INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Friday, May 28, 2010

Malaysia akan bangkrap jika subsidi diteruskan-1



Saya tertarik tulisan sdr Tulang Besi yang cuba mengaitkan bahawa kegagalan urustadbir pemimpin UMNO lah yang menyebabkan defisit negara kita meningkat saban tahun dan amaran oleh Datuk Deris Jala , negara akan bangkrap 2019. Beliau memberi contoh Tun Madey atau Mahafiraun (gelaran oleh Geng Reformasi) yang "Bail Out" syarikat anaknya dan kroni-kroni apabila berlaku krisis kewangan 97.


1997: Anwar Telah Menolak “Bail-Out”. Anwar Dituduh Sebagai Agen IMF

Anwar Ibrahim, pada 1997, telah menolak semua usaha untuk “Bail Out” kroni-kroni Mahathir dan Daim yang melarat pada masa itu. Sebelum 1997, para kroni seperti Halim Saad, VinSetan, Anandha Krishnan, Tajuddin Romli, Wan Azmi Gendut, Tajuddin Othman dsbnya, hidup dalam kemewahan menikmati kekayaan negara yang diberikan kepada mereka. Sedikit pun rakyat Malaysia tidak merasai nikmat yang dinikmati oleh kroni-kroni ini.

Tapi, bila bisnes mereka terlungkup, maka rakyat Malaysia terpaksa membayar kerugian kroni-kroni ini. Anwar sebagai Menteri Kewangan pada masa itu, telah menentang usaha-usaha menyelamatkan kroni-kroni ini dengan duit rakyat.

Tindakan Anwar ini telah menyebabkan Anwar dilabel sebagai Agen IMF

Ini kerana, sekiranya kita melihat contoh Korea Selatan yang telah mengambil pinjaman IMF, mereka telah membiarkan syarikat-syarikat Korea Selatan bangkrap dan tidak diselamatkan oleh kerajaan(dipanggil chaebol.)

Syarikat seperti Kia Motors dibiarkan bangkrap dan dibeli oleh Hyundai. Samsung Motors dibiarkan ditutup begitu sahaja. Malahan, syarikat pembuat minuman Korea, telah dijual kepada Coca Cola.

Dari 30 lebih “cheabol” yang wujud sebelum 1997, hanya 18 sahaja yang mampu bertahan. Kerajaan Korea Selatan tidak mengambil apa-apa tindakan untuk menyelamatkan syarikat-syarikat yang bangkrap. Tidak seperti Mahafiraun yang menyelamatkan syarikat2 yang rugi dan tidak berdaya maju.

Kerajaan Korea telah membuat reformasi keatas "chaebol"2 ini. Mana yang tidak berdaya maju, telah ditutup selaras dengan kehendak dan syarat2 IMF. Hanya yang berdaya maju sahaja dibiarkan hidup.

Anwar Ibrahim tidak setuju dengan “bail-out” Mahafiraun. Duit rakyat patut digunakan untuk membantu rakyat Malaysia diwaktu kesusahan yang begitu teruk pada masa itu akibat kejatuhan ekonomi 1997.

Tapi Mahafiraun mahu duit rakyat digunakan menyelamatkan kroni-kroni beliau. Rakyat Malaysia boleh pergi jahanam.

Kalau kita lihat syarat IMF pada tahun 1997 kepada mereka yang mendapat bantuan IMF adalah:

“the maintenance of a sound fiscal policy, including through providing for rising budgetary costs of financial sector restructuring, while protecting social spending. Once the severity of the economic downturn in the affected countries became clear, fiscal policy was oriented toward supporting economic activity and expanding the social sector safety net.”


Ini bermakna negara yang mendapat bantuan IMF tidak dibenarkan menyelamatkan syarikat-syarikat yang bangkrap dan tidak mampu menyelamatkan diri mereka pada masa berlakunya krisis 1997.

Inilah sebabnya Anwar dituduh sebagai pro IMF.

Tapi, Korea Selatan berjaya membayar balik pinjaman IMF yang mereka buat dengan tidak mengamalkan “bail-out” ala Mahafiraun. Mengikut laporan di bawah:

South Korea on Thursday paid back the remaining $140 million in debt it owed the International Monetary Fund (IMF), part of $6 billion in stand-by loans the country received from the IMF following the Asian financial crisis of late 1997.

The government said repayment of the bailout loans extended by the international lending agency was carried out well ahead of the original debt service timetable set for May 2004, reflecting the country's progress in recovering from the crisis.

The original IMF rescue package for South Korea totaled $19.5 billion, comprising the $6 billion in stand-by loans and $13.5 billion in supplemental reserve facility (SRF) loans.


Jadi, mereka yang kata IMF akan menghancurkan Malaysia nampaknya salah. Kalau Korea Selatan boleh hidup dan menjadi lebih maju dengan bantuan IMF, mengapa tidak Malaysia?

Tapi, demi menyelamatkan kroni2 Mahafiraun, maka terpaksalah kita hidup dalam eknomi yang tersedak seperti sekarang.

Kita sanggup fitnah Anwar Ibrahim semata-mata Anwar tidak mahu menggunakan wang rakyat untuk menyelamatkan kroni2 Mahathir dan Daim yang tidak reti meniaga.

Sekarang ni, minyak Malaysia dah habis dan kesan krisis 1997 masih lagi terasa sampai sekarang. Nasib kitalah rakyat MAlaysia dipimpin UMNO yang mementingkan kroni lebih dari rakyat.

Tulang Besi

No comments:

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews