INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL
Showing posts with label diskusi. Show all posts
Showing posts with label diskusi. Show all posts

Wednesday, January 16, 2013

Telawi Forum - Impak dan Halatuju Rakyat Pasca #KL112


c


Pendokong-pendokong Himpunan Kebangkitan Rakyat dijemput hadir ! 

Kita berforum di Telawi Forum : Impak dan Halatuju Rakyat Pasca #KL112

bersama Azmin Ali, Isham Rais dan Hasmi Hashim 

Ayuh semua !!  






Wednesday, February 23, 2011

Forum Frinjan -Pilihanraya atau Pilihan Jalan Raya

SEMUA DI JEMPUT



















FORUM: PILIHANRAYA ATAU PILIHAN JALAN RAYA ?


24hb Februari 2011, Khamis
8.30 malam
Dewan Perhimpunan Cina KL & Selangor (Monorel Maharajalela)

Facebook - http://www.facebook.com/event.php?eid=179832178726327

Di Tunisia dan Mesir pemerintah diguling dalam revolusi di jalanan dan beberapa negara di Timur Tengah dan Afrika turut terkena tempias Revolusi di era Facebook, Twitter dan Youtube.

Jangan dilupakan, tahun 1998 jiran kita Indonesia juga berjaya menumpaskan pemimpin diktator melalui pilihan jalan raya, malangnya pilihan raya setelahnya itu tidak memberi banyak impak terhadap kesejahteraan rakyat. Adakah Tunisia dan Mesir akan mengulangi kesilapan ketidaksiapan Indonesia dalam menangani perubahan.

Melihat hal ini, bagaimana dengan kita negara Malaysia? Adakah kita siap untuk berjuang di jalan, dan jika bukan di jalan adakah pilihanraya tempang yang ada diakui. Apakah sikap kita terutama anak muda?

Jika punya masa terluang, dijemput hadir untuk mendengar dan berkongsi pandangan bersama panelis yang dijemput, malangnya Saudara Helme Hanafi dari UMNO tidak dapat hadir kerana mempunyai komitmen lain.

Saudara Hishamuddin Rais - aktivis NGI, penulis dan pembikin filem
Saudara Ngurah Termana - aktivis Taman 65, Bali & aktivis mahasiswa semasa reformasi Indonesia
Saudara Haekal Talib - pemuzik (Komplot), Fellow RIGHTS dan Research Analyst, CPPS
Saudara Hilman Idham - aktivis mahasiswa

Pertanyaan Zulhabri 010-512 6836


Anjuran Forum Frinjan dan Distro Buku

Forum Frinjan cuba nak membawa topik2 menarik dan penting untuk didiskusikan secara terbuka dan rasional. Banyak lagi dalam perancangan meliputi topik seni budaya, politik dan ekonomi.

http://frinjan.blogspot.com/

DISTROBUKU adalah sebuah kedai online yang bergerak menerusi konsep "kedai buku + distro". Meletakkan fokus yang tinggi terhadap buku-buku terbitan tempatan dan antarabangsa yang boleh menyumbang kearah pembangunan sosial negara. DISTROBUKU juga menyediakan ruang bagi penggerak seni independen tempatan mempamerkan karya mereka sama ada dalam bentuk muzik,filem,karya seni dan t-shirt.

http://www.distrobuku.com/

Terima kasih!

Sunday, September 19, 2010

Calon Ketua AMK tampil dengan visi & misi berbeza


Oleh Siddiqin Omar


TAIPING 18 SEPT: Program debat calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) berlangsung dalam suasana kekeluargaan walaupun semua calon yang bertindak sebagai pemidato, membawa gagasan, kaedah dan idea yang berbeza.

Program yang berlangsung di Dewan Teratai, Kelab Golf Taiping, Perak itu dirasmikan Ketua AMK Perak, Abdul Yunus Jamhari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Kurau.

Pada program berkenaan, Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parit Sulong, Hasmi Hashim tampil sebagai pemidato pertama yang membentang idea ‘Gagasan Pencerahan’.

Beliau mengungkap semula makna dan harapan baru semenjak tercetusnya gerakan reformasi, selain turut menyarankan supaya fungsi seni dan budaya tidak diketepi dalam arus perjuangan.

“Jangan lupa, ahli politik besar adalah pemikir, budayawan dan penulis, antaranya Presiden Soekarno dan Jose Rizal. Penulis zaman baru yang mahu menjadi besar adalah budayawan yang terjun dalam kancah masyarakat dan melihat kesusahan rakyat,” katanya.

Bendahari PKR Trengganu, Rafizi Ramli pula menggamit anak muda mengimbas kembali sejarah awal gerakan reformasi sebagai suatu titik perubahan yang membawa politik baru di negara ini.

Beliau berpendapat, semangat kebersamaan perlu pada semua peringkat walaupun setiap kelompok mempunyai kaedah dan mekanisme tertentu dalam melaksanakan agenda reformasi mengikut konteks masing-masing.

“Revolusi Perancis yang dipelopori golongan imiah dan intelek dilakukan bagi melaksanakan perubahan supaya hak rakyat terus dijunjung,” katanya yang mengingatkan anak muda betapa cabaran dalam berdepan dengan Barisan Nasional berbeza dengan era 1998.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard pula menekankan keperluan pembentukan struktur organisasi yang mantap bagi menyantuni golongan eksekutif sehingga masyarakat jalanan.

Justeru, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu mengingatkan anak muda betapa kebergantungan kepada parti semata-mata, akan gagal membentuk generasi muda yang mandiri.

“Struktur yang ada perlu diperkasakan. Rancangan bagi anak muda, terutama dalam negeri Pakatan Rakyat perlu digarap. Reformasi bukanl sesuatu yang romantis tetapi adalah realiti yang perlu dihadapi,” katanya.

Sesi debat itu dipengerusikan pengasas Universiti Terbuka Perak (Ureka), Afendi Ahmad atau lebih dikenali sebagai Mat Saman Kati.

Debat seumpama itu yang melibatkan calon bertanding pada peringkat parti adalah pertama di negara, bertujuan membentangkan pandangan masing-masing secara ilmiah dan akademi.

“Acara seperti ini mesti dibudayakan. Inilah politik baru yang dibawa PKR dan dimulakan golongan anak muda,” kata Afendi.

Wednesday, January 7, 2009

Diskusi Krisis ekonomi

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Pada 2 hari lepas,saya sempat berdiskusi dengan pensyarah fakulti dibiliknya mengenai krisis ekonomi yang melanda dunia dan begitu juga negara kita,Malaysia.Pada mulanya tujuan hanya berbincang mengenai PSM tetapi terlanjur mengenai topik ekonomi apabila saya melahirkan kebimbangan peluang kerja apabila graduates nanti.Saya cuba merungkai punca kepada krisis ini dengan mengatakan adalah disebabkan krisis subprima di AS dimana pinjaman dikeluarkan secara berleluasa kepada syarikat atau peminjam yang tidak layak meminjam dalam kuantiti yang banyak.

Di Amerika, dianggarkan 25% daripada penduduknya tidak layak meminjam dengan sistem konvensional tradisional.Jumlah pinjaman sub prima ini pula pada Mac 2007 dianggarkan bernilai USD 1.3 trilion (RM 4.4 trilion)Apabila institusi kewangan di Amerika mengamalkan pinjaman sebegini, dengan faktor kejatuhan pasaran hartanah di Amerika, akhirnya para peminjam ini mula gagal membayar hutang mereka.

Beliau bersetuju dengan terjemahan saya itu dengan menambah bank patut meneliti aset tetap sesebuah syarikat dengan melihat bahawa jika berlaku sebarang masalah kepada syarikat tersebut, dia mampu menggunakan dana aset tetap untuk membuat pusingan modal.Kesan krisis ini juga katanya telah menyebabkan banyak syarikat besar seperti GM, Toyota dan Seagate mengalami kerugian dan akhirnya menyebabkan pemberhentian pekerja,pengurangan operasai bekerja dan pemotongan gaji.

Kesan-kesan krisis ini sudah mula dirasai di Malaysia dan negara jiran seperti Singapura.Beliau turut mengemukakan istilah Supply Chain Management dengan mengatakan kesan krisis ekonomi kepada syarikat multinasional akan merebak kepada syarikat IKS yang menjadi vendor kepada syarikat besar.Jika syarikat besar kurang demand, maka syarikat kecil akan kurang projek dan ini akan membawa kesan buruk kepada sektor IKS di Malaysia.

Tapi beliau amat kurang bersetuju dengan kenyataan pemimpin negara yang masih mengatakan ekonomi Malaysia kukuh dan stabil.Sedangkan pemimpin Singapura sudah memberi peringatan kepada rakyatnya untuk hemat berbelanja, tetapi Malaysia sebagai negara membangun masih menganggap berada dalam keadaan "comfort zone". Perlunya langkah tegas dan konkrit dilakukan oleh kerajaan dalam mengharungi kekalutan ekonomi .Kerajaan perlu melakukan pengguguran yang terpilih(selective delinking) dalam memilih guna modus operandi ekonomi kapitalisme yang menjadi norma seluruh masyarakat dunia disamping pengukuhan jaringan ekonomi tempatan seperti institusi wakaf dan juga pengenalan dinar emas.Mungkin kerajaan boleh boost construction project seperti yang dilakukan oleh Tun pada krisis 1997.

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews