INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Wednesday, October 21, 2009

80% kematian Teoh akibat dibunuh -Pakar Patalogi Thai

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Seorang pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand membuat pendedahan yang mengejutkan dalam inkeus kematian Teoh Beng Hock pagi ini dengan menyatakan bahawa setiausaha politik itu mungkin telah dicekik sebelum jatuh dari tingkat 14 Plaza Masalam.

Katanya, terdapat tanda bulat pada leher Teoh yang menunjukkan dia 'dicekik'.

Menurutnya lagi, retakan pada tengkorak Teoh bukan satu kecederaan akibat terjatuh.

Manakala kecederaan pada lubang dubur Teoh, katanya, boleh disebabkan dicucuk dengan objek sebelum dia jatuh.

Ini, katanya, berdasarkan kepada gambar-gambar yang diambil di tempat Teoh ditemui jatuh.

Dr Pornthip membuat kesimpulan bahawa kemungkinan 80 peratus Teoh dibunuh dan 20 peratus dia membunuh diri.

Beliau juga tidak bersetuju dengan pandangan pakar-pakar forensik bahawa Teoh "jatuh dalam keadaan sedar" tetapi sebaliknya menegaskan bahawa mangsa mungkin tidak sedar.

Beliau memberi tiga sebab dalam membuat kesimpulan tersebut, iaitu:

1) Laporan bedah siasat menyatakan mangsa masih hidup ketika jatuh di tanah, tetapi beliau (Dr Pornthip) tidak menemui kecederaan untuk melindungi diri.

2) Beliau menemui luka-luka yang kelihatan berlaku sebelum mangsa jatuh.

3) Kecederaan pada bahagian dada adalah akibat impak awalan.

Beliau memberi keterangan sebagai saksi pakar di inkues tersebut yang diadakan untuk menentukan punca kematian Teoh.

Dr Pornthip adalah pengarah dan pengasas bersama Institut Pusat Sains Forensik Kementerian Keadilan Thailanad dan dianggap pakar dalam siasatan kes-kes pembunuhan yang rumit.

Teoh - setiausaha politik kepada exco Selangor, Ean Yong Hian Wah - ditemui mati selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di tingkat 14 Plaza Masalam berhubung dakwaan salahguna wang negeri pada 15 Julai lalu.

sumber Malaysiakini.

** SPRM = Suruhanjaya Pembunuh Rakyat Malaysia

Tuesday, October 20, 2009

Wednesday, October 14, 2009

KP UMNO berjuang hanya untuk sekat Anwar menjadi PM

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


Pelik juga melihat KJ harini apabila meneliti ucapan dasar KP UMNO yang mana beliau lebih menumpu menyerang peribadi Anwar Ibrahim daripada perkara dasar iaitu perubahan UMNO.
Apa la yang dok takut sangat dengan anwar ibrahim ni pasai apa???? aku pun tak paham.Nampaknya perjuangan UMNO ni nak hentam anwar ibrahim ka, atau nak bantu Melayu atau memang depa takut kalau-kalau Anwar jadi perdana menteri hangpa dok dalam.

Mesyuarat kata nak berubah...jadi buat la macam nak berubah.Ni bukan macam nak berubah.Cakap berdentum dentam,balik mesyuarat habuk pun tarak.Hang kutuk dia, aku kutuk dia pastu selesai balik kampung.

Macam tu la hampa, dulu kini dan selamanya....

** KJ, tolong jaga org Melayu dan rakyat Msia, jangan dok sibuk jaga Anwar Ibrahim..apa punya turr la..!!

Monday, October 5, 2009

Bergelar Graduan

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


Bertempat di Dewan Besar ,Kampus Induk UTeM, saya akhirnya telah bergelar graduan apabila secara rasmi mendapat scroll Ijazah Sarjana Muda Kej.Pembuatan (Rekabentuk Pembuatan) dengan kepujian daripada Tun Canselor UTeM semalam. Majlis penganugerahan diadakan bermula pada awal pagi dan berakhir pada jam 1 tengahari.

Penantian selama 6 tahun dicampur dengan pembelajaran Diploma selama 3 tahun akhirnya terlerai semalam apabila saya dianugerahkan ijazah yang menjada impian semua pelajar di menara gading.



Keluarga semua hadir kecuali adik yang bongsu yang tekun membuat persediaan menghadapi SPM bulan depan di sekolah asramanya. Banyak juga gambar foto diambil untuk sebagai kenangan dan keindahan senibina bangunan di kampus tetap menceriakan lagi latar belakang foto tersebut.Walaupun semalam menghabiskan banyak wang berbelanja tetapi tidak mengapa kerana mungkin ini seumur hidup sekali.

Pertemuan dengan pensyarah dan rakan-rakan banyak menyoal perkembangan terkini samada sudah bekerja atau belum dan juga ucapan tahniah kerana bergelar graduan. Mungkin dihati pensyarah, mereka akan berbangga jika graduan yang dikeluarkan oleh mereka mendapat pekerjaan awal untuk memacu pembangunan dan kemajuan negara.

Tahniah kepada rakan semua yang bergelar GRADUAN !!








LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews