INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Saturday, July 23, 2016

Pandangan Peguam berhubung saman sivil Jabatan Keadilan US isu dana 1MDB #MalaysianOfficial1




 Pandangan Peguam Syahredzan Johan isu Saman Sivil  oleh Jabatan Keadilan US di FB pada 23 Julai 2016

Saya perasan ramai pula yang kata kononnya tindakan yang diambil oleh Jabatan Kehakiman Amerika Serikat itu campurtangan luar.

1. Ini bukan kes dalam Malaysia sahaja. Kegiatan 1MDB adalah di seluruh dunia. Saluran duit pergi ke Timur Tengah, melibatkan entiti-entiti di Singapura dan Switzerland, dan harta yang dibeli di Amerika Serikat. Ini bukan kes curi ayam dekat kampung.
2. Apabila jenayah dilakukan dalam bidangkuasa negara-negara ini, sudah tentu negara-negara tersebut akan menyiasat dan mengambil tindakan. Kalau orang asing songlap duit di Malaysia, sudah tentu polis Malaysia akan siasat dan pendakwa akan dakwa di Mahkamah Malaysia.
3. Jangan jadi naif bahawa Amerika Serikat berminat untuk tangkap dan dakwa mana-mana pemimpin negara yang mungkin terlibat. Malaysia adalah sekutu penting bagi mereka dalam rantau ini. Mereka perlu Malaysia untuk TPPA dan juga menentang keganasan.
4. Kalau ada pendakwaan sekalipun, ia dibuat terhadap orang-orang yang dinamakan dalam tindakan halang tebus yang difailkan DoJ. Tidak lebih dari itu. Ada kita pernah ingat mana-mana pemimpin dunia yang di dakwa di Mahkamah AS, apatah lagi dari negara sekutu AS?
5. Berbeza dengan Iraq, sebagai contoh. Saddam Hussein musuh AS. Iraq ada minyak. Jadi ada kepentingan strategik untuk AS jajah Iraq.
6. Jadi janganlah kata bahawa ini penjajahan baru dan sebagainya, sebab tidak ada kepentingan strategik untuk mereka jajah kita atau letak boneka, sebab memang hubungan antara Malaysia dan AS memang rapat dan baik. Obama datang Malaysia 2 kali. Siap boleh main golf bersama.


PENERANGAN : Tindakan Jabatan Keadilan US terhadap 1MDB oleh Peguam Yusmadi Yussuf  di FB pada 21 Julai 2016

Oleh kerana Utusan, TV 3, NST dan TheSTAR tidak akan melaporkan apa-apa perkara ini (mungkin sebab tak sempat print atau ruang akhbar terhad) maka wajar kita ketahui apakah isi penting yang disebut dalam tindakan terkini oleh Department of Justice Amerika Syarikat terhadap skandal 1MDB.

1. DOJ (Dept of Justice) mengumumkan bahawa mereka akan membeku lebih dari 1 Billion USD (4 Billion ringgit) aset di US seperti rumah-rumah mewah dan hak cipta filem Wolf of Wall Street.
2. Perbelanjaan wang 1MDB ini juga termasuk pembayaran hutang judi di Las Vegas, pembelian kapal layar mewah dan pembelian jet peribadi jenama bombardier yang berharga lebih dari USD 35 juta (RM 120 juta).
3. Diumumkan antara individu yang terlibat dalam tindakan ini (empunya aset) adalah Riza Aziz (anak tiri Perdana Menteri) dan Taek Jho Low.
4. DOJ menyatakan bahawa aset 1 Billion USD (RM 4 Billion) ini merupakan sebahagian dari 3.5 Billion USD (RM 14 Billion) nilai jumlah wang yang dipercayai dicuri dari 1MDB.
5. 'Malaysian Official 1' merupakan antara penjawat awam yang juga dikatakan terlibat dalam skandal ini, walaupun namanya tidak disebut akan tetapi diterangkan bahawa Riza Aziz merupakan anak tiri kepada 'Malaysian Official 1'.
6. Lebih dari 100 Juta USD (RM 400 juta) wang 1MDB digunakan untuk membiayai filem 'Wolf Of Wall Street' sebuah filem yang mengisahkan cerita beberapa individu yang menipu dan mencuri duit orang ramai.
7. Filem 'Wolf of Wall Street' terbitan syarikat Red Granite Films yang dipunyai Riza Aziz.
8. DOJ menyatakan tidak satu sen pun dari sebarang keuntungan filem berkenaan ataupun dalam mana-mana aset dapat dirasai oleh rakyat Malaysia dan mereka becadang untuk memulangkan kembali semua kekayaan ini kepada Malaysia setelah selesai penyiasatan.

No comments:

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews