INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Friday, August 7, 2009

Demo anti Jeff Ooi di Masjid depan KOMTAR

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Dari blog Din Binjai

Dr Daniel Zainal Abidin berkhutbah Jumaat di Masjid Jamek Simpang Enam hari ini. Kebanyakan Khatib membaca khutbah tetapi Dr Daniel berkhutbah tanpa sehelai kertas pun yang dibaca. Khutbahnya begitu lancar dan begitu semangat.

Beliau menyentuh tentang ancaman yang diterima oleh umat Islam di seluruh dunia pada akhir zaman ini termasuk di Malaysia khususnya dan P.Pinang amnya.

Beliau menyelar seorang Ahli Parlimen di P.Pinang yang begitu biadap menghina Islam dan mengatakan sebuah pertubuhan NGO (JIM) adalah pelampau Islam kerana ingin menegakkan Syariat Islam.

Beliau mengingatkan umat Islam tentang suruhan Allah tentang 'Amar Ma'ruf Nahi Mungkar'. Umat Islam hari ini dihina kerana kebanyakan sudah meninggalkan ajaran Islam dan yang lebih parah ada di kalangan umat Islam sendiri yang mengatakan Syariat Islam atau Undang-Undang Islam sudah ketinggalan zaman dan tidak sesuai lagi dilaksanakan zaman sekarang.

Beliau juga menegaskan Allah juga memperingatkan umat Islam, jika terdapat orang bukan Islam yang tidak mengganggu kita, tidak menghalau kita, tidak berperang dengan kita, maka umat Islam pula wajib menunaikan dua tangggungjawab iaitu berbuat baik kepada mereka dan menjaga keselamatan mereka. Begitulah indahnya ajaran Islam.

Beliau juga menegaskan sebenarnya orang bukan Islam hari ini selamat kerana Syariat Islam. Sepatutnya orang bukan Islam berterimakasih kerana Syariat Islamlah yang membuatkan Malaysia ini aman. Kalau tidak kerana adanya Syariat Islam, sudah pasti negara akan huru hara dan pastinya pertumpahan darah akan berlaku.

Tanpa disedari menitis air mata mendengar Dr Daniel berkhutbah begitu semangat dan menerangkan betapa indahnya Islam. Dalam mengamalkan 'Amar Maa'ruf Nahi Mungkar' beliau berpesan kepada umat Islam, kalau kita mahu mengajak orang berbuat baik, caranya juga kena baik, kalau kita mahu mencegah kemungkaran caranya juga mesti kena baik.

Selepas solat Jumaat, Dr Daniel juga mengimamkan solat hajat supaya diredakan ancaman dan hinaan terhadap umat Islam dan semoga Allah membuka hati umat Islam dan bukan Islam untuk memahami ajaran Islam yang sebenarnya dan Islam ini sebenarnya bukannya 'terrorist' (pengganas).

Ustaz Hafiz Nordin mengepalai demo aman mendesak supaya Jeff Ooi menarik balik kenyataan dan meminta maaf secara terbuka kepada umat Islam atau meletak jawatan.


Jeff Ooi difahamkan sekarang berada di Hong Kong. Sekiranya beliau tidak menarik balik atau meminta maaf secara terbuka kepada umat Islam, kita akan sambut beliau secara demo di lapangan terbang bila beliau pulang nanti.

Saya turut menyatakan bantahan terhadap Jeff Ooi yang biadap. Umat Islam tidak pernah menghina agama lain seperti Kristian, Budhha, Hindu dan sebagainya, mengapa Jeff Ooi sanggup menghina Islam?



Hari ini menjadi bukti dan sejarah, umat Islam mahu Jeff Ooi dan rakan-rakan yang sama waktu dengannya tidak lagi menghina Islam tetapi sebaliknya perlu belajar dan memahami Islam dengan sebenarnya.

Umat Islam juga kesal kerana Lim Guan Eng enggan bertemu dengan mereka. Mengapa perlu takut, kita bukan mahu mengganas tetapi hanya mahu menyatakan bantahan terhadap Jeff Ooi yang biadap.

Saya selalu perhatikan 'lelaki misteri' ini selalu berada bila ada sesuatu majlis demo, ceramah dan aktiviti Pakatan Rakyat. Beliau dilihat seolah-olah orang kurang siuman. Beliau tidur di masjid Kg Makam. Bila ada ceramah beliau selalu mendengar dan akan memerhati vcd-vcd yang dijual. Saya yakin beliau 'SB'. Wallahualam.


Antara kain rentang yang dipasang di Masjid Jamek Simpang Enam.



Hj Razali berbaju putih (Ahli Majlis MPPP yang dituduh sebagai pelampau agama), Hj Taufik dan sebahagian sahabat-sahabat aktivis JIM P.Pinang yang turut hadir berdemo selepas solat Jumaat di Masjid Simpang Enam berdekatan dengan Komtar.


Hj Razali turut menitiskan air mata dengan sokongan sensitiviti umat Islam dan sahabat terhadap Islam dan juga dirinya. JazakAllah...semoga Allah memelihara kita kerana memelihara agamanya..amin..TAKBIR.




Wednesday, August 5, 2009

Umat Islam PP marah Jeff Ooi menghina Islam

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


Bantahan oleh ahli JIM Pulau Pinang di Komtar

Saya memberi amaran keras kepada Jeff Ooi ,MP Jelutong dan Ketua Staff KM supaya jangan menghina gerakan Islam dalam negara dan menganggu kepentingan umat Islam di Pulau Pinang. Hal ini demikian kerana kenyataannya yang menghina Ahli Majlis MPPP, Mohd Razali Abdullah dari PKR yang juga ahli JIM dan mendakwa beliau perlu dilucutkan jawatan kerana JIM adalah ekstrimis Islam.Ini menyebabkan umat Islam terutama ahli JIM marah dengan kenyataan jeff dan mendesak beliau menarik balik kenyataannya dan memohon maaf kepada JIM dan Mohd Razali atau meletak jawatan sebagai Ketua staff KM.Klik disini.

Menurut sumber Din Binjai, Jeff Ooi dikatakan marah kepada Razali oleh kerana pendirian tegasnya dalam soal membabitkan pengambilan tanah untuk dijadikan tanah perkuburan di Jelutong. Ketika saya mengikuti debat ummah UMNO-PAS, hal bersabit tanah perkuburan juga dibangkitkan dalam forum tersebut dan komitmen UMNO melalui MAIPP atau peruntuka n persekutuan dikatakan akan membeli tanah tersebut untuk menyelesaikan masalah tanah pekuburan yang semakin sesak di Jelutong.Saya berfikir ketegasan mempertahankan keputusan pengambilan tanah tersebut oleh sdr Razali Abdullah yang juga adik kepada Hj Fauzi Abdullah (Abe Uji) ADUN Manik Urai mungkin menjadi faktor kemarahan Jeff Oii.

Ingat Jeff Ooi, kerana Mulut Badan Binasa !!






Tuesday, August 4, 2009

Demo anti ISA -Dari Lensa Jurugambar bebas

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


Membaling semula peluru tear gas FRU



Walaupun aku baru menamatkan pengajian tetapi jiwa aku tetap mahasiswa.Hidup Mahasiswa !!



Di celah lautan manusia, ada juga kanak-kanak kaum India yang bersemangat menggesa ISA dimansuhkan.

Anak muda yang menentang ISA


Polis Singapore kata PDRM melakukan tindakan profesional dan tidak mengasari rakyat yang protes. Ini tindakan apa ? Ingat pukul lalat ka?

Pemimpin Pusat PAS turut bersemangat


Rakyat dihenyak oleh PDRM. Mereka bukan penjenayah !!


Ini namanya FRU bacul dan balaci , nak lawan pergi berkumpulan dengan bersenjata lengkap.

Sunday, August 2, 2009

Perhimpunan aman Anti ISA

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle









Syabas diucapkan kepada rakyat Malaysia yang prihatin terhadap prinsip keadilan sejagat apabila puluhan ribu turun berhimpun di Kuala Lumpur membantah terhadap akta zalim ISA yang merupakan akta penahanan tanpa bicara. Dimaklumkan bahawa seramai 20,000 orang berhimpun di sekitar Masjid Negara, Sogo, dan Masjid Jamek menurut portal Malaysia Kini. Pihak GMI dan PAS pula mendakwa lebih 80,000 orang yang menyertai demo tersebut. Saya menjangkakan mungkin lebih ramai yang hadir jika tiada sekatan dan halangan yang kuat oleh pihak Polis di laluan pintu masuk ke ibu kota.

Walaupun begitu, ini merupakan satu mesej yang jelas kepada UMNO BN supaya peka dengan suara rakyat yang menuntut dimansuhkan ISA ini. Malaysia merupakan negara Islam dan Islam tidak memerlukan akta zalim seperti kerana Islam itu agama yang memberi keadilan kepada semua orang. Bekas Mufti Perlis , Dr Asri sendiri menyatakan bahawa Islam itu sudah baik dan tidak memerlukan akta seperti ini untuk menjaga keamanan negara kita.

Laungan DS Najib bahawa "Rakyat Didahulukan"perlu diterjemahkan dengan mendengar suara rakyat dan jangan melawan arus perubahan pemikiran rakyat . Bantahan ini merupakan suara rakyat melalui NGO-NGO yang menyokong penuh Pemansuhan ISA oleh GMI termasuk juga Parti Gerakan dan Tun Abdullah Badawi, bekas PM.Demonstrasi ini merupakan demonstrasi besar yang ketiga dilaksanakan selepas demonstrasi anti PPSMI sudah mencapai objektifnya apabila akhirnya kerajaan peka dengan suara rakyat iaitu bantahan terhadap perlaksanaan PPSMI yang sememangnya membunuh bahasa Melayu anak bangsa sendiri.

Berbalik kepada demonstrasi di jalanan, saya masih mengingati kata-kata Pak A. Samad Said sewaktu demontrasi anti PPSMI dahulu iaitu "Rupanya begini caranya menyelamatkan bahasa (demonstrasi jalanan) ". Kata-kata sinis Pak A. Samad Said jelas mengambarkan bahawa hanya di jalan raya sahaja jawapan kepada kedegilan pemerintah yang masih mahu mempertahankan akta zalim ini untuk kepentingan politik mereka. Sementara itu, Hisyam Rais (Tukar Tiub) pula mengesyorkan supaya Budaya Turun ke jalan raya wajib dikekalkan.

Apabila melihat suasana demonstrasi hari ini menurut rakaman video dan kaca tv, saya merasakan tindakan polis kali ini nampak lebih tegas dan ganas dan akibatnya seramai 589 orang telah ditahan. Menurut sumber berita, mereka yang ditahan sejak dari awal pagi lagi sehingga waktu kemuncak permulaan perarakan. Rakan di Facebook, Mak Keri aktif melaporkan suasana di sana dan Najwan pula dengan lebih sinis mereka slogan baru iaitu 1Malaysia :" Perasaan UMNO Didahulukan, Tuntutan Rakyat digaspedihmatakan " di status FB.

Apakah rakyat yang turun menyatakan bantahan ini membawa senjata tajam atau telah menumpahkan setitik darah polis ke bumi? Tidak sekalipun rakyat yang cintakan keamanan ini datang mahu mencetuskan huru hara di KL jika tindakan zalim polis yang angkuh menahan dan menyuraikan perhimpunan secara kasar dan tidak mengikut perlembagaan.Rakyat yang datang dengan senjata suara yang mahukan ISA dihapuskan sama sekali yang telah 49 tahun menindas dan menyeksa rakyat Malaysia.

Walaupun perhimpunan ini gagal menyerahkan memorandum ke Istana Negara , namun ia di kira berjaya dari segi kehadiran rakyat yang menyokong pemansuhan akta ISA jika dibandingkan dengan Pewaris yang gagal menarik ramai orang menyertai perhimpunan mereka yang hanya sekitar 2000 orang.

Hidup, Hidup Rakyat !!

Gambar sekitar Perhimpunan Mansuh ISA (Klik DI SINI)


Lim Kit Siang , Anwar ,Sam dan Gobala

SAM dan DS Anwar



Orang tua juga turut ditahan oleh Polis.

Rakyat yang dikejarkan ke hospital yang mungkin dipukul oleh FRU.


Kelompok dari Persatuan Cina ,KLSCAH -Youth turut menyatakan bantahan




Sidang media oleh Pengerusi GMI disamping Saifudin,DS Nizar , DS Anwar dan Datuk Mustafa Ali yang terkena tembakan tear gas FRU di Pejabat PAS ,Jalan Raja Laut ,KL.


Anak Muda berani menyatakan bantahan di depan PDRM



LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews