Belum pernah dalam sejarah Perdana Menteri Malaysia dimalukan sedemikian rupa apabila rakyat P.Pinang yang ramai hadir di Konsert PSY mengatakan "NO" kepada PM Najib Razak yang mengatakan Are You Ready For BN?
Video di atas dirakam oleh Media Corp Singapura yang membuat liputan di majlis sambutan CNY anjuran BN Penang. Rakaman ini jelas memalukan Najib di mata dunia apabila negara jiran dan lain-lain negara mengikuti rakaman ini.
BN ternyata silap mahu melakukan majlis tersebut di Han Ching yang terkenal dengan sokongan kuat mereka kepada DAP. Ceramah politik yang besar selalu dianjurkan di padang dan dewan sekolah Han Chiang ini dan menerima sokongan kuat masyarakay Cina di sini.
Harapan Teng Chang Yeow untuk menjadi Ketua Menteri P.Pinang kini makin pudar bila melihat dengan jelas penolakan masyarakat Cina kepada BN. Rakyat Penang ternyata masih selesa dengan pemerintahan Pakatan Rakyat yang berkebajikan dan banyak melakukan program sosial kepada rakyat.
No comments:
Post a Comment