Himpunan TURUN dikepalai mahasiswa dan anak muda?
Presiden PMUM, Muhammad Kamarul Setapa - himpunan ini adalah manifestasi kemarahan rakyat terhadap kenaikan barang keperluan rakyat atas alasan ‘memperkukuhkan ekonomi’.Bagi beliau, respon pihak kerajaan berkenaan isu kenaikan harga barang cukup mengecewakan dan dilihat seperti memperbodoh-bodohkan rakyat yang dalam kesusahan.
"Oleh itu, sekali lagi saya menyeru mahasiswa, anak muda, dan rakyat Malaysia supaya turun bersama-sama rakyat ke Himpunan Bantah Kos Sara Hidup pada hari ini," - Presiden Persatuan Mahasiswa UM.
Ini adalah kenyataan terbuka yang kedua dari persatuan pelajar universiti tempatan, selepas kenyataan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (SRC-UIAM).Sebelum ini, pemimpin pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang juga Presiden Gabungan Pelajar Islam Malaysia (Gamis), Nor Azan Safar, ditahan polis kerana didakwa mendalangi perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan.
Pemuda PAS turut sertai HIMPUNAN TURUN
Pemuda PAS Malaysia mengerahkan anggotanya menggerakkan penyertaan orang ramai khususnya golongan muda ke perhimpunan membantah kenaikan kos sara hidup pada malam 31 Disember.Lidah parti itu Harakahdaily melaporkan, ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata Pemuda PAS menyokong demonstrasi berkenaan yang akan diadakan untuk menyatakan keresahan masyarakat ke atas kenaikan pelbagai harga barang dan peningkatan kos sara hidup.
AYUH anak muda kita TURUN dan Bantah Kenaikan Kos Sara Hidup yang dilakukan oleh kerajaan!