menolak kemungkinan isteri Perdana Menteri itu menuntut slot sedemikian untuk memuaskan kehendaknya sendiri.Tetapi dengan sinis Mahfuz berkata, mungkin juga Rosmah menuntut slot khas itu untuk memulihkan tahap puas hati (approval rating) terhadap Najib yang merudum ke tahap paling teruk sejak September 2009.


@pantherian - Jika anda menonton TV baik di saluran Perdana ataupun saluran Astro, mood Raya anda akan tersentak apabila iklan PERUTUSAN RAYA oleh BINI PM, Rosmah Mansor yang secara SOLO berbaju PINK memberi ucapan hampir 10 min dengan wajah "Control Ayunya".

Jangan ditutup TV anda kerana PERUTUSAN RAYA ini amat penting untuk kesejahteraan NEGARA. Rosmah Mansur boleh memohon Malaysia Book of Records mencatat namanya sebagai Isteri Perdana Menteri Malaysia membuat Perutusan Raya secara solo.




Friday, September 2, 2011

Anwar Ibrahim bangga Permatang Pauh dipilih sebagai Rumah Terbuka Aidilfitri 1 Malaysia

 Anwar minum teh bersama penduduk Permatang Pauh.
 
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan kerajaan memilih Permatang Pauh sebagai lokasi Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri sebagai "pengiktirafan tersirat Anwar fobia".Menurut Anwar, yang juga ahli parlimen Permatang Pauh, berkata pilihan lokasi itu juga menunjukkan pengiktirafan BN terhadap kepentingan kerusi itu pada pilihan raya umum akan datang.

"Kami bangga kerana di antara ratusan kerusi pilihan raya, mereka telah memilih Permatang Pauh untuk acara tersebut," katanya pada majlis rumah terbuka Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Mansor Othman di Kubang Semang, Pulau Pinang hari ini.
"Sah Umno sebenarnya fobia terhadap parlimen ini. Sebab itu menjelang pilihanraya umum ke 13 mereka mengadakan sambutan Perayaan Aidil Fitri 1 Malaysia di sini. BN nak tengok sokongan."Setiap media dan akhbar ... mempunyai fobia ini," katanya.

"Jika ada rumah terbuka Hari Raya, ia perlu diadakan di Permatang Pauh," katanya.

Minggu lalu, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim mengumumkan Majlis Aidilfitri Rumah Terbuka Malaysia tahun ini akan diadakan di kawasan Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 11 Sept ini.

@pantherian - Tahniah, Permatang Pauh dipilih sebagai lokasi Rumah Terbuka Aidilfitri 1 Malaysia oleh Najib,mungkin mahu mendapat ilham untuk tarikh PRU13. Dulu, Dr Mahathir datang ke SMK Guar Perahu mengadakan Mjls Mesra Rakyat dan kemudian selepas itu mengumumkan PRU pada tahun 1999.

Yang menariknya iklan di TV tentang Rumah Terbuka ini menggunakan alamat SMK Guar Perahu, Permatang Pauh,P.Pinang dan mengeluarkan nama Bandar Bukit Mertajam. Itu makluman, Permatang Pauh hanyalah pekan kecil (nama Parlimen) dan nama bandar yang sepatutnya ialah Bukit Mertajam.

Ternyata YORAIS memang FOBIA dengan  Permatang Pauh !..

Sunday, September 12, 2010

Salam Eid Mubarak2010


Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Salam Eid Mubarak & Maaf Zahir Batin

kpd semua keluarga di Penang, kaum kerabat di Png & Kedah,sahabat handai di UTeM,

Penang & Kedah dan begitu juga comrade PE Body,PE Team & comrade Lumileds Png.




Thursday, September 9, 2010

Majlis Iftar dan Ukhuwah PLLM di Puncak Mutiara

Majlis Iftar dan Ukhuwah Philips Lumileds Liga Muslim (PLLM) di Puncak Mutiara yang dikelola oleh Nizam Khalid aka Taliban dan Hasrinizam aka adik.



Photo kenangan sebelum pulang ."Selamat Hari Raya"




Tengah pekena Nasi Beriani Ayam Goreng Kg & Daging kambing bakar.



Nasi beriani ayam grg kampung



Bermaafan sebelum berangkat pulang .


Sunday, September 5, 2010

Gempar ! Iklan Raya 2010 TV3 suku "sesat"

Oleh: Pria Malaya

Semua page atau group Facebook yang mempunyai kaitan dengan TV3 telah diserang bertubi2 oleh rakyat Malaysia termasuk peminat/ahli TV3 sendiri..

Dilaporkan juga, ramai peminat berdaftar TV3 di laman berkenaan telah diban serta merta dari memasuki page terbabit akibat tidak tahan dengan asakan supaya TV3 menarik balik iklan khurafat tersebut, serta menuntut permohonan maaf dari pihak TV3 kpd seluruh umat Islam....

Ikuti luahan rakyat Malaysia di page berkenaan:


1. MyTV3
2. TV3MALAYSIA
3. Tv3malaysia

dan banyak lagi...

Sementara itu, akibat tidak dapat menahan marah terhadap sikap TV3 yg membisu dlm isu ini, dua laman facebook dikesan telah diwujudkan pihak tertentu bagi membantah tindakan TV3 meluluskan iklan khurafat ini...


1. KAMI MEMBANTAH PROMO IKLAN RAYA AIDILFITRI TV3 2010
2. Protes Tv Tiga/Media atas iklan terlampau

Bagi mereka yang belum melihat (video) Iklan Aidilfitri berkenaan, boleh lihatnya di sini..serta Penarangan secara jelas promo iklan Aidilfitri TV3 yg diselitkan unsur agama/fahaman lain, boleh baca di sini...wallahua'lam..

TERBARU:

- Dilaporkan page/group facebook 'TV3MALAYSA' telah dinyahaktifkan (deactive)..ini adalah kerana asakan yang bertali arus oleh rakyat Malaysia di laman tersebut..ramai peminat yang telah diban/block...

- Dilaporkan juga, pihak TV3, melalui Ahmad Fedtri Yahya telah berjanji untuk menamatkan iklan khurafat itu serta merta setelah dikecam oleh seluruh umat Islam Malaysia...



- Esok (Isnin, 6 Sept), jam 12 tengah hari, Satu memorandom bantahan akan diserahkan oleh admin/creator facebook 'KAMI MEMBANTAH PROMO IKLAN RAYA AIDILFITRI TV3 2010' di Sri Pentas..hadirin dijemput untuk hadir...

- Selain itu, Parti Islam Se-malaysia (PAS) melalui Dewan Ketua Pemudanya turut akan menyampaikan memorandom pada tarikh berkenaan bagi menuntut permohonan maaf dari TV3..

- Walaupun iklan ini telah ditarik balik, kita tetap mahukan permohonan maaf dari TV3 kepada seluruh umat Islam Malaysia..dan lebih dari itu, penJELASan, siapakah dalang disebalik terhasilnya iklan khurafat ini..rakyat perlu tahu!...wallahua'lam
Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Sunday, September 20, 2009

Salam Eidulfitri

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle



Kepada semua rakan blogger dan rakyat Malaysia yang beragama Islam, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitri , Maaf Zahir Batin.

Semoga Eidulfitri kali ini membawa pengertian yang bermakna dan kegembiraan kepada anda semua.

Salam Lebaran..


Monday, September 22, 2008

Balik Raya 2008

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


Pulang ke kampung sempena Hari Raya merupakan perkara wajib bagi seorang mahasiswa seperti saya kerana saat ini adalah rugi kalau dilepaskan untuk bersama keluarga ,sanak sedara dan sahabat handai. Untuk tahun ini juga seperti biasa saya akan pulang ke kampung nun di Utara tanah air iaitu Bukit Mertajam.

Tetapi kelainannya tahun ini saya memilih perkhidmatan keretapi Ekpress Rakyat dari KL Sentral ke Stesen Bukit Mertajam pada jam 1430,27/9/08. Jika sebelum ini bas dan kereta menjadi pilihan ,kini saya mencuba pulang raya dengan keretapi pula.Beban harga tambang bas naik mendadak telah memaksa saya mencari alternatif lain yang lebih murah dan keretapi adalah jawapanya.

Harga tambang keretapi amat murah dimana anda boleh mendapat tambang serendah RM18 dari KL ke Butterworth untuk kelas ekonomi.Saya memilih kelas dua tempat duduk kerana Ekspress Rakyat hanya menawarkan kelas 2 dan kelas 1 dan juga tempatnya yang luas dan sesuai untuk perjalanan yang jauh.Tetapi yang menariknya pada Sabtu ini saya akan berbuka puasa didalam keretapi kerana tren dijadual tiba pada jam 2123. Jadi kena bungkus makanan awal-awal lagi la jawabnya.

Selamat Pulang berhari raya di kampung dan Salam Aidifitri..

More AIDILFITRI graphics




Jom layan lagu Ekspress Rakyat dendangan M Nasir.....

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews