INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Saturday, July 23, 2016

AMK Malaysia dokong saranan Bersih untuk Bersih 5.0 #MalaysianOfficial1

BERSIH 5.0 PERLU UNTUK SELAMATKAN MALAYSIA 
23 Julai 2016
Angkatan Muda Keadilan menyahut cadangan gabungan NGO BERSIH untuk menganjurkan perhimpunan aman, BERSIH 5.0 bagi menuntut perletakan jawatan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak, terutamanya selepas pendedahan dan tuntutan saman serta pembekuan aset oleh Jabatan Keadilan Amerikat Syarikat ke atas syarikat berkaitan kerajaan, 1MDB. 
Ternyata skandal 1MDB ini telah meletakkan kedaulatan negara dan kedudukan sistem ekonomi negara dalam keadaan terancam. Tindakan Perdana Menteri, yang bertanggungjawab ke atas 1MDB, untuk terus berdiam diri dan tidak meletakkan jawatan segera, adalah satu pengkhianatan kepada seluruh rakyat Malaysia. Imej dan integriti negara musnah dan kini dilihat sebagai sebuah negara yang bergelumang dengan rasuah dan tiada kedaulatan undang-undang. 
Perdana Menteri juga semenjak setahun yang lalu telah berjaya memusatkan kuasa kepada diri beliau dan telah menghancurkan keutuhan sistem kehakiman dan undang-undang negara serta berhabis-habisan menghapuskan musuh politik beliau demi menutup skandal rasuah terbesar dalam sejarah negara ini iaitu 1MDB. 
Kami berpandangan penganjuran perhimpunan Bersih 5.0 adalah satu keperluan demi menyelamatkan negara ini dari terjerumus ke lembah kehancuran. BERSIH 5.0 adalah medan terbaik buat masa ini untuk rakyat Malaysia, berhimpun secara aman seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, menuntut kembali hak kita sebagai rakyat. 
Angkatan Muda Keadilan juga bersedia untuk membantu mobilisasi seramai mungkin anak muda dan rakyat Malaysia, tanpa mengambil kira latar etnik, agama mahupun pandangan politik untuk turun berhimpun bagi menuntut perletakan jawatan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak dan menuntut perlaksanaan reformasi sistem secara menyeluruh demi menyelamatkan Malaysia. 
DR AFIF BAHARDIN
Timbalan Ketua
Angkatan Muda Keadilan

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews