INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Thursday, July 30, 2009

UTUSAN Malaysia atau Utusan Meloya ?

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


PERMOHONAN MAAF- Utusan Malaysia memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat, Menteri Besar Kelantan di atas kesilapan laporan mengenai kenyataan beliau yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009.


YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz sebenarnya bermaksud bahawa "nasihat beliau tidak semestinya didengar" ketika mengulas mengenai cadangan kerajaan perpaduan pada sidang media itu.Oleh itu, tajuk atas sebelah kiri, muka surat hadapan Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009 iaitu Nasihat saya mesti didengar adalah salah serta bukan menggambarkan apa yang dimaksudkan oleh YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz pada sidang media itu.

Begitu juga fakta berhubung perkara yang sama pada berita penuh mengenai kenyataan beliau itu pada muka surat 7, Utusan Malaysia keluaran 15 Jun 2009, adalah salah.Utusan Malaysia dengan ini menarik balik dengan sepenuhnya kesilapan tersebut dan secara tulus ikhlas memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz di atas kesilapan yang tidak disengajakan itu dan atas apa jua kedukaan atau pengaiban yang mungkin diakibatkan kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz daripada kesilapan tersebut.



Inilah kerja Utusan Malaysia yang menfitnah orang dan memutarbelit fakta mengikut kehendak politik. Mereka masih tidak mahu berubah dan tidak mustahil lah kita melihat kini penjualan surat khabar Utusan makin menurun oleh kerana beritanya membodohkan rakyat dan membuat rakyat mual dengan kandungan beritanya. Jika anda membaca rencana Cuit dan Awang Selamat sudah cukup memualkan dengan sajian hasutan perkauman dimana menyuruh kaum Melayu supaya marah pada kaum bukan Melayu dengan membangkitkan kisah-kisah perkauman yang dahulu. Saya fikir 1 Malaysia oleh PM Najib Razak hanya omongan sahaja dan tidak kepada implementasi untuk perpaduan rakyat Malaysia.Lihat sahajalah Utusan dengan gaya penerangannya yang sudah tidak selaras dengan perpaduan 1 Malaysia.


Awal minggu ini, aktivis popular Datuk Marina Mahathir mengecam keras akhbar KOSMO di bawah Kumpulun Utusan berkenaan pendedahan latar belakang Arwah Yasmin Ahmad dan menggesa pembaca memulaukan akhbar berkenaan.Klik disini. Pihak akhbar lain juga mengutuk keras Kosmo diatas penyiaran artikel tersebut.

"Beginikah caranya kita mengenang mereka yang pernah memberi sumbangannya kepada negara?

"Apakah ini maksudnya Satu Malaysia?" katanya di blog peribadi marina RantingsbyMM Isnin lalu.


**Jadi mana Satu Malaysia di Utusan Malaysia atau Utusan Meloya?

1 comment:

Anonymous said...

Maruah akhbar nasional Utusan Malaysia tidak terjejas dengan meminta maaf kepada seorang ulama politik yang telah hilang penghormatan dari orang Melayu dan Islam, yang kuasanya bergantung kepada mengexploitasi ketaksuban dan kefanatikan rakyat miskin di Kelantan.

Di muka satunya, UM pada 29 Julai 2009 meminta maaf kepada Mursyidul Pas, Datuk Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan kerana kesilapan laporannya pada 15 Jun lalu mengatakan Nik Aziz mahu nasihatnya mesti didengar sebaliknya apa yang dikatakannya ialah tidak semestinya didengar.

Tidak semestinya rakyat percaya kepada penapian Menteri Besar Kelantan itu kerana beliau mempunyai record buruk dalam soal tidak bercakap benar. Beliau lebih dikenali sebagai ulama yang bercabang lidah, pandai memutarbelitkan fakta , suka menggunakan kata kata kesat, memaki hamun musuh politiknya malah RTM pernah menjelang pilihanraya 2004 menggemparkan penonton dengan klip video Nik Aziz menuduh orang UMNO barua!, barua! baruaaaaaaa.

Minta maaf akhbar utusan malaysia tak boleh menutup pekong nik ajiz pun. Kalau dah budu tu budu jugak, dah terdedah, tunggu masa saja nak berulat, begitu juga lah dengan nik ajiz tu...

Akhbar Utusan minta maaf satu tapi beratus ratus lagi fitnah nik ajiz kepada orang melayu islam masih tak boleh dimaafkan, tunggu di padang mahsyar nanti.

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews