INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Wednesday, April 4, 2012

AIC menyokong penuh Himpunan BERSIH 3.0

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle 




Anwar Ibrahim Club
4 April 2012

Kenyataan Media AIC: Penyataan Sokongan Terhadap Bersih 3.0

Anwar Ibrahim Club terpanggil untuk menyatakan sokongan terhadap penganjuran Bersih 3.0, yang dilancarkan oleh Jawatankuasa Pemandu Bersih 3.0 sebentar tadi di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor. Ini adalah ikhtiar rakyat Malaysia melalui 84 NGO dengan dokongan padu orang awam untuk mendapatkan perhatian kerajaan bagi menilai semula kebobrokkan sistem pilihanraya yang tidak bersih dan tidak adil.

AIC melihat beberapa perkara seperti yang dinyatakan oleh Jawatankuasa Pemandu Bersih 3.0 itu mempunyai asas yang kukuh dan berintegriti, tidak mewakili pihak berkepentingan tetapi sebagai satu desakan untuk kerajaan segera bertindak bagi memberikan rakyat Malaysia satu bentuk pilihanraya yang lebih terjamin.

Keraguan paling besar adalah terhadap kecelaruan daftar pemilih induk, sama seperti yang dinyatakan dalam Laporan Minoriti Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya yang jelas membuktikan wujud tangan -tangan ghaib untuk memastikan kerajaan sedia ada terus selesa mengekalkan tampuk kekuasaan dengan cara mencurangi rakyat.

Maka adalah wajib rakyat seluruhnya untuk turun 'duduk bantah' dan menyatakan pendirian tegas rakyat bahawa tidak boleh berlaku sebarang proses pilihanraya selagi daftar pemilih induk dipenuhi dengan kekeliruan dan keraguan yang munasabah. Rakyat terutamanya anak-anak muda harus segera bangkit bagi menghalang penjajahan serta pembodohan minda terus-terusan berlaku dan menekan kita ke dasar untuk lima tahun akan datang.

Maka pada tarikh 28 April 2012, seharusnya menjadi tarikh keramat agar segala kepincangan ini dapat dipertontonkan dimata dunia, bahawa negara ini sedang dalam kancah penipuan terang-terangan dan wajar segera diselamatkan. Kerajaan yang berkuasa sekarang sudah menjadi rejim, yang terus mentadbir secara curang dan sedang cuba untuk terus kekal berkuasa dan menindas rakyat.

Anak-anak muda harus berani bangkit merubah dan menukar takdir negara ini. Turunlah ke semua lokasi yang ditetapkan mengikut kemampuan sendiri, asalkan terus terlibat dan tidak terleka dengan bahaya yang sedang mendepani kita. Di bahu kita terletak amanah untuk dipikul, dan terletak harapan bagi memulangkan keadilan dan maruah di tempat yang selayaknya.


Generasi Penggerak Zaman

Saifuddin Shafi Muhammad
Presiden
Anwar Ibrahim Club
Malaysia

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews