INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Wednesday, April 11, 2012

AIC sokong cara pemansuhan hutang PTPTN oleh Rafizi Ramli


Anwar Ibrahim Club menyambut baik idea dan saranan pembatalan PTPTN yang diumumkan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim, sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Ini menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat serius dalam menjamin hak kebajikan dan tuntutan rakyat yang sepatutnya dipertanggungjawabkan ke atas bahu kerajaan. Justeru itu, AIC telah bersama-sama ratusan rakyat yang terdiri daripada mahasiswa, akademik dan orang awam telah menyertai sesi perbincangan perihal pembatalan PTPTN ini pada 10hb April 2012 di Quality Hotel
Dalam pembentangan ini, Saudara Rafizi Ramli selaku Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor dan Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat telah dengan jelas bersama data dan fakta, mengeluarkan hujah yang dikira bermutu untuk menjamin pembatalan PTPTN ini tidak menjejaskan ekonomi negara. Beliau telah mengeluarkan angka hutang PTPTN yang sebenarnya daripada sumber dalaman PTPTN sendiri iaitu RM24.7 billion lebih rendah daripada yang diwar-warkan oleh Dato Sri Najib Razak sebelum ini iaitu RM43 billion.
Angka RM43 billion yang dicanang Najib itu sebenarnya adalah angka pinjaman yang diluluskan atas dokumen dan bukan angka wang yang telah dipinjamkan. Pembatalan PTPTN yang berjumlah RM24.7 billion ini akan dibayar balik melalui kaedah ‘re-payment’ juga ‘re-financing’ yang akan mengambil masa untuk dilangsaikan dan bukannya dibayar sekaligus.
Untuk memastikan kemudahan pendidikan percuma ini berterusan, Rafizi telah menyarankan agar sumber pendapatan dari hasil minyak dan gas, bukan sahaja dari hasil Petronas untuk dilaburkan dalam sistem pendidikan. Beliau mencadangkan hanya menggunakan 3% daripada hasil itu berjumlah RM2 billion setahun untuk memastikan anak-anak Malaysia mendapat pendidikan percuma.
Dasar Pendidikan Nasional Negara juga harus dilihat semula kerana bermula tahun 1996, dasar pendidikan tinggi telah diswastakan. Dasar ini memberi ruang dan akses kepada ahli perniagaan untuk membuka banyak kolej dan universiti swasta yang hanya menekankan aspek keuntungan dari kualiti institusi dan graduan itu sendiri. Daripada pertumbuhan itu bermula penglibatan PTPTN yang memberi ruangan keuntungan ‘percuma’ kepada institusi swasta dengan meletakkan beban pinjaman kewangan atas bahu pelajar.
Hasil kutipan negara, jika dijimat-pakai dan diutamakan dalam sektor sosial, sebenarnya lebih dari cukup untuk menampung kos pendidikan tinggi ini. Ini, kata Rafizi, tidak termasuk wang ketirisan yang ada dalam negara kerana beliau ingin membuktikan bahawa walaupun bukan dengan unjuran wang ketirisan, kerajaan sekarang sebenarnya boleh memberi pelepasan pendidikan tinggi percuma kepada rakyat Negara ini.
Sekatan yang dikenakan oleh PTPTN ke atas peminjam yang gagal membayar balik pinjaman mereka dikira zalim dari kacamata AIC Malaysia. Ini adalah kerana kerajaan BN tidak memberi akses yang adil kepada pelajar yang susah dan memerlukan. Mereka yang mampu, diagungkan, yang layak belajar, walaupun susah, dapat pinjaman, tetapi implikasi yang datang selepas itu juga harus diambil kira. Jika berhutang RM500 sebulan dengan PTPTN, tetapi gaji permulaan RM1,750, ia adalah satu angka beban yang terpaksa ditanggung pelajar tersebut hanya kerana layak untuk menuntut di institusi pengajian tinggi.
AIC menyeru, agar semua rakyat amnya serta Pakatan Rakyat khususnya mengambil tahu tentang kerumitan yang dialami hasil daripada pinjaman PTPTN ini. Kita memerlukan sebuah kerajaan baru yang prihatin terhadap kesempitan rakyat dan tidak memeras dari hasil nilai titik peluh mereka Maka sudah tiba waktunya WAJIB kita sebagai rakyat Malaysia memikirkan perihal ini untuk kesenangan generasi kita di masa hadapan.
GENERASI PENGGERAK ZAMAN
AL-AZADI ALJOHARI
Timbalan Presiden
Anwar Ibrahim Club

Malaysia

@Pantherian - Menteri Kewangan sepatutnya berasa malu disebabkan ada anak muda Malaysia seperti Rafizi Ramli yang mampu membentangkan cara pembayaran hutang PTPTN oleh pihak kerajaan dengan baik tanpa menjadikan negara bankrap seperti yang digemburkan oleh media UMNO.
Baca Link blog Rafizi Ramli untuk SOAL JAWAB PTPTN  dan slide pembentangan DISINI
Sumber Malaysiakini:

 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews