Terkejut membaca keratan akhbar The Star memaparkan Kerajaan P.Pinang menjual tanah kerajaan dengan skala saiz yang besar berkeluasan 190hektar di Batu Kawan dengan harga RM 1.02bil kepada Eco World Grp Bhd.
Dimaklumkan juga ia dijual secara terbuka dan hanya Eco World sahaja memasuki bidaan untuk tanah tersebut. Eco World sebelum dikaitkan dengan pembelian tanah di Selangor sehingga membawa pemecatan TS Khalid sebagai ahli parti Keadilan kononnya wujud kontroversi.
Eco World ini dipengerusikan oleh TS Abd Rashid Manaf yang dikaitkan kroni TS Daim dan UMNO manakala CEO dan Presiden ialah Dato Chang Khim Wah.
Penjualan sebanyak RM 1bil ini dikira berdasarkan harga RM50per sq ft tanah tersebut. Pihak Eco dalam kenyataannya tujuan membeli tanah tersebut adalah untuk membina Golf Course ,waterfront city dan pembangunan bercampur.
Tidak dinyatakan dengan jelas berkenaan rumah mampu milik atau kos sederhana dinyatakan dalam pelan perancangan.
Apakah Ketua Menteri Lim Guan Eng tahu berkenaan hal ini yang memegang EXCO Tanah juga?
Ya tanah itu sudah dijual, namun pelan pembangunan haruslah menekankan perihal faedah besarnya pada rakyat bawah.
Kita tidak mahu apabila dibangunkan kelak pembangunan pesat di Batu Kawan, rakyat P.Pinang sendiri terutama orang Melayu tidak dapat membeli rumah di kawasan tersebut disebabkan harga yang tinggi.
Tanah kerajaan negeri walaupun dijual seharusnya manfaat besarnya akhirnya kepada rakyat negeri sendiri bukan segelintir kroni dan pemaju.
Jika melihat gambar di bawah jelas luahan kekecewaan oleh anak jati P.Pinang , TS Ani Arope, Mantan Pengerusi TNB yang khuatir penjualan tanah di Batu Kawan menyebabkan harga rumah melambung tinggi di kawasan tersebut.
No comments:
Post a Comment