INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Tuesday, July 26, 2016

YB Afif : Kutuk tindakan Pemuda UMNO buat laporan polis pada 3 Pegawai Tertinggi Kerajaan

KENYATAAN MEDIA :  HENTIKAN ANCAMAN DAN PENGHINAAN KEPADA PENJAWAT AWAM

26 JULAI 2016

Angkatan Muda Keadilan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, yang melalui Naib Ketua Pemudanya, Saudara Khairul Azwan Harun, telah melakukan laporan polis terhadap tiga pegawai tertinggi kerajaan, iaitu mantan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, dengan tuduhan komplot konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

Angkatan Muda Keadilan yakin dan percaya bahawa apa yang dilakukan oleh ketiga-tiga pegawai tertinggi kerajaan ini adalah atas rasa tanggungjawab mereka kepada negara dan rakyat Malaysia serta melaksanakan amanah mereka dengan sewajarnya. Tuduhan Pemuda UMNO bahawa mereka ini terlibat dalam konspirasi dengan membocorkan maklumat negara dan mereka-reka bukti berkaitan penyelewengan 1MDB adalah satu tuduhan liar yang tidak berasas. Laporan polis ini juga adalah satu penghinaan dan serangan terbuka kepada integriti institusi-institusi terpenting negara iaitu perkhidmatan awam, perbankan dan kehakiman.

Tindakan laporan polis ini membuktikan betapa Pemuda UMNO telah terpesong jauh daripada asas dan nilai perjuangan pergerakan itu yang seharusnya membela rakyat dan mempertahankan kedaulatan negara daripada pengkhianatan oleh pemimpin yang rasuah. Skandal 1MDB yang didedahkan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat adalah atas asas kesalahan dan penyelewengan dana yang telah menggunakan institusi kewangan di negara itu untuk tujuan pengubahan wang haram.

Angkatan Muda Keadilan dengan ini mendesak Pemuda UMNO untuk menarik balik laporan polis ini dan hentikan tekanan dan ancaman zalim seperti ini ke atas penjawat awam yang melaksanakan tugas mereka kepada negara dan rakyat. Pemuda UMNO juga wajib meminta maaf kepada ketiga-tiga pegawai kerajaan ini atas keterlanjuran mereka yang melakukan tuduhan liar dan tidak berasas.

Angkatan Muda Keadilan juga akan menentang habis-habisan sebarang tindakan daripada Polis Di Raja Malaysia sekiranya ada usaha untuk menahan ketiga-tiga pegawai tertinggi kerajaan ini dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) atau Akta Pencegahan Keganasan demi menutup skandal 1MDB yang telah mencemar dan menggugat integriti Malaysia.

DR AFIF BAHARDIN
TIMBALAN KETUA
ANGKATAN MUDA KEADILAN

No comments:

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews