ADUN Batu Caves, Amir Shari dan ADUN Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin
yang menawarkan diri untuk jawatan ketua dan timbalan AMK sebagai
pasukan 'AMK Baru' dalam pemilihan akan datang mengumumkan manifesto
mereka yang dikenali sebagai '7 Gagasan Angkatan Muda', petang ini.
Tujuh gagasan itu adalah -
memperkuat AMK, perkaderan anggota, membela
nasib anak muda, pendidikan dan latihan politik, gerakan mahasiswa dan
aktivisme anak muda, muafakat pemuda Pakatan Rakyat, serta menuju
Putrajaya.
Di majlis yang berlangsung di Dewan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru
itu, Amir turut memperkenalkan tiga calon naib ketua AMK dari pasukannya
- peguam terkemuka Radzlan Jalaludin, Sangetha Jayakumar dan Raymond
Bin Ahuar.
Bercakap dalam satu sidang media, Amir menjelaskan bahawa pasukannya
akan bergerak dengan lebih jelas untuk memperkukuhkan PKR sebagai sebuah
parti.
"
Yang pentingnya pada saya kita menggariskan sasaran dan kerja yang
jelas untuk kerja dan tugas anak-anak muda untuk memperkuat parti dan
mengerakkan perubahan di Malaysia," katanya.
Terdahulu, Dr Afif menegaskan yang pasukan itu sebenarnya tidak
semata-mata menawarkan individu sebagai calon tetapi membuat tawaran
tujuh manifesto itu sebagai janji bersama.
"AMK Baru tidak tawarkan individu. Kami tawarkan tujuh gagasan untuk
anggota KEADILAN," kata Afif merujuk kepada KEADILAN sebagai istilah
anggota parti untuk PKR.
Pantherian : SILA LIKE dan FOLLOW #AMKBaru di Facebook
AMKBaru , Twitter
AMKBaru dan
InstgramAMKBaru untuk keterangan pasukan AMKBaru dan aktiviti.