INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Friday, December 19, 2014

Memorandum 25 Melayu ternama yang moderat kepada PM Najib RAzak dan rakyat MAlaysia


25 Bekas Pegawai Tinggi Melayu Tulis Surat Terbuka Kepada Rakyat Malaysia

Surat Terbuka Kepada Rakyat Malaysia

Bagi Menyokong Debat dan Dialog Terbuka berkenaan Perundangan IslamKAMI rakyat Malaysia yang prihatin, berasa bimbang dan amat kecewa dengan perbalahan berterusan berhubung kedudukan dan amalan undang-undang Islam di negara ini.Perbalahan yang berlangsung sekarang ini tidak memberikan gambaran dan pemahaman yang jelas mengenai kedudukan undang-undang Islam dalam kerangka demokrasi berparlimen.Ia juga mencerminkan keruntuhan pembahagian kuasa di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam bidang perundangan sivil mahupun perundangan jenayah.

Kami merujuk secara khusus kepada situasi semasa di mana institusi-institusi agama kelihatan bertindak di luar bidang kuasa mereka, misalnya dengan mengeluarkan pelbagai fatwa yang bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan serta tidak menepati proses demokratik dan proses konsultatif ‘syura’.Di samping itu, semakin banyak Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) berhaluan kanan dengan sewenang-wenangnya menuduh pihak-pihak yang berani bersuara sebagai anti-Islam, anti-institusi Beraja dan anti-Melayu.Tindakan mereka itu menyukarkan usaha untuk mengadakan perbincangan dan mencari jalan penyelesaian konflik secara rasional.

Apa yang membimbangkan kami juga ialah penggunaan Akta Hasutan sebagai alat untuk menggertak dan mendiamkan sesiapa yang mempunyai pandangan yang berbeza.Perkembangan ini telah menjejaskan komitmen Malaysia terhadap prinsip-prinsip demokrasi dan kedaulatan undang-undang, melahirkan sikap tidak bertolak-ansur dan ketaksuban serta menggugat keamanan dan kestabilan negara.

Kami sebagai Muslim yang moderat berasa amat bimbang dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung dengan hak golongan transgender berpakaian mengikut identiti mereka.Beliau dalam kenyataannya menyifatkan tindakan komuniti transgender yang memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap keesahan peruntukan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 sebagai satu “gelombang tentangan bentuk baru terhadap Islam” dan merupakan satu cubaan untuk “memesongkan akidah umat Islam” di Malaysia.

Beliau juga menyatakan bahawa permohonan Sisters in Islam baru-baru ini berkenaan fatwa mengenai fahaman liberalism dan pluralisme merupakan suatu “tindakan mengheret institusi Islam untuk dibicarakan di Mahkamah Sivil.”Kenyataan seumpama ini yang mengapi-apikan keadaan daripada seorang menteri (dan ini bukan kali pertama) menunjukkan kepada orang ramai bahawa komitmen perdana menteri memperjuangkan gagasan kesederhanaan (moderation) tidak perlu diambil berat memandangkan menteri Kabinet sendiri sering memperlekehkannya.

 Isu-isu yang kami bangkitkan ini sememangnya sukar untuk ditangani memandangkan apa-apa berkaitan bangsa dan agama sering dipolitikkan di negara ini. Kami yakin bahawa perdana menteri memiliki sumber dan kuasa bagi mengetuai proses perundingan untuk membawa pakar dalam pelbagai bidang, termasuk undang-undang Islam dan undang-undang perlembagaan serta semua pihak yang terlibat.Kami merasakan adalah amat penting bagi semua pihak berusaha mencari penyelesaian kepada konflik yang berpanjangan ini yang telah menjejaskan hubungan antara kaum, melunturkan keyakinan rakyat terhadap keselamatan dan perlindungan di bawah undang-undang selain menjejaskan kestabilan negara.

Terdapat pelbagai isu penting yang memerlukan perhatian dan kepimpinan perdana menteri serta sokongan semua ahli Kabinet dan rakyat Malaysia. Antaranya:

i). Sistem perundangan plural yang telah sekian lama menimbulkan pelbagai konflik dan pertindihan antara undang-undang sivil dan syariah. Pada hemat kami, terdapat keperluan segera untuk menilai kembali Undang-undang Jenayah Syariah di Malaysia. Undang-undang berkenaan yang mengkanunkan pelbagai “dosa peribadi” sebagai jenayah telah membawa kepada kekeliruan dan percanggahan dari aspek substantif serta pelaksanaan. Undang-undang ini bercanggah dengan prinsip perundangan Islam dan melanggar kebebasan asasi manusia serta menceroboh kehidupan peribadi rakyat.Pada tahun 1999, Kabinet telah mengarahkan Jabatan Peguam Negara untuk menilai semula Undang-undang Jenayah Syariah.

Walaubagaimanapun, sehingga kini undang-undang tersebut masih dikuatkuasakan dan telah menyebabkan banyak berlakunya ketidakadilan, membawa kepada kemarahan orang ramai, perbalahan tentang bidang kuasa dan hak menuntut semakan kehakiman, dakwaan penyalahgunaan kuasa, diskriminasi gender serta kematian dan kecederaan yang berpunca daripada serbuan terhadap kesalahan akhlak (moral policing).Ini menghakis kredibiliti, proses penggubalan undang-undang, serta keyakinan orang ramai terhadap keadilan di bawah undang-undang Islam.

ii). Kurangnya kesedaran di kalangan orang ramai, termasuk pemimpin tertinggi, terhadap aspek perundangan dan had bidang kuasa institusi agama dan pentadbiran undang-undang Islam di Malaysia. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi dan mana-mana undang-undang yang digubal, termasuk undang-undang Islam, tidak boleh bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, khususnya perkara berkaitan kebebasan asasi manusia, pembahagian bidang kuasa di antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri serta prosedur legislatif.Semua Akta, Enakmen dan undang-undang kecil, termasuk fatwa, adalah tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan terbuka untuk disemak oleh badan kehakiman.

iii). Perlunya memastikan hak rakyat membahaskan bagaimana agama Islam digunakan sebagai sumber undang-undang dan dasar awam di negara ini. Perundangan Islam di Malaysia digubal oleh badan eksekutif dan dilulus oleh badan perundangan. Sumber undang-undang Islam termasuklah yang suci seperti Al-Qur’an dan sunnah, serta usaha manusia seperti fiqah dan adat.Proses penggubalan undang-undang ini melibatkan kebijaksanaan dan keputusan oleh manusia biasa. Maka ia terbuka untuk dibahaskan supaya matlamat keadilan dapat ditegakkan.

iv). Perlunya mempertingkatkan kesedaran mengenai kepelbagaian yang wujud dalam pentafsiran teks dan ilmu feqah. Ini termasuk kaedah-kaedah perundangan yang memungkinkan reformasi berlaku dan prinsip kesaksamaan dan keadilan ditegakkan, seiring dengan perubahan kini, khususnya dalam aspek tuntutan,peranan dan kedudukan wanita dalam keluarga dan masyarakat.

v). Perlunya perdana menteri menekankan kepimpinannya disamping melantik pemimpin-pemimpin yang berupaya menghidupkan budaya debat dan wacana yang terbuka dan koheren berhubung dengan pentadbiran undang-undang Islam di negara ini, ke arah memastikan keadilan. Kami secara khusus menggesa agar pentadbiran perdana menteri menjelaskan bahawa perbahasan secara rasional dan ilmiah tentang undang-undang Islam di Malaysia bukanlah satu penghinaan terhadap Islam dan pihak berkuasa agama di negara ini.Isu-isu ini mungkin dianggap rumit tetapi apa yang ingin ditekankan ialah, kami sebagai Muslim berpegang bahawa undang-undang Islam, lebih daripada undang-undang sivil, perlu mencapai standard tertinggi dalam hal keadilan kerana ia berdasarkan hukum Allah.

Lantaran itu, mana-mana pihak yang bertindak atas nama Islam menerusi pentadbiran undang-undang Islam perlu memikul tanggungjawab untuk memastikan keadilan bukan sahaja dilaksanakan bahkan dilihat ia ditegakkan.Semasa Islam diwahyukan kepada Rasulullah SAW pada abad ke-7 di tanah Arab, ia merupakan sesuatu yang amat revolusional dan progresif. Zaman-berzaman, agama ini menjadi panduan kepada umat Islam meredah cabaran dan rintangan yang pelbagai.

Sesungguhnya kami yakin dan percaya bahawa bagi memastikan Islam terus kekal relevan dan universal pada zaman sekarang, maka pemahaman, pengkanunan dan pelaksanaan ajaran Islam perlulah berkembang seiring dengan peredaran masa. Hanya dengan cara inilah keadilan, seperti yang dituntut oleh Allah SWT, dapat disempurnakan.

Yang Benar,

1. Tan Sri Datuk Abdul Rahim Bin Haji Din, bekas Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri.
2. Tan Sri Ahmad Kamil Jaafar, bekas Ketua Setiausaha, Kementerian Luar Negeri.
3. Tan Sri Dr Aris Othman, bekas Ketua Setiausaha, Kementerian Kewangan.
4. Tan Sri Dr Ismail Merican, bekas Ketua Pengarah, Kementerian Kesihatan.
5. Tan Sri Dato' Mohd Sheriff bin Mohd Kassim, bekas Ketua Setiausaha, Kementerian Kewangan.
6. Tan Sri Dato' Dr Mustaffa Babjee, bekas Ketua Pengarah, Perkhidmatan Veterinar.
7. Tan Sri Nuraizah Abdul Hamid, bekas Ketua Setiausaha, Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia.
8. Tan Sri Dr Yahya Awang, Pakar Bedah Kardiotorasik dan Pengasas, Institut Jantung Negara.
9. Datuk Seri Shaik Daud Md Ismail, bekas Hakim Mahkamah Rayuan.
10. Datuk Abdul Kadir bin Mohd Deen, bekas Duta.
11. Datuk Anwar Fazal, bekas Penasihat Kanan Serantau, Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP).
12. Datuk Dali Mahmud Hashim, bekas Duta.
13. Datuk Emam Mohd Haniff Mohd  Hussein, bekas Duta.
14. Datuk Faridah Khalid, wakil Suara Wanita.
15. Datuk Latifah Merican Cheong, bekas Penolong Gabenor, Bank Negara.16. Lt. Jen (B) Datuk Maulob Maamin, bekas Leftenan Jeneral ATM.
17. Datuk Noor Farida Ariffin, bekas Duta.
18. Datuk Ranita Hussein, bekas Pesuruhjaya Suhakam.
19. Datuk Redzuan Kushairi, bekas Duta.
20. Datuk Dr Sharom Ahmat, bekas Timbalan Naib Canselor, Universiti Sains Malaysia.
21. Datuk Syed Arif Fadhillah, bekas Duta.
22. Datuk Zainal Abidin Ahmad, bekas Ketua Pengarah, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia.
23. Datuk Zainuddin Bahari, bekas Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
24. Datin Halimah Mohd Said, bekas Pensyarah, Universiti Malaya dan Presiden, Association of Voices of Peace, Conscience and Reason (PCORE).
25. Puan Hendon Mohamad, bekas Presiden Badan Peguam Malaysia

Sunday, October 12, 2014

TV3 dan RTM cuai dalam siaran berita " Ijazah jadi Jenazah " & seorang remaja jadi PM

Kesilapan dua media utama kerajaan yakni TV3 & RTM dalam paparan di TV ketiak berita menjadi viral di media sosial harini.  Kecuain perkataan berita ini yang membawa maksud yang lain ini telah memalukan mangsa yang terbabit iaitu 4 orang  graduan dan seorang remaja.

Amat jauh sekali maksud " Ijazah " menjadi " Jenazah" & seorang remaja menjadi Perdana Menteri.

Memalukan untuk media arus perdana milik UMNO BN.

Wednesday, September 24, 2014

YB Azmin Ali memulakan tugas Menteri Besar Selangor

Dato MB Selangor YB Azmin Ali memulakan tugas di Pejabat Menteri Besar, Bangunan SUK Selangor harini.

Pada sebelah petang pula Menteri Besar Selangor menghadiri Majlis Penyerahan Lembu oleh syarikat GLC Selangor sempena Hari RAYA Korban hujung bulan ini.

Tuesday, September 23, 2014

Dari Pengembala kambing di Kg Klang Gate kini sebagai Menteri Besar Selangor ke 15 : YB Azmin Ali







Gambar di rumah bondanya di Kg Klang Gate
Menteri Besar Selangor baharu, Azmin Ali dalam ucapan sulungnya menceritakan kisah hidupnya sewaktu kecil di Kampung Klang Gate Baru, Hulu Kelang.

Menurut Azmin, beliau pernah menjadi pengembala kambing dan menternak ayam sewaktu beliau kecil.

Menurut Azmin lagi, arwah ayahnya merupakan antara peneroka tanah pertama di kampung itu dan buktinya adalah nombor rumahnya di situ yang merupakan nombor '1E'.

"Saya dahulu pernah jadi pengembala kambing di kampung ini," katanya.

"Saya pernah menternak ayam daging di kampung ini dan berkat doa ibu dan ayah saya, saya diberikan amanah sebagai menteri besar Selangor yang baru," katanya.

Beliau berkata demikian di hadapan kira-kira 300 orang penduduk sekitar serta penyokongnya pada satu majlis kenduri kesyukuran.

Kenduri itu diadakan di perkarangan rumah ibu Azmin, Che Tom Yahya di Kampung Klang Gate Baru, Ulu Klang.

Terdahulu, Azmin mengimamkan solat Zuhur berjemaah di masjid kampung itu.






Dato Menteri Besar Selangor yang baharu, YB Azmin Ali mengangkat sumpah di Istana Alam Shah










Surat Pelantikan Dato' Menteri Besar Selangor dikeluarkan oleh Istana Alam Shah


ADUN kawasan Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu hari ini.


Mohamed Azmin, 50, yang juga anggota Parlimen Gombak mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Balairong Seri, Istana Alam Shah di Klang, pada pukul 10.42 pagi.



Mohamed Azmin, Timbalan Presiden PKR, mengambil alih jawatan menteri besar Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang memegang jawatan itu lebih enam tahun bermula 2008.



Turut hadir isteri Mohamed Azmin, Shamsidar Taharin dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohammed Khusrin Munawi

"Saya dipandu oleh perlembagaan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor serta polisi yang telah diluluskan oleh Pakatan Rakyat yang perlu diimplementasikan,"  - Menteri Besar Selangor , YAB Azmin Ali

Thursday, September 18, 2014

Kerajaan DAP P.Pinang jual tanah kerajaan di Batu Kawan kepada Eco World RM 1bil

Terkejut membaca keratan akhbar The Star memaparkan Kerajaan P.Pinang menjual tanah kerajaan dengan skala saiz yang besar berkeluasan 190hektar di Batu Kawan dengan harga RM 1.02bil kepada Eco World Grp Bhd.

Dimaklumkan juga ia dijual secara terbuka dan hanya Eco World sahaja memasuki bidaan untuk tanah tersebut. Eco World sebelum dikaitkan dengan pembelian tanah  di Selangor sehingga membawa pemecatan TS Khalid sebagai ahli parti Keadilan kononnya wujud kontroversi.

Eco World ini dipengerusikan oleh TS Abd Rashid Manaf yang dikaitkan kroni TS Daim dan UMNO manakala CEO dan Presiden ialah Dato Chang Khim Wah.

Penjualan sebanyak RM 1bil ini dikira berdasarkan harga RM50per sq ft tanah tersebut. Pihak Eco dalam kenyataannya tujuan membeli tanah tersebut adalah untuk membina Golf Course ,waterfront city dan pembangunan bercampur.

Tidak dinyatakan dengan jelas berkenaan rumah mampu milik atau kos sederhana dinyatakan dalam pelan perancangan.

Apakah Ketua Menteri Lim Guan Eng tahu berkenaan hal ini yang memegang EXCO Tanah juga? 

Ya tanah itu sudah dijual, namun pelan pembangunan haruslah menekankan perihal faedah besarnya pada rakyat bawah.

Kita tidak mahu apabila dibangunkan kelak pembangunan pesat di Batu Kawan, rakyat P.Pinang sendiri terutama orang Melayu tidak dapat membeli rumah di kawasan tersebut disebabkan harga yang tinggi.

Tanah kerajaan negeri walaupun dijual seharusnya manfaat besarnya akhirnya kepada rakyat negeri sendiri bukan segelintir kroni dan pemaju.

Jika melihat gambar di bawah jelas luahan kekecewaan oleh anak jati P.Pinang , TS Ani Arope, Mantan Pengerusi TNB yang khuatir penjualan tanah di Batu Kawan menyebabkan harga rumah melambung tinggi di kawasan tersebut.



Wednesday, September 17, 2014

MP DAP Kuching minta maaf selepas dikritik di media sosial

MP  DAP Kucing seperti yang dijangka akhirnya meminta maaf di atas perbuatan menghina Lagu Negaraku.

Begini cara kebanyakan modua operandi pemimpin DAP , "Hina , maki, kritik dan kemudian kena troll di media sosial akhirnya minta maaf pada rakyat ". 





MP DAP Kuching biadap hina Lagu Negaraku di FB secara terbuka

MP Dap Kuching selama 2 penggal dengan biadapnya telah menghina Lagu Negaraku apabila mempersoalkan nyanyian lagu Negaraku di pawagam sebelum bermulanya tayangan filem.

"I would not know how to tell my friends overseas that we Malaysian r so patriotic that we play our national anthem before watching a movie." -  MP DAP Chong Chieng Jen

Pantherian : Sekejap lagi MP Cina DAP ini akan keluar status minta maaf yang poyo dan syahdu.

Begitulah amalan MP Dap yang bercakap tanpa berfikir dengan waras sebagai wakil rakyat di Parlimen.

Sunday, September 14, 2014

CheguBard masuk TV3 serang Azmin Ali punca krisis MB Selangor

Chegu Bard dan SAMM diberi ruang berita di Buletin Utama  TV3 apabila memilih untuk menyerang Timbalan Presiden PKR YB Azmin Ali sebagai dalang utama krisis MB Selangor.

Dalam PC terbabit, CheguBard menyalahkan Azmin sebagai orang yang menganggu pemilihan MB Selangor apabila melobi di pihak  istana secara sulit untuk jawatan MB Selangor.

Juga turut disalahkan kumpulan anak muda penyokong Azmin ali yabg disebut "kartel " sebagai pengacau parti dan pengkritik keputusan pimpinan utama parti.

Seperti biasa PC atau pendedahan Chegu Bard dan SAMM tiada bukti dan hanya cakap mulut di atas dakwaan kosong. Seperti sedia maklum Chegubard ini tiada apa jawatan dalam parti hanya pengacau dalam parti Keadilan seperti dilakukannya dalam Pemilihan PKR 2014.

Inilah politikus yang tidak konsisten dalam perjuangan. Beliau sentiasa berubah sokongan asalkan melawan Azmin yang merupakan musuh politiknya.

Pada Pemilihan PKR 2014, beliau menyokong mulanya Saifudin Nasution di bawah team Masa Depan Bersama. Kemudian melihat Saif gagal disebabkan jentera lemah dan tidak popular,  beliau lari menyokong TS Khalid Ibrahim sehingga akhirnya TSKI dipecat parti.

Kini  Chegubard mengampu pimpinan utama Keadilan dengan kembali menyerang Timbalan Presiden Keadilan YB Azmin Ali sebagai dalang utama krisis MB SELANGOR.  #semuasalahazmin

Warga Parti Keadilan Rakyat kenal siapa Chegubard dan SAMM .

Mereka juga kenal siapa YB Azmin Ali yang setia dan konsisten pada perjuangan, parti dan rakyat.

TEPUK DADA TANYA HATI...

Wednesday, August 6, 2014

Orang Dungun boikot McD secara kasar & kecoh ? Siapa yang bodoh?

Memalukan apabila orang Dungun  yang mahu memboikot McD dengan cara mengganggu & merosakkan harta benda persendirian. Ini tindakan pihak yang tidak bertamadun yang boleh diumpamakan "Lebih Sudu dari kuah ".

Boikot itu boleh tapi biar dengan tertib yang baik dan bukan tindakan bodoh seperti ini yang memalukan orang Isla. Berikut di bawah kenyataan rasmi NGO Aqsa SYarif.

Kenyataan Aqsa Syarif Berhubung Kejadian di Premis McDonalds Dungun pada 5 Ogos 2014:

Aqsa Syarif amat kesal dengan apa yang berlaku di McDonalds Dungun hari ini (5 ogos 2014). Perbuatan sekumpulan orang yang mengganggu premis McD dan membaling objek keras serta menggoncang pintu kedai adalah amat dikesali. Perbuatan tidak bertamaddun ini tidak wajar dibiarkan begitu sahaja kerana ia bertentangan dengan tata susila, akhlak Islam dan lunas undang undang.

Sungguhpun  boikot adalah hak pengguna melakukan tindakan sivil sebagai tekanan namun ia tidak mewajarkan seseorang itu bertindak secara fizikal atau lisan untuk menakut-nakutkan serta mendatangkan kecederaan batang tubuh atau emosi pada pemilik premis dan pekerjanya.

Aqsa Syarif memohon orang ramai yg menyokong kempen boikot supaya mengawal diri dan tidak melanggar batas undang-undang dalam menjayakan kempen boikot. Tindakan liar dan melampau ini tidak tergolong sebagai menyokong inisiatif boikot, sebaliknya lebih mirip kepada perbuatan merosakkan harta awam (vandalism)

Aqsa Syarif menyarankan orang ramai menghubungi pihak polis jika perbuatan ganas seperti ini berulang lagi. Untuk mengelak perkara seperti ini berulang oleh pihak tidak bertanggungjawab maka Aqsa Syarif menasihatkan agar tidak diadakan sebarang bentuk demo atau perhimpunan di hadapan atau berhampiran mana-mana premis yang berkaitan

Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengerusi
Aqsa Syarif

Wednesday, July 2, 2014

Ketua AMK Malaysia desak TS Khalid Ibrahim letak jawatan Menteri Besar Selangor




Ekoran kekalahan beliau dalam pemilihan ketua cabang PKR di Kuala Selangor, dua ahli parlimen PKR mendesak Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil tanggungjawab moral melepaskan jawatan menteri besar Selangor.

MP Bukit Katil Shamsul Iskandar Md Akin
berkata penolakan pada akar umbi memberi isyarat politik supaya Khalid tidak terus mengetuai pentadbiran negeri itu, lapor Berita Harian hari ini.

"Khalid jangan ingat jawatan menteri besar itu akan dipegang selamanya kerana ia diberikan berdasarkan mandat rakyat dan parti.

"Dalam hal ini, beliau sudah tidak mendapat mandat walaupun akar umbi daripada cabangnya sendiri. Itu isyarat jelas supaya tidak terus memimpin," katanya seperti dilapor akhbar itu.

Pada pemilihan cabang itu baru-baru ini, Khalid tewas kepada bekas ahli parlimen Kapar S Manickavasagam merebut jawatan ketua cabang Kuala Selangor.

Khalid yang juga ADUN Pelabuhan Klang mendapat 515 undi manakala Manickavasagam memperolehi 701 undi.

Bagaimanapun Khalid berkata beliau tidak perlu melepaskan jawatan menteri sekalipun tewas merebut jawatan timbalan presiden dan ketua cabang kerana tiada klausa yang mengarahkan supaya berbuat demikian.

Dalam akhbar itu juga menyebut, MP Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid pula meminta Khalid akur dengan desakan akan umbi itu demi kepentingan parti yang perlu diutamakan berbanding kepentingan peribadi.

Menurut akhbar itu lagi, Abdullah berkata tiada pihak mempunyai kekebalan dalam jawatan politik termasuk jawatan menteri besar memandangkan ia hak komponen dalam Pakatan Rakyat.



http://bm.selangorku.com/53908/faekah-husin-dilantik-pegawai-penyelaras-dun-pelabuhan-klang/

PELABUHAN KLANG, 28 JUN: Ketua Eksekutif Perbadanan Menteri Besar (MBI), Faekah Husin dilantik menjadi Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN), Pelabuhan Klang bagi membantu Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengendalikan tanggungjawab sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan terbabit.
Abdul Khalid berkata, tindakan itu dilakukan supaya penduduk Pelabuhan Klang tidak dipinggirkan ekoran kesibukan beliau sebagai orang nombor satu negeri itu.

“Sebagai Menteri Besar, saya sangat sibuk mengendalikan hal negeri. Walaupun turun ke kawasan DUN, tetapi saya juga tidak mahu penduduk merasa terpinggir akan usaha yang akan dilakukan nanti,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Sumbangan sempena Ramadan, di Kampung Perigi Nenas, di sini, hari ini.




@Pantherian : Kalah di cabang Kuala Selangor boleh disifatkan sebagai penolakan jelas oleh ahli parti akar umbi di Selangor khususnya di Kuala Selangor. Adalah memalukan orang kampong sendiri menolak Menteri Besar sebagai Ketua Cabang Keadilan di Kuala Selangor.


Selepas ditolak oleh Cabang Kuala Selangor, MB pula membuat tindakan politik yang boleh dianggap memalukan imej sebagai YB ADUN dan MB Selangor apabila melantik CEO MBI, Faekah Hussin sebagai Pegawai Penyelaras di DUN Pelabuhan Klang. 

Adakah MB Selangor amat sibuk sehingga sanggup melantik Pegawai Penyelaras DUN yang boleh dianggap berkuasa seperti ADUN dalam menggunakan peruntukan DUN. Selalunya Pegawai Penyelaras DUN dilantik di DUN yang mana PR tewas kepada BN.

Adakah MB tidak belajar dan munasabah diri sebab kekalahan dia di Kuala Selangor?

Adakah MB sibuk sehingga tidak dapat turun padang bertemu rakyat Pelabuhan Klang yang memilihnya sebagai ADUN?

 
 




Tuesday, June 17, 2014

'Rumah Haram" di Kg Chubadak Tambahan akan tetap dirobohkan - Datuk Bandar DBKL

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata kesemua "rumah haram" penduduk Kampung Chubadak Tambahan akan dirobohkan walau penduduk memfailkan injuksi di Mahkamah Tinggi.

Katanya, tindakan itu diteruskan kerana penduduk di kawasan itu sudah menetap "secara haram” sejak lebih 20 tahun lalu.

“Ya, kerja-kerja perobohan akan diteruskan kerana mahkamah sudah tetapkan (sebelum ini).

Penduduk berkenaan memohon injuksi tersebut pada 12 Jun lalu di Mahkamah Tinggi.

Mahkamah seterusnya membenarkan injunksi tersebut berkuatkuasa selama 14 hari, sehingga 26 Jun.

“Itu mereka yang failkan, (tapi) kita tetap teruskan perobohan,” katanya lagi.

Ahmad Phesal ditemui pemberita ketika lawatannya bersama media sempena pameran Greater KL dengan Invest KL di ibu negara hari ini.

Ahmad Phesal turut menepis dakwaan bahawa pampasan berjumlah RM7,000 terlalu sedikit manakala penempatan baru di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Bukit Jalil pula terlalu kecil.

'Apa yang tak munasabah?'

“Apa yang tidak munasabah? Mereka tinggal di sana secara haram. Kita pindahkan mereka di rumah PPRT daripada mereka terus tinggal secara haram di situ," katanya.

Ditanya mengenai dakwaan bahawa pemasangan bekalan elektrik dan air akan ditanggung oleh penduduk yang dipindahkan, Ahmad Phesal menganggap hal itu bukan satu masalah.

“Perkara itu bukan satu masalah, kita berikan wang pindah rumah sebanyak RM 1,000 setiap keluarga. Tetapi soal pampasan saya RM7,000 itu saya tak tahu. Itu (urusan) pemaju,” katanya.

Ditanya mengenai rundingan antara DBKL, pemaju dan penduduk mengenai pampasan, beliau menegaskan bahawa DBKL tidak terlibat dengan rundingan mengenainya kerana melibatkan antara pihak pemaju dan penduduk sahaja.

Minggu lalu, DBKL merobohkan dua buah rumah penduduk sementara enam lagi telah dikenalpasti tetapi gagal dirobohkan kerana bantahan keras penduduk setempat. Sementara kes bagi 58 penduduk kampung lagi kini dalam prosiding di Mahkamah Rayuan.

Penduduk diminta untuk memberi laluan untuk pembangunan kepada DBKL, Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan dan pemaju Sentul Murni Sdn Bhd.

Pembangunan yang akan dijalankan di kampung itu berkait dengan rancangan tahun 2006 untuk membangunkan bekas tanah rezab Melayu itu kepada satu kawasan perbandaran.
 
 

 @Pantherian - Satu tindakan zalim dan tidak bertamadun oleh Datuk Bandar DBKL yang mengikut telunjuk pemaju dan pemimpin politik. Penduduk Melayu yang meneroka tanah ini lebih 20 tahun sewajarnya diberi pembelaan oleh DBKL dan kerajaan setidaknya memberi pampasan dan layanan yang lebih manusiawi kepada mereka.

Jangan lah anggap mereka seperti penceroboh atau pendatang tanpa izin dirobohkan dan dihalau keluar bergitu saja.


SEBARKAN !! CERITA HAK TANAH KG WARISAN
https://www.facebook.com/photo.php?v=10152477883571147&set=vb.682166146&type=2&theater

Tuesday, May 20, 2014

"Quote of the Year "untuk jawapan balas ibu Dyana Sofya kepada Tun Mahathir

The mother of Teluk Intan DAP candidate Dyana Sofya Mohd Daud today responded to former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad who had suggested that she had not done enough to impress on her daughter of Umno’s struggle for the country and the Malay race.Umno member Yammy Samad said she had tried to raise Dyana like Dr Mahathir’s son, Datuk Seri Mukhriz Mahatir but she ended up like the former prime minister’s strong-willed daughter, Datin Paduka Marina Mahathir.

"I tried to raise her like Mukhriz, but she ended up like Marina. I give all my children the freedom to chose what is right and wrong. Dyana is old enough to think about this,” she told The Malaysian Insider today.

Pantherians : Our Malaysian people will proud of your answer to Tun Mahathir.  Its an epic quote   !

Monday, May 19, 2014

Penamaan Calon PRK Teluk Intan : Dyana Sofia calon wanita Melayu pertama DAP

Penamaan calon DAP Dyana Sofia Mohd Daud , 27 tahun untuk Parlimen Teluk Intan harini diiringi oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Tim Presiden PAS Mohamed Sabu ,Tim Presiden Keadilan, YB Azmin Ali dan beberapa pimpinan lain Pakatan Rakyat.

#Dyana4TelukIntan

Saturday, May 17, 2014

Tarif elektrik naik untuk elak TNB rugi -PM ?

Tarif elektrik akan dinaikkan untuk mengelakkan TNB rugi - PM Najib Razak

Banner membodek Najib sebagai "Hero " oleh Pengurusan TNB yang pastinya mahu Najib menaikkan tarif elektrik.

TNB yang untung lebih RM 4 bil pada tahun 2013 kini mahu menekan rakyat supaya menanggung kos operasi TNB walaupun mereka sudah mendapat besar tahun lepas.

Adakah CEO TNB dan PM mahu rakyat menanggung beban kos TNB seterusnya mahu membuat keuntungan yang lebih besar lagi ?

Friday, April 18, 2014

Thursday, April 17, 2014

Belangsungkawa YB Karpal Singh, Pejuang Keadilan Malaysia





KAMPAR: Bukit Gelugor MP and veteran DAP leader Karpal Singh was killed when the car he was travelling in collided with a five-tonne lorry near Gua Tempurung on the North South Expressway here early Thursday.

The impact of the crash at about 1am killed the prominent lawyer and his assistant, C Michael, on the spot. Karpal's son, Ramkarpal, and the car's driver, C Selvam, were injured.

Karpal's Indonesian domestic helper was also injured and is in critical condition.He was on his way to Penang to attend a court case later in the day.

Video Belangsungkawa YB Karpal Singh oleh Malaysiakini



Kata-kata Terakhir Karpal Singh Di Parlimen Malaysia kepada Speaker

"Jangan main-main dengan Perlembagaan"


Sunday, April 6, 2014

#MH370 : Media massa digesa persoal integriti Perisikan US berhubung kehilangan MH370 - Matthias Chang


The trillion dollar question to the U.S. and its intelligence services

Let me state from the outset that I totally agree with the press statements by Malaysia’s Defence Minister and Acting Transport Minister, Datuk Seri Hishammuddin Hussein that “we have conducted ourselves fairly, responsibly and history will judge us for that.”

And to a mischievous and presumptuous question from a correspondent of the Financial Times, Datuk Seri with confidence and integrity rightly said without any fear of contradiction that, “I don’t think we could have done anything different from what we have already done.”  Well done!

The Financial Times, CNN and other foreign media ought to pose similar questions to the US and its intelligence services and stop insinuating that Malaysia has not been transparent and/or engaged in a cover-up. Foreign media should stop engaging in dirty politics!

It is my hope that following the publication of this article, Malaysian mass media will focus on questioning the integrity of the US’s assistance to Malaysia in the first three weeks of the SAR mission, notwithstanding its recent offer of more assistance.

I take comfort that my reservations about the US and its intelligence services as well as other intelligence services closely linked to the US, especially British secret service, have been more than vindicated by Reuters in its news report on 28th March, 2014 entitled Geopolitical games handicap hunt for flight MH370



The search for flight MH370, the Malaysian Airlines jetliner that vanished over the South China Sea on March 8, has involved more than two dozen countries and 60 aircraft and ships but has been bedevilled by regional rivalries.

… With the United States playing a relatively muted role in the sort of exercise that until recently it would have dominated, experts and officials say there was no real central coordination until the search for the plane was confined to the southern Indian Ocean, when Australia largely took charge.

Part of the problem is that Asia has no NATO-style regional defence structure, though several countries have formal alliances with the United States. Commonwealth members Malaysia, Singapore, New Zealand and Australia also have an arrangement with Britain to discuss defence matters in times of crisis.

As mystery deepened over the fate of the Boeing 777 and its 239 passengers and crew, most of them Chinese, it became clear that highly classified military technology might hold the key.

But the investigation became deadlocked over the reluctance of others to share sensitive data, a reticence that appeared to harden as the search area widened.

This is turning into a spy novel,” said an envoy from a Southeast Asian country, noting it was turning attention to areas and techniques few countries liked to publicly discuss.

Ultimately, the only country with the technical resources to recover the plane – or at least its black box recorder, which could lie in water several miles deep – may be the United States. Its deep-sea vehicles ultimately hauled up the wreckage of Air France 447 after its 2009 crash into a remote region of the South Atlantic.

While Putrajaya has been forced to reveal some of the limits and ranges of its air defences, the reluctance of Malaysia’s neighbours to release sensitive radar data may have obstructed the investigation for days.

At an ambassadorial meeting in the ad hoc crisis centre at an airport hotel on March 16, Malaysia formally appealed to countries on the jet’s possible path for help, but in part met with polite stonewalling, two people close to the talks said.

Some countries asked Malaysia to put its request in writing, triggering a flurry of diplomatic notes and high-level contacts.

‘It became a game of poker in which Malaysia handed out the cards at the table but couldn’t force others to show their hand,“ a person from another country involved in the talks said.

As in the northern Indian Ocean, where Chinese forces operate alongside other nations to combat Somali piracy, current and former officials say all sides are almost certainly quietly spying on and monitoring each other at the same time. (emphasis added)

WantChinaTimes, Taiwan reported:
The United States has taken advantage of the search for the missing Malaysia Airlines flight to test the capabilities of China’s satellites and judge the threat of Chinese missiles against its aircraft carriers, reports our sister paper Want Daily.
Erich Shih, chief reporter at Chinese-language military news monthly Defense International, said the US has more and better satellites but has not taken part in the search for flight MH370, which disappeared about an hour into its flight from Kuala Lumpur to Beijing in the early hours of March 8 with 239 people on board. Shih claimed that the US held back because it wanted to see what information China’s satellites would provide.

The above is the reality which we have to confront. Therefore, desist any attempt to label the above mainstream media articles as a “conspiracy theory”. Reuters has let the Genie out of the bottle!

Malaysia’s Minister of Transport Datuk Seri Hishammuddin gave hints of Malaysia’s difficulties (as his hands were tied by intelligence protocols and or refusal by the relevant foreign intelligence services and diplomatic reluctance) but our local media failed to appreciate the nuances of his statements by not directing their questions at those parties that have failed Malaysia as their neighbour and in their duties under various defence treaties and arrangements.

Malaysian media, please read at the minimum three times, the sentences in bold AND WAKE UP TO THE REALITY that our country has been badly treated even though our country put all its national security cards on the table so that countries whose nationals are passengers on flight MH 370 could come forward with sincerity to assist in resolving this unfortunate tragedy which is not Malaysia’s making.

Malaysia is but a victim of this tragedy whose plane, MH 370 was used for a hidden agenda for which only time will reveal.

In my previous article posted to the website on the 27th March, 2014, I exposed how Israel is exploiting the tragedy to create public opinion for a war against Iran, a Muslim country that has close ties with Malaysia.

At the outset of the SAR Mission, all concerned stated categorically that every scenario, no matter how unlikely would be examined critically with no stones left unturned – terrorist hijacking, suicide mission, technical failures, inadequate security, criminal actions of the pilot and or co-pilot etc.

Given the above premise, families of the passengers and the crew of MH 370 have every right to ask the following questions of the US and other countries that have sophisticated technologies to track and monitor airplanes and ships in all circumstances.

Such questions should not be shot down by those who have a hidden agenda that such queries amount to “conspiracy theories”. Far from being conspiracy theories, we assert that the questions tabled below and the rationale for asking them are well founded and must be addressed by the relevant parties, failing which an inference ought to be drawn that they are complicit in the disappearance of MH 370.

Lets us begin.

1)        Was the plane ordered to turn back, if so who gave the order?

2)        Was the plane turned back manually or by remote control?

3)        If the latter, which country or countries have the technologies to execute such an operation?

4)        Was MH 370 weaponised before its flight to Beijing?

5)        If so, what are the likely methods for such a mission – Biological weapons, dirty bombs?

6)        Was Beijing / China the target and if so why?

7)        Qui Bono?

8)        The time sequence of countries identifying the alleged MH 370 debris in the Indian ocean was first made by Australia followed by France, Thailand, Japan, and Britain via Immarsat. Why did US not offer any satellite intelligence till today?

9)        Prior to the switch of focus to the Indian ocean, was the SAR mission in the South China seas, used as a cover for the deployment of undersea equipment to track and monitor naval capabilities of all the nations’ navies competing for ownership of disputed territorial waters? Reuters as quoted above seems to have suggested such an outcome.

10)     Why was there been no focus, especially by foreign mass media, on the intelligence and surveillance capabilities of Diego Garcia, the strategic naval and air base of the US?

11)     Why no questions were asked whether the flight path of MH 370 (if as alleged it crashed in the Indian Ocean), was within the geographical parameters of the Intelligence capabilities of Diego Garcia? Why were no planes deployed from Diego Garcia to intercept the “Unidentified” plane which obviously would pose a threat to the Diego Gracia military base?

12)     The outdated capabilities of the Hexagon satellite system deployed by the US in the 1970s has a ground resolution of 0.6 meters;  what’s more, the present and latest technologies boast the ability to identify objects much smaller in size. Why have such satellites not provided any images of the alleged debris in the Indian Ocean? Were they deliberately withheld?

13)     On April 6th, 2012, the US launched a mission dubbed “NROL-25” (consisting of a spy satellite) from the Vandenberg Air Force Base in California. The NROL-25 satellite was likely rigged with “synthetic aperture radar” a system capable of observing targets around the globe in daylight and darkness, able to penetrate clouds and identify underground structures such as military bunkers. Though the true capabilities of the satellites are not publicly known due to their top-secret classification, some analysts have claimed that the technology allows the authorities to zoom in on items as small as a human fist from hundreds of miles away. How is it that no imagery of MH370 debris was forwarded to Malaysia, as this capability is not classified though other technologies might well remain classified? (Source: Slate.com)

14)     Could it be that the above capabilities were not as touted?

15)     However, in December, 2013, the USAtlas V rocket was launched carrying the spy satellite NROL-39 for the National Reconnaissance Office, an intelligence agency which is often overshadowed by the notorious National Security Agency (NSA), only it scoops data via spy satellites in outer space. The “NROL-39 emblem” is represented by the Octopus a versatile, adaptive, and highly intelligent creature. Emblematically, enemies of the United States can be reached no matter where they choose to hide. The emblem boldly states “Nothing is beyond our reach”. This virtually means that the tentacles of America’s World Octopus are spreading across the globe to coil around everything within their grasp, which is, well, everything (Source: Voice of Moscow). Yet, the US with such capabilities remained silent. Why?

It cannot be said that it is not within the realm of probabilities that the US may not want the plane MH 370 to be recovered if rogue intelligence operators were responsible for the disappearance of MH 370.

If the above questions have been posed to the US and other intelligence agencies and answers are not forthcoming, I take the view that the Malaysian government ought to declare publicly that our national sovereignty and security have been jeopardized by the disappearance of MH 370 and that the relevant intelligence agencies have been tacitly complicit in the disappearance of MH370.

By coming out openly to explain the predicament faced by our country, Malaysia may prevent a hostile act against a third country.

I therefore call upon Malaysian mass media to be courageous and initiate such queries as only the US and other intelligence agencies can give definitive answers to the above 15 questions.

It is futile to demand answers from Malaysia as we are not in any position to supply the information as we do not have the capabilities of the global and regional military powers.

Malaysians must unite behind the government so that our leaders need not feel that they are alone shouldering this enormous burden. -- http://www.globalresearch.ca/

* Matthias Chang is a prominent Malaysian lawyer and author, who served as political secretary and adviser to former Prime Minister Dr. Mahathir Mohamad.

Saturday, April 5, 2014

Teori Konspirasi #MH370 : Penduduk Maldives dakwa pesawat di Diego Garcia menggemparkan US

MH370 : Ketenteraan US Gementar Apabila Didakwa Oleh Penduduk Maldives Mendarat Di Diego Garcia

 SPEKULASI berhubung MH370 sentiasa wujud sejak hari pertama pesawat MAS itu hilang 8 Mac lalu dan spekulasi atau teori ini akan tetap dibangkitkan di internet selagi pesawat ini tidak berjaya ditemui.

Sehingga kini, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) masih gagal menemui sebarang objek yang boleh dikaitkan dengan MH370.

Walaupun sebelum ini satelit telah berjaya mencerap beberapa objek di selatan Lautan Hindi dan pesawat menjumpai serpihan di lokasi SAR namun ia disahkan bukan milik MH370.



Terdapat pelbagai spekulasi yang dibangkitkan termasuk yang mengatakan pesawat itu sudah mendarat secara rahsia di China dan ada juga yang mendakwa pesawat mendarat di Pakistan ataupun Hong Kong.

Namun, terdapat satu teori yang dilihat mendapat respons yang tinggi dari masyarakat dunia iaitu teori pesawat mendarat di Diego Garcia, sebuah pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Lautan Hindi.

Diego Garcia terletak di selatan Kepulauan Maldives dan merupakan pangkalan tentera AS yang penting dalam kempen serangan AS terutama terhadap Iraq dan Afghanistan.

Dakwaan penduduk Maldives kukuh

Spekulasi yang mengaitkan Diego Garcia ini mula dibangkitkan secara serius apabila apabila penduduk di Maldives mendakwa melihat pesawat terbang rendah di selatan kepulauan tersebut.

Ada pihak mendakwa pesawat tersebut merupakan MH370 dan telah mendarat di Diego Garcia kerana kedudukan kedua-dua pulau yang berdekatan.

Jarak antara Diego Garcia dengan Addu City, yang terletak di selatan Kepulauan Maldives (Pulau Addu) adalah 740km.

Difahamkan, teori ini timbul berdasarkan kiraan secara kasar waktu MH370 membuat pusingan balik di sempadan Malaysia – Vietnam dan waktu ketika penduduk Maldives melihat pesawat tersebut.

MH370 berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi dan pesawat ini terputus hubungan pada 1.21 pagi.

Jika diambil kira penerbangan dari KLIA ke Maldives iaitu sekitar 4 jam, 24 minit dan waktu penduduk Maldives melihat pesawat iaitu 6.15 pagi, jumlah waktu penebangan ini adalah relevan.

Ini kerana, waktu penerbangan ini perlu ditambah 40 minit iaitu tempoh MH370 berpatah balik hingga kedudukan pesawat hilang dari radar.

Teori penduduk Maldives ini tidak boleh ditolak begitu sahaja kerana penduduk di Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan, Perak dan Terengganu juga mendakwa mereka melihat pesawat terbang rendah pada hari malang buat MH370 itu.

Difahamkan, pesawat tersebut adalah MH370 berdasarkan radar tentera yang berjaya mengesan pesawat tersebut membuat pusingan balik menghala ke Selat Melaka.

Spekulasi Diego Garcia terus berada di tempat pertama

Selain itu, teori Diego Garcia ini juga dikaitkan menerusi mimpi seorang ustaz yang mendakwa MH370 mendarat di sebuah pangkalan tentera dan penumpang serta kru masih selamat.




Antara teori yang menarik berhubung Diego Garcia adalah spekulasi bahawa tentera AS telah mengawal MH370 sebaik sahaja pesawat itu hilang dari radar.

Spekulasi tersebut mengaitkan dakwaan tentang wujud peralatan ketenteraan yang menjadi rebutan kuasa besar dunia dalam pesawat tersebut.

Alat tersebut dikatakan berkemampuan untuk mengawal Drone tanpa pemandu yang pernah digunakan ketika AS berperang di Afghanistan.

Difahamkan, China berusaha untuk membawa pulang sistem ketenteraan ini menerusi laluan pesawat komersil yang dianggap lebih selamat.

Namun, AS berjaya memintas pesawat ini dan membawa MH370 keluar dari radar Malaysia menuju ke Lautan Hindi bagi mengelak di kesan radar mana-mana negara dan kemudiannya dibawa ke Diego Garcia untuk disimpan di sana.

Nasib penumpang tidak diketahui tetapi pesawat MH370 itu dikatakan diterbangkan semula untuk terhempas Lautan Hindi menggunakan sistem kawalan jarak jauh.

Apa yang paling menarik dalam spekulasi ini adalah landasan lapangan terbang Diego Garcia adalh antara lima penemuan pasukan penyiasat dalam program simulator milik Kapten Zaharie Ahmad Shah yang diambil dari rumahnya di Shah Alam.

Selain Diego Garcia, antara perisian landasan yang diperiksa setakat ini ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives serta tiga lagi landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan lebih 1,500 meter.

Namun, pihak penyiasat sehingga kini masih menafikan dakwaan MH370 mendarat di Diego Garcia dan pasukan penyiasat berpegang kepada maklumat bahawa MH370 berakhir di Selatan Lautan Hindi.

Berakhir, bukannya terhempas di Lautan Hindi

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi berdasarkan kepada siasatan syarikat satelit Inmarsat dan Air Accident Investigation Branch (AAIB) di Britain.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam temubual bersama media tempatan memberitahu berhubung persoalan mengenai Diego Garcia, beliau sendiri akan bertanya kepada AS dalam Forum Pertahanan Amerika Syarikat-Asean yang bermula kelmarin.

Spekulasi sentiasa wujud, selagi operasi SAR di selatan Laut Hindi tidak berjaya menjumpai sebarang objek yang boleh dikaitkan dengan MH370.

Sehingga kini operasi SAR yang diketuai Australia masih gagal menemui petunjuk yang jelas di mana pesawat ini berada dan mereka kini sedang berusaha untuk mengesan perakam kotak hitam milik MH370 sebelum kuasa baterinya habis.

Menteri Pertahanan Australia, David Johnston mengakui, usaha mencari kotak hitam itu hanya mempunyai peluang tipis berikutan serpihan pesawat perlu dikenal pasti terlebih dahulu bagi mengesan lokasi kemalangan pesawat tersebut.

“Kami mempunyai kira-kira seminggu sahaja untuk mengesan kotak hitam pesawat MH370. Malah, ia juga bergantung kepada suhu, kedalaman dan tekanan laut, berapa lama kuasa baterinya boleh bertahan,” katanya.

Tumpuan siasatan kini masih tertumpu kepada empat elemen iaitu melibatkan rampasan, sabotaj, masalah peribadi kru dan penumpang.

Sehingga kini siasatan polis telah selesai dan polis mendapati semua penumpang pesawat MAS yang hilang “bersih” daripada elemen rampas, sabotaj dan masalah psikologi dan peribadi.

Namun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, siasatan terhadap anak kapal termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang masih dijalankan.

Menurut sumber yang enggan dikenali, arah tuju pesawat yang menghala ke Lautan Hindi itu sendiri telah jelas menunjukkan pesawat itu dirampas dan bukan akibat masalah pada pesawat ataupun dikawal dari jarak jauh.

“Pesawat itu menuju ke Lautan Hindi iaitu lautan yang amat sunyi dan sudah tentu ia menuju ke suatu tempat yang tidak diketahui.

“Saya percaya ia melibatkan rampasan tetapi yang menjadi persoalan ialah siapa dan mengapa pesawat itu dirampas,” katanya kepada Sinar Harian.

Spekulasi-spekulasi yang timbul tidak wajar ditolak mentah-mentah kerana sehingga kini bukti atau petunjuk yang boleh dikaitkan dengan MH370 masih belum ada.

Apa sahaja yang dibangkitkan di internet masih boleh diterima, sekiranya teori tersebut mempunyai fakta atau hujah sokongan yang relevan.

Kini, kesemua persoalan berhubung ‘di mana MH370′ tertumpu kepada operasi SAR yang diketuai oleh Australia, sama ada jawapan ini terjawab dalam masa terdekat ataupun tidak, ia bergantung kepada ketentuan Tuhan, kita manusia hanya mampu merancang sahaja.
– SINAR HARIAN

Friday, April 4, 2014

7 Gagasan AMK Baru untuk anak muda Keadilan


Pemimpin AMK Baru di hari Penamaan Calon Pimpinan AMK


7 GAGASAN AMK BARU 








Monday, March 31, 2014

Calon Pimpinan AMK Baru untuk Pemilihan AMK

Senarai calon-calon AMKBaru untuk Pemilihan AMK 2014. 

Maklumat dan senarai penuh barisan calon-calon pasukan AMK Baru iaitu calon Ketua, Timbalan Ketua, Naib-naib Ketua dan 20 Ahli Majlis Pimpinan AMK boleh dirujuk di akaun Twitter rasmi @amkbaru.

Anda juga boleh mendapatkan maklumat terkini berkaitan pasukan AMK Baru menerusi laman Facebook rasmi di www.facebook.com/amkbaru dan juga akaun Instagram rasmi www.instagram.com/amkbaru.

Dijemput LIKE, FOLLOW dan SHARE sebarang informasi di laman media sosial pasukan AMK Baru dengan menggunakan hashtag #AMKBaru



x

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews