INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Monday, May 3, 2010

Indeks kebebasan akhbar Malaysia

Malaysia naik dua tangga untuk berada di kedudukan ke-141 dalam kebebasan akhbar yang dibuat oleh Freedom House di kalangan 196 negara.

Bagaimanapun kedudukan terbaru itu masih menyaksikan negara berada di takuk terbawah di kategori 32 peratus negara yang tidak mempunyai media yang bebas.

Menurut kajian yang berpangkalan di Washington DC itu, Malaysia berkongsi tempat dengan Algeria dan Zambia.

Antara sepuluh negara paling bebas ialah Finland, Iceland, Norway, Sweden, Denmark, Belgium, Luxembourg, Andorra, Switzerland dan Liechtenstein.

Manakala lima negara yang berada di tangga paling bawah ialah Eritrea (pada kedudukan 192), Libya (192), Burma (194), Turkmenistan (194) dan Korea Utara (196).

Di rantau Asia Pasifik, kedudukan Malaysia masih ketinggalan di belakang jiran-jirannya seperti Filipina (kedudukan 97), Indonesia (107), Thailand (124) dan Kemboja (134).

Freedom House meletakkan media di Filipina, Indonesia dan Thailand di bawah kategori “sebahagian bebas”.

Freedom House adalah kumpulan pejuang kebebasan demokrasi antarabangsa dan senarai kedudukan yang dikeluarkannya adalah sempena Hari Kebebasan Media Antarabangsa yang disambut setiap 3 Mei.

Malaysia yang merancang untuk menjadi negara maju (develop country) pada tahun 2020 kini masih merudum indeks dari segi kebebasan media dan akhbar.

Kebebasan yag sedikit dinikmati pada zaman Pak Lah kini direntap kembali oleh Bik Mama yang menganggu media sebagai contoh rancangan di NTV7.
.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews