INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Friday, April 30, 2010

AMK desak PM pecat KPN Musa Hassan




Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) memandang serius akan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dalam respon beliau kepada media mengenai insiden tembakan ke atas Allahyarham Aminulrasyid Amzah beberapa hari lepas.

Kenyataan beliau, sebagaimana yang dipapar di beberapa media internet semalam dilapor seperti berikut:

"Jika anda tidak mahu polis menguatkuasakan undang-undang, cakap saja.Saya boleh arahkan anggota-anggota saya supaya jangan buat apa-apa termasuk memeriksa kenderaan atau menangkap Mat Rempit yang memandu tanpa lesen."

Kenyataan seumpama ini adalah jelas satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab, malah lebih memalangkan keluar daripada mulut seorang Ketua Polis Negara yang sepatutnya mengutamakan kesejahteraan dan keselamatan rakyat.

Kenyataan Musa ini menggambarkan seolah-olah rakyat dan media tidak mempunyai hak untuk mempersoalkan sekelumitpun kerja polis, dan rakyat perlu menerima seluruhnya tugas polis, walaupun berlaku cacat cela dan penyelewengan, tanpa kompromi.

AMK percaya bahawa persepsi rakyat ke atas polis sekarang berada di tahap yang mendukacitakan, rentetan pelbagai salah laku dan salah tindakan yang diambil, sekecil kes rasuah jalanan sehinggalah sebesar penglibatan Asiasoft, sebuah syarikat yang berpangkalan di Tel Aviv, Israel yang mempunyai akses ke dalam sistem maklumat PDRM.

Kes yang melibatkan A.Kugan (mati dalam lokap), A. Gnanapragasam (mati dalam lokap), Suwandi Ab Ghani dan Muhammad Azman Aziz (tembakan di program Bersih, Batu Buruk), Tawfiq Noorzan (tembakan di Perlis), A.Gnanapragasam (mati dalam lokap), Norizan Salleh (tersalah tembak), dan terbaru Aminulrasyid, menggambarkan berlaku kepincangan kepimpinan yang serius di dalam PDRM.

Lebih mendukacitakan, kesemuanya berlaku di bawah kepimpinan Musa selaku Ketua Polis Negara. Dan kenyataan susulan seperti di atas jelas menggambarkan bahawa beliau gagal menjulang aspirasi rakyat untuk dijamin keselamatan mereka sepenuhnya.

AMK menggesa Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri untuk mengambil serius akan kenyataan ini. Kenyataan tersebut sangat berat dan AMK yakin betapa wujud keperluan yang mendesak agar Musa dipecat ataupun digantung tugas bagi menjamin profesionalisme dalam siasatan lanjut ke atas beberapa kes lain yang bersabitan.

AMK percaya, sekiranya Perdana Menteri masih serius dengan Program Transformasi Kerajaan dan juga NKRA yang dilaung-laungkan di bawah slogan "rakyat didahulukan", maka langkah pertama untuk menjayakan NKRA mengurangkan kadar jenayah, ialah memperkemas pengurusan dan kepimpinan polis dengan memecat Musa.

Rakyat akan memerhati, dan terus memerhati, apakah slogan yang menelan belanja puluhan juta ringgit ini benar-benar satu pelaksanaan, ataupun sekadar retorika politik.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Thursday, April 29, 2010

Wajah sebenar FELDA yang menipu Melayu(manipulasi gred harga kelapa sawit)

JOHOR BARU: The High Court yesterday dismissed an application for arbitration by Felda (Federal Land Development Authority) and an oil palm processing factory in a writ of summons by 645 settlers from Felda Moakil, Labis.

Settlers offering prayers of gratitude at the court in Johor Baru yesterday. — NST picture by Roslan Khamis
Settlers offering prayers of gratitude at the court in Johor Baru yesterday. — NST picture by Roslan Khamis

High Court judge Datuk Zakiah Kassim dismissed with costs an application by Felda and Felda Palm Industries Sdn Bhd, which runs the factory, to suspend the writ.

Zakiah, who delivered her decision in chambers, said the court was of the opinion that the application from Felda did not fulfil the legal requirement for it to be referred for arbitration.

The court agreed that the settlers' claims were related to the manipulation of oil palm grading, which was outside the jurisdiction under the Arbitration Act 2005.

It also held that the factory, Felda Palm Industries, was a separate legal entity and was not party to the previous agreement between the appellant and Felda.

In their writ of summons filed on June 16 last year, the settlers claimed that Felda and the factory had manipulated the grading system of oil palm that resulted in losses on their part.

The Felda settlers had sold their oil palm fruit to the factory.

They are claiming RM80 million in compensation for losses incurred during a duration of 17 years.

Fourteen busloads of 700 Felda Moakil settlers involved in the case and their family members were present at the court compound.

*** Inilah wajah sebenar FELDA yang berterusan menipu orang Melayu miskin luar bandar. Bila PRK, mereka datang dengan UMNO menabur wang untuk beli undi dan kononnya selesai masalah.Tetapi masalah penipuan dan khianat amanah ini seolah tidak selesai dan kini ia belaku di Johor( kubu kuat UMNO).

Mana dia pemimpin UMNO Johor? ni nasih Melayu kampung yang ditipu hidup2 ...

FELDA -pengkhianat amanah orang Melayu !

Wednesday, April 28, 2010

Peguam France ke KL siasat skandal Scorpene Altantuya

Terjemahan dari Asia Sentinel


Joseph Breham, seorang daripada anggota perundangan Perancis yang memfailkan aduan di mahkamah di Paris berhubung skandal pembelian kapal selam kepada kerajaan Malaysia dijangka mendarat di Kuala Lumpur hari ini.

Misi Breham (kanan) adalah untuk mencari maklumat lanjut bagi menyediakan kes berkenaan serta berjumpa dengan pertubuhan hak asasi manusia, Suaram, yang juga adalah anak guamnya dalam kes berkenaan.

Perjanjian pembelian kapal selam yang menelan belanja berbilion dolar itu dimeterai oleh menteri pertahanan ketika itu (2002), Datuk Seri Najib Razak yang kini adalah perdana menteri Malaysia.

Perjanjian itu dikatakan memberi komisyen RM3.7 billion kepada seorang sekutu rapat Najib, Abdul Razak Baginda.

Nilai pembelian itu adalah untuk memperolehi dua kapal selam kelas diesel - yang dibina oleh Armaris, sebuah anak syarikat firma pertahanan gergasi Perancis, DCN (yang dulunya dikenali sebagai Direction des Constructions Navales) dan pemajakan kapal selam ketiga yang sudah bersara yang diusahakan oleh sebuah syarikat usahasama antara DCN dan firma, Sepanyol, Agosta.

Breham, seora
ng daripada tiga peguam yang memfailkan kes berkenaan dengan pihak pendakwaan Perancis bagi pihak Suaram memberitahu Asia Sentinel bahawa mahkamah Perancis telah membuka siasatan awal dan akan menasihatkan anak guamnya berhubung langkah seterus mereka.

Breham, Renaud Semerdjian dan peguam utama, William Bourdon, memfailkan permohonan bagi menyiasat rasuah dan wang umpanan ke atas DCN pertama kali pada Disember dan memfailkan dokumen tambahan pada Februari lalu.

Kes berkenaan menjadi tajuk utama media di Malaysia berikutan pembunuhan ngeri seorang penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu, pada Oktober 2006 yang juga adalah kekasih Razak Baginda yang mengiringinya ke Perancis berhubung beberapa urusniaga pembelian kapal selam berkenaan.

Alta
ntuya yang juga seorang model dijumpai dalam keadaan berkecai diletupkan dengan bahan peledak milik pihak keselamatan di sebuah hutan di luar Kuala Lumpur.

Dua daripada polis pengawal peribadi Perdana Menteri yang diarahkan menghalang Altantuya oleh ketua staff Najib, Musa Safri telah didapati bersalah oleh makamah dan dijatuhkan hukuman mati.

Namun, Najib, mahupun Musa belum disoal-siasat oleh pihak berkuasa berhubung kes berkenaan.

Walaupun rekod menunjukkan bahawa Najib berada di Perancis pada masa yang sama ketika Altantuya dan Razak Baginda, beliau berulang-kali telah bersumpah kepada Allah bahawa dia tidak mengenali model Mongolia itu.

Sebuah laporan yang difailkan oleh seorang penyiasat persendirian yang diupah oleh Razak Baginda mendakwa Altantuya adalah kekasih pertama Najib.

Selepas Altantuya dibunuh, pihak berkuasa menjumpai sepucuk surat yang mengatakan bahawa wanita itu akan memeras ugut Razak Baginda untuk sejumlah US$500,000, walaupun tujuan wang itu tidak disebut.

Selain kos kapal selam dan juga komisyen yang tinggi, lebih menggemparkan kontrak asal menyebut kapal selam berkenaan tidak mempunyai kelengkapan senjata dan peralatan mengesan. Pihak ketenteraan Malaysia perlu membuat bayaran tambahan €130 juta (RM550 juta) untuk melengkapkan kapal selam itu.

"Adakah ini bermakna, kita membeli besi kosong?" soal seorang pegawai tentera yang tidak mahu dikenali, menerusi email kepada Asia Sentinel.


" Razak - NAjib- Altantuya-Rosmah "...

Siapa manusia yang mengtekedarah Duit Komisyen Kapal Selam ??

Tuesday, April 27, 2010

Keadilan untuk Adik Aminulrashid - PDRM salahguna kuasa


Saya mengucapkan takziah dan rasa simpati saya terhadap keluarga adik Aminulrashid. Al Fatihah ... semoga keluarga tabah dengan pemergian arwah.

KEADILAN UNTUK ADIK AMINULRASHID !

SAYA MENGECAM KEKEJAMAN YANG DILAKUKAN OLEH PRDM !


LUAHAN ibu Aminulrashid ,Pn Norsiah Mohamad,

Ibu kepada pelajar berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah, yang mati ditembak polis awal pagi semalam, meminta polis menyiasat kes kematian anaknya dengan telus bagi "mencari keadilan".
Norsiah Mohamad, 60, seorang ibu tunggal, juga mendakwa anaknya itu tidak terlibat dalam aktiviti jenayah, seperti dilaporkan media. "Saya tau anak saya, dia bukan seperti yang disebarkan dalam akhbar. Saya tau siapa anak saya," katanya dalam sidang media di rumahnya di Shah Alam hari ini.

Dalam sidang media itu, Norsiah ditemani oleh anak perempuannya, Norazura Amzah dan menantunya, Kamarudin Hassan.

“Saya meminta supaya suatu siasatan yang bebas dijalan oleh polis daripada ibu pejabat persekutuan PDRM (Polis Diraja Malaysia) Bukit Aman ke atas semua pihak polis yang terlibat termasuk pegawai atasan yang membenarkan insiden ini berlaku,” dakwanya dalam laporan tersebut.
Pak Menteri Noh Omaq,

Beliau sendiri akan membangkitkan isu tersebut bagi perhatian kerajaan. Noh juga berkata, Umno negeri akan menawarkan bantuan guaman kerana keluarga terbabit berhak menyaman polis dan kerajaan Malaysia.

** UMNO saman kerajaan 1 Malaysia UMNOAPCO..cadangan bijak oleh Noh !

Pak MB Selangor
,

Menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, beliau akan menjemput Khalid datang dalam tempoh dua minggu lagi untuk "meredakan apa-apa kebimbangan berhubung tindakan polis." "Perkara paling baik ialah (sekiranya) CPO bersikap terbuka dan ikhlas berhubung kejadian ini. Apa yang terbaik bagi kami adalah untuk memahami insiden ini, dan pada masa sama, memastikan orang yang tidak bersalah dilindungi, dan kita juga mahu tahu perkara sebenar.

MP PR,Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad menggesa Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar memberi jaminan bahawa siasatan kes terhadap anggotanya yang menembak mati seorang remaja 15 tahun, dijalankan dengan telus.Wakil rakyat PAS itu berkata, beliau kecewa dengan kenyataan awal pihak polis, ketika siasatan masih dijalankan, yang mendakwa remaja tersebut mungkin terlibat dalam kegiatan menyamun dan memiliki senjata, seperti yang dilaporkan media.

Katanya, beliau sendiri turut menemani saksi utama kes tersebut - yang bersama mangsa ketika mangsa ditembak – yang disebut oleh satu laporan akhbar sebagai Aminulrasyid Amzah (foto atas) - membuat laporan di balai polis Seksyen 11 jam 9.43 malam tadi.

Menurut khalid lagi, selepas selesai membuat laporan itu, rakan remaja itu pulang ke rumahnya.

Saya minta ketua polis jamin keselamatan saksi ini. Jangan ada usaha untuk mengubah keterangannya,” katanya dalam satu sidang akhbar pagi ini.

Khalid juga turut mengedar salinan laporan polis rakan remaja tersebut kepada pihak media.

Sementara itu, dalam laporan polisnya, rakan remaja berkenaan mendakwa dia dan mangsa, telah memotong kenderaan polis dengan laju.

Dakwanya, kereka mereka kemudiannya dikejar sebuah kenderaan MPV polis dan ditembak, mengakibatkan kereta mereka terbabas.Dalam aduannya itu, rakan remaja itu mendakwa keluar dari kereta untuk menyerah diri dan mendakwa salah seorang anggota polis menendangnya dari belakang.

Dia juga, dalam aduan tersebut, mendakwa anggota polis yang lain turut memukul dan memijaknya beramai-ramai. Dia mendakwa meronta-ronta serta dapat melarikan diri daripada anggota polis tersebut, lalu balik ke rumah.

“Kes ini boleh diselesaikan dengan cepat. Kes ini cukup jelas, kita ada saksi kejadian,” katanya ketika menziarahi keluarga Aminulrasyid di Seksyen 11 Shah Alam pagi ini -MP Puchong

Sementara itu, seorang lagi aktivis peguam, Latheefa Koya menyelar tindakan pihak polis yang didakwa menyifatkan remaja 15 tahun yang ditembak mati sebagai mungkin terlibat dalam kes jenayah. Beliau mendakwa bahawa berkata tindakan itu adalah "kenyataan sebelum siasatan". "Kami ada saksi, kami akan 'follow up' isu ini. Kes sebegini tidak boleh berulang lagi," katanya yang turut menawarkan diri sebagai peguam keluarga Aminulrasyid.


Monday, April 26, 2010

Analisis Hulu Selangor -1




Pengundi tegar UMNO di Hulu Selangor

Apa pun tahniah kepada Bn kerana telah berjaya menipu Melayu dan sekali gus memenangi PRK Hulu Selangor. Tapi satu persoalan yang harus ditanya kepada diri mereka sendiri. Cukupkah kemenangan dengan majoriti 1,000 lebih sahaja. Sedangkan beratus juta telah dirasuahkan kepada pengundi - pengundi di kawasan Hulu Selangor namun hasilnya amat menyedihkan. Bn harus sedar bahawa mereka sebenarnya masih belum cukup gagah. Mereka masih tidak mampu menahan amarah gelombang anak muda Malaysia. Mereka tidak boleh menipu diri mereka sendiri bahawa semua anak muda dan mereka yang berada di kawasan bandar telah menolak mereka secara total. Menolak mereka kerana mereka bukan lagi menjadi pilihan untuk menjadi pemerintah yang melindungi rakyat.

Apakah dengan kemenangan yang diperolehi semalam sudah cukup membuatkan Bn kuat semula? Bn terpaksa mengerahkan semua jentera, kementerian, media, ratusan juta ringgit dan menipu bersama - sama dengan SPR barulah mereka mampu menang. Satu kerusi, Bn terpaksa berhempas - pulas untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat yang serba tempang. Apakah para pimpinan BN mampu tersenyum puas? Apakah para pemimpin BN mampu tidur lena dengan kemenangan yang tidak seberapa ini?

Mereka harus sedar, Pilihanraya Umum bakal tiba. Mereka sedar sebenarnya mereka tidak mampu menahan gelombang amarah rakyat. Najib kata ianya satu referundum, ya memang referundum untuk mengukur kekuatan Bn yang sebenarnya. Dengan kemenangan yang sedikit ini, Najib pasti dan sememangnya pasti telah mendapat satu signal jelas bahawa mereka yang berada di bandar masih bencikan Bn.

Peristiwa Ijok jika diizinkan pasti akan berlaku kembali. Mereka menang dengan majoriti seribu namun kita rampas kembali dengan bergaya dan menawan Selangor. Ini sememangnya menakutkan Bn. Orang bandar, anak muda tak kira apa bangsa dan agama sebulat suara menolak Umno dan Bn. PRU masih lagi jalan berliku buat Umno dan Bn. Jangan sesiapa pun baik dari Umno, MIC, MCA menafikannya. Jalan yang berduri dan merbahaya sedang menunggu mereka.

Kemenangan yang mereka kecapi sebenarnya pahit untuk ditelan. PR walaupun kalah namun sebenarnya sedang tersenyum lebar. PRU yang akan datang menjanjikan satu keputusan yang sama dan mungkin lebih kepada Pakatan Rakyat. Kenapa Pakatan Rakyat tersenyum lebar? Kerana mereka sedar kemampuan mereka untuk menandingi gelombang jentera Bn dalam satu - satu P.Kecil teramatlah susah. Namun jika PRU diisytiharkan, maka jentera BN yang datang berbondong - bondong datang ke sesuatu kawasan akan berselerakan ke serata negara dan ini akan melemahkan jentera mereka. Duit yang beratus - ratus juta ditaburkan terpaksa dibahagikan ke serata negara. Maka Pakatan Rakyat mempunyai harapan.

Namun Bn masih tetap ada talian hayat iaitu SPR. SPR sebagai barua tetap Bn akan tetap memastikan BN menang pilihanraya nanti. WAJIB untuk kita terus menyerang SPR semahu - mahunya. Lihat sahaja yang berlaku di Hulu Selangor, beribu pengundi telah dipindah keluar dari kawasan tersebut. Tujuannya hanya satu, MENANGKAN BN. Namun SPR juga tahu kemampuan mereka untuk menipu masih terbatas. Ya mereka berjaya sekali dua, namun sampai bila. Menipu tahun 2004, 2008 terbungkus. Menipu di Hulu Selangor, tidak semestinya dapat menipu satu Selangor.

Jadi tugas Pakatan Rakyat, sudah tiba masanya serangan harus kerap ditujukan kepada kawasan - kawasan kampung. Satu kawasan bandar, 10 kawasan kampung harus diterangkan. Jadikan ianya satu amalan wajib jika mahu menang dengan lebih bergaya.

Tapi satu persoalan yang nak dilemparkan kepada semua. Kalaulah pilihanraya ini mampu menumbangkan BN, sudah pasti pilihanraya ini diharamkan. Sekian.

Sunday, April 25, 2010

UMNOAPCO menang di Hulu Selangor

Defacto PM ,Bik Mama gembira dengan kemenangan calon UMNOAPCO, Kamal

BN wins Hulu Selangor

KUALA KUBU BARU, April 25 - Barisan Nasional’s (BN) P Kamalanathan has won a hard-fought Hulu Selangor by-election in what will be seen as a boost for Datuk Seri Najib Razak’s administration, but Pakatan Rakyat (PR) is expected to take heart from the close margin.

BN won today’s poll by just 1725 votes, recouping spoilt votes which contributed to its defeat in Election 2008, but failing to convincingly bury a strong PR.

Earlier today, Tan Sri Muhyiddin Yassin had set a target of winning by up to 6,000 votes as observers had noted that BN needed to win big after pulling out all the stops during the campaign to justify Najib’s personal involvement and its pork-barrelled spending.

The ruling coalition had thrown everything and the kitchen sink at the campaign in an attempt to to put it on track to recovery after a string of by-election defeats since Election 2008.

BN had lost in all by-elections in the peninsular since 2008, except for its stronghold of Bagan Pinang in Negri Sembilan, which it retained in a by-election last October.

In today’s vote, Kamalanathan obtained 24,997 votes while Zaid received 23,272.


Sumber Malaysiakini:

Pakatan Rakyat mengadakan perhimpunan di Stadium Kuala Kubu Bahru. Ia dihadiri Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, calon PKR Datuk Zaid Ibrahim, pemimpin DAP Lim Kit Siang, ahli parlimen Batu Tian Chua dan ahli parlimen Gombak Azmin Ali serta kira-kira 300 penyokong PKR

"Ini bukan kali pertama kita kalah. Kekalahan ini tidak akan mematahkan semangat kita. PKR pernah kalah teruk sehingga tinggal satu kerusi sahaja. Kita akan terus berjuang," kata Tian Chua.


** Tahniah UMNO diatas kemenangan di Hulu Selangor kerana PRK ini dilihat pertembungan DS Najib vs D Zaid Ibrahim bukan MIC yang bertanding.Puluhan juta ditaburkan sedikit sebanyak mengabui mata rakyat Melayu di Felda dan India estet .

Jika kisah PRK Ijok diambil contoh, TS Khalid kalah di PRK tetapi di PRU dia menang besar dan menjadi MB Selangor.



Saturday, April 24, 2010

Najib bersumpah lagi dan bacul berdebat !


PM Najib - Aku bersumpah seperti apa Saiful bersumpah bwh "saya tidak sama sekali kena Altantuya"

Tun Madey - Ameen..hang ni kaki sumpah la Najib macam Ezam Sesumpah


Najib sumpah di setiap PRK !...kini di Hulu Selangor (tak kenal Altantuya)

HULU SELANGOR, 24 April — Selepas tiga hari mengingatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa sudah mengetahui “kesemua” rahsia Ketua Umum Pakatan Rakyat itu, Datuk Seri Najib Razak bersumpah sekali lagi - beliau tidak sama sekali kenal wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dibunuh empat tahun lalu.

Perdana Menteri dengan membacakan ayat-ayat suci bersumpah ketika berucap dalam kempen pilihan raya kerusi Parlimen Hulu Selangor di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung kira-kira 10.30 malam tadi.

Hari ini hari terakhir kempen pilihan raya kecil ini.

Najib ucapkan sumpah beliau selepas menyentuh kes liwat kedua Anwar membabitkan bekas pembantu peribadinya Mohd. Saiful Bukhhari Azlan.

“Saya sudah bersumpah sebelum ini, di masjid, saya bersumpah sekali lagi hari ini,” kata Najib yang juga Presiden Umno.

berita penuh -klik disini


Najib bacul berdebat !

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menolak cabaran untuk berdebat dengan Ketua Pembangkang dengan alasan beliau lebih suka berjumpa rakyat.
Najib berkata, beliau tidak mengambil kisah mengenai cabaran tersebut kerana apa yang perlu diutamakan ketika ini adalah memberi masa depan yang terjamin untuk rakyat. "Mana ada dalam perancangan nak berdebat dengan Anwar Ibrahim di Kuala Kubu Baru. Tak ada. Saya lebih suka kalau dapat jumpa dengan anda kerana lebih banyak faedah yang diperolehi daripada berjumpa dengannya.


Bik Mama (De facto PM) bercakap (On be Half ) PM Najib..

“Datuk Najib has told me himself that there is no programme at all for a debate. Look at how they create a lie, claiming something that is not correct just to confuse the electorate here. Later, when we don’t come (for the debate), they say it’s because Datuk Najib is a coward.

My husband is not going to waste his time, he has other work to do, and he has no time for a debate with the opposition leader. We are thinking how to develop the country, how to raise the standard of living of the people, that is what Datuk Najib is thinking of,” she said.


** Bodoh juga PM Malaysia ni, apa punya alasan la diberi anak PM kedua ni..tidak masuk akal langsung. Bila hang berdebat, rakyat dapat menilai fakta dan hujah yang dibawa untuk kesejahteraan masyarakat dan negara. Hasil daripada debat ini akan dinilai oleh rakyat untuk membuat pilihan undi besok hari untuk masa depan mereka dan negara.

Jadi, apa masalahnya? hang berdebat, audiensnya rakyat la , tu pun berjumpa rakyat !..Nak cakap pakai akal la..! atau....PM Najib penakut isu APCO ,nuklear Iran dan Altantuya terdedah sewaktu debat tersebut ?



Thursday, April 22, 2010

Debat Anwar Ibrahim di Parlimen - Saya tidak akan mengalah !

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Debat PANAS Anwar di Parlimen (22/4/10) berkaitan isu APCO dan hubungan Malaysia dengan Iran.



Ikon Reformasi : Anwar Ibrahim



Tuesday, April 20, 2010

Semua PM UMNO teguk arak -Mustafa Ali PAS

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle



BN digesa menghentikan serangan peribadi terhadap calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim - dengan terus mengaitkannya dengan isu minum arak - kerana perkara tersebut "melampau batas" dan menjadi budaya dalam Umno, parti terasnya sendiri.

Menyifatkan kempen sebegitu sebagai "tiada kelas", Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali mendakwa, semua perdana menteri Malaysia - kecuali Tun Abdullah Ahmad Badawi - terlibat dengan pengambilan minuman beralkohol. "Tak ada seorang pun daripada mereka itu yang tak pernah minum arak, kecuali (Abdullah) Badawi. Pak Lah saya akui, yang saya tahu, tak minum arak. "Tetapi empat yang lain ini semua terlibat. Ada yang saya tengok dengan mata saya sendiri terlibat," katanya yang juga bekas pengarah pilihan raya pusat PAS.

Bercakap dalam sidang media di pejabat agung parti itu di ibu negara tengah hari ini, Mustafa turut mendakwa, selain meminum arak, tiada pemimpin utama Umno yang bebas daripada tiga lagi "dosa", iaitu "rasuah, judi dan perempuan." "Kadangkala empat (dosa) sekali gus ada pada seorang," katanya yang mengaku mengetahuinya kerana pernah berada dalam kerajaan ketika parti itu bergabung dalam BN sekitar tahun 70-an.


Seronok menari yer Menteri Muhriz !



Foto TAR ketika merasmikan kilang arak Guiness pada tahun 1968 di Sg Way.

Komen Lim Kit Siang :

"Jika minum pada zaman lalu menghalang seseorang daripada memegang jawatan, kita akan kehilangan separuh daripada jemaah menteri, termasuk duta besar Malaysia ke Amerika Syarikat,” kata Lim.

Pemimpin veteran pembangkang, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) mencabar Umno dan menteri-menteri kabinet beragama Islam untuk tampil membuat pengakuan bahawa mereka tidak pernah meminum alkohol, khususnya semasa muda.

Zaid Ibrahim 38 tahun dahulu - Hisyam Rais

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


DARI JELEBU

Hishamuddin Rais

Ini cerita lama. Tapi baik juga untuk dibuka kembali agar kita semua dapat tahu apa yang berlaku puluhan tahun dahulu. Cerita-cerita ini kalau baik kita jadikan tauladan. Kalau tidak molek dapat kita jadikan sempadan. Kalau tidak pun kita baca untuk ketawa.

Ceritanya bagini:

Saya ingat lagi pada tahun 1972 - ketika itu saya anak mahasiswa yang mengulang tahun satu di Universiti Malaya. Saya telah aktif dalam perjuangan gerakan mahasiswa sejak dari awal tahun pertama lagi. Pada tahun itu, ketika Kongres Tahunan Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia (PKPM ), saya telah dilantik untuk menjadi Setiausaha Agung. Badan yang bernama PKPM ini telah diharamkan pada tahun 1974 - sesudah demo pelajar menyokong warga Baling.

Ketika saya dilantik sebagai SU Agung PKPM – perang Vietnam sedang rancak. Kuasa imperial Amerika sedang melancarkan perang kolonial ke atas Vietnam, Laos dan Kamboja – sama seperti yang sedang berlaku di Iraq dan Afghanistan hari ini.

Justeru dalam Kongres PKPM tahun 1972 itu ada terdapat resolusi yang mengutuk imperialis Amerika Syarikat dan menyokong perjuangan menuntut keadilan oleh rakyat Indo China. Ketetapan yang dibuat dalam kongres akan menjadi dasar persatuan sehingga ke kongres tahun hadapan.

Pada zaman itu gerakan mahasiswa cukup rancak. Saya adalah seorang ahli kelab sosialis yang aktif. Justeru pandangan politik saya adalah kiri. Buku dan akhbar yang saya baca adalah kiri. Negara dan pemimpin negara yang saya hormati adalah dari jalur kiri.

Berdasarkan resolusi PKPM yang anti-Amerika saya telah memasang poster-poster anti-perang Vietnam yang kami terima dari International Union of Students yang berpengkalan di Prague.

Rupa-rupanya ada juga kumpulan mahasiswa, terutama dari PMUKM yang yang tidak bersetuju dengan pemasangan poster ini. Lalu saya dikritik sebagai SU Agung PKPM yang tidak bertanggungjawab. Sebenarnya isu poster anti-perang Vietnam ini hanya alasan. Kritikan ini datang dari pelajar reaksionari bermazhab kanan.

Akhirnya satu persidangan tergempar telah diadakan. Persidangan ini diadakan di Dewan Majlis Persatuan Universiti Malaya. Saya ingat lagi petang itu – delegasi dari PMUKM, dari Serdang College, dari Institut Teknoloji Kebangsaan, KSITM dan tuan rumah PMUM turut hadir.

Saya dapat merasakan seolah-olah telah ada persetujuan untuk menyingkirkan saya dari PKPM. Idris Jusi, dari PMUKM mula bercakap membuka kes tentang saya yang dikatakan tidak mengikut dasar PKPM dan dilihat pro-komunis. Dari KSITM, presidennya Zahari tidak pula bercakap. Yang banyak bercakap ialah Ibrahim Ali.

Pandangan-pandangan kanan dan reaskioner bertaburan pada petang itu.

Sebelum keputusan dibuat untuk menyingkirkan saya dari PPPM tiba-tiba seorang wakil delegasi dari KSITM mengangkat tangan untuk berucap. Saya masih ingat lagi anak muda itu. Dia kurus lansing dan kacak. Berkulit sawo matang. Anak muda ini memakai seluar hitam dan berbaju biru. Mustahil saya akan melupakan susuk ini. Sampai akhir hayat saya ingat apa yang berlaku pada petang itu. Tidak mungkin saya akan lupa kerana pada petang itu saya sedang disalib.

Masih terngiang di telinga saya hingga ke hari ini apa yang dikatakan oleh anak muda itu:

“Sebelum dia dibuang, dia berhak untuk diberi peluang bersuara. Ini adalah cita-cita demokrasi pelajar… dan ini adalah hak dia.”

Saya terperanjat kerana tidak ada sesiapa dari persatuan lain yang menyokong saya kecuali PMUM. Saya terperanjat kerana anak muda ini berani ‘pecah regu’ untuk menyokong saya. Saya kagum atas keberanian nya.

Saya tidak kenal anak muda ini. Tapi saya tahu anak muda ini datang dari KSITM – satu persatuan pelajar yang saya anggap reaksionari. Bila saya selidiki baru saya sedari anak muda ini ialah Zaid Ibrahim – pelajar jurusan undang-undang Institut Teknoloji Mara. Saya juga difahamkan si Zaid ini datang dari Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) seteru kuat sekolah saya, MCKK.

Semenjak petang itu saya tidak bertemu dengan Zaid Ibrahim. Kami meneruskan keyakinan diri. Saya difahamkan Zaid telah menjadi seorang peguam yang berjaya. Saya terus menjadi diri saya.

Lima tahun dahulu seorang kawan dari MCKK mengajak saya untuk menjadi ahli Civil Society of Malaysia. Ini badan hak asasi manusia yang cuba diwujudkan oleh Zaid Ibrahim. Cuma ada ‘catch’ - sesiapa yang ingin menjadi ahli wajib membayar RM250. Jumlah ini agak berat untuk saya - lalu saya menolak jemputan ini.

Seminggu sebelum Ngo ini berkumpul dan bersidang saya telah mendapat panggilan telefon mengatakan bahawa RM250 telah dibayar oleh Zaid Ibrahim. Saya hairan kerana seumur hidup saya – saya belum pernah bercakap sepatah pun dengan susuk ini. Dari panggilan talipon - saya telah diberi kebenran untuk datang ke persidangan pertama Civil Society ini di Hotel Renaisance.

Inilah kali kedua saya melihat Zaid Ibrahim. Kali kedua ini agak berbeza. Anak muda kurus yang berbaju biru dan berseluar hitam dahulu telah agak bersisi. Rambutnya telah dicantikan oleh anyaman uban. Baju dan pantalon yang dipakainya kelihatan dari jenis yang baik dan bermutu. Nah! Pastilah dia telah berjaya hinggakan sanggup membayar yuran untuk orang yang tidak dikenalinya.

Dua hari sebelum nama Zaid Ibarahim dimahsyurkan sebagai calon di Hulu Selangor saya telah pergi menemuinya. Rumah kediaman si Zaid ini bukanlah sama seperti bilik sewa tempat saya menginap. Ini kawasan lumayan yang hanya 30 minit dari Serendah Hulu Selangor.

Mata saya memerhati dengan rapi untuk mengetahui lebih dalam lagi manusia yang bernama Zaid Ibrahim ini. Rumahnya tidak mengancam tapi pastilah lebih luas dari bilik sewa saya. Dalaman tidak lucah dan bukan bermotifkan budaya ‘arriviste – horray henry’ yang sering kita temui di wilayah-wilayah mewah.

Tujuan saya datang kerana ingin bertanya apakah dia masih ingat lagi apa yang terjadi di Dewan Majlis PMUM 38 tahun dahulu. Zaid termenong sabentar sebelum mengakui yang dia pernah datang ke PMUM untuk bermesyurat. Tetapi tidak ingat apa tujuan dia hadir. Malah dia juga tidak ingat bahawa pada petang itu yang di salib ialah saya.

Saya tidak merasa kecewa kerana si Zaid tidak mengingati episod itu. Inilah perjalanan hidup kita sebagai manusia . Terpencar pencar - ada yang kita ingati dan ada yang kita lupakan. Untuk kita – pekara yang ini mungkin penting dan untuk orang lain pekara yang sama adalah ‘non event – tidak ada apa apa yang penting’.

Kenapa saya menulis kesah ini? Saya menulis kerana susuk yang bernama Zaid Ibrahim ini sedang berkempen untuk memenangi kerusi di Parlimen. Saya menulis ini kerana saya yakin bahawa manusia yang bernama Zaid Ibrahim ini adalah manusia demokrat. Tiga puluh lapan tahun dahulu – ketika kami masih lagi anak pelajar - si Zaid ini telah memperlihatkan sifat jujur dan demokratnya.

Pada petang itu, 38 tahun dahulu, si Zaid telah tidak terpengaruh dengan tohmah anti-komunis, anti-kiri dan anti-sosialis. Sifat demokratiknya telah tertanam dalam sebelum dia meletakan jawatan sebagai menteri kabinet kerana menentang ISA. Susuk yang bernama Zaid Ibrahim dapat melihat salah dan benar.

Jika saya warga Hulu Selangor saya merasa senang hati untuk menobatkan Zaid Ibrahim sebagai wakil suara saya di Parlimen.



Monday, April 19, 2010

Dr Halili masuk APCOUMNO, Salehuddin makin menjadi

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


Anak Hasyim Gera @broker UMNO makin menjadi ! kini berjaya tarik Dr Halili



Jawapan manusia kecewa dan tidak faham erti perjuangan rakyat ...

Ditanya kenapa beliau hadir pada hari pengumuman calon PKR pada 13 April lalu, beliau hanya menjawab:

"Mungkin nama saya dicalonkan, dinaikkan saya kena datanglah. Ingin tahu, kerana kamu juga yang tulis dalam suratkhabar media, anak tempatan, perkara macam itu," katanya,.

Sejak disebut-sebut disenarai pendek menjadi calon PKR, ini merupakan kali pertama Dr Halili bersemuka dengan media membuat kenyataan mengejutnya itu.

Bagaimanapun, pengumumannya yang dibuat sehari selepas Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin membayangkkan membayangkan perkara itu, menimbulkan tandatanya sama ada beliau ditawarkan 'imbuhan' untuk itu.

Dr Halili bagaimanapun menafikannya dengan separuh berjenaka: "Saya sekarang ini (pakar) bedah otak, mungkin dia beri saya bedah hidung. Tak tahulah," kata Dr Halili.Bagaimanapun, tambahnya, jika terdapat pihak yang akan menuduhnya dibeli, itu terpulanglang kepada mereka.



** Syabas masuk parti pendokong Yahudi , UMNOAPCO !

http://www.malaysiakini.com/news/129561

Saturday, April 17, 2010

Skandal Komisen Kapal selam kini disiasat oleh Pendakwaraya France


Sukanyer Bik Mama ! Tak lama Polis France datang siasat Bik Mama dan suami

Kapal scorpene kontroversi


Masa depan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia keenam semakin gelap dan diibaratkan bagai telur dihujung tanduk berikutan tindakan berani tiga peguam kanan Perancis yang memfailkan permohonan di mahkamah Paris menjalankan siasatan berhubung dakwaan rasuah dan pembayaran komisyen dalam pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia.

Menurut laporan Asia Sentinel yang bertajuk "Murky Arms Deal Linked To International Pattern of Kickbacks" oleh wartawan John Berthelsen bertarikh 16 April 2010, skandal berbilion dolar ini yang didakwa didalangi oleh Najib kini tidak lagi dapat dibendung dalam Malaysia dan kini telah melimpah ke arena antarabangsa.

Asia Sentinel berkata tindakan peguam, William Bourdon, Renaud Semerdjian dan Joseph Breham dengan kerjasama pertubuhan hak asasi Malaysia, Suaram, memfailkan kes tersebut dengan pihak pendakwa Perancis telah memusnahkan perancangan kerajaan Malaysia melalui badan kehakiman dan institusi Parlimen selama lapan tahun untuk menyekat kes ini daripada diadili pada peringkat antarabangsa.

Barisan hakim di Pejabat Pendakwaraya Paris telah menjalankan penyiasatan terhadap pegawai tinggi di Perancis, Pakistan dan negara lain berkaitan urusan pembelian kapal selam yang sama yang didakwa ada kaitan dengan unsur rasuah dan pembayaran komisyen.

Elemen pembabitan Malaysia dalam penyiasatan panjang ini disahkan dalam kertas siasatan bertarikh 4 Disember 2009 dan 23 Februari 2010.

Laporan itu menambah penyiasatan teliti tersebut dilakukan sejak dua tahun lalu oleh hakim penyiasat, Francoise Besset dan Jean-Christophe Hullin yang merangkumi ahli politik kanan Perancis serta penjualan kapal selam dan peralatan ketenteraan lain kepada kerajaan di seluruh dunia.

Media Perancis dikatakan tidak sanggup melaporkan sesetengah daripada tuduhan paling serius disebabkan kebimbangan implikasi politik.

Asia Sentinel menjelaskan dakwaan yang dibuat mempunyai kaitan dengan salah satu konglomerat pertahanan Perancis iaitu DCN yang dimiliki oleh kerajaan. Syarikat tersebut bergabung dengan firma elektronik Perancis, Thales pada 2005 menjadikannya antara kuasa dominan dalam industri pertahanan Eropah.

Anak syarikat DCN, Armaris terlibat dalam pembinaan kapal selam disel daripada kelas Scorpene yang dijual kepada India, Pakistan dan juga Malaysia. Kesemua kontrak jualbeli, menurut peguam yang bertindak bagi pihak Suaram, disyaki mempunyai unsur rasuah

Tambah laporan itu lagi sejak Najib berpindah portfolio daripada menerajui Kementerian Pertahanan ketika mana urusan jualbeli itu dikendalikan pada 2002 sehingga beliau menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno, skandal tersebut dilihat ancaman terbesar kepada kerajaan dan juga parti.

Kekuasaan Umno dilihat sebagai penghalang kepada skandal itu mendapat apa-apa pelunag untuk diutarakan dalam mahkamah Malaysia dan ini menjadi sebab utama mengapa Suaram terpaksa mendapatkan pertolongan daripada pendakwa Perancis.

“Kertas siasatan baru sahaja dikemukakan dan setakat ini telah menggerakkan siasatan awal polis terhadap aspek kewangan urusniaga tersebut," kata satu sumber Paris yang intim dengan pihak pertahanan Perancis.

"Belum ada siasatan rasmi lagi dan siasatan akan melihat kepada dokumen yang dirampas di DCN yang dilakukan ketika satu lagi penyiasatan dijalankan terhadap rasuah yang dibayar oleh DCN di Pakistan.

Sumber juga menyatakan pihak polis kini hanya menumpukan perhatian kepada dakwaan rasuah dan belum lagi melihat kepada kes pembunuhan wanita Mongolia pada 2006 yang bekerja sebagai penterjemah bagi pihak Najib dan sahabat beliau, Abdul Razak Baginda semasa berada di Paris berhubung urusan perniagaan kapal selam.

Asia Sentinel mendedahkan terdapat banyak kes pembunuhan yang berkaitan urusan penjualan pertahanan DCN di Taiwan dan Pakistan. Pendakwaraya mensyakki kematian 11 jurutera kapal selam Perancis dalam kejadian letupan bom pada 2002 di Karachi, yang pada mula dianggap perbuatan Al-Qaeda, sebenarnya adalah pembunuhan balas dendam akibat keenganan pihak Perancis untuk memberi rasuah bernilai jutaan dolar kepada pegawai tentera Pakistan.

Pembabitan Malaysia berkisar dakwaan pembayaran komisyen berjumlah €114 juta (RM540 juta) kepada sebuah syarikat tempatan, Perimekar bagi perkhidmatan sokongan berkaitan pembelian kapal selam. Perimekar dimiliki oleh KS Ombak Laut Sdn Bhd yang dipunyai oleh sahabat baik Najib, Abdul Razak Baginda. Isteri Abdul Razak, Maslinda ialah seorang peguam dan bekas majistret serta pemegang saham syarikat tersenut menurut peguam Perancis.

“Dalam tempoh beberapa tahun kebelakang ini, hakim di Perancis telah menyiasat beberapa kes yang melibatkan DCN," kata peguam Renaud Semerdjian kepada Asia Sentinel dalam temuramah melalui talipon.

"Ini bukanlah kes seumpama yang pertama disiasat. Terdapat banyak lagi ks yang serupa di Pakistan dan juga India. Apabila dilihat secara dekat setiap kali berlaku penjualan senjata maka kemungkinan pelanggaran undang-undang adalah amat tinggi.".

Sebagai Menteri Pertahanan dari tahun 2000 hingga 2008, Najib telah bertanggungjawab terhadap perancangan menaiktaraf pertahanan angkatan tentera Malaysia secara besar-besaran. Ini termasuk pembelian dua kapal selam daripada Armaris dan pajakan sebuah lagi kapal kelas Agosta yang pernah digunakan oleh tentera laut Perancis.

Jet pejuang Sukhoi juga dibeli Rusia dalam tempoh Najib menerajui Kementerian Pertahanan termasuk juga jutaan ringgit dicurahkan kepada kapal peronda perairan. Kesemua pembelian ini telah menimbulkan kecurigaan oleh pihak pembangkang dalam Parlimen Malaysia tetapi sebarang usaha penyiasatan berjaya dikekang oleh Umno. Malah apabila soalan diaju kepada Najib, beliau menjadi marah dan enggan menjawab.

Walaupun usaha hebat dilakukan oleh Umno untuk menutup kes rasuah berhubung pembelian peralatan tentera oleh Najib, isu pembunuhan penterjemah Mongolia berusia 28 tahun, Altantuya Shaariibuu yang juga kekasih yang ditinggalkan Abdul Razak akhirnya mendedahkan segala penyelewengan yang berlaku kepada perhatian dunia. Altantuya yang berperanan dalam perbincangan jualbeli kapal selam mendedahkan dalam suratnya yang dijumpai selepas kematian beliau bahawa dia cuba mengugut Abdul Razak untuk mendapatkan US$500,000.

Bagaimanapun Altantuya ditembak mati pada Oktober 2006 dan mayatnya diletupkan oleh dua pengawal peribadi Najib dengan menggunakan bahan letupan setelah Abdul Razak mengadu kepada ketua pengawal peribadi Najib, Musa Safri supaya menghalang Altantuya daripada menganggu beliau. Tidak lama setelah dibebaskan pada November 2008 dalam keadaan keputusan hakim yang meragukan, Abdul Razak meninggalkan Malaysia dan menetap di England. Kedua pengawal peribadi Najib tersebut dihukum tetapi tidak ada motif dibuktikan mengapa mereka melakukan pembunuhan itu.

Walaupun terdapat pengakuan daripada salah seorang yang tertuduh bahawa mereka akan dibayar lumayan sekiranya melupuskan wanita itu namun pihak mahkamah tidak membenarkan penyiarannya.

Urusan pembelian kapal selam itu tidak pernah dibangkitkan sepanjang perbicaraan mahkamah selama sebulan yang memperlihatkan bagaimana pendakwa, peguambela dan juga hakim berganding bahu bagi memastikan nama Najib tidak sesekali dikaitkan dalam mahkamah. Malah seorang penyiasat persendirian yang diupah oleh Abdul Razak untuk melindungi daripada Altantuya membuat pengakuan bersumpah yang menunjukkan bahawa Najib sebenarnya kekasih wanita Mongolia itu dan kemudiannya diserahkan kepada Abdul Razak.

Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam mendedahkan bagaimana beliau dinyahkan dari Kuala Lumpur. Akhirnya beliau keluar daripada tempat persembunyian di India untuk menceritakan bahawa seorang ahli perniagaan yang rapat dengan isteri Najib telah menawarkan RM5 juta untuk menutup mulut dan meninggalkan negara. Bala juga mengatakan beliau menemui adik Najib, Nazim yang meminta beliau menarik balik akuan bersumpah yang dibuat.

Dalam penyiasatan yang sedang dijalankan di Paris sekarang, isunya berkisar apakah syarikat Perimekar kepunyaan Abdul Razak berhak kepada komisyen sebanyak RM540 juta tersebut.

Datuk Zainal Abidin Zin, Timbalan Menteri Pertahanan ketika itu memberitahu Parlimen, Perimekar menerima amaun tersebut iaitu 11 peratus daripada harga jualan kapal selam untuk "koordinasi dan khidmat sokongan". Kertas siasatan di Paris menunjukkan tidak ada sebarang jenis perkhidmatan sedemikian diberikan.

Menurut kertas siasatan, Perimekar didaftar pada 2001, beberapa bulan sebelum kontrak jualbeli ditandatangan. Syarikat tersebut menurut kertas siasatan itu lagi," tidak mempunyai daya kewangan yang kukuh untuk melaksanakan kontrak tersebut." Semakan akaun pada 2001 dan 2002 kata kertas siasatan itu lagi,"menunjukkan dengan jelas bahawa syarikat ini tidak langsung ada sebarang kemampuan atau kemampuan perundangan atau kemampuan kewangan dan/atau kepakaran untuk menyokong kontrak sedemikian rupa."

"Tidak seorang daripada pengarah atau pemegang saham Perimekar mempunyai pengalaman walau sedikit dalam pembinaan, penyelenggaraan atau logistik kapal selam," tegas kertas siasatan itu. "Di bawah terma kontrak €114 juta (RM540 juta) adalah berhubung beberapa peringkat pembinaan kapal selam." Pertimbangan pembayaran kepada Perimekar "adalah secara bulanan dan kos tanggungan penginapan anak kapal Malaysia sepanjang tempoh latihan mereka. Maka dengan itu tidak ada sebarang kaitan antara langkah-langkah pembilan dan peringkat pembinaan kapal selam seperti yang dinyatakan."

Pada 1 April 2010 Asia Sentinel melaporkan perkhidmatan penyelenggaraan kapal selam dilakukan oleh sebuah syarikat bernama Boustead DCNS iaitu syarikat kerjasama antara BHIC Defence Technologies Sdn Bhd, anak syarikat Boustead Heavy Industries Corp Bhd yang senaraikan di Bursa Malaysia, dan DCNS SA, anak syarikat DCN. Bahagian Industri Berat Boustead kini memasukkan Perimekar sebagai "sekutu kumpulan. PSB terlibat dalam pemasaran, menaiktaraf, penyelenggaraan dan khidmat berkaitan bagi industri pertahanan maritim Malaysia," menurut laporan tahunan Boustead.

Pada asalnya Boustead memaklumkan kepada Bursa Malaysia bahawa kontrak perkhidmatan adalah berjumlah RM600 juta untuk tempoh enam tahun atau RM100 setiap tahun tetapi kontrak itu kemudiannya melambung kepada RM270 juta setahun. Boustead Holdings dimiliki sebahagiannya oleh Kerajaan Malaysia dan berkait rapat dengan Umno.

"Terdapat asas kukuh untuk mempercayai bahawa (Perimekar) diwujudkan hanya untuk satu tujuansahaja: mengurus pembayaran komisyen dan mengagihkan amaun kepada penerima berlainan termasuk penjawat awam dan/atau orang tengah Malaysia atau asing," dedah kertas siasatan itu lagi.

DS Anwar Ibrahim dalam blognya 4/9/2009

Selaku Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat ketika membahaskan Peruntukan Jabatan Perdana Menteri 2009 pada tanggal 5hb November 2008, telah mengungkapkan antaranya pembaziran termasuklah pemberian komisyen besar berjumlah RM 510 juta kepada syarikat Perimekar.

Agak mendukacitakan apabila kapal selam yang dirundung pelbagai skandal ini diberi nama bersempena seorang pejuang kemerdekaan; almarhum Tuanku Abdul Rahman Putra al Haj. Saya secara peribadi merasakan ini merupakan satu penghinaan kepada Bapa Kemerdekaan tersebut.

Link berkaitan !

artikel penuh dari Asia Sentinel ini ditulis oleh John Berthelsen.Klik disini

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kapal_selam_Kelas_Scorpene

Pelancaran kapal KD Tun Razak di France oleh Agong.klik disini





Tun Mahathir kecewa RM76 juta duit rakyat dibayar untuk mengadap Obama


Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


Saya tidak bersetuju -Tun Madey



KUALA LUMPUR, April 16 — Tun Dr Mahathir Mohamad said today he disagrees with the Najib administration for spending a whopping RM76 million to arrange a meeting between the prime minister and US President Barack Obama earlier this week.

Meeting is good but to say this money is spent because of what happened in the past, I don’t think is good,” the former premier said, rubbishing claims the government needed to spend the enormous sum of money.

Minister in the Prime Minister’s Department, Datuk Seri Nazri Aziz had disclosed this week the amount paid to global public relations firm, APCO Worldwide, and claimed it was necessary to “repair” Malaysia-US ties strained during his 22-year rule from 1981 to 2003.

Dr Mahathir also pointed out that investments from the US continued to flow into Malaysia.

“We did not get anything from the US,” he claimed, but was quick to make an exception that the world military superpower had given “one million US dollars” (RM3.2 million at current rates) to Malaysia “for the training of our armed forces”.

“They want it back? We have one million US dollars,” he quipped.

Dr Mahathir was speaking to reporters after delivering a keynote speech here, in conjunction with the 44th anniversary celebration of Majlis Amanah Rakyat (Mara), a government agency formed to aid the indigenous community.

He appeared disinterested in continuing the subject, noting that he was no longer in power. He noted that the Najib administration had the authority to do as it sees fit with federal funds.

“If I’m in power, I have my own way of doing things,” he said with a smile, capping the subject.

*** Nak marah pun sudah tak guna la Tun Madey, RM76 juta dibayar cash kepada Yahudi APCO. Dahulunya, Tun yang satu lagi iaitu Tun Lah guna Abramoff (pelobi handal Yahudi) untuk berjumpa dan salam dengan George Bush.

Sifirnya mudah, UMNO BN tidak pernah fikir tentang kepentingan duit rakyat yang disumbangkan melalui cukai-cukai yang dikenakan.Mereka tidak pernah kenal jerit perit rakyat mencari rezeki dan menyumbang sedikit hasil kepada kerajaan. Kerja mereka hanya guna dan belanja duit rakyat mengikut kepentingan diri mereka.

Ayuh ubah sebelum parah, ubah demi maruah !



Friday, April 16, 2010

Najib mengadap Obama - Yes Mr President !

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


" Yes Sir ! Mr President! "- Najib Razak

Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kerajaan BN seperti melutut kepada Amerika Syarikat apabila tidak tetap menyatakan pendirian berhubung isu penggunaan senjata nuklear.

Tegasnya juga, tidak salah untuk menjalinkan hubungan kerjasama dengan Amerika Syarikat, namun bukan menjadi ‘pak turut’ kepada negara itu sehingga tidak berani menentang kezaliman yang dilakukan Amerika Syarikat terhadap umat Islam.

“Saya nak sebut untuk kita berbaik dengan Amerika tidak apa, tetapi untuk melutut dasar Amerika menentang Iran dan memusnahkan Afghanistan, itu pengkhianatan kepada umat Islam dan negara ini. Apa kenyataan Perdana Menteri dalam isu Iran?

“Kalau kita katakan Iran tak berhak gunakan kekuatan nuklear untuk senjata munasabah tetapi mengapa Israel boleh, mengapa dia (Najib) tak berani menegur Israel dan melutut kepada Amerika Syarikat mengecam Iran di White House, tetapi tidak menegur Israel?

“Pendirian Umno ini yang kita tentang. Di Afghanistan, kita ambil sikap keputusan Obama undur tentera kita setuju, tetapi keputusan menyerang Afghanistan dari awal kita tentang. Perdana menteri Malaysia kata akan hantar ‘training’ di Afghanistan, ‘training’ apa bila mana umat Islam dibunuh di Afghanistan?

“Ini bezanya. Saya memang menghargai hubungan baik dengan Amerika tetapi tidak mengemis dan menjadi hamba abdi Amerika Syarikat,” tegas beliau.

Beliau berkata demikian sewaktu perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan di peringkat jawatankuasa (Kementerian Luar Negeri) di Dewan Rakyat semalam sebagai membidas kenyataan Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) yang mendakwa beliau sangat berpengaruh di Amerika Syarikat disebabkan peranan media.

“Oleh kerana nama saya disebut, satu kira ini satu penghormatan kerana disebut oleh Pasir Salak dan juga Kota Belud, dia berhempas pulas nak pertahankan Apco dan Israel. Dia dengan Rembau sekarang jadi jurucakap Apco. Paling malu bagi umat Islam, apabila orang Melayu Muslim bangun untuk mempertahankan Apco dan kepentingan Israel.

“Saya tak pernah mengatakan saya berpengaruh di Amerika. Pendirian saya konsisten, kita pertahankan hubungan baik dengan semua negara termasuk Amerika Syarikat. Sebab itu saya tidak pernah berbohong kalau saya mengadakan pertemuan berkala dengan bekas Naib Presiden (Amerika) Al Gore sampai sekarang.

“Bezanya pimpinan kerajaan hari ini untuk mendapat dokongan Amerika terpaksa bayar RM78 juta kepada Apco. Dulu bayar RM4 juta kepada Jack Abrahamoff tauke judi maha besar di Amerika Syarikat . Ini kenyataan Pasir Salak, jangan pertikai untuk saya keluar bukti kerana bukti telah dikeluar. Kota Belud tidak berani bangun untuk pertahankan ini,” katanya.

Dewan Rakyat semalam meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2010 untuk Kementerian Luar melibatkan peruntukan berjumlah RM110 juta.

*** REMBAU ,KOTA BELUD dan PASIR SALAK kini pembela UMNOAPCO dulu ,kini dan selamanya...,angan-angan mahu jadi Pak Menteri ..mungkin sebab itu yang dok pulun lawan dengan Ketua Pembangkang.

Thursday, April 15, 2010

Jamil KAGAT perlu bertobat kerana tidak laksana hukum ALLAH -Dr Badrul Amin

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Sumber Din Binjai

Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Dr Badrulamin Bahron meminta Menteri di Jabatan Perdana melakukan taubat nasuha berhubung kenyataan beliau terhadap fatwa Syeikh Yusuf Al-Qardawi berkaitan tuduhan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Pertama memang ada larangan di dalam Al-Quran terhadap orang yang mengetahui tapi menyembunyikan apa yang dia tahu, dalam hal ini, Jamil Khir cuba berdalih kononnya ini cuma pendapat Yusof Qardawi dan bukannya fatwa.

"Saya nak tegaskan ini hukum Allah yang jelas dan tidak perlu fatwa, fatwa diperlukan bila hukum tidak jelas tetapi dalam hal ini hukum amat jelas. Persoalannya di sini apa hukumnya terhadap orang yang menolak hukum Allah ini, hukumnya adalah kafir.

"Sheikh Yusuf Qaradawi menjelaskan mengenai sesuatu yang lebih tinggi dari fatwa kerana dalam perkara liwat ini hukumnya amat jelas dan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak dan wajib menerimanya," jelas Dr Badrulamin pada majlis penerangan di Dewan Serbaguna Kampung Selisek, Hulu Bernam Isnin lalu.

Menurut beliau lagi, Syeikh Yusuf Al-Qardawi cuma membaca firman Allah di dalam Al-Quran dan beliau hanya membaca ayat yang tidak diubah walau sedikit pun.

"Kalau hukum sudah jelas dan Jamil masih lagi mahu berdalih seolah-olah hukum tidak wujud dan saya ingin lihat apa niatnya, kalau niatnya untuk menafikan ayat Allah maka kafir tetapi kalau atas tujuan politik untuk menutup kemungkaran maka dia itu munafik dan fasik.

"Munafik itu orang yang mencipta fitnah dan orang yang menyebarkannya adalah fasik.

Dalam pada itu Dr Badrulamin juga menjelaskan bahawa orang yang fasik adalah orang tidak akan diterima kesaksiannya di mahkamah atau sebagai wali di majlis perkahwinan buat selama-lamanya.

"Orang fasik jika menjadi saksi maka tidak sah nikahnya, apabila nikah tersebut tidak sah maka suami isteri itu juga tidak sah, jika suami isteri tidak sah maka anak yang dilahirkan juga tidak sah, ini soal hukum besar dan sebab itu Syeikh Yusuf Al-Qardawi minta Anwar sampaikan pada setiap orang,

"Soal rakyat terima tidak terima, itu hak masing-masing antara dia dengan Allah kerana tugas kita ialah menyampaikan dan setiap orang mesti dengar maka di Hulu Selangor ini adalah peluang bukan kerana semata-mata kempen menang tetapi kempen akidah untuk menyelamatkan daripada tergolong daripada golongan munafik dan fasik," tegas bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu.



Monday, April 12, 2010

Baik Punya Cilok Slogan (1 Malaysia = 1 Indonesia = 1 Israel)


Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle




Siapa tiru siapa ini?

1Malaysia Idea Saya, Rakan-Rakan - Najib

SINGAPURA, 6 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, konsep 1Malaysia ialah idea asal dan bukan ditiru dari Israel atau dari mana-mana negara di dunia.

"Ia adalah idea saya dan sesetengah rakan saya," kata beliau di hadapan lebih 100 wartawan asing yang berpejabat di Singapura pada jamuan makan gala anjuran Persatuan Koresponden Asing (FCA) Singapura di Singapura malam tadi.

Katanya, konsep 1Malaysia adalah ciptaan Malaysia dan beliau menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa ia berasal dari Israel atau negara lain

** Di Israel pun ada 1 Israel, di Indonesia lagi hampir sama slogannya...Hahha

Siapa cilok siapa?

Sunday, April 11, 2010

SUDUT PIDATO ZAMAN GILA

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle





Semalam saya telah menghadiri program RAM di Penang iaitu Sudut Pidato Zaman Gila RAM bertempat Kompleks Penyayang, Georgetown pada jam 8.30pm. Kehadiran penonton yang dikira cukup memberangsangkan yang pada anggaran saya sekitar 30-40 orang yang memenuhi di dewan Kompleks Penyayang.

Program yang agak santai itu dikelola oleh Sdr Ammar ,wakil RAM dari KL yang mula dengan mukadimahnya berkenaan Sudut Pidato Zaman Gila ini. Persembahan pertama dimulakan dengan bacaan puisi oleh Sdr Afif Bahardin yang membaca puisi karya Sasterawan Negara, A Samad Said.

Kemudian ia disusuli dengan pidato oleh YB Sim Tze Sin. Beliau menerangkan zaman gila dari perspektif beliau terhadap apa berlaku di Malaysia sebagai cthnya zaman gila Malaysia dimulakan oleh anak muda, Ishak Hj Muhammad yang mula melaungkan Merdeka dan mahu dengan tanahairnya bebas dari belenggu penjajah.Kemudian zaman gila ini berlaku dikalangan mahasiswa zaman 70an yang berdemo di Baling membela nasib petani di sana.Zaman gila yang terakhirnya katanya ketika demonstrasi 98 terhadap pemecatan DSAI yang mana rakyat turun beramai-ramai di KL menuntut keadilan terhadap DSAI.



Seterusnya persembahan seni bersambung dimana ia dipersembahkan oleh seorang seniman Hasnul J Saidon yang juga pensyarah dari USM .Beliau memainkan gitar kapak dan menyanyikan lagu Hela Nyawaku di atas stage. Persembahan muzikal yang terakhir dipersembahkan oleh sebuah band dari Alor Setar iaitu The Singlet yang menyanyikan 3 buah lagi secara live.


Selesainya persembahan, pidato terakhir malam itu dipersembahkan oleh Sdr Hasmi hasyim yang cukup mantap dan bertenaga. Gaya pidatonya persis Anwar Ibrahim sewaktu zaman muda. Beliau semalam banyak memperincikan pidatonya berdasarkan Testamen Politik Anak Muda yang ditulis olehnya dan ia telah dibukukan.Antara isi pidatonya ialah mahu dihapuskan AUKU dan wujudkan pilihanraya PM di Malaysia.

Saya sempat mendapatkan buku Testamen Politik Anak Muda Malaysia dan buku terbaru Pak Khalid Jaafar iaitu Metafizik dan Kosmopolitanisme.InsyaAllah saya akan cuba berkongsi isi mengenai kedua-dua buku ini.








Thursday, April 8, 2010

Wajah wira PERKASA



Ketua Wira Perkasa - Arman ceria di Sidang Media memperkenalkan buku perlembagaan

Ketua Wira -Arman Azha Abu Hanifah dengan siapa tu?




Wednesday, April 7, 2010

Zionis APCO kini menyusup dalam PDRM -Anwar dedah bukti

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kejutan sekali lagi apabila mendedahkan penglibatan dua bekas anggota perisikan tentera Israel dalam Projek Sistem Maklumat Polis DiRaja Malaysia.

Projek yang dikenali dengan nama kod APCO P25 diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri dengan menelan belanja RM999 juta di bawah kelolaan APCO International.

"Kebimbangan saya adalah kerana ia ada kaitan dengan syarikat sama yang diberikan kontrak bernilai RM900 juta untuk mengusahakan 1,100 ekar Taman Teknologi Sungkai oleh Kementerian Pertahanan dan perkara ini telah didedahkan pada Julai 2008 dan disahkan melalui kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

"Ada dua orang yang bertugas di bilik server Bukit Aman di tingkat 2 dan 3. Tugas mereka meneliti bagi pihak APCO dan perkara ini telah disebut oleh Ketua Polis Negara. Pada bulan Julai 2008, Exco Yayasan Pencegahan Jenayah Tan Sri Robert Phang menyerahkan sebahagian dokumen berkenaan projek tersebut kepada Badan Pencegahan Rasuah dan pada bulan Oktober berikut, Ahli Parlimen Ipoh Timur membangkitkan isu ini di Parlimen dengan beberapa maklumat tetapi pencdedahan beliau terus diketepi dan dinafikan oleh Menteri Dalam Negeri.

"Pada November dan Disember 2008 pula, laporan polis telah dibuat oleh pegawai polis dan perkara ini telah disiasat oleh ASP Saerah tetapi dan pegawai tersebut dipindahkan ke Taiping dan tiada kemajuan tentang siasatan itu.

"Pada 23 November 2008, Menteri Dalam Negeri ketika itu mendapat taklimat khas pada jam 4.00 petang di Bilik VIP KLIA kerana Jabatan Logistik, Ketua Polis Negara dan Cawangan Khas membangkitkan isu tentang kehadiran Perisikan Israel di Bahagian Teknologi Maklumat PDRM.

"Pada 1 Disember 2008, Pengarah Jabatan Logistik Datuk Mahsuri Zainal menulis kepada BPR mengenai projek APCO 425 yang dikenali sebagai "Police Reporting System" Fasa Ketiga Pembekalan dan Penyelenggaraan 123 kepada syarikat Masterplan Consulting Sdn Bhd (MPC). Dalam surat tersebut bertarikh Mei 2008 Pengarah Logistik menerima laporan daripada Pengarah Cawangan Khas berkenaan penglibatan dua bekas Perisikan Tentera Israel di dalam projek PRS-PDRM oleh MPC.

"Dalam surat bertarikh Ogos 2008, Cawangan Khas mengesahkan penglibatan Israel melalui syarikat Asiasoft Malaysia sebagai subkontraktor dan mempunyai dua pemegang saham iaitu B System Sdn Bhd dan Asiasoft PLC. Asiasoft PLC didaftar di Singapura dan dikuasai oleh Asiasoft Global PLC yang berpengkalan di Israel," dedah Anwar lagi semasa membahaskan bajet tambahan Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat hari ini.




Monday, April 5, 2010

SUDUT PIDATO RAM PENANG

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


SUDUT PIDATO RAM PeNANG -PIDATO ZAMAN GILA : ANAK MUDA HARAPAN MALAYSIA-

dan

PELANCARAN TESTAMEN POLITIK ANAK MUDA MALAYSIA

Tarikh :Sabtu, 10 April 2010, jam 8.00 malam - 11.00
Tempat : Kompleks Penyayang, Padang Polo, Georgetown

Menampilkan YB Nik Nazmi, YB Sim Tze Tzin, YB Amiruddin, Hasmi Hashim dan persembahan seni oleh anak muda seperti Najwan Halimi, Najmi, dan beberapa kugiran yang muda.

Acara yang tidak boleh dilepaskan andai anda muda dan mahu tahu apa itu TESTAMEN POLITIK ANAK MUDA MALAYSIA.

Jumpa anda disana.


Saturday, April 3, 2010

Subsidi akan dikurangkan , harga barang meningkat

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle



Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan sedang mengkaji pemberian subsidi kepada rakyat yang berjumlah RM73 bilion melalui pengwujudan Makmal Rasionalisasi Subsidi.


Beliau berkata, makmal itu diketuai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, dan dijangka menyiapkan cadangan dan kajian berkenaan sebelum pembentangan Bajet 2011 tahun ini.

"Kajian itu termasuklah apa juga berkaitan subsidi sama ada makanan, perkhidmatan, tol, tarif elektrik, pertanian, pelajaran dan sebagainya. Ia dibuat untuk melihat sama ada berlaku pertindihan, rasionalnya dan di mana yang perlu dibaiki, dikurangkan dan sebagainya," katanya kepada pemberita di Bahau, hari ini.

Hadiah setahun PM Najib menjadi PM !

Thursday, April 1, 2010

Ibrahim Ali mengamuk di AL Jazeera

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali berang dan mengutarakan kata-kata kesat ketika diajukan soalan berhubung Dasar Ekonomi Baru (DEB) dalam wawancaranya dengan Al Jazeera.

Klip video itu disiarkan dalam rangkaian perkongsian video Youtube.

Dalam laporan itu, wartawan Al Jazeera mengajukan soalan berhubung DEB yang didakwa bersifat perkauman.

Se
baik mendengar dakwaan itu, Ibrahim terus berang dan berkata berulang kali berkata: "Jika bangsa-bangsa asing ini mendakwa mereka rakyat kelas kedua, 'don't talk s**t! Don't talk s**t!' Saya ulang untuk kali ketiga, 'don't talk s**t!”

Suara Ibrahim ketika kata-kata kesat itu diluahkan telah disunting oleh Al Jazeera kerana dianggap tidak bersesuaian untuk tontonan.

"Kami bangsa Melayu telah banyak maafkan mereka, malah kami juga berkorban kepentingan kami," kata Ibrahim lagi.

Rencana Al Jazeera itu melaporkan ramai rakyat Malaysia berpendidikan tinggi meninggalkan negara ini kerana dasar-dasar diskriminasi melaui DEB.

Antara yang dipaparkan ialah Shirlene Ong yang telah menetap selama enam tahun di Hong Kong.

“Saya tidak akan pulang ke Malaysia dalam masa terdekat ini. Apa yang mungkin membuat saya menukar pendirian ialah apabila semua rakyat Malaysia dilayan secara saksama," katanya.

Turut diwawancara dalam laporan itu ialah penganalis politik Malaysia, Farish Noor yang mendakwa kebebasan akademik tidak wujud di Malaysia dan kini menjadi pensyarah di Singapura.

Menurut video terbitan Al Jazeera itu, DEB yang diperkenalkan oleh ayahanda Najib, Tun Abd Razak Hussein dan adalah bersesuaian bagi beliau menanggalkan dasar-dasar diskriminasi berkenaan.

Pergh !..Lagi kuat bercakap bab Melayu, lagi kuat pulak mencarut ! hahaha. Sambil tu dalam masa yang sama kuat melahap saham judi Vincent Tan. Hahaha !

Bang Berahim , tolong erni Bang Berahim ! tolong !...

dialog dalam filem Pendeker Bujang Lapok



Share Info !

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews