INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Wednesday, September 17, 2014

MP DAP Kuching minta maaf selepas dikritik di media sosial

MP  DAP Kucing seperti yang dijangka akhirnya meminta maaf di atas perbuatan menghina Lagu Negaraku.

Begini cara kebanyakan modua operandi pemimpin DAP , "Hina , maki, kritik dan kemudian kena troll di media sosial akhirnya minta maaf pada rakyat ". 





MP DAP Kuching biadap hina Lagu Negaraku di FB secara terbuka

MP Dap Kuching selama 2 penggal dengan biadapnya telah menghina Lagu Negaraku apabila mempersoalkan nyanyian lagu Negaraku di pawagam sebelum bermulanya tayangan filem.

"I would not know how to tell my friends overseas that we Malaysian r so patriotic that we play our national anthem before watching a movie." -  MP DAP Chong Chieng Jen

Pantherian : Sekejap lagi MP Cina DAP ini akan keluar status minta maaf yang poyo dan syahdu.

Begitulah amalan MP Dap yang bercakap tanpa berfikir dengan waras sebagai wakil rakyat di Parlimen.

Sunday, September 14, 2014

CheguBard masuk TV3 serang Azmin Ali punca krisis MB Selangor

Chegu Bard dan SAMM diberi ruang berita di Buletin Utama  TV3 apabila memilih untuk menyerang Timbalan Presiden PKR YB Azmin Ali sebagai dalang utama krisis MB Selangor.

Dalam PC terbabit, CheguBard menyalahkan Azmin sebagai orang yang menganggu pemilihan MB Selangor apabila melobi di pihak  istana secara sulit untuk jawatan MB Selangor.

Juga turut disalahkan kumpulan anak muda penyokong Azmin ali yabg disebut "kartel " sebagai pengacau parti dan pengkritik keputusan pimpinan utama parti.

Seperti biasa PC atau pendedahan Chegu Bard dan SAMM tiada bukti dan hanya cakap mulut di atas dakwaan kosong. Seperti sedia maklum Chegubard ini tiada apa jawatan dalam parti hanya pengacau dalam parti Keadilan seperti dilakukannya dalam Pemilihan PKR 2014.

Inilah politikus yang tidak konsisten dalam perjuangan. Beliau sentiasa berubah sokongan asalkan melawan Azmin yang merupakan musuh politiknya.

Pada Pemilihan PKR 2014, beliau menyokong mulanya Saifudin Nasution di bawah team Masa Depan Bersama. Kemudian melihat Saif gagal disebabkan jentera lemah dan tidak popular,  beliau lari menyokong TS Khalid Ibrahim sehingga akhirnya TSKI dipecat parti.

Kini  Chegubard mengampu pimpinan utama Keadilan dengan kembali menyerang Timbalan Presiden Keadilan YB Azmin Ali sebagai dalang utama krisis MB SELANGOR.  #semuasalahazmin

Warga Parti Keadilan Rakyat kenal siapa Chegubard dan SAMM .

Mereka juga kenal siapa YB Azmin Ali yang setia dan konsisten pada perjuangan, parti dan rakyat.

TEPUK DADA TANYA HATI...

Wednesday, August 6, 2014

Orang Dungun boikot McD secara kasar & kecoh ? Siapa yang bodoh?

Memalukan apabila orang Dungun  yang mahu memboikot McD dengan cara mengganggu & merosakkan harta benda persendirian. Ini tindakan pihak yang tidak bertamadun yang boleh diumpamakan "Lebih Sudu dari kuah ".

Boikot itu boleh tapi biar dengan tertib yang baik dan bukan tindakan bodoh seperti ini yang memalukan orang Isla. Berikut di bawah kenyataan rasmi NGO Aqsa SYarif.

Kenyataan Aqsa Syarif Berhubung Kejadian di Premis McDonalds Dungun pada 5 Ogos 2014:

Aqsa Syarif amat kesal dengan apa yang berlaku di McDonalds Dungun hari ini (5 ogos 2014). Perbuatan sekumpulan orang yang mengganggu premis McD dan membaling objek keras serta menggoncang pintu kedai adalah amat dikesali. Perbuatan tidak bertamaddun ini tidak wajar dibiarkan begitu sahaja kerana ia bertentangan dengan tata susila, akhlak Islam dan lunas undang undang.

Sungguhpun  boikot adalah hak pengguna melakukan tindakan sivil sebagai tekanan namun ia tidak mewajarkan seseorang itu bertindak secara fizikal atau lisan untuk menakut-nakutkan serta mendatangkan kecederaan batang tubuh atau emosi pada pemilik premis dan pekerjanya.

Aqsa Syarif memohon orang ramai yg menyokong kempen boikot supaya mengawal diri dan tidak melanggar batas undang-undang dalam menjayakan kempen boikot. Tindakan liar dan melampau ini tidak tergolong sebagai menyokong inisiatif boikot, sebaliknya lebih mirip kepada perbuatan merosakkan harta awam (vandalism)

Aqsa Syarif menyarankan orang ramai menghubungi pihak polis jika perbuatan ganas seperti ini berulang lagi. Untuk mengelak perkara seperti ini berulang oleh pihak tidak bertanggungjawab maka Aqsa Syarif menasihatkan agar tidak diadakan sebarang bentuk demo atau perhimpunan di hadapan atau berhampiran mana-mana premis yang berkaitan

Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengerusi
Aqsa Syarif

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews