INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Monday, July 13, 2015

Tren ETS KTMB beroperasi KL ke Padang Besar



 Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dari Kuala Lumpur ke Padang Besar dan Padang Besar ke Kuala Lumpur yang bermula hari ini akan berhenti di 15 hentian.Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad dalam satu kenyataan 11 Julai 2015 berkata 15 hentian itu ialah KL Sentral, Tanjung Malim, Tapah Road, Kampar, Ipoh, Kuala Kangsar, Taiping, Parit Buntar, Bukit Mertajam, Butterworth, Bukit Mertajam,
Sungai Petani, Alor Star, Arau dan Padang Besar.

Kenyataan itu berkata harga tiket sehala dari Kuala Lumpur-Padang Besar atau Padang Besar-Kuala Lumpur ialah RM80.Tren dari Kuala Lumpur ke Padang Besar, akan berlepas pada pukul 9.30 pagi dan tiba pada pukul 3 petang manakala dari Padang Besar ke Kuala Lumpur pada pukul 4 petang dan tiba pada 9.15 malam.

Bagi perkhidmatan tren ETS Transit Ipoh-Butterworth-Padang Besar dan sebaliknya yang telah bermula pada 10 Julai lepas akan berhenti di kesemua 24 stesen.Sepuluh stesen hentian baharu diperkenalkan iaitu Anak Bukit, Bukit Ketri, Bukit Tengah, Kamunting, Kobah, Kodiang, Padang Rengas, Simpang Ampat, Tasek dan Tasek Gelugor.

Tiket tren Ipoh ke Butterworth adalah RM23 manakala Butterworth ke Padang Besar adalah RM21.
Waktu laluan Ipoh-Butterworth adalah 5 pagi dan tiba 6.50 pagi, Butterworth-Padang Besar (7.30 pagi-9.15 pagi), Padang Besar-Butterworth (2 petang-3.45 petang) dan Butterworth-Ipoh (5 petang-6.50 petang).

Buat permulaan, KTM Berhad hanya menyediakan satu perkhidmatan tren untuk setiap arah bagi kedua-dua perkhidmatan ETS dan kekerapan tren akan ditambah apabila tren-tren ETS yang baharu mula beroperasi.

Para penumpang boleh mula membuat pembelian dan tempahan tiket bermula hari ini dan sebarang maklumat lanjut boleh melayari laman sesawang www.ktmb.com.my atau menghubungi pusat panggilan di talian 1-300-88-5862.


1 comment:

minda sabina said...

Tahniahlah KTM diatas satu lagi kemajuan teknoloji tinggi diperkenalkan tapi satu yang kurang meanariknya dan tidak menunjukkan keperihatian ialah jenama perkhidmatan itu apakah setelah lebih 50 tahun negara mencapai kemerdekaan pemimpin negara kita masih lagi berbangga dengan ungkapan rengkas dari bahasa penjajah kita berbangga dengan rengkasan huruf KTM iaitu Keretaapi Tanah Melayu tapi dimana kemelayuan nya dari ringkasan ETS itu apakah sudah hilang bahasa melayu kenggan kita untuk menjenamakan sebuah perkhidmatan untuk rakyat kita kerajaan sepatutnya membuat contoh untuk menamakan perkhidmatan itu dengan satu nama yang menunjukkan image bahasa melayu bukannya bahasa penjajah setidak-tidaknya jika KTM tidak idea untuk nama perkhidmatan ikhlankan saja atau adakan pertandingan menjenamkan seperti yang telah dilakukan oleh Proton disuatu ketika dulu bila hendak menjenamakan kereta nasional pertama iaitu SAGA jita kita gagl menaikan imej bahasa melayu usah terkejut bila generasi akan datang akan hilang hala tuju berbahasa melayu seperti parti melayu UMNO yang berbangga dengan ringkasan huruf bila dieja dalam huruf jawi dan diterjemahkan sudah tiada makna lagi dalam bahasa jawinya fahamlah sendiri apa yang dimaksudkan wahai para ahli bahasa yang berada dalam jawatan di DBP negara khususnya dan para cendikiawan bahasa amnya.

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews