INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Friday, January 29, 2010

Dun Perak bubar ?

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


Oleh Roziyah Mahamad

KUALA LUMPUR : Menteri Besar Perak seolah-olah sudah ditentukan jawapannya apabila ada yang mengatakan bahawa 5 orang daripada panel hakim tersebut, 3 orang memilih Nizar, 1 memilih Zambry manakala seorang lagi mengambil sikap berkecuali.
"Keputusan ini begitu mengejutkan serta menakutkan Barisan Nasional (BN) sehingga perlu dilakukan sesuatu bagi memperbetulkan keputusan itu sebelum diumumkan," kata penulis blog, Azizul Nizam dalam blognya, ajijoi.blogspot.com.
Beliau dalam blognya mempersoalkan selama 3 bulan keputusan itu dipendam daripada pengetahuan rakyat Malaysia khususnya Perak, mengapa tiba-tiba tarikh 9 Februari dipilih untuk mengumumkan keputusan yang dinanti-nantikan selama ini?
"Bagi saya, selama 3 bulan ini, BN terutamanya Umno Perak mengatur strategi dalam menghadapi kemungkinan pembubaran Dun yang sudah pasti tidak dapat dihalang lagi.
"Selama 3 bulan inilah segala jentera kerajaan, media perdana dan kerja-kerja 'underground' diatur bagi memastikan sokongan rakyat kembali kepada mereka. Kesemua sumber kewangan negeri juga dipergunakan sepenuhnya bagi memastikan misi ini berjalan dengan lancarnya," jelas beliau.
Bagi Azizul, ini memberi petanda Umno dan BN telah bersiap sedia dalam semua perancangan mereka untuk tetap berkuasa di Perak samada cara 'by hook or by crook'.

KUALA LUMPUR : Menteri Besar Perak seolah-olah sudah ditentukan jawapannya apabila ada pihak yang menyatakan bahawa lima orang daripada panel hakim tersebut, 3 orang memilih Nizar, 1 memilih Zambry manakala seorang lagi mengambil sikap berkecuali.

"Keputusan ini begitu mengejutkan serta menakutkan Barisan Nasional (BN) sehingga perlu dilakukan sesuatu bagi memperbetulkan keputusan itu sebelum diumumkan," kata seorang penulis blog, Azizul Nizam dalam blognya, ajijoi.blogspot.com.

Menerusi blognya, beliau mempersoalkan, selama 3 bulan keputusan itu dipendam daripada pengetahuan rakyat Malaysia khususnya Perak, mengapa tiba-tiba tarikh 9 Februari dipilih untuk mengumumkan keputusan yang dinanti-nantikan selama ini?

"Bagi saya, selama tiga bulan ini, BN terutamanya Umno Perak mengatur strategi dalam menghadapi kemungkinan pembubaran Dun yang sudah pasti tidak dapat dihalang lagi.

"Selama tiga bulan inilah segala jentera kerajaan, media perdana dan kerja-kerja 'underground' diatur bagi memastikan sokongan rakyat kembali kepada mereka. Kesemua sumber kewangan negeri juga dipergunakan sepenuhnya bagi memastikan misi ini berjalan dengan lancarnya," kata beliau.

Bagi Azizul, ini memberi petanda Umno dan BN telah bersiap sedia dalam semua perancangan mereka untuk tetap berkuasa di Perak samada cara 'by hook or by crook.


sumber WRLR.


** Ada benar telahan sumber di atas jika saya melihat langkah terkini kerajaan Persekutuan memberi tanah KTMB kepada peduduk di sekitar laluan keretapi di Kuala Sepetang dengan kadar segera. Berikut kenyataan Datuk Zambry :


"Terima kasih kepada kerajaan Persekutuan yang telah membuat keputusan untuk menyerahkan tanah rizab landasan keretapi itu. Ini adalah hasil siri perbincangan dan rundingan yang diusahakan kerajaan negeri untuk membantu rakyat di Kuala Sepetang. Itulah janji yang kita kotakan," katanya.

Semalam, Jemaah Menteri bersetuju tanah rizab keretapi di antara Taiping ke Kuala Sepetang seluas 94.5 hektar dilepaskan kepada kerajaan negeri Perak.

Keputusan itu diambil memandangkan tanah berkenaan tidak lagi digunakan untuk tujuan operasi keretapi sejak tahun 1941.Kerajaan negeri turut bersetuju untuk membuat pembayaran kira-kira RM38 juta kepada kerajaan Persekutuan melalui perbadanan itu selaku pentadbir tanah terbabit.



Monday, January 25, 2010

Halang ceramah Anwar di Kerinchi

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle



"Entah mengapa sejak kemenangan kita usai tahun 2008, belum pernah sekali kami dibenarkan berucap di Lembah Pantai. Shahrizat terus berdendam dengan kekalahan dan Raja Nongchik menganggap beliau punyai kuasa mutlak. Dan polis bertindak sebagai alat penguasa Umno"- Anwar ibrahim

"Bila berlaku pembakaran gereja, polis mengarahkan pihak gereja sendiri yang mengawal keadaan kerana alasan mereka tidak cukup anggota tetapi bila majlis seperti ini berlangsung polis boleh hantar begitu ramai anggota polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) untuk menghentikan program tersebut," jelas Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar ketika dihubungi Era Pakatan.com.Beliau berkata, ini merupakan provokasi yang cuba dicetuskan oleh pihak polis dan kerajaan seharusnya serius melihat perkara. - Mahfuz Omar (PAS)



Malaysia -Negara Polis

Selamatkan Malaysia !


Friday, January 22, 2010

Undurlah Khalid Nordin !

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle



Jangan perlekeh siswa : “Kami sokong Saifuddin Abdullah” - Bantah

Oleh Mohd Ali Bakri

KUALA LUMPUR : Gabungan Mahasiswa Bantah E-Undi (Bantah) menyokong kenyataan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi (KPT), Datuk Saifuddin Abdullah berhubung seruannya agar semua pihak tidak lagi memperlekeh idea-idea mahasiswa hari ini.

Pengerusi Bantah Mohd Aizat Mohd Saleh berkata, pihaknya memandang positif terhadap seruan tersebut sekali gus mendesak agar KPT mendengar segala luahan yang dilontarkan mahasiswa mutakhir ini.

"Kami menyeru kematangan Menteri Pengajian Tinggi Khaled Nordin agar meneliti memorandum mahasiswa Jumaat lalu di Putrajaya, bukannya memberi kenyataan bahawa mahasiswa hari ini tidak matang," kata beliau.

Mohd Aizat berkata, menteri sendiri yang kurang matang ketika mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Kami cabar Khaled agar segera menjawab segala tuntutan mahasiswa kalau benar-benar mahu tunjukkan sikap matang kepada kami. Mahasiswa sudah mengguna semua tindakan profesional termasuk berbincang dengan menteri dan pentadbiran universiti, tetapi semua ini dibakul-sampahkan," katanya.

Tambah beliau, mahasiswa akan bertindak lebih agresif selepas ini jika kementerian masih lagi tidak mendengar tuntutan mahasiswa.

"Kami juga menggesa supaya tidak mempersalahkan mahasiswa dengan tindakan-tindakan selepas ini yang lebih agresif setelah jalan selamat yang diambil tidak didengari.

*** Nampak Timbalan Menteri KPT,Datuk Saifudin lebih peka dan cerdik dari Menteri KPT,Datuk Khalid Nordon yang bebal dan tegas tak bertempat. Undur lah Khalid Nordin !!..Hang tak layak la jaga mahasiswa ...

Tuesday, January 19, 2010

Wednesday, January 13, 2010

Allah :Siapa pasung fikrah muslim? -Hasmi Hashim

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Sebagai salah seorang panel forum 'Allah: Siapa Punya?' kelmarin, saya berpendapat bahawa isu kalimah Allah kini tiba di peringkat persoalan sosio-budaya; bukan lagi hanya berlegar kepada persoalan hukum-hakam agama.

Dengan banyaknya surah-surah di dalam Quran, jelas sekali penggunaan nama 'Allah' oleh mingguan Herald tidak bersalahan dengan Islam.

Persoalan sekarang, bukan siapa yang berhak memakai nama 'Allah', tetapi terbau kuat akan wujudnya pihak yang mahu memiliki hak mutlak bagi menafsirkan ayat-ayat al-Quran dalam usaha menguasai doktrin Islam itu sendiri.

Selepas sekian banyak hujah yang dibentang, di hujung forum, Dr Azwira A Aziz (pensyarah kanan Jabatan Pengajian al-Quran dan as-Sunnah, Universiti Kebangsaan Malaysia) dua tiga kali berbisik kepada saya, "mengapa jadi begini?"

Maksud beliau, mengapa dalam hal ini, kedapatan cendekiawan, ahli akademik, ahli teologi bahkan ulama tidak menjadi jernih akal budinya berhubung isu yang dibincangkan.

Kita akui bahawa 'pemegang fakta' bukan bermakna 'pemegang kebenaran'; sama halnya hujah wajar dijawab dengan hujah dan bukannya penglabelan.

Memang, saya tidak punya jawapan ringkas.

Hanya yang dapat dirumuskan bahawa suasana malam itu mengingatkan ungkapan profesor Dr Tariq Ramadan kala memberikan syarahan awam bulan lalu di Kuala Lumpur bahawa ia adalah masalah pemikiran umat. Ia bukannya masalah Islam; apatah lagi masalah Illahi... bukan!

Tidak sekalipun saya cuba menolak Teks; sama ada al-Quran dan hadith, kala mana sekian banyak ayat al-Quran dipetik misalnya daripada surah Ali Imran (64), al-Ankabut (46) bahkan paling jelas, al-Hajj bermula ayat 39 sehingga 46.

Ayat-ayat, kaedah dan disiplin penafsiran juga sempat disentuh Dr Azwira.

Saya kira, pada peringkat ini, adalah keanak-anakan sekali andai ada yang masih membebelkan bahawa umat harus merujuk kepada al-Quran dan hadith (yang diingatkan setiap khutbah Jumaat!) sedangkan memang sudah dilaksanakan seruan itu. Begitu juga rujukan terhadap qias dan ijma' ulama.

Oleh kerana masalah ini adalah masalah umat, masalah pemikiran, tentang faham yang mendasarinya, maka saya dengan tegas sejak dari awal mengajak agar diteliti pengalaman Munshi Abdullah sebagai pengalaman dalam lingkungan sosio-budaya Melayu.

Apakah orang Melayu tidak punya pengalaman sejarah di atas isu serupa?

Apabila nama Munshi dibangkitkan, tuduhan, ejekan dan fitnah terhadap Munshi didendangkan semula. Paling tidak, tuduhan klise bahawa Munshi itu rapat dan terlalu memuja Barat, atau dalam bahasa hari ini dia pasti akan dituduh "agen Barat".

Hubungan baik Munshi dengan sekian ramai orang Inggeris termasuk dengan Stamford Raffles mahupun dengan paderi Kristian yang bernama Thomsen dijadikan alasan untuk menakut-nakutkan Melayu hari ini, seperti mana rasa tidak yakin diri di kalangan masyarakat Melaka kala Munshi masih hidup.

Antara lain, demi muaknya atas tuduhan (labelan) kepadanya, Munshi menuliskan: [D]an banyaklah orang menyatakan pekerjaan itu tiada baik, iaitu merosakkan agama adanya, maka apabila aku mendengar perkataan itu, tunduklah aku sambil keluar air mataku, serta berfikir: 'Dari mana gerangannya datang bencana ini? Terlalu bodoh.'

Tohmah dan fitnah seperti 'paderi Munshi' tidak lain datangnya daripada orang yang dimaksudkan itu. Bukan sahaja bodoh, tetapi penuh pula rasa curiga sebagai lambang tidak ada yakin diri ini.

Islam telah merungkaikannya di bawah makna 'iman' itu sendiri.

Membayangkan masalah sedemikian, Munshi menulis: [M]aka beberapa kali sudah aku ingatkan akan mereka itu serta memberitahu akan mereka itu, bahawa sekali-kali tiada Inggeris itu hendak memasukkan seseorang ke dalam agamanya kalau yang empunya diri tiada suka.

Kebimbangan segelintir Muslim andai nama Allah itu disalahguna pihak bukan Islam bukan alasan bagi Muslim tidak memberikan hak dan keadilan kepada yang bukan Islam.

Bahkan Allah SWT jua mengingatkan bahawa Dia jualah yang berkuasa membinasakan kaum-kaum yang berdusta dan melakukan kerosakan seperti kaum Nabi Nuh dan 'Aad, kaum Nabi Salih (Thamud), kaum Nabi Ibrahim, kaum Nabi Lut, kaum Nabi Musa dan penduduk Madyan.

Faktanya, Munshi meninggal dunia (di Jeddah pada 1854) sebagai seorang Muslim; pegangan agamanya tidak pernah goyang dan calar sepanjang beliau melakukan kerja terjemahan Injil, bahkan sepanjang hayatnya.

Begitu juga Thomsen. Dia juga orang alim bagi agamanya. Kealiman dan ketaatannya kepada Kristian sehingga menyebabkan beliau takut untuk menukar barang sepatah pun perkataan di dalam Injil. Dia mahukan Munshi menterjemah sepatah demi sepatah.

Munshi tidak bersetuju. Bagi Munshi, jalan bahasa Melayu berbeza dengan jalan bahasa Inggeris. Andai terjemahan secara literal (harfiah) seperti yang dimahukan oleh Thomsen, akan mengakibatkan maksud asal Injil akan tergelincir.

Contohnya diberikan Munshi sendiri pada halaman 201, ayat 28 dalam edisi 'kitab Injil Tuan Thomsen'. Ayatnya berbunyi: Maka tatkala itu Simeon mengangkat anak 'Isa itu pada tangannya lalu memuji Allah.

Menurut Munshi, jalan bahasa Melayu oleh Thomsen itu membayangkan bahawa Nabi Isa seolah-olah mempunyai anak, sedangkan kata Munshi, [M]aka dalam fahamku demikian kerana belum pernah aku mendengar dalam agama Islam, istimewa dalam agama Masehi, akan 'Isa itu kahwin.

Secara tidak langsung, kerja terjemahan Injil, yang kemudiannya dikenali sebagai "Injil Melayu Melaka dan Singapura", telah membuatkan keyakinan Munshi terhadap ajaran Islam semakin jelas.

Apa yang mengecewakannya, bukan kerja terjemahan itu. Munshi kecewa apabila begitu banyak kesalahan yang dilakukan oleh Thomsen, yang tidak mahu mendengar nasihatnya sebagai guru.

Di pihak Thomsen pula, beliau sangat takut untuk mengubah-ubah letak duduk perkataan daripada Injil versi King James kepada laras bahasa Melayu.

Begitu juga dengan penggunaan nama 'Allah'. Bagi istilah 'tuhan' yang tidak merujuk kepada Tuhan yang disembah, maka telah dihilangkan satu huruf 'lam', menjadi bunyinya 'Alah', sementara bagi maksud Tuhan yang disembah, dikekalkan ejaan alif-lam-lam-ha dengan bunyinya 'Allah'.

Perlu diingatkan bahawa Injil berkenaan dicetak dengan tulisan jawi. Barangkali kalau dilihat seperti mana hari ini, seperti kitab agama di sekolah-sekolah agama Islam negeri Johor. Kitab berkenaan dicetak puluhan kali, dan cetakan pertama di Melaka sebelum di Singapura.

Siapakah yang membeli dan membaca Injil dalam bahasa Melayu itu, kalau tidak kemudiannya dibaca oleh orang Melayu?

Namun, tidak wujud kes yang dapat disahkan bahawa orang Melayu di Melaka atau Singapura, atau Johor, atau Riau (Sumatera) pada zaman itu, misalnya, yang menukar agama mereka kepada seorang Kristian.

Injil Melayu Melaka dan Singapura itu bukanlah Injil yang pertama kali diterjemah ke dalam bahasa Melayu. Di zaman Belanda, iaitu sebelum Inggeris menguasai Melaka, pemerintah Belanda telah mengarahkan seorang pegawai tingginya yang bernama Klinkert untuk menterjemah Injil dalam bahasa Melayu.

Kira-kira 150 tahun Munshi meninggalkan kita. Cendekiawan, ulama bahkan muslim keseluruhannya tidak boleh mengikuti jejak Vatican dalam kes ahli sains Galileo Galilei yang ditangkap, dipenjara dan diseksa hanya kerana orang pandai itu membuktikan bahawa bumi bukan titik tengah cakerawala seperti mana doktrin Kristian.

Hanya selepas seluruhnya hidup Galileo terseksa; selepas 350 tahun kemudiannya, pada 1992 barulah Vatican mengakui kesalahannya dan memohon maaf.

Arakian, darjat umat dan Melayu tidak akan termuliakan dengan fitnah yang diangkat sebagai 'fakta'; samalah bahawa bahasa Melayu tidak akan jadi bahasa yang besar dan agung tanpa kesediaan menerima ilmu luar ke dalam bahasanya; termasuklah pengetahuan daripada kitab-kitab agama lain.

Dalam sekian banyak pertengkaran dan perbezaan, sedar tidak sedar kedua-dua orang alim itu, Munshi dan Thomsen, telah sama-sama memilih istilah 'Allah'. Mereka sama-sama mengakuinya.


Hasmi Hashim, seorang pengkritik budaya dan penulis rencana, bergiat aktif bersama PKR.


Friday, January 8, 2010

Mengutuk pengeboman gereja di PJ

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Sebuah gereja dibaling dengan bom petrol mengakibatkan tingkat bawahnya terbakar, kata sumber gereja.

desa melawati church firebomb allah issue 1Insiden tersebut berlaku sewaktu memuncak kontroversi berhubung penggunaan perkataan Allah oleh satu penerbitan Katholik.

Sekurang-kurangnya empat lagi gereja di Lembah Kelang dipercayai turut jadi sasaran dalam tempoh 12 jam lalu, termasuk Gereja Assumption di Petaling Jaya.

Seorang pegawai jabatan bomba berkata semua balai diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi memantau kebakaran di rumah-rumah ibadat, menjelang bantahan besar-besaran tengah hari ini anjuran NGO utama Islam.

desa melawati church firebomb allah issue 3Bangunan tiga tingkat Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur, adalah sebahagian pergerakan Assemblies of God, terbakar kira-kira tengah malam tadi, kata pemimpin gereja itu, Peter Yeow, 62.

Beliau memberitahu AFP bahawa ada saksi yang ternampak empat orang - yang datang menaiki motosikal - memecahkan kaca dan membaling bom petrol ke dalam bangunan gereja.

sumber Msiakini.

Saya mengutuk sekeras-kerasnya tragedi pengeboman ini dan menggesa pihak yang bertanggungjawab perlu segara dihadapkan ke muka pengadilan. Tragedi ini sungguh memalukan umat Islam Malaysia yang terkenal dan toleransi , cintakan keamanan dan perpaduan.

Pada saya kejadian tersebut berlaku tak lain tak bukan adalah kerana isu penggunaan nama Allah oleh bukan Islam seperti yang diputuskan oleh mahkamah baru-baru ni.

Pakatan Rakyat dah umumkan awal-awal pendirian masing-masing. PKR bersetuju dengan keputusan mahkamah, PAS juga bersetuju dengan keputusan mahkamah kecuali beberapa pemimpin tertentu manakala DAP pula mengambil sikap berkecuali.

Setakat hari ni pihak yang sibuk-sibuk mempertikaikan keputusan mahkamah tersebut ialah tak lain dan tak bukan - UMNO, siap anjurkan Demonstrasi besar-besaran bersama NGO pro UMNO seperti PERKASA Ibrahim ALi dan PEKIDA. Turut sama NGO Islam seperti Abim dan PKPIM.

Polemik ini seakan-akan mahu digunakan oleh UMNO untuk tujuan politik mereka dalam meraih sokongan rakyat setelah umpan perkauman sempit ditolak oleh rakyat.Tak kan yang setuju dengan keputusan mahkamah seperti PAS dan PKR nak buat kerja gila macam ni..? dah tentu terang-terangan ialah angkara pihak yang tak setuju dengan keputusan mahkamah. PM Najib sendiri pun "kelihatan" berada dipihak yang tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah dan perlu diingat, PM ini jugaklah yang mengadap Paduka Yang DiPertuan Agung "kununnya" untuk selesaikan isu ini.

Diharapkan rakyat Malaysia khususnya org Melayu Islam dapat mengekalkan keamanan dan keharmonian di negara kita. ..Islam for Peace !!







Friday, January 1, 2010

Hadiah Tahun Baru 2010 -Harga Gula naik

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


HARGA GULA TIDAK NAIK , BEKALAN DIJAMIN CUKUP

KUALA LUMPUR, 2 0gos (Bernama) -- Kerajaan memberi jaminan bekalan gula di negara ini mencukupi serta tiada kenaikan harga akan berlaku sehingga akhir tahun ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut mengingatkan peniaga agar tidak menyorokkan bekalan gula untuk meraih perhatian kerajaan bagi menaikkan harga gula.

18 Jan – KERAJAAN TAMBAH SUBSIDI ELAK HARGA GULA NAIK

KUALA LUMPUR: Kerajaan mungkin membatalkan hasrat menaikkan harga gula berikutan langkah terbarunya untuk menambah pemberian subsidi sebagai alternatif bagi menampan kenaikan harga barang keperluan berkenaan.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd Zain Mohd Dom, berkata langkah menambah subsidi itu antara cadangan utama yang diteliti secara serius kementeriannya sebelum dibentangkan kepada Kabinet.

“Ada kemungkinan harga gula tidak dinaikkan berikutan kelembapan ekonomi dunia. Kementerian mengambil kira pelbagai perkara sebelum membuat keputusan apatah lagi kita mahu elak membebankan rakyat.

“Industri gula membabitkan pengeluar serta pemborong juga memberikan jaminan tidak menaikkan harga gula pada waktu terdekat dan akur terhadap keputusan kerajaan yang dijangka diumumkan empat minggu lagi,” katanya.

GULA NAIK 20 SEN MULAI ESOK

Kerajaan akan menaikkan harga gula di seluruh negara sebanyak 20 sen mulai esok, kata Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Md Zain Md Dom, sebentar tadi.

Ketika ini, harga gula di pasaran tempatan adalah RM1.45 sekilogram.

Kenaikan itu menjadikan harga gula di Semenanjung bermula 12 tengah malam ini, RM1.65 sekilogram manakala RM1.75 bagi Sabah dan Sarawak.

*** Hadiah tahun baru dari kerajaan BN 1 Malaysia.Apabila harga gula dinaikkan, media-media UMNO mengerakkan kempen penggunaan gula berlebihan membahayakan kesihatan dan cuba memutarkan kisah bahawa kenaikkan ini akan membebankan rakyat yang berpendapatan rendah. Harga minuman dan makanan kemungkinan selepas ini akan dinaikkan oleh peniaga untuk menampung kos kenaikan harga gula ini.

Rakyat Malaysia berterusan diperbodohkan oleh media dan kerajaan kononnya kenaikkan disebabkan harga gula dunia meningkat. Tetapi kita tidak diberitahu bahawa perbelanjaan kerajaan semakin berkurang dan dalam masa yang sama kita masih memperuntukkan RM 1billion untuk F1 dan RM100 juta untuk projek Permata Rossmah. Sepatutnya wang tersebut mampu menampung digunakan untuk subsidi gula atau bahan makanan lain untuk mengelakkan kenaikan harga.

Rakyat Didahulukan , Gula Dinaikkan



Share Info !

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews