INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Monday, December 19, 2011

Mahasiswa (SMM) respon kepada Pemuda UMNO tegas tidak mohon maaf isu bendera Najib Rosmah





Penganjur perhimpunan yang menyaksikan bendera Datuk Seri Najib Razak diturunkan di ibu pejabat Umno pada Sabtu lalu tidak akan memohon maaf kerana merasakan ia merupakan hak mereka untuk bersuara.
Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Syukri Abdul Razab menjelaskan, tindakan itu merupakan lambang hilangnya keyakinan mereka terhadap kepimpinan perdana menteri.

Katanya, ini ekoran agenda tranformasi yang diperkenalkan gagal meyakinkan rakyat dalam beberapa dasar, seperti berlakunya tangkapan bawah Akta Keselamatan dalam Negeri ISA selepas diuumum akan dimansuh.

Justeru, bercakap dalam sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Ahmad Syukri berkata, kumpulan mahasiswa tidak akan mengeluarkan sebarang permohonan maaf.

@Pantherian - Kualiti hujah dan pengucapan awam oleh sdr Ahmad Syukri Razab ternyata tenang dan tegas dalam mempertahankan demonstrasi kebebasan akademik ,AUKU dan isu bendera Mat Najib. Ini amat berbeza sekali dengan ucapan ala gangster Pemuda UMNO yang diketuai oleh Songkok Tinggi, Arman Azha yang mahu menampar dan meludah Adam Adli kononnya mahu jadi Panglima mempertahankan Najib Rosmah.

Lihat juga kualiti kenyataan dari YDP MPP UPSI,Muhd Afiq Zikri yang mengecam Adam Adli :

As salam dan selamat sejahtera.... saya SANGAT TIDAK menyokong tindakan menurunkan bendera dan melakukan perarakan yang khabarnya ingin mnyampaikn memorandum di PWTC semalam.. Tindakan menurunkan bendera di sana bagi saya telah menjatuhkn martabat mahasiswa terutamanya UPSI.... Jika sekadar untuk menyampaikn memorandum,pada khemat saya banyak medium lain yang boleh digunakan.. Mengapa perlu di jalanan? Begitukah cara mahasiswa yg intelek? Jika betul apa yang mereka lakukan, mengapa hanya segelintir mahasiswa yang menyertainya? Adakah mereka layak membawa suara mahasiswa secara keseluruhannya? Atau hanya membawa suara pihak berkepentingan? Bgi sy, tidak perlu menurunkan bendera tersebut, ia satu tindakan yg biadap dan mencalarkan imej MAHASISWA terutama Universiti sendiri.. Ini pendirian saya selaku Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar UPSI dan juga salah seorang MAHASISWA..!!!... Bagi saya manusia sebeginilah yang mencalar dan merosakkan nama baik bakal seorang pendidik khususnya UPSI... Kerana insan beginilah usaha untuk memastikan penempatan pelajar semakin sukar... Terima Kasih Menambah Kerja saya yang dah hampir selesai, menjadi tidak selesai.... 

YDP MPP UPSI ,Muhd Afiq Zikri.

Lihat Link ini untuk menonton ucapan alat gangster Pekida oleh Arman Azha

No comments:

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews