INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Tuesday, August 10, 2010

Bazar Ramadhan Komtar - KMA (Ghani) tipu Peniaga Melayu

Blog Sharpshooter aka DIN BINJAI


Sharpshooter :- Kelmarin sharpshooter, Amir Ghazali (Ketua AMK P.Pinang), Syed Mikael dan Rizal Hamid bertemu YB Ng Wei Aik di Komplek Masyarakat Penyayang.

YB Ng berkata...tidak benar sama sekali saya tidak benarkan peniaga Melayu berniaga di Pasar Ramadhan KOMTAR seperti yang dilaporkan Utusan.

Masalahnya Persatuan Peniaga KOMTAR (KMA) telah kutip sewa dari peniaga tetapi mereka langsung tidak bayar kepada PDC. Kenyataan penuh PDC di sini.


Peniaga Melayu sedia ada seperti biasa menjalankan perniagaan mereka di KOMTAR tingkat 3 semalam. Pada pandangan sharpshooter, isu ini sepatutnya tidak timbul jika Kerajaan Negeri lebih peka dan berhati-hati dari awal.

Umno, Utusan dan TV3 serta kuncu-kuncunya, kita sudah sedia maklum mereka pasti akan ambil kesempatan untk sensasikan isu ini. Cukuplah tahun lepas isu Bazar Ramadhan di Chowrasta, letih nak jawab, tahun ini di KOMTAR pula.

Sepatutnya jangan bagi ruang langsung untuk umno ambil kesempatan mensensasikan isu peniaga Melayu di Bazar Ramadhan.

Dalam pertemuan dengan CEO Setia Urus Sdn Bhd, Encik Sabarul Aswadi Abdul Jalil semalam, beliau amat terkilan, marah dan kecewa dengan sikap KMA yang bertindak memalukan Melayu dan umat Islam.

Katanya fitnah diambang Ramadhan Al-Mubarak oleh KMA yang menuduh PDC tidak benarkan peniaga Melayu berniaga di Bazar Ramadhan adalah tidak benar sama sekali.


Beliau menjelaskan sebenarnya KMA cuba menutup kelemahan dan kesalahan mereka yang tidak mengikut persetujuan mesyuarat bersama pada 5 Ogos 2010 yang turut dihadiri oleh Pengerusi KMA Jimmy Chan.

KMA juga sepatutnya membayar RM17,500 (RM50.00 x 10 lot ruang x 35 hari) tetapi sebaliknya hari ini KMA hanya mahu membayar RM5,ooo sahaja kepada PDC.

Bayangkan gerai sedia ada 20 gerai ditambah penambahan 27 gerai Bazar Ramadhan bermakna jumlah gerai adalah 47 buah semuanya.

Ini bermakna kutipan sewa gerai adalah 47 gerai x RM50.00 x 35 hari = RM82,250.00 tetapi KMA hanya mahu membayar RM5,000 sahaja kepada PDC. Anda fikirlah banyak mana KMA buat keuntungan atas angin ke atas peniaga Melayu.

Ini bermakna KMA mahu kaut keuntungan besar ke atas peniaga Melayu. Yang buat kecoh dan sensasikan isu ini adalah Naib Pengerusi KMA Mohamed Ghani Abdul Jiman.

Dalam tinjauan kami terhadap peniaga Melayu di KOMTAR semalam, kami juga bertemu dengan Ghani, beliau mulanya mempertahankan kenyataannya seperti yang dilaporkan Utusan tetapi bila kami dedahkan perkara sebenar, terus wajahnya berubah dan minta izin mahu beredar katanya mahu solat jap. Nape nak lari mamu Ghani...

Untuk makluman semua Ghani ini adalah anti DAP dan beliau juga dahulu yang turut terlibat dalam demo SEDAQ di KOMTAR sebelum ini. Gambar beliau semasa terlibat dalam demo SEDAQ akan sharpshooter dedahkan.

Untuk makluman anda semua, Ghani adalah salah seorang daripada peniaga yang sedia ada di KOMTAR. Beliau menjual barangan kulit seperti jaket, tali pinggang dan sebagainya yang dibuat dari kulit.

Beliau juga sebenarnya tidak membayar sewa selama dua bulan kepada PDC berjumlah RM3,000.00 (RM50 x 30 hari x 2 bulan). Anda fkirlah sendiri sikapnya.


Pada sebelah petang jam 3.30, kami adakan sidang media bersama YB Ng Wei Aik.

Hari ini 10 Ogos 2010 jam 11.00 pagi, Lim Guan Eng mahu berjumpa dengan kami di Tingkat 28, KOMTAR. Semoga perbincangan dengan Guan Eng akan menjernihkan semua pihak.

Usah bimbang...InsyaAllah selagi hayat dikandung badan, sharpshooter dan sahabat-sahabat dalam AMK akan terus berjuang membela rakyat terutamanya peniaga.

Sebagai anak muda, kami pendesak dan pemantau dan bukannya budak suruhan. Berita lanjut akan menyusul selepas pertemuan dengan Guan Eng

No comments:

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews