Pakatan Rakyat sudah menghampiri fasa terakhir penentuan ‘hidup mati’
perjuangan yang didokongi majoriti rakyat yang mendambakan perubahan
besar dalam lanskap politik negara.
Selama lebih 55 tahun, rakyat berada di dalam tempurung cengkaman BN.
Mahu tidak mahu rakyat ‘terpaksa’ menuruti segala kehendak dan acuan
yang ditentukan BN selama ia memerintah.
Berikutan dengan tempoh berkuasa yang melepasi setengah abad, Umno-BN
menjadi suatu institusi yang sangat dominan. Ia mendominasi institusi
Raja, ia menguasai Parlimen, ia ‘mendictate’ institusi kehakiman,
menguasai polis, SPR, SPRM dan pelbagai lagi institusi utama dalam
negara.
Penguasaan yang terlalu besar ini menghasilkan suatu keadaan yang
tidak seimbang, di mana seluruh sistem pentadbiran eksekutif, judiciari
dan legislatif, dipergunakan sepenuhnya untuk memperkukuhkan, melindungi
dan memanjangkan hayat BN.
Namun sepanjang mana pun usia sesebuah kerajaan, kehebat mana pun
pemimpinnya, sekuat mana pun institusinya, ia pasti akan mencecah ke
lembah kehancuran dan kepupusan.
Ia akan hancur dan pupus kerana kerajaan yang kuat itu terlalu
bermewahan sehingga menanggung beban hutang yang besar. Ia juga
disebabkan oleh kepimpinan yang terlalu korup dan institusi yang
terbina, sudah tergelincir dari landasan asal perjuangan mereka.
Umno-BN sudah tergelincir jauh, akibat kelalain rakyat yang
memberikan mandat secara ‘absolute’ kepada mereka, sehingga tiada ‘check
and balance’ boleh dipertegaskan agar mereka tidak menyeleweng.
Umno sudah tersasar kerana ia bergabung dengan rakan-rakannya dalam
BN, atas dasar memperjuangkan kepentingan bangsa, tetapi akhirnya bangsa
itu dikesampingkan dengan amalan kronisme, korupsi dan nepotisme yang
melampau.
Justeru, Umno tidak harus dibiarkan untuk kekal berkuasa. Umno tidak
harus diberi peluang sekali lagi untuk menerajui negara selepas PRU13,
kerana ia terbukti gagal memberikan jaminan masa depan yang baik buat
rakyat.
Ia mendakwa berjaya membangunkan negara, membawa arus pemodenan,
tetapi sebaliknya cuba menyembunyikan akibat bahawa negara sudah hampir
muflis kerana menanggung beban hutang yang besar.
Umno terbukti gagal mensejahterakan hubungan antara kaum, apabila
akhbar miliknya sentiasa menyiarkan propaganda rasis yang boleh
mencetuskan permusuhan kaum.
Umno gagal memupuk keharmonian beragama kerana ia sentiasa melakukan
provokasi, sehingga penganut agama tertentu berasa tertekan dan
mempunyai daya sensitiviti yang tinggi.
Umno terbukti jahat ke atas kaumnya sendiri iaitu orang-orang Melayu,
oleh hanya kerana mereka berbeza politik, ia menyekat petroleum,
menghalang pelaburan dan sentiasa mencetuskan ketidakselesaan di
Kelantan, Kedah dan Terengganu.
Pendek kata, Umno adalah spesies yang jahat dan tidak boleh
dipercayai. Semasa ia gah ditampuk kuasa, ia akan menindas dan menzalimi
sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengannya, walaupun yang sebangsa
dan seagama.
Manakala, tatkala ia terjatuh terjelepuk pada PRU 2008, ia mula
menghulurkan tali silaturrahim, dengan alasan jika Melayu tidak bersatu,
bangsa akan musnah.
Sifat hipokrit ini menjadi rutin dan mainan mereka. Mereka
menyalahkan individu tertentu, menyalahkan kaum atau kelompok tertentu,
yang didakwa mengancam masa depan agama dan bangsa, sedangkan selama
lebih 50 tahun, ia menjadi punca kehancuran bangsanya sendiri.
Justeru, bagi rakyat yang amat-amat prihatin dengan masa depan agama,
masa depan anak-anak bangsa, khususnya orang-orang Melayu tidak harus
sama sekali ragu-ragu untuk meninggalkan Umno.
Jika tiga orang bekas Presiden Umno, seperti Dato’ Onn Jaafar, Tunku
Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn sendiri, diakhir hayat mereka menolak
Umno, maka apatah lagi kita, orang kebanyakan.
Maka pada PRU13 ini, pilihlah Pakatan Rakyat. Iaitu Pakatan yang
berjaya memerintah dengan cemerlang di Kelantan, Selangor, Pulau Pinang
dan Kedah.
Pakatan yang bakal membawa kecemerlangan di peringkat Persekutuan dengan mandat besar rakyat pada PRU13.
No comments:
Post a Comment