INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Thursday, July 31, 2008

Dari LI ke PSM :Six Sigma

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle



Untuk Tahun 4 ni ,semester 1 , aku diwajibkan untuk mengambil subjek PSM 1 .PSM ini ialah singkatan kepada Projek Sarjana Muda dan ia terdapat 2 pecahan iaitu PSM 1 dan PSM 2 yang akan diambil pada semester 2. Anyway , FKP punya style ,student kena book title dengan lecturer jenis main sape cepat dia dapat la...mcm gitu ya...taktau la mcmana prosedur di Universiti luar negara ?? taktau la kita ni blajar di IPTA msia ja kn.

Aku telah memilih tajuk sendiri yang mana idea datang dari pengalaman Latihan Industri .Di sini memperlihatkan bahawa ada pro n kon juga LI ini diletakkan pada pertengahan semester di mana pelajar dapat melahirkan idea untuk PSM dan mungkin melakukan projek untuk industri .Macam FTMK ,LI mereka diubah kepada semester akhir dan mungkin juga ada sebabnya cthnya lebih kepada mendapatkan pekerjaan selepas tamat LI. Ada juga faedahnya.

Tapi bagi aku LI ni tempat kita jual diri kita pada Industri dengan tunjukkan prestasi kerja dan idea untuk improve kn sesuatu yang memberi faedah kepada industri.Seperti kata Bos masa LI di Conti,Mr Jazs ,dia kata"LI ni tempat hang belajar semua pasal knowledge tentang industri dan bgmana cara org industri bekerja under pressure " dan katanya dalam resume tu tulis ja apa yang hang wat masa LI dan project mana yang hang involve".Kalau kita tunjuk prestasi yang baik, orang akan recognize kita ..dan jika nasib baik kita mungkin akan ditawarkan bekerja slps tamat belajar. Aku pun lepas blajr ni pi cari bos lama la kot2 ada contact2 yang boleh dapat keja hehehe...so dia pun dh kenal cara kita bekerja.

Anyway ,tajuk LI aku yang propose kepada En Akramin telah diluluskan dan diletakkan dibawah kendaliannya . Tajuknya berbunyi mcmni la "Six Sigma(DMAIC) Implementation In Manufacturing Industry".Tajuk ni pun sebenarnya projek aku kat Continental Automotive Component dan aku turut juga terlibat sebagai one of team member.Kalau di Continental ,nama projek ni Six Sigma Green Belt : Scrap Reduction at CAC yang diketuai oleh bos aku ,Mr Jazs Azlan.Under Six Sigma team ni , aku juga turut involve team ,Component Damage Improvement Team yang keja dia wat improvement on assembly line for avoid defect component damage.

So skrg pun dah week 4 kn..gerak kerja PSM pn dh on...semalam dh submit Chapter 1 tentang introduction kat PSM Supervisor.Tunggu dia check la..tgk salah kat mana atau perlu ditambah lagi ka. Nak wat PSM satu ni perlu komitmen juga,kena banyak cari journal ,buku dan artikel. Banyak juga bahan yang dapat dr ONline database utem dan juga info buku.


Wednesday, July 9, 2008

Ekspress Rakyat dari Butterworth ke KL



Seperti biasa saya sebagai mahasiswa akan pulang dari sesi percutian di rumah ke kampus pada awal bulan 7 di mana semester baru akan bermula. Saya memilih untuk menggunakan perkhidmatan KTMB kerana abah kata yang saya naik free ja Ekspress Rakyat pagi ke KL dari Butterworth. So dh offer free kn...ok agree saja.

Pada tanggal 4 hb Julai , saya pun bergerak dari rumah seawal 5.30pg ke Depoh lama KTMB Perai yang terletak berhampiran Kilang Gula Prai. Ehmm bila dh sampai tempat tu mengembalikan nostalgia kenangan masa kecik..dulu dalam umur 5 tahun ,yang mana dulu masa kecik pernah datang ke sini dan pernah dulu menaiki lokomotif bersama abah. Suasananya masih sama tiada perubahan yang ketara di Depoh tersebut masih kelihatan seperti bangunan 'old school' yang mana office nya tetap sama macam dulu. Mungkin sampai abah pencen suasana depoh lama ini tetap sama.

Sebelum Loco Driver memulakan tugas kerja, Assistant loco driver akan membersihkan keadaan dalam ruang tempat pemandu dan melakukan larian percubaan beberapa meter di sekitar depoh dan kemudian memanaskan enjin.Bunyi enjin locomotive kelas 24 buatan Japan(Toshiba) masih baik dan gagah untuk bergerak menuju ke KL dan seterusnya ke Singapore.Kemudian abah dan saya pun naik ke ruang pemandu locomotif berserta dengan beg hiking yg memang cukup berat.Keadaan yang agak sejuk apabila kipas kecik lama berputar ke kiri dan ke kanan.Lokomotive mula bergerak ke menuju ke Stesen Butterworth kerana waktu berlepas dari Butterworth adalah pukul 7.Pengalaman yang cukup menarik berada dalam locomotif kelas 24 di mana kita berasa gagah meluncur membawa kenderaan yang besar dan berkuasa tinggi .

Apabila tiba di Butterworth , lokomotif akan bergerak perlahan untuk menyambung dengan koc Ekspress Rakyat.Proses sambung secara manual akan dilakukan oleh Assistant loco driver dan kemudian di periksa oleh Loco Driver. Saya mengikuti abah check the meter pressure di dalam setiap koc untuk memastikan ia bersambung dari lokomotif ke koc.Kemudian saya pun masuk kelas satu Ekspress Rakyat yang mana berada di belakang sekali dan dok di kerusi kedua dari hadapan.Tren Ekspress Rakyat mula bertolak ke dari Butterworth jam 0700am yang mana loco driver nya ialah abah .

Tibanya tren di stesen BM ,saya turun sebentar untuk membeli The Star dan Kosmo sebagsi bahan bacaan dalam tren. Dok dalam First Class tren ini rasa macam org kaya plak..hehhehe yela ni first time berkesempatan untuk dok di sini kn. Memang syok la sambil melayan The Star tentang isu fitnah terhebat di Msia tahun ini dan secawan nescafe free dari pihak KTMB. Untuk penumpang kelas satu sememangnya akan menerima secawan nescafe atu mineral botol.Tibanya di Stesen Ipoh , saya keluar sebentar untuk melepaskan letih dalam koc.Kalu nk kena rokok pn layan juga..but I'm not smoking...hehehehe

Tren seterusnya meluncur laju di atas trek landasan ke KL Sentral..yang mana saya rasa cukup laju jika dibandingkan penjalanan dari Butterworth ke Ipoh.Ini adalah kerana trek landasan adalah double track so mmg tak perlu risau lembu ke..manusia di depan hanya meluncur ja di landasan.Kawasan di landasan tersebut adalah berpagar dan kebanyakan trek landasan lurus mmg pecut dalam 80kmj atau 120kmj takda hal la kot.. hehehe.

Akhirnya tren pun tiba awal di KL Sentral setengah jam sebelum waktu asal iaitu 2.30pm

Satu pengalaman yang takkan dapat dilupakan dalam Tren Ekspress Rakyat...








LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews