INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Tuesday, May 29, 2012

UMNO pajak tanah rezab Melayu FELDA di pasaran saham




Perjanjian pajakan tanah di antara Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGV) dan FELDA bertarikh 1 November 2011 memberikan kuasa dan hak milik kepada FGV untuk mengusahakan tanah-tanah yang kini dimiliki oleh FELDA mengikut syarat-syarat perjanjian.

Sejumlah 847,362 ekar tanah yang kini diuruskan oleh Felda Plantations Sdn Bhd terlibat di dalam urusan pajakan ini, yang menjadi syarat utama proses penyenaraian FGV ke Bursa. Tanpa tanah-tanah ini, penyenaraian tersebut akan gagal.

KEADILAN boleh mengesahkan bahawa kami telah mendapat salinan penuh perjanjian dan senarai tanah-tanah yang terlibat. Semakan kami menunjukkan bahawa dari sejumlah 847,362 ekar tanah yang dipajakkan ini, sejumlah 105,382 ekar adalah tanah-tanah yang telah diwartakan sebagai Tanah Rezab Melayu di seluruh negara.

Ini menimbulkan persoalan serius mengenai status tanah-tanah ini kerana tindakan memajakkan tanah-tanah ini kepada FGV boleh melanggar matlamat pewartaan Tanah Rezab Melayu.  Kedudukan FGV selepas ini tidaklah boleh dikira sebagai sebuah syarikat yang berstatus Bumiputra kerana jumlah pegangan saham Bumiputra tidak dapat disahkan. Setakat ini, peneroka Felda hanya diperuntukkan 2.5% dari jumlah pegangan saham sementara kakitangan Felda pula hanyalah 3%. Selebihnya melibatkan badan-badan lain yang dijemput masuk oleh Tan Sri Isa Samad, termasuklah Louis Dreyfus sebuah syarikat antarabangsa yang dikuasai keluarga Yahudi terkenal dari Perancis.

Oleh yang demikian, Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Isa Samad wajar menjelaskan kepada rakyat kenapakah tanah-tanah berstatus rezab Melayu ini turut dipajakkan ke FGV yang disenaraikan di pasaran saham? Apakah jaminan bahawa tanah-tanah ini akhirnya tidak bertukar tangan atau pembangunannya tidak bertentangan dengan semangat pewartaan Tanah Rezab Melayu yang digubal hampir 100 tahun yang lalu?
KEADILAN juga menyeru supaya setiap Kerajaan Negeri di Semenanjung yang terbabit menolak sebarang usaha untuk membatalkan status Tanah Rezab Melayu yang melibatkan tanah 105,382 ekar ini.

Kami menunggu maklumbalas Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Isa Samad sebelum memberikan lebih banyak maklumat mengenai Tanah Rezab Melayu seluas 105,382 ekar ini.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

Monday, May 28, 2012

Anwar Ibrahim Vs Ummi Hafilda (Betina) di Lembah Pantai

 Rakaman FMT



Rakaman Penuh DS Anwar Ibrahim di Lembah Pantai







 a) DS Anwar Ibrahim umumkan mahu turun minyak bila menang PRU 13.

 b) PTPTN- RM 28bil -RM 30 bil . Kos diperuntukan untuk membayar pinjaman hanya sekitar RM 5 bil setahun.




a) Kualiti pidato Ummi Hafilda Ali, anak dara tersohor cukup memukau penyokong UMNO .Ia tiada idea atau gagasan besar tetapi hanya perlu maki, hina dan mencarut pada Anwar Ibrahim dan keluarganya.

Contohnya:  "izzah tak guna kau pakai tudung, bapak ko kaki betina"

b) Video ceramah ini diharapkan dapat memberi semua rakyat Malaysia menilai  siapa itu perempuan atau betina sundal. Siapa yang berada di pihak benar samada Azmin atau Ummi Hafilda? Belum pernah saya menyaksikan ucapan seorang perempuan bertudang yang sebegini jijiknya dan tidak adab sopan perempuan Melayu.






Wednesday, May 16, 2012

Sembang Pencerahan bersama Hasmi Hashim anjuran AIC


Anwar Ibrahim Club (AIC) menjemput anak muda  untuk menghadiri program

SEMBANG PETANG BERSAMA HASMI HASHIM 
aka BUDDHI HEKAYAT

membicarakan soal

ANAK MUDA & GAGASAN PENCERAHAN

bertempat di

Rumah AIC, No. 17, Jalan 16/2 Seksyen 16
 Petaling Jaya ,Kuala Lumpur 

pada 20 Mei 2012 jam 3 petang


Makan & minum petang disediakan untuk hadirin

Monday, May 14, 2012

Demonstrasi Hapuskan TOL di Batu Tiga dan Sg Rasau yang membebankan

Hapuskan Tol Batu Tiga !. Jalan dulu 4 lorong perbesarkan jadi 6 lorong dan kenakan tol hampir 20 tahun. Ini hanya membebankan orang Shah Alam ke KL.

Demonstrasi ini bermula pada pukul 2 dan berakhir pada pukul 4 petang anjuran Pakatan Rakyat Selangor itu turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan DUN Pandamaran, Ronnie Liu.Selain membawa kain rentang bertulis 'Hapuskan tol baru betul' dan 'Hapuskan tol demi rakyat', mereka melaungkan "Hidup Rakyat", "Undi Pakatan Rakyat tak bayar tol, undi BN bayar tol", dan "Hapuskan tol".

Kumpulan itu turun mengedarkan pelekat kereta dengan slogan 'Hapuskan tol demi rakyat' kepada orang ramai yang melalui tol tersebut sebanyak 1000 keping.Hadir sama di perhimpunan tersebut ialah ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad yang turut menyifkatkan tol bagi Lebuhraya Persekutuan itu sebagai "paling mengarut dalam negara."

Katanya, jalan yang menghubungkan Klang dengan Shah alam itu telahpun wujud sejak 1950 dan pemegang konsesi itu hanya melebarkan jalan tersebut kepada enam lorong.Kutipan tol pula bermula sejak tahun 1992, katanya.

"Selepas 20 tahun digunakan dan meraih puluhan ribu ringgi setiap hari, tidakkah patut mereka mansuhkan tol ini sekarang? - YB Khalid Samad 


@Ikhwanhafiz : Tamatnya  Sekolah Politik di Hotel Quality, saya dan  pimpinan AIC seperti Mazli dan Azuan bergegas ke TOL Batu Tiga untuk menjalani praktikal berdemo yang sebenar. Tak disangka juga turut ditemubual oleh wartawan Mob TV untuk mewakili respon rakyat terhadap demo hapuskan tol. Boleh lihat link video dibawah.

Video - AMK Selangor Demo Tuntut Mansuh Tol @ http://www.mobtv.my/current_affairs-1373.htm


Ketua AMK dan YB Yaakub Sapari

 

Tuesday, May 8, 2012

Video menarik BERSIH 3.0





Video menonjolkan aspirasi rakyat Malaysia mahukan perubahan  Pilihanraya Malaysia yang bersih dan adil.




Video memaparkan tuntutan BERSIH turut diraikan di 72 bandar seluruh dunia oleh rakyat Malaysia di luar negara.



Perutusan DS Anwar Ibrahim selepas BERSIH 3.0 di Sentul.

a) 28 April - Hari Merdeka Rakyat !
b) Suara Rakyat, Suara Keramat !

Monday, May 7, 2012

Ketua Geng Samseng Ludah cuba halang Chegu Bard serah memo di Bukit Aman




Chegu Bard (SAMM) datang ke IPK Bukit Aman untuk menyerahkan memorandum  kepada PDRM telah bertembung dengan Ketua Geng Samseng Ludah, Arman Azha yang lagak samseng dan angkuh memaki hamun geng Pro Bersih.

Anda lihat mentaliti Arman Azha ternyata jelik dengan lagak samseng yang angkuh.
 

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews